Aku ada seorang teman.Teman satu ini cukup bijak orangnya.Dia dibesarkan di rumah merpati.
Orang-orang kaya tidak suka tinggal di rumah merpati.Letih mendongak kata mereka.Ada yang punya lif dan ada juga yang cuma punya tangga.Orang-orang yang pandai membaca tahu akan kegunaan tangga.Teman aku bilang,jangan suka sangat guna lif,Urat-urat jadi pemalas.Tulang perlu banyak kalsium.Orang-orang kaya lebih banyak kolesterol dari kalsium walaupun setiap pagi minum susu lembu.
Ada satu hari itu,berlaku kebakaran di rumah merpati.Ramai yang panik.Seperti biasa pasukan penyelamat tiba saat sudah banyak yang di rumah sakit.Teman aku bilang ramai yang patah kaki..dan kebanyakkan dari mereka 'buta huruf'.
*aku teringat rumah mak aku di kampung guna tangga,dan mak aku yang buta huruf.
92 comments:
bley la pegi skolah buta huruf..ngeh3 :)
klu dah panik...
lompat je
macam teka teki.
sabtu begini otak gua lembab.
aku perlukan kalsium juga ni.. hehe
adakah buta hurug dlm entry ni bermaksud org sombong..hehe
hmmm... berat ni nak hadam. tahu sahaja tidak mempraktiskan adalah orang buta huruf. haha. itu sahaja aku dapat hadam =.="
rumah merpati berpa tingkat tu bang?
tersirat yang agak sukar dirungkai
ooh..integriti
buta huruf dan buta hati...
anak saudara aku panggil rumah lama dia "rumah 14".masa kakak aku mengandung dia,kakak aku pernah naik tangga sampai rumah tingkat 14.masa anak dia umur setahun pun pernah.bukan calang2 orang yang pernah duduk rumah merpati.
rumah tinggi2.
susah nak kenal orang.
boleh jadi kera sumbang
:)
part permulaan faham..
tapi masa part akhir tu, blurr..
mereka lompat ke?
sebab terlalu panik?
or ramai berpusu2 ke tangga & tak ikut arahan laluan kecemasan?
huhu.. =.=''
lif rosak. lupa pada tangga. haihh~
bisk! kamuu... ya. biarlah aku diam.
merpati, rumah tingkat? personafikasi.
'buta huruf'. apa itu tanda malas?
Aku seperti kurang memahami teman kamu itu.
Mungkin yang buta huruf itu cuma tahu untuk terjun tanpa tahu dimana tangga kecemasan.
ok i see,
buta huruf pada orang,
hanya celik pada diri sendiri
kdg mereka ni tahu tapi xnak amik tahu...ditambah bila dlm keadaan cemas menggelabar smpi xtaw mane yg patut digunakan...
mari berantas buta huruf
patah kaki sebab ? blur.
meh cikgu ajar meh^^
n yang kaya2 ni jugak rmai buncit.. then kaya je sinonim ngn golf.
tingat runtuhan kondo highland tower
panik lah toh... terjun tros dats y la patah kaki...
evacuation drill perlu dibuat sekali sekala.
rumah merpati tuu rumah apa..~~??
Orang-orang yang pandai membaca tahu akan kegunaan tangga....ok ini aku faham.
Teman aku bilang ramai yang patah kaki..dan kebanyakkan dari mereka 'buta huruf'...buta hati kah atau buta matanya kah...
pandai membaca tu maknanya tahu akan kegunaan tangga dikala kecemasan.. kalau asyik manja dengan lif je, mmg x tahu nk gunakan tangga..bila berlaku kebakaran, maka paniklah mereka..jd bodoh sebab x reti nk gunakan tangga. kalu guna pon, x larat sebab x biasa~
jujur saya belum dapat mencerna makna buta huruf yg ingin dinyatakan.
wooOoohooo.. ok2 ana paham suda :|
rumah flet dan kesadisan..ah,,
apakah ini bermaksud
rumah merpati--rumah pangsa
kebanyakkan dari mereka 'buta huruf' bermaksud..
a)tidak mengikut langkah keselamatan bila berlaku kebakaran?
b)terjatuh kerana tidak biasa menggunakan tangga untuk menyelamatkan diri..
minta pencerahan..:)
sebab itu IM sanggup berulang alik kerja dari seberang ke pulau pinang semata-mata kerana tak mahu keluarga IM duduk di rumah merpati...
saye duk umah merpati, x tinggi, cuma ada tangga, last 3 years blaku kbakaran kt tgkat bwh, nasib baik saye & anak sempat keluar, 2 minggu tumpang umah kwn - dekat & senang jenguk2 umah, umah x rosak cuma xde elektrik.. trauma - thats all i can say.. and soon we r gonna move to another place, rezeki Allah taala, alhamdulillah..
xpe klu buta huruf, jgn buta hati, buta jiwa..
bila dalam keadaan panik atau cemas,
ramai orang yang asalnya tahu menjadi tidak tahu..
adrenalin tinggi sangat.sampai susah nak berfikir.
ceq tak beghapa nak paham sangat.. pikiaq punya dok pikiaq setakat ni tak dapat jugak.... hahahaha... buta huruf.. hmmm.. begitu simbolik ni....
apakah mereka tidak tahu kegunaan tangga? main lompat keluar sahaja? ya, mmg panik. dill faham. cuma, dlm satu2 keadaan perlu cuba utk waras.
God has given us 'aql. It is up to us how to use it wisely.
dill mengingatkan diri sendiri juga.
p/s: maaf jika salah garap.
dill.
oh, yg ni TK paham..
dan TK pun kadang2 (mungkin jg selalu) "buta huruf"..
erkk..
org-org veteren buta short form
aku cuba nk phmkan skli lagi..
semunya sng konflik
dua kehidupan yang berbeda
sikaya dan sibuta huruf.
buta huruf itu tak bermakna mereka tidak mampu untuk hidup dan bodoh dlm kehidupan mereka dan si kaya yang bijaksana tidak bermakna mereka itu cerdik dalam kehidupan mereka.
ah mungkin tafsiran aku ini salah.
jadi gi mana ya?
penulis berhnatu kegemaran saya ....
kamu serumit tulisan kamu...
entah siapa kamu ne sebenarnya di kehidupan sebenar?
sorang penyair?
sorang penulis?
kerna kamu seorang pemikir yang bijak berkata-kata aku kira ....
...
Ni cita ada smbungan ka???
Buta huruf banyak laa, kita bantu untuk bisa baca..?
saya baru dengar istilah rumah merpati itu seperti apa. hehehe.. maklum, saya nggak pernah tahu tentang seperti itu.
hemm ternyata buta huruf masih banyak kasus terjadinya yak?
aku buta huruf 'U' kerana asyik nampak huruf 'I'
Sebab mereka tak reti membaca tanda amaran.
Pehh.
kau fikir kau punya buta huruf je? aku punya, kau tak fikir pulak?
biar buta huruf jangan buta HATI...
mak aku pandai baca jawi saja..mak aku juga penginap rumah merpati,nasib baik rumah bawah daa
kau buatkan aku teringat member aku yg buta huruf
damn, rindu lak
cuma mampu meneka je. 'buta huruf' bila kecemasan berlaku di rumah merpati hanya sbb x biasa gunakan tangga mungkin dan secara x sengaja mengabaikan tangga
Rumah merpati kira murah sikit dari rumah lembu ... nun jauh di atas sana ... sedangkan lembu lepak2 ja di bawah .... hahaha
kah kah kah. buta huruf.
dan lebih mudah jika kata,
bebal.
=)
b3njy juga pernah tinggal di rumah merpati timgkat 5 tetapi tiada lif ... awal pagi gi kerja tertinggal sampah yang hendak dibuang ... lolll malas suda mo naik ke atas ...
Kadang-kadang best juga tinggal di rumah merpati dapat menikmati permandang dari atas yang best ...
kamu kenapa tak membuat novel ?
buta huruf tu standardlah ... kekadang ada signboard tulis jangan buang sampah disini denda RM 500 pun diaorang 'buta huruf' inikan pula signboard di lif tulis 'Jangan gunakan lif jika berlaku kebakaran' lagi diaorang 'buta huruf'.
baca tulisan ini diwaktu pagi di kala semuanya sedang beradu, membuatkan sy juga seperti org buta huruf:(
maksudnya?????
1 cik ayin |bertambah buta huruf lah kalau gi sekolah sana..haha
2 delarocha |pilihan panik..huh
3 PK |senang nak bagi cair..kalau beku lagi payah.hihi
4 Inspirationalefeks |ok lepas nih aku akan sebarkan kebaikan susu.haha
5 faiz |yes!antara yg terkandung dlm 'buta huruf'.
6 KHRLHSYM |sedangkan sudah jelas dipaparkan..cuma perlu ikut langkah2.
7 asip |rasanya 7 tingkat sip.. :)
8 Titisan Hujan |tapi rasanya TH faham kot..
9 EL MARIACHI |kedua-duanya sekali.
10 pembaris |hanya orang2 yg punya tahap kesabaran tinggi jer mampu buat.
1 chemay |selisih pon buat tak tau jer kan...
2 Hansyirah Takezur |haa..kan dah faham tuh..hihi
3 catherine- |jangan lah lama sangat..aku tunggu 'suara' mu.
4 Nveil |jumpa personafikasinya kan..hehe
5 Bukan Malaikat |aku lebih suka mengiakan apa yg kau fikirkan.
6 Sca Ndx |yes...thats right bro.
7 Prince Halilintar |itu yg kadang2 amik keputusan singkat...
8Sang Cerpenis bercerita |silakan Mba.. :)
9 Encik Psychopath |terjun....
10 emieysandra | TUNJUK AJARKU SIFU!
1 diana |lebih rela sakit dari mati terbakar..huh
2 Rain |mana standard main takraw..hihi
3 deAnza-wAnda |jangan buat macam tuh tau kalau tggl kat rumah merpati.
4 Cikli |untuk tau apa tindakan yg harus dibuat.
5 Pijahh' de-Arr |flat,pangsa atau apartment..
6 Bigdaddyz |buta hati sehingga membutakan mata mereka.
7 shatooman |kau cepat dapat catch kisah nih ek bro..
8 shameel Iskandar |tidak mengapa..suatu hari nanti ada org akan menyebutnya.
9 ukhti syikin |faham sudah ek..bagus.
10 Kepala Manchiss |kisah2 di dalamnya banyak kan..
1 Syuxer |kenapa mesti minta pencerahan kalau apa yg sudah dijelaskan oleh kamu betul..kan..hihi
2 Insan Marhaen |huh jauh tuh abang IM...
3 nurHeart |syukurlah sudah mendapat tempat yang lebih selesa.
4 april |mereka hilang arah sampai tak tau di mana ada tangga...
5 Encik MamaT |haha..awat la sampai nak pikiaq lebih2 en mamat..
6 dill |tak salah garap pon..soalnya jangan panik.
7 toyolkiut |kadang2 takpe TK,bila selalu tuh yg sakit.
8 DuniakuAbstrak |lagi2 kalau yg diurbankan..haha
9 Pijahh' de-Arr |teruskan mencuba pijah..hihi
10 Seroja Jingga |sebenarnya bila sentuh soal sikaya mereka cuma mau suatu yg meyenangkan saja,bagi yang buta huruf ia melambangkan mereka yang tidak mengetahui akan kepentingan dan kemudahan yg disediakan..
emmmmm....rumah merpati tu rumah apa? hehe..saya ni lampi sikit...:)
tp suka baca entry ni..saya gagah dan kuat sebab tiap2 hari panjat tangga untuk ke bilik..biasa la duduk asrama yang 3 tingkat ni..huhuuu~~
1 e. indah |aku cuma orang biasa-biasa yang hidup dengan seremeh yang mungkin.
2 Liyana Zahim |tak ada..biasanya akan habis macam tuh jer.
3 Kamal Hayat |ya kalau mau bantu..pasti orang butuhkannya.
4 Gaphe |masih ada yang hidup untuk mengingatkan kita tentang itu.
5 clarky |kau memang kelly...huh
6 Johan "Champ" Radzi |haha..ya begitulah kiranya..
7 Dale |haha...aku fikir lah dale.
8 Miss PIJAOSIX |kalau buta hati baik mati kot..hihi
9 Mehmed - |samalah mak kita...tak pandai membaca tapi pandai mengira..hihi
10 gabanMorka |biar betul..takkan member seusia kau ada yg buta huruf..
1 Dark Half |iya dark..mereka terlalu mengabaikan tangga sehingga tidak tahu apa itu kegunaan tangga...
2 Benjy |rumah lembu tuh macam mana lak benjy..haha
3 HEROICzero |yes!sangat mudah kan heroic..haha
4 Benjy |suruh saja baling dari atas..haha
5 ichsan afriadi |dalam proses adi..
6 Benjy |seperti kata heroic 'bebal'..
7 FIFIEY LYCHEE MARATION |sekali lagi apa kata heroic..'bebal'.hihi
hye fifiey.
8 Bella Bell |samalah macam asrama kamu bella..cuma lebih tinggi.
sebab terlalu dimanjai dgn kemewahan sampaikan otak membeku bila panik
kna msuk sek buta hruf nie...hehehe....ssh oo klau tnggl kt umah merpati..
itu bukan 'buta huruf' tapi jatuh dalam kategori 'pendek akal'.
terlalu inginkan keselesaan walau dalam masa sempit. itulah kesannya.
tapi kan ghost, kalau naik lif masa kebakaran lagi bahaya la...baik lompat je..haha
rumah terbakar panggil bomba,bomba dtg berlumba-lumba.hahaha. .suke lagu nie =P
err.ada kaitan x
Mari menghayati di cni
new hope
teringat time tinggal di apartment dulu ehh.. lift rosak, kawe tinggal tingkat 14... turun no problemo, naik patah urat kaki.. selalu lagi tu rosak.. hu hu..
yg dirumah merpati mungkin buta huruf tp yg diluar rumah merpati mungkin ada yg buta mata dan hati
......
tak smua orang 'buta huruf' boleh patah.....kaki diorang lagi kuat dari yang cerdik.....
nice entri kau kali ni.
mind blowing!
Assalamualaikum encek ghost..
^__^
kadang ketakutan dan kekalutan mampu mengubah kewarasan akal.. tangga ada, tapi memilih untuk cepat sampai ke tanah..yakni melompat..
hu.
1 alexa yussida |mungkin dengan kebakaran mampu mencairkannya..
2 ~Nabilah~ |mana tau susah,penah duduk?hihi
3 ctpayong |boleh juga kalau nak guna pendek akal.
4 Kay Masingan |tanggung lah risiko sakit sendiri...
5 cik ciput |kan tangga ada...hihi
6 zaty luvlianncezzz |lagu mana tuh zaty?
7 Ismail N |tinggallah kat rumah teres atau banglo..tak letih.
8 S..U..D..@..I..S |itu lagi teruk...lagi tak 'nampak' apa2.
9 United Minds |uitt..tuh kena tanya kawan aku.haha
10 Ries Lee |mekasih bro...
Mutiara Bernilai |bukan mengubah tapi mempengaruhi kewarasan.
masa naik nak cepat gina lif
masa kebakarn nak cepat turun
terjun je
hehe
adakah maknanya tukang penyelamat salah menyelamat?
tehr |simple punya keputusan.haha
nub |haha...nub,kalau kau korek lebih banyak kau akan jumpa.bila aku sentuh sesuatu tuh,ia akan jadi begitu.
hurmmm...
ps: aku suka part akhir (*) itu... betapa hebatnya seorang wanita yg menggunakan kudratnya dan juga buta huruf itu. Kirim salam buat 'mak aku' ya... kalau ada kesempatan
suda ade kemudahan yg disediakan baik gune lif ja.. xyah susah pyh nek tangga.. penat kot.. hahaha...
agak2 nk cepat lagi.. suruh dia terjun ja.. huhu
suda ade kemudahan yg disediakan baik gune lif ja.. xyah susah pyh nek tangga.. penat kot.. hahaha...
agak2 nk cepat lagi.. suruh dia terjun ja.. huhu
Cik Bidadari |akan disampaikan kalau punya kesempatan.. :)
Gayahspears |cik gayah,kebakaran tidak digalakkan guna lift sebab ia akan tersekat sistemnya..
adeh tak faham apa ni?
admire your writing :)
hahahahahaha..buta huruf?? nice
hehe kelakar pun ada .. ramai yg patah kaki kebanyakan mereka buat huruf ~
time panik akal yg waras boleh jadi tidak waras
Post a Comment