Ketika mendengar tentang 'Cara Gila Menulis Buku' dalam program talkshow 'KickAndy', ada seorang penulis buku mengatakan yang dia memilih keterampilan sebagai seorang penulis untuk memotivasikan orang lain. Aku mungkin antara mereka yang merasa senang dan terkesan dengan penyataan itu. Aku berfikir sama, apa yang seharusnya aku lakukan ketika aku berusaha menulis sesuatu. Pengalaman hidup yang menjadi inspirasi kepada pembaca? Kisah-kisah khayalan dan kemudian menyelitkan moral? Cerita-cerita kosong? Penulisan yang berbentuk dokumentari? Menambah baik kepada cerita yang ada? Kritikan-kritikan kepada sistem dan sosial? Berbentuk keagamaan? Kisah romantis yang tidak pernah berkesudahan? Buku-buku mistik dan misteri? Apa?
Aku menyukai penulisan kritikan. Aku baca kritikan-kritikan mereka yang hebat dan merasa kagum. Jujur aku juga mau jadi seperti mereka. Mau menjadi anak murid dan bersiap untuk diajari dalam apa jua bentuk cara. Namun kadang pertanyaan aku dituntaskan dengan, perbanyakkanlah membaca. Ya, aku tahu, dengan banyak membaca aku dapat membedakan antara penulisan-penulisan yang lain. Selainnya aku fikir, banyak membaca tidak mendisiplinkan aku, sebaliknya aku harus punya guru, punya sistem belajar yang mapan, direjim agar terus punya keyakinan, menolak kemalasan (yang selalu aku fikir ketiadaan idea). Tapi, aku hanya terus kagum, kagum, kagum dan kagum.
Menulis mesti punya prinsip. Itu aku pelajari seawal menulis. Hari makin laju berlari, prinsip aku goyah menari. Hari makin memecut, aku malah jadi pengecut. Hari ini aku melihat diriku tanpa prinsip. Asal boleh. Tidak kisah sama sekali. Tidak jujur. Menulis semacam asal ada. Mau nama dan bersembunyi di sebalik nama seni dan minat. Namun aku tidak melakukannya sebaik mungkin. Di mana keberanian? Di mana pula aku sembunyikan keindahan penulisan itu?
Aku mau jadi apa sebenarnya? Berlama-lama di hadapan alat ini dan lalu menjadi seorang pemikir yang dayus, atau menulis terus-terusan tanpa mengambil peduli tentang apa yang ditulis, lalu membohongi pembaca dengan mengatakan; ada suatu yang tersirat di dalamnya? Kalau itu yang aku mau, aku gagal sebenarnya. Gagal sebagai seorang penulis yang tidak punya prinsip dan pembohong.
Aku masih tanya diriku. Bila aku mau menjadi penulis?
50 comments:
besok kan?
bagiku kau sememangnya seorang penulis.
mungkin kau masih lagi tercari2 identiti manakah yang sesuai untuk kau digelarkan.
walhal, kau sememangnya sudah pon mempunyai identiti itu.
jadi diri sendiri kan lebih bagus. :)
aku rindu menulis
hm
penulisan kau kali seolah satu tumbukkan menujah padu mengena rusuk kiriku..
aku lebih memilih untuk berasa kagum pada penulisan yang kena pada jiwaku. lalu menjadikan ia guru.
jujur aku tidak punya identiti yang jelas dalam penulisanku. dan ia menjadikan aku persis penulis picisan yang berlambakkan.
aku kira kau punya identiti sendiri sebenarnya.:)
Aku ni belum juga layak untuk berada di tepi dewan majlis
Hanya di tepi pagar barangkali
dan soalan ini, "bila aku mau jadi penulis" pun terasa padaku, kerana aku juga mau lihat buku yang ditulis aku sendiri, namun keyakinan aku masih ringkih.
bila kau mula rasa gembira apabila menulis, maka kau itu penulis ~
atau boleh jadikan penulisan sebagai periuk nasi utama... cam aku hahaha
Kalau mahu Wang, tulislah apa yg dimahukan oleh si kaya.
kamu sudah pun jadi penulis bro
bila "ketika mendengar......"
kamu sudah mula menulis bukan?
mungkin boleh cuba fahami semula , apa jenis fitrah penulisan kau , baru kecap rasa puas dlm menulis ~
menulis dari khayalan
mereka kagum dengan imaginasi tinggi kamu
menulis dari jiwa
mereka terkesan dari tulisan yang emosi
menjadi penulis,
kamu punya buah fikiran
dan cara sendiri
mahu ikut jadi penulis..tapi, mungkin tak berbakat..mungkin kene gilap lagi
u already being one.. so, ganbatte!!
menulis buku?
moga cepat sampai seru.
ku tunggu. ;p
kau nak jadi penulis? boleh ghost, tapi kau terlalu fikir isi penulisan kau yg kau anggap sebagai satu yg jujur pada pembaca. menulis dan terusan menulis ghost. kau dah ada kertas dan dakwat, cuma kau tak yakin dgn isi penulisan.
aku doakan kau boleh. :)
tulis dari jiwa
tapi bagi aku , kau memang penulis yg berbakat .
Baru semalam aku berbual perihal ini dengan Dayya, Phan. Mengenai penulisan, mengenai prinsip. Aku diyakini untuk terus membaca bagi menjadikan penulisan aku lebih tajam dan asli tapi bagi aku, aku perlukan panduan yang lebih dekat melalui ajaran-ajaran lisan atau apa saja. benarlah, kita bukan hanya sekadar perlu membaca, malah perlu punya prinsip untuk apa kita menulis.
dan kau akan sentiasa menjadi lelaki kosa kata yang aku kagumi Phan. teruskan menulis. :)
'seni bukan untuk dilacurkan'
bila kau fikir itu saat kau menulis, bagi aku kau sudah siap jadi penulis
bagi aku, menulis bukan untuk jadi siapa² melainkan membogelkan diri sendiri. setakat ini, aku rasa aku 'kenal' kau ophan...dan bagi aku, kau adalah penulis :)
*berapa banyak 'bagi aku' daaa
"Menulis mesti punya prinsip"
Manusia berprinsip tak pernah dayus.
kenapa ya aku macam terasa.. ~_~"
Salam fren...
Ko dah jadi penulis da pun cume penerimaan orang tentang ape yg kau tulis mungkin berbeza. Jangan risau kau mmg penulis yg hebat.
ah aku pun bukan penulis.buat apa nak nasihat bagai.
tanpa menyelak halaman pertama, seseorang tdk akan dapat menulis halaman kedua. dan saya msh lagi di halaman pertama yg hanya ada perkataan '1'.
'menulis mesti punya prinsip'. setuju.
namun kdg-kdg, jika terlalu memikirkan soal prinsip itu, ianya akan sentiasa berada pada halaman pertama. dan halaman yg lainnya tdk akan bertulis.
mungkin terdapatnya kekangan-kekangan yang menjadi asbab bukan saja kau, tapi aku juga goyah menari malah pengecut. prinsip yang sering bertukar-tukar seperti mahu menulis seperti dia, mahu punya kepersisan lenggok bahasa, inginkan kosa kata mewah membuatkan aku umpama roh mencari jasad.
namun, aku akui bahwa contengan-contengan aku banyak berpandu pada cara kau menulis sebelum ini sepertinya kau meletakkan satu penanda aras untuk aku turut ke situ sama.
ah, nampaknya aku terlebih komen pasal aku bukan pasal entri kau ni..
mahu gimana lagi?
sudah2 laaaa..
ko teruskan saja seperti mana adanya ko sekarang.. aku rasa itu lebih natural...
perlu partner buat nulis? yuk... buat buku "keroyokan" :)
salam kenal ...
menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
di tunggu kunjungan balik.nya!
perghh ayat satera giler.pening aku nak paham bila bace
kerja aku sekarang karang surat guna templet dan ekjas.sungguh tak bagus.semakin merosot imaginas nak menulis.
4 perkara wajib bagi mencapai kejayaan :
1)kerja keras
2)doa
3)pemikiran
4)keyakinan
-norman vincent peale
sudah bersedia? :)))
Ko bley ghost....jd seorang penulis satu hari nnti...
setiap penulis ade gayanya yg tersendiri. kau mmg seorang penulis bro. dan ak. ak bangga dgn gaya penulisan kau.
Ko bley ghost....jd seorang penulis satu hari nnti...
ko memang dah jadi sorang penulis pun, bahse ko, care bercite.. aku rase ramai orang tertarik.. so teruskan je
skrang kan ko mmg penulis ghost..
satu perkara yg aku sgt stuju ialah bila kita nak mengkritik sesuatu, ilmu di dada memang sgt perlu. membaca? one of the way. tapi kadang2, lg banyak kita explore about the issue, kita jd semakin "lost". depends, nk menulis tu bg aku hanya perlu identiti sendiri. identiti menulis, bukan identiti penulis ;)
nyatanya ghost, kau punya ruang tersendiri dalam dunia ini, kritis tajam dan indah, gabungan ketiga unsur ini benar-benar melambangkan kamu, tidak ada bayangan penulis lain dalam tulisan kau,,jujur dari aku.
kau punya originaliti sendiri phan,
cuma iyalah, harus-harus untuk berjaya itu perlukan peluh dan tangis,
good luck dude!
penulis yang disayang tuhan - Bahruddin Bekri..
mngkin boleh membantu sikit..
btw, tulislah cara yang selama ini anda tulis,
xperlu menjadi penulis lain.
identiti sendiri.
u dont have to please everyone.
aku cuma bljr menulis esei..utk menulis di blog ttg karya2 hidup, aku biarkan hati n jiwa mnjadi guru kpd jemari ^^
kau ini memang penulis yang tanpa sedar sudah menjadi guru kepada penulis yang lain.
sebenarnya kau dah berjaya.aku dapat rasakannya.ya
kau tau sesuatu?
aku lebih suka membaca tulisan kau di dalam blog...
mungkin sampai hari ini aku baru sahaja membaca dua buah buku yang kau tulis bersama penulis-penulis lain..
tapi aku rasa di dalam blog, kau lebih menjadi diri kau sendiri berbanding dalam buku..
entah. aku tak kenal kau. aku cuma memberi pendapat dengan apa yang aku dapat rasa dari pembacaan aku..:)
selamat berpuasa encik ghost :)
macam satu slot motivasi diri.
meletakkan unsur2 moral itu perlu.kejujuran dalam penulisan sgt penting.ya benar aku suka dgn luahan ini.ianya sering bermain difikiran aku.bila dikaji aku lebih mengikut emosi tika menulis.kau punyai penulisan yg mantap dan aku akui kau seorang yang betul2 paham arti penulisan.ianya bukan kerna penulisan yg penuh dgn makna tersirat.tapi melalui cerita kau yg aku baca dlam karangan yg kau tulis.
taiplah artikel menarik untuk santapan ROHANIku.. (>.<)
Aku lak ghost ikut style 'I write 1 minutes, i left 1 month'.. Ahaks.. Aku lg mls.. Aku rase aku makin dungu la nk tulis2 ni jadi lebih baik aku tulis status kt pesbuk je.. Hahaha- Ini siriyes-
aku kalo menulis tu kena ada mood. feeling betul2. kalo dipaksa tulisannya nnt mcm takde rasa. takde roh dan jiwa. tp aku biasa2 je. tulis ape yg aku suka :)
"Aku masih tanya diriku. Bila aku mau jadi penulis??" kekangan masa dan kesibukan kerja jadi alasan lagi konon mood menulis dan idea tak datang mengunjung. Sigh.
bila aku mau jadi penulis?
Post a Comment