Tidak ada antara kita yang mahu kelihatan jelek,yang buruk-buruk,malah mahu kelihatan bagus,tidak ketinggalan dan mahu sentiasa keren di mata orang lain..Atas hal yang demikian maka wujud ramai orang yang lebih rela culas dan membohongi dirinya sendiri..Bahkan ia hanya lebih kepada hipokrasi.
Ada antara kita yang membuat pengakuan sebagai punya pekerjaan yang hebat tapi ternyata cuma kuli upahan,ada yang mengaku pengusaha yang kaya tapi tidak lebih cuma pedagang kecilan,ada yang mengaku terlalu sibuk dengan urusan tapi padahal seorang penganggur,ada yang mengatakan seorang penuntut ilmu yang pintar tapi ternyata hanya pada satu bidang,ada yang mencanangkan kebahagiaan hubungan tapi lebih kepada berantakan..
Berbicara hebat di hadapan khalayak meski itu cuma pembohongan,mempamerkan segala keberadaan dan kemewahan sedangkan ia cuma hasil pinjaman.Agar diri nampak bagus di mata orang maka segala kedustaan terhembus..
Mana yang harus dipilih antara tampak bagus atau benar?Memilih dengan berbuat benar adalah pilihan yang terbaik kerna saja kita tidak perlu mereka-reka dan menutupi segala pembohongan kita tentang kehebatan seterusnya...Memilih yang benar tidak akan menjadikan kita seolah menyeksa diri kita pada kemudian hari..Kerna siapa pun yang percaya pada diri sendiri pasti tahu kalau kebenaran itu sentiasa memenangi arena.
68 comments:
hai.
saya naj.
belajar.
balum jadi kuli upahan.
saya nak jadi kaya.
saya memang hipokrit.
tapi saya pasti, saya budak baik.
sekian, berkhidmat untuk masyarakat.
keh keh.
p/s: Bisk. manusia.. well~ norma hidup.. yang mahukan yang terbaik. meskipun harus berbohong. Demi kebaikan sejagat. haha
tampak bagus dan benar...bolehkah dapat keduanya sekali?
berada di belakang topeng.
cakap LEBAT susah mantap
cakap RENDAH payah sudah.
hai, i'm sirius black, abang ipar.
hueheuehue
hik hik hik... sabar ajalah. kalau nak dibuat calon isteri tu memang kenalah. kalau takat kawan... pandang aja sudah.
ramai yang jadi hiporkit ( atau kita sendiri pun seorang yang hipokrit ) kerna malu dengan warna asal sendiri.
mahu ditutup segala cela yang hodoh,agar kononnya dipandang sempurna.
atau mungkin kita-kita yang hipokrit ni,ingin benar jadi satu watak yang diidamkan,tapi pada hakikatnya,realiti diri kita tidak sebegitu rupa.maka diwarna warnikan lah kita ini dengan rekaan semata-mata.
semua orang berebut mahu tampak hebat di dunia ini. lebih enak kayaknya jika kita juga berebut untuk tampak hebat pada pandangan Allah SWT. selagi masih makan gaji tidak perlu dicanang kita bagus. hidup pada satu paksi. semua hanyalah sama, bedanya amalan kita.
saya...macam biasa. memang pandai telan makanan
Originality of yourself is perfect.
Unique is YOU.
Let it be.
Just act the way you are.
BTW,: hi!
kurangkan bercakap. jawab bila orang tanya saja tentang kita.
nampak hebat dengan kebenaran he3
saya masih berpegang pada prinsip hipokrit..
beritahu aku siapa yg tidak hipokrit
namun aku tidak meletakkan hipokrit dalam aliran negatif yg total
sa maw dikenali dengan kemampuan sa sendiri dalam kata lain "affordable" , adakah itu yang benar ?
penipuan yang paling pathetic adalah penipuan terhadap diri sendiri.
kasihan.
terlalu rendah diri pun tak bagus jugak...
adakalanya kena berlagak sikit, baru dipandang...
tu ntah ape2 punya pndangan daaa...
yg pastinya aku ngantok, nak tdo...
nite ghost...
@ NAJ HEBAT : mau yang terbaik tidak salah Naj..tapi tidak nampak kalau hipokrasi itu ade kebaikan pada sejagat...lebih kepada kepentingan diri.
@ Nazsabrina Iman Zulfikar : tak boleh...
@ MATAHARI : haha...u make me laugh Sirius Black..
@ Cik Bidadari : calon isteri?who is that cik Bidadari?hihi
@ april : kita melapisi apa yang terkurang di mata kita sedang itulah kebenaran yang orang lain akan kata suatu kecukupan...sebab itu bila merujuk pada suatu permasalahan manusia maka dirujuk pada 'kita' kerna tahu kalau diri sendiri tidak berkecuali..
@ hanaahmad : hurmm..aku terlupa tentang amalan di hadapan Tuhan..maafkan aku.
@ frwls : Alhamdulillah...masih boleh.hi3
@ SyahadaSubri : setuju...let it be.?
Hi Chu..
@ AkuMuzikFilem : nice..itu lebih baik kot.
@ REPUBLIK N9 : kebenaran bukan untuk kehebatan bukan..hi3
@ Raja Dol Haq 2 : kalau kau mahu tanya siapa yang tidak hipokrit,aku akui tiada siapa yang tidak hipokrit..tapi kita tetap saja diberi pilihan..letak lar di mana pun prinsip hipokrit itu,terpulang tapi dlm masa yang sama ia tetap suatu yg menyeksa dari dalam.
@ Inspirationalefeks : ya ia bukan suatu yang hipokrit,tapi keyakinan.
@ HEROICzero : itu kewajaran yang kita dapat dari dalam..kasihan.
@ white rose : soal rendah diri itu berbeza WR..
selamat malam WR
topeng itu tidak dapat menyembunyikan wajahnya yang sebenar..kerana akan tiba masanya topeng itu akan di tanggalkan atau terlucut..
masa tu kita akan dapat melihat wajahnya yang sebenar.
permasalahan hipokrit ni guru aku ada ajar masa kelas pendidikan jasmani
katanya manusia tetap saja hipokrit akan tetapi harusnya dalam keadaan 'halal' bagi menyesuaikan diri dgn manusia mahupun situasi waima keadaan
sekian terima kasih cikgu
kiss skit
nampak benar lebih baik. kerana benar itu sudah bagus.
cakap gebang2
akhirnya mengeluh sendri.
nak menipu orang bolehlah.. nak menipu diri sendri.? heh!
palsu sifatnya mudah keguguran
yg asli itu sifatnya melekap, ke jiwa dan jasad bawa ke mati.
bila soal hidup yang kita pasakkan, kita dibenarkan membenarkan kebenaran lebih dari apa pun.
yup..let it be...see how things goes when people are really comfortable of not being themselves...
*okey! will do. just drop by and say it when ya.
*that word really suits YOU!
you're not there but you're 'there'!
silently appear!
tc ya!
kenapa ketawa? huehueheu, abang ipar?
ok, menukar nada serius, bermain dengan tangan, memegang paksi, paksi paksi.
ok. itu mengarut.
@ si para para : akhirnya bila ketahuan perlu cari penjelasan dan alasan lagi.
@ Raja Dol Haq 2 : cikgu pendidikan moral aku cakap masa kelas sivik..hipokrit nih macam bohong sunat jugak,tidak ada istilah yang menghalalkan hipokrit..
haha
flying kiss dari jauh...
@ KHRLHSYM : tepat pilihan tuh Karl..hi3
@ Fiq Vertigo : termasuk dalam dasar melindungi kebenaran..
mesti rasa tak enak jer kan..
@ | Larasephia | : kannnn..kebenaran itu akan menang.. :)
@ SyahadaSubri : baru jelas..hi3
u welcome Chu
@ MATAHARI : mengarut pun aku faham Luc...haha.adui
siapa yang tak mahu kelihatan hebat?
itu sifat manusia
cuma ada garis pemisah halus antara menjadi hebat dan angkuh di kalangan manusia2 saja atau hebat dan rendah diri di sisi Penciptanya
mana butang untuk like komen dark half..
stuju 14 ratuih kali
@ Dark Half : macam yang aku cakap,tiada satu pun yang tidak mahu kelihatan hebat,semua orang mahu.
dan sekarang perbedaan itu tidak kelihatan kalau kita lebih tertumpu pada pembohongan kepada manusia lain,itu soalnya.garisan halus itu cuma wujud antara kita dengan Pencipta kita saat kita mulai sedar bahwa kita tidak layak untuk merasa angkuh dengan kehebatan.
@ Raja Dol Haq 2 : aku tambah jumlahnya menjadi 15 ribu kali..hihi
bagi aku hipokrit perlu gak.
utk menenggelamkan aib sendiri.
mungkin kalau jujur sgt,
senang ditipu, ditindas.
jadilah yang sebenar, kerana apabila yang sebenar itu terpacak di hadapan umum, hipokrasi dan pembohongan itu seakan menjadi virus yang membahayakan~
jangan bohong dan menjadi diri sendiri sepenuhnya rasanya kebih baik deh.. daripada menghalalkan cara untuk mendapatkan simpati dari orang lain : palsu
aku penganggur yang punya banyak urusan hidup. ok fain. aku sibuk bermimpi siang.
ehem. *tap tap tap tap tap tap tap*
kebenarang adakala menyakitkan
jadi sesetengah itu terpaksa menjadi plastik demi..mungkin nak capai self esteem sendiri
Serasa saya..
tak ramai yang tampak benar..
tampak bagus juga indirectly..
berkata seolah2 terlalu merendah2kan diri tapi di situ wujud reverse psiko riak yang tinggi..
baut ayat sarcastik suapaya orang tak paham..last2 saya baca sendiri pun tak paham.. muahaha
biskut..
aku lagi suka mengaku aku penganggur yang tidak dihormati..
lantas aku boleh mintak orang lain blnja aku makan..
nah...gunakan kekurangan yg ada utk mempegunakan orang lain..
keren bangat lorh~
agreed!! jadilah diri-sendiri, low-profile is better...
"benar" itu selalu menang walau dlm ape situasi.. dan hypocrite itu hanya mengusr ketenangan dan kepercayaan org lain pd kita.
**di bumi nyatakah kita berpijak?? renungkanlah.........*
kita boleh tipu org lain.. tp tak boleh tipu diri sendiri.. jdnya klu mahu tampak bagus, tampakkanlah yg benar terlebih dahulu..
salam ..hidup ini kena berterus terang
nampak bagus itu sesuatu yang hebat mungkin.. tapi apa perlunya kalau kita menipu diri sendiri..
Benar itu walaupun sesuatu yang buruk mungkin terselit sesuatu yang manis ...
tiade yg benar melainkan yg benar belaka.
yakin dgn diri sendiri dan itulah yg terbaik.
x perlu hipokrit sbb hidup kt dunie nie hanye sementare :)
pentas semata-mata.
kalau sume nk nampak bagus, kene maintain habis habisan.
penat la mcm tu.
berfikir dari pihak golongan ini, aku macam bersimpati. tiap hari mahu memikirkan idea baru untuk sambung menipu diri. hati kian hari kian sepi. sebab teman yang disisi hanyalah teman yang nampak seorang yang bukan diri dia.
hipokrasi itu baek utk kita mengadaptasi dengan sekeliling. tapi bila ia disalahguna, ia hanya akan mencederakan hati
bisk! adek dah restu tu. lol
whether we like it or not, hypocrites are everywhere. healthy and alive!
Hipokrit kita semua hipokrit..
tapi berlagak?menipu untuk berlagak?
Tak ada faedahnya pun...
orang begini,jangan harap kita akan berborak dgn dia..
aku memilih untuk menunjukkan yang benar dari memilih untuk berada dalam kondisi yang tampak bagus tapi sebenarnya tak bagus mane...
kalau saya apa adanya saja... pernah saya jadi kuli bangunan, pernah kerja di toko, saya ank orang msikin.. tapi pede saja...
nyatanya sekarang saya bisa kuliah... dan mendorong adik-adik saya untuk kuliah...
tak suka dengan orang yang suka cakap besar..cakap saja lebih, tindakannya tiada..alih2 kuli2 bawahan ini juga yang terpaksa melakukan kerjanya..
kebenarannya adalah bahwa bahasa anda melayu benar. saya jadi malu nih, soalnya suka ngibul juga
saya lebih memilih untuk tampak benar :)
@ Sca Ndx : aku tak nampak relevan alasan tuh untuk tidak ditindas.. :)
@ skandaLdariLangit : virus yang memakan sel2 asli diri kita...
@ Gaphe : pilihan itu ditangan kita Phe..
@ Clarky Afif : kalau hidup tidak diurus gimana mau hidup kan...haha
@ FaizalSulaiman : terpulang lar untuk apa,tapi ia tetap menyeksa diri sendiri..
@ A.s.t.i.n.a : saya faham lar Dayang Astina...hihi
@ missSenget : itu mengambil kesempatan namanya tuh..haha
@ n@jwamz : kita akan sedar bila semakin banyak suara bercakap soal kita..
@ Hanis Azla : betul,tampak benar itu yang patut didahulukan..
@ a loqman : biar pahit tapi takde sakit kepala nak fikir suatu alasan.
@ Fiqas : tak ada perlunya begitu..
@ F.A.R : penat kan..hari-hari kena fikir camna nak cover suatu yang semakin hari semakin jelas.kadang kita nih pelupa sangat..
@ luna : haha...dah dapat restu ek..
tapi masih fikir kalau yang diadaptasi itu cuma mahu melepaskan diri.begitu kah?
@ Prince Halilintar : ya,ia di mana-mana..semakin hari semakin bercambah..hanya yg hipokrit mengenal hipokrit..
@ Rina Rossoneri : berborak mungkin bila takde orang lain yg nak diajak berborak..hihi
@ ~ PIJA ~ : tak semestinya bagus kan Pija...
@ choirul : kesedaran begitu sangat bagus Choi..lebih memimpin.
@ cik ciput : nih kes marah dengan bos ker cik ciput..hihi
@ Muhammad A Vip : ya yalah..haha
@ ♥chika_rei♥ : nice choose Chika..
bnci owg perasan bag0sssss..huhu
ntah apapa
keyh..meh jengah cni:)
lelaki bibir merah lebey MEMIKAT??
@ diana : itu berbeza konsepnya Kak Diana..ternyata dia bukan seorang yang hipokrit.dia masih menunjukan dirinya yang sebenar.
@ zaty luvlianncezzz : bencik jugak taw,,hihi
Aku sering terjerat dengan situasi begini. Jadinya aku terpaksa menipu. Menipu diri. Kadang kadang untuk buat diri menjadi kuat. Aku terpaksa menipu manusia sekeliling kerana aku mahu yang terbaik untuk mereka juga mungkin pada aku. Serius, aku tidak tahu mahu laku apa bila berhadapan dengan situasi ini.
Tiada apa yang sempurna kecuali Tuhan. Sepatutnya kita bangga pada apa yang kita ada sekarang ini.
berkata benar adalah lebih baik
jadilah diri sendiri dari menjadi
seorang yang hipokrit...
aku kuli yang bercita-cita besar mahu jadi bos satu hari nanti.
bos kepada kambing-kambing. :p
Tak ada hebatnya sanjungan dunia, walau itu yang semua mahukan. Di akhirat sana, semua pembohongan itu bakal dipersoalkan.
Dan ketika itu
kitalah yang paling hina
mesti bukan setakat bagus tapi mesti tampak bagus..
@ Nasz : ya Nasz,ada yang terpaksa berhadapan dengan situasi yang serba salah,mungkin kalau cuma mau menutupi rasa kecewa dengan menunjukan rasa normal itu aku fikir di luar konsep hipokrit..
@ Ati Masrif : pilihan di tangan kita Ati.
@ TheRebelKid/PrmpnDkwtMrh : semoga tercapai impian ko tuh Wee..hihi
@ Siti Nurhayati Dollah : diketahui bahwa di hadapan Tuhan kita cuma hamba.
@ Insan Marhaen : usaha dengan cara yang lebih baik..dgn cara benar.
hati ini sangat jahat wapau pun sebenarnya ia sangat baik
lalu
aku sering tertewas juga
@ tehr : sentiasa ada pro dan kontranya Tehr
hypocrite = a pretender
i pretend that i'm strong internally/emotionally but actually i'm not - fragile, am i a hypocrite?
manusia hipokrit hanya hidup dalam dunia fantasi tanpa menyedari realiti...
@ nurHeart : Nope.
@ deAnza-wAnda : aku hidup dalam dunia fantasy..
@ harly : makasih atas kunjungan sob.
persetankan hipokrit dan teruslah ber-hipokrit
@ eszol raar : done! haha
Post a Comment