Mengenali Onur di dalam ruang galle sebuah kapal angkutan barang yang menyandarkan perjalanan mereka seketika di pelabuhan kecil Sahabat,bikin aku tidak perlu banyak bertanya,kerna dia lebih suka menerangkan pada aku setiap apa yang dia lakukan.Ada pelajaran unformal di sini.Tentang budaya dan sivik.Tentang tabiat dan Turki.Tentang cara dan kemesraan.Dengan pertuturan inggris aku yang agak miskin dan pertambahan dengan bahasa isyarat yang jelek,bukan alasan untuk kami tidak ketawa bersama.Dia orang Turki.Dia tukang masak.
Onur dan Turki punya roti yang sangat bagus.Sedikit tawar dengan keputihan tepung halus di atasnya.Juga agak keras.Punya bentuk yang panjang dan melebihi paras bakul rotan.Aku tersenyum ketika mula belajar tentang quote yang sinis."Setiap orang bisa memasak,namun tidak semua bisa jadi tukang masak".Dia punya pisau yang tajam.Katanya dia tidak gunakan untuk memotong benda lain.Pisau itu khas untuk rotinya.Roti dengan pisaunya harmoni.Roti tidak mengadu sakit,pisau tidak banyak mengadu sukar.
Pernah kita terdengar dan terbaca bahwa manusia itu biasanya dinilai dari cara dia melakukan sesuatu sebagai cerminan kepada karakter dia.Justeru,Onur suka menyatakan kalau perlunya keserasian kita pada apa yang kita lakukan.Ia akan memberi tindakbalas yang terbaik pada keberhasilan dari itu.Ia bukan tentang kepuasan tapi ia tentang keprihatinan kita meski kita cuma berhadapan dengan benda.
108 comments:
sedap jugak roti ni..nsib baik aku puasa..
itu namanya chemistry ghost
oh... happy go lucky, pada siang. Malam, jadi menyendiri, serius, sedih.
karekter macam mana ini?
roti...
roti...
lapar...
itu memang sudah sebati kan. dinilai dari apa yang kita lakukan.
betul ... intinya adalah proporsi meletakkan sesuatu untuk bisa menjadi profesional :)
serasi bersama... kalaulah ade...
passion ?
"Setiap orang bisa memasak,namun tidak semua bisa jadi tukang masak".
kamu pandai masak kan` bisk?
:)
hahha..keserasian buatkan manusia lebih bersemangat melakukan sesuatu kerja..dan keikhlasan itu bnyak tika itu.
semuanya perihal kimia. untuk apa sahaja yang kita lakukan, jika wujudnya janggal, maka tiadalah kimia.
Memasak itu mmg satu kesenian yang sgt halus... satu jenis mskn, satu resepi tapi 100 tukang masak akan jadi 100 rasa yang berbeza...
iyap,,interaksi dengan benda mati terkadang lbih sensitive,,hihi,,,
kene ade 'chemistry' baru sebati dengan diri org kate...hehe
ghost dah sampai ke turki ke??
Jadi, kawenlah dgn org yg tepat.. Erkkk.. Cam tadek kne ngene je.. Hehehe~
besh gak erk kalo pat g turki ..
pernah juga aku terdengar tuan yg memilih alat
juga alat yg memilih tuan
bagai taming sari mencari tuan..
kepuasan!!
aku rindukan roti yang empuk gebu.
serasi itu lebih baik.hehe
ohh roti...terus jadi lapar la..sebab perutku berbunyi neh...ehheh
seraasi bersama walaupun sifat berbeza...
truly a perfect match...
and it really does applies in life...
sedang mencuba mencari pisau yg harmoni
chemistry tu perlu ada
bagi aku, dari sistem basuh baju-sidai-lipat, semuanya seni. kadang2boleh 'baca' seseorang daripada itu..
manisan org turki sgt manis. tp sedap .. sudah namanya manisan... sayang... turki hancur kerana kamal Ataturk... hilang sudah nilai keislaman sebenar sayang sungguh ~ .. itu yang saya ngerti tentang turki ... aya sofea .. tp .. sayang.. nauzubillah min zalik terjadi perkara itu ke atas kita :) ...
ramadhan kareem sahabat :) .. ~ ukhti syikin & zauji :)
practise make perfect.
kalau tkder pisau takder roti?
aku selalu membaca ttg roti itu melalui blog Moh Kembara..khabarnya, ia roti yg enak dan sgt mengenyangkan..
teringat cerita Spongebob pulak.. dalam satu episod tika ditanya rahsia keenakan masakannya, dia menjawab.."lakukan dgn kasih sayang.."
roti = sedap!
entri sebelum ini ada berbaur makanan, yang ini juga..kau lapar ke?hahah!
aku suka bau kedai roti, aku suka bau roti dan biskut dibakar.
roti keras lagi sedap dari roti lembut.(bagi aku)
aah...nak jadi tukang masak mesti ada bakat gak..
dulu dalam kelas bakery, lect pernah mau baling roti buku kat aku..padahal dia yg suruh aku buat roti whole grain..haish..
nasib aku view post ni lepas berbuka,kalau tak confirm meleleh baca sal roti
nafsu memang sukar dikawal di bulan Ramadhan
ianya tentang pisau. dan ianya tentang roti. okbai.
kita lajukan apa saja yang dilakukan pasti semuanya berlaku dengan kehidupan yang hadapan.
setiap apa yang dilakukan dengan kasih sayang, keikhlasan, pasti enak, apatah lagi kalau masak, sedap..
fokus dlm apa yg dilakukan..menghasilkan kesempurnaan..
kalau dalam bahasa saya - spesifikasi kerja: dalami dan hayati spesifikasi kerja akan menghasikan kesempurnaan kerja. ikuti boleh dan tidak boleh, penting untuk kualiti yang lebih tinggi..
chemistry itu pnting.bontot kuali hitam legam menunjukkan masakan itu sedap :D
ouhh, aku mmg hantu roti.
aku ada teman di kontrol histeria, dia tukang masak, namanya norman bates. kehkehkeh
bukan sekadar memasang ...meliputi segala urusan duniawi........hatta di lakukan dgn hati yg ikhlas...hasilnya pasti terbaik.....
yang menilai tau mengkritik harus dihargai kerana.........kegagalan adalah satu ketundaan untuk kejayaan...
* tidak memilih untuk di letakkan di blog yang mana....sumanje tetap bersyukur dan berterima kasih....atas kesudian......hantu....
ade juga yg kate u are what u eat.
*ok xde kene mengena.larikkk!
Tuan!
"..cerminan kepada karekter". benar sekali ophan. semua tentang jiwa
setuju sekali. keperihatinan itu menjana keserasian.
di pejabat, lihat keadaan ruang kerja mereka. apa ada di atas meja. selerak/tersusun.
dari situ sudah boleh menilai karakter mereka.
manusia dinilai dari cara dia melakukan sesuatu
bergantung kepada sekeliling
eg: friends are our mirror
tengah bygkan rupa roti,mesti sedap
hmm.sebenarnya sangat slow nak cerna apa yang cuba disampaikan. :D
hmm, ok..
kadang2 nonverbal lebih bermakna dari verbal. ~kena mengena ke tak ni? :D
macam2 sebenarnya yang boleh menggambarkan identiti seseorang kan. :)
salam.
hasil yang baik sudah pastilah daripada usaha yang baik juga..
sebelum memasak, pastikan kau berselawat terlebih dahulu. dgn cara itu, pasti semua org boleh jadi tukang masak. sebab jaminan halalan tayyiba tu ada bro :)
saya suka makan roti.. hehee..
err.. saya tak pandai memasak.. sah2 saya tak boleh jadi tukang masak.. hahaha!!~
^^
dalam banyak2 pisau itu, tentu ada satu yang paling harmoni. aku harap aku juga jumpa pisau itu kalau aku adalah roti. :P
saya setuju dengan pernyataan setiap orang bisa masak, tapi masalahnya nggak banyak orang yang bisa masak enak.
yah, alat masak seharusnya ditempatkan pada fungsinya.
coma kita yang mengagungkan bahasa inggeris sangat-sangat.
selalunya tukang masak takkan sesekali pinjamkan pisau dia kepada orang lain
khas untuk dia je
bisa melakukan sesuatu yg serasi dengan diri..pasti memberi kepuasan hati yg tidak terperi~
sebab tu la kalu kita minat kt sesuatu bnda, hasilnya pasti sgt memberangsangkan...
dalam semiotik, aku ada belajar cara menilai lelaki melalui cara mereka menyediakan makanan...
;-)p
manusia punya persepsi.. in different ways..could be in different manners. err...
'manusia itu biasanya dinilai dari cara dia melakukan sesuatu sebagai cerminan kepada karakter dia'
tapi manusia sering salah mengertikan aku..
ok baiklah saya ajar..
cara2 memotong roti atau sandwich.. tak kiralah sandwich sardin atau telur... sandwich ayam agak mahal.. daging juga...
pertama, pisau haruslah sangat tajam... dan panjang melebihi roti itu.. jgn guna pisalulipat pendel itu atau pisau pengetip kuku.. kuman bang.. kuman..
kemudian posisikan pisau di atas roti mengikut simetri yang betul sama ada segitiga atau segiempat maupun bulat... adil itu perlu... ingat, bilah tajam di atas roti, bukan sebaliknyer..
seterusnya, gerakkan pisau tanpa daya yang kuat gerakan memotong sehingga separuh potongan baru kenakan sedikit daya sehingga putus dua dengan cantik roti itu..
sekian, kisah orang Itali..
hurmmmm *bagus kamu dpt kenal onur...*
http://wanwidget
aku suker sgt apa apa pasal turki ni, music dia aku suker, hehe, pasal roti tu memang negara depa ader budaya skit
bagai menarik rambut dalam tepung.
Lain bahasa dan budaya tak semestinya tak dapat berinteraksi bersama .
" Roti tidak mengadu sakit,pisau tidak banyak mengadu sukar ." - style .
yeap , bila serasi , semua boleh jadi .
:)
cerita tentang roti, lapar la plak..huhuhuh^^
bau roti kadang2 lebih sedap daripada roti itu sendiri
(: ..bukan ttg kepuasan tp keprihatinan..
setuju!
masukkan rasa kasih syg .. =)
bau roti itu sgt menggoda...
suka memerhati org yg baru kenal... tafsir tingkah lakunya.
sgt saiko kdg2.
Oh bukan kepuasan? Keprihatinan eh? :O Nice thought.
ingatkan nk kasi resepi roti. roti yg punya rasa lain dr lain. sebab ia punya 'rasa'
Minat dan juga keikhlasan. Itu penting.
bukan serasi.its toleransi
nak belajar tentang budaya dan sivik?
sudah terlambat barangkali. Dunia sudah semakin tenat dengan manusia2 yang sudah rosak.
aku sangat suka komen a.s.t.i.n.a.
hahah!macam baca buku masakan.
bak mai sebijik.. hehehe
sekarang baru 8;22 pagi. aku dah terasa lapar bila kau sebut pasal roti. heh
Sume citer roti...malam ni kena ada menu roti. Hehehe....lapo.
HARMONI
nice qoute
Roti tidak mengadu sakit,pisau tidak banyak mengadu sukar.like dissss
gua juga punya kawan dari turki.
seorang yang baik dan sangat cool.
*tetiba teringat dekat dia.
Lazimnya begitu. Kita perlukan keserasian pada setiap benda yang dilakukan. Barulah hasilnya menjadi yang terbaik.
I just love the last paragraph.
Taking the small thing into the big pictures.
manusia itu kadang2 dapat dinilai dari cara dia makan di khalayak ramai sebagai cerminan kepada karakter dia
hebat betul la kawan aku ni taip cerita..kadang kadang rasa terpesona dengan gaya bahasa...
bisk, ajarkan aku supaya jadi lebih baik..
selama hidup 20 tahun ni aku suka roti garnier je..lembut gebu.
pehh dah sampai turki ke ghost !!! x ajak !! haha
aku prefer ROTI bakar kopitiam BANGI.....
bulan pose ni..
sebut roti pun dah terliur....
'keserasian antara kata dan perbuatan'
i like that phrase! :)
lapar
niat juga penting ye :)
ghost, penulisan kamu ada pesona yg tsendiri
aku rasa nak buat roti esok. rasa sajalah.
sy suka lukisan tu! santek!
hoh, tetibe rs nak gi beli roti yg gebu, empuk dan harum..
tumpang ty.. beliau guna pisau cap ape?
maksud karakter yg sgt mendalam tp sebenrnya sngt tepat. ya, ia bukan tentang kepuasan :)
nice duh...tbe tbe nak makan roti..hahaha~
semacam aku pernah mengajakmu berpuitis sebelum ini?
http://garamsicho.blogspot.com/2011/08/contest-aku-berpuisi-mereka-bertanya.html
melakukan sesuatu sebagai cerminan pada karekter,
diam..
diam..
*tenung diri sendiri*
aku selalu masak air..
boleh jadik tukang masak an?
like this posting... ^_^
ya...
semua bisa memasak, tapi tak semua bisa jadi tukang masak~
berusaha
pasti berjaya~
roti apa yang sedap di turki tapi ada jual di jepun
Jika arah fikiran itu sama, manusia lebih mudah untuk serasi. (Mungkin)
ringkas saja seperti mana aku dan muzik
:)
aku rasa aku kurang sensitif mungkin terhadap perkara semacam ini .
Post a Comment