Poskad dari Otto sudah ku terima dengan tulisan tangan dari dakwat pena yang mulai kembang kesan titisan hujan tropika setelah menempuhi perjalanan usia yang melewati dua benua.Musim ini baru pertama kali dia mengirimnya setelah musim luruh yang sudah,dia gagal berbuat begitu kerna saja dia perlu memperingati kematian istrinya yang tercinta si Johanna di Brandenburg.
Bait kata pertamanya aku baca seolah meminta aku memahami apa yang lebih baik untuk kita lihat di sebalik sesuatu hal.Aku membayangkan Otto sedang ketawa dengan kemabukannya sambil menulis tentang undang-undang yang seperti sosej di mana adalah lebih baik tidak melihat ketika ia dihasilkan.Jujur,aku mulai juga membayangkan akan undang-undang di negara harimau malaya ini yang seolah 'sandwich' rupanya.Ah,baru 9 tahun dia sebagai 'wild man' sudah mau menebak waras otaknya.Katanya lagi dalam surat yang mulai lusuh dan menguning..,"kalau kamu mau memperbodohkan dunia,beritahu lah akan kebenarannya..".
Pada penghujung ayatnya,'The Iron Chancellor' ini merendahkan nadanya dengan sedikit kesal.."bertuah Malaya kerna bukan emperor German yang menggantung benderanya di institusi perundangan..pasti orang-orang Ingris tidak berani sama sekali merubah undang-undang sesuka hati demi kepentingan diri..".(humming...)Ouh Yach,saat ini aku seolah melihat 'dua maharaja' dalam ketelanjangan mereka dan melaluinya aku tidak melihat apa-apa yang terinspiratif...
49 comments:
ini resensi film lagi ya bisk?.
mungkin Otto mengirim poskad setelah dia sempat, karena otto sedang sibuk..
otto kematian isterinya.
adakah dia banyak harta?
*tiba2 menjadi perempuan materialistik*
Otto von Bismark?
ow i get it.
rain membayangkan otto kesunyian..
undang2 ciptaan manusia mesti ada kelemahannya..
weleh....
keren banget,..
ini film?? ato karangan ??
salam kenal yaa...
kirimkan salam perkenalan ku pada otto..
:)
selepas melalui kegagalan... otaknya semakin bijak yeak...? kalau itulah yang dikatakan pengalaman... haus lalui kesukaranlah dulu... arghhhhhhhhhh ghost... mau saja kita tembak entry nie....
ni pasti movie..
Das Auto..eh..itu volkswagen
aku lihat dari dua sudut yang berbeza. seperti biasa ada buruk baiknya bila berlaku 'penjajahan' sesebuah negara. maka ambillah yg baiknya dan tinggalkan yang buruk untuk lebih maju & berjaya.
oke. aku ingat otto tu kawan kau.
=.='
bebal gak aku ni. grr
blom tengok cter ni. baru siap La Raffle, tak sabar nak menonton
kalau bukan kerna komen-komen di atas,
terpinga-pinga juga mahu tinggal buah tangan di sini.
hurm,filem.
musim sibuk sudah melanda.
ada kelapangan,akan cuba menonton nanti.
terima kasih ghost writer.
Nampaknya bahasa dalam entri kali ni terlalu tinggi untuk saya paham. =(
@ Gaphe : Haha..Otto emangnya sentiasa sibuk bertarung dalam perut bumi...not film.
@ skandaLdariLangit : dia tidak tinggalkan harta yg banyak,tapi dia merintis German ke satu pendekatan yg lebih baik...hihi
@ MATAHARI : yes Luc..dia ialah Otto Eduard Leopold Von Bismarck,seorang kanselor German,Duke of Lauenburg..
@ Rainbow : Tidak,dia tidak pernah sunyi.Dia sentiasa berjuang.
@ Prince Halilintar : nampaknya Prince dapat menangkap bahwa ia sebenarnya tentang undang-undang..hihi
@ irhampedia : ini cuma karangan sob,bukan film..wataknya saja aku pinjamin sih..mekasih yach sob.salam perkenalan.
@ intan.maisarah : 1898 dia sudah mendiang...113 tahun yang lampau.hihi
@ Cik Bidadari : btw,ini bukan filem..bukan.pengalaman itu diraih dalam 2 cara,satu kesukaran dan satu lagi dengan mudah.
@ Nazsabrina Iman Zulfikar : apakah...?haha!
@ ctpayong : mekasih atas pandangan dari sudut yg berbeza itu kak CT..sememangnya kita punya option dalam memilih suatu yang baik dengan buruknya imperialisme..
@ sastraboy : haha..dia dah 113 tahun lupus di dunia nih.cuma tinggal sejarah.
@ Dark Half : ko download ek citer La Rafle tuh..?takper,amik masa dulu.kena tengok dalam keadaan tenang.hihi
@ diana : Kak Diana..bukan filem.bukan baru dan juga bukan lama.hihi
@ april : Pembetulan:ini bukan filem.Aku cuma meminjam watak Otto untuk aku jadikan sebagai perlambangan.sama-sama April.
@ cik ciput : jangan dibaca pada bahasa tapi dibaca pada intinya...hihi
kui kui kui~ memang aku tak paham. tgk komen2 pun ada yg tersalah paham. GHOST GHOST GHOST~ :p
entahlah ghost, baca entry ini buat aku berfikir "kenapa kita hidup" .... :)
inspiratif tu ape ?
baritahu pada otto gua pernah berselingkuh dengan isterinya
awal2 pagi tadi aku buka blog kau terus setelah tengok komen kau di blog aku. aku ingat sudah tulis komen di sini yang berbunyi seperti ini, "review movie cara ghost?". rupanya tak masuk lagi
@ lavender harum wangi : haha..nak wat camner..
@ Inspirationalefeks : mak eii..sampai begitu sekali jauhnya pemikiran ko..haha
@ Encik Psychopath : Inspirasi...
@ b.r.u.t.a.l.s.o.l.o : ko memang nak kena rejam cara europe nih..huh
@ AkuMuzikFilem : mungkin ko tak klik publish comment kot..haha.
siapa otto, aku knal ke..hehe
er..saya kan.. saya kan..saya tatau nak komen ape. saya tak faham. adakah kerana saya lapar? :'(
Ghost..
aku pening utk memahamkan permainan kata2 kamu.. kamu pulak pening dgn loghat perak aku..hihihi..kira adil lah ni..
saya akan cuba mencari info tentang tokoh itu sebaik pulang dari sini..t kasih..
salam...
saya tak faham entri ni...
terlalu abstark...
@ Monster Globalisasi : ko pernah belajar sejarah masa sekolah...?
@ anOOan : jom makan Aan..kat gerai kampung jer..nak?
@ a.samad jaafar : silakan cari profile tentang tokoh German nih..
betul,aku betul2 tak dapat baca dengan betul loghat perak sekalipun duk perak agak lama,15 tahun.
@ sekamar rindu : err..takper.baca pon dah kira ok.sebenarnya ia mengenai sistem perundangan yang dilihat melalui mata fikir saya jer.
nk komen something tp ntah nape sepanjang hari ni my mind blank, cant think straight.. *sigh*
otto tu nama kucing ke?
ottomatik
pakcik tau la...
ok.. pakcik diam...
@ nurHeart : try fikir benda lain...hihi.nak balik umah cepat sangat lar tuh.
@ SYARIFF HAIKAL : tak lar,tuh nama sebatang pokok kat hutan khatulistiwa.haha!
@ gedek! : haha..ye,saya pon tau pacik tau..
aku baca balik setelah melihat pernyataan di komen otto adalah sejenis pokok khatulistiwa? pembacaan keduaku semakin kabur
jap, kurang faham. baca balik
mcm sosej?
hahaha...
aku tak suke sangat sosej ni...
kadang2 bila mak aku suh gorengkan tu dia, aku terpaksa melihat sosej yg sebegitu rupa...
ah, alangkah indahnya kalau sosej tu berbentuk love...
kan mudah aku menyayanginya...
Kata Otto; "Jangan pernah mempercayai apa pun dalam politik sampai hal itu resmi diingkari"
@ Sasa Al-Sharif : Sasa,kalau ko baca reply komen aku tuh sebenarnya aku cuma nak bergurau sebab sudah jelas aku bagitau Otto itu seorang kaunselor,tapi masih mau tanya otto itu kucing kah..haha.!nampak sangat tak baca Syariff tuh.
@ Sca Ndx : ko leh ulang banyak kali pun takper Sca..hihi
@ white rose : kenapa ko tak sayang sekali dengan hotdognya..n then sayang kat sos cilinya,mayonisnya atau dengan hirisan bawang2nya...
pergh..tiap malam aku belasah oblong tau tak..meleleh jer sos nyer..black pepper lak tuh..
@ Siti Nurhayati Dollah : yes itu salah satu kata-katanya...nampak dia sendiri tak begitu menyukai politik..
bukan. internet slow. aku telah bertukar rumah. huhu. rumah yang dulu, berkelajuan 1mbps
@ AkuMuzikFilem : its ok bro..kalau situasi macam tuh sangat lar faham.
ini perihal undang2 kan?
yang boleh ubah satu negara itu jadi aman atau kelam kabut
@ Sca Ndx : yes!betul tuh Sca..nih sumer kritis tentang undang2 sebenarnya...dan betapa mudah kita mengubah undang2 sama macam kita mengubah sesuatu perkataan tuh.
ghost setiap kali pun kau buat kepala aku pening. kenapa mesti otto? gambar dia terpampang kat soalan sejarah spm 2010 . percayalah...
ayat yang last tu best..
"saat ini aku seolah melihat 'dua maharaja' dalam ketelanjangan mereka dan melaluinya aku tidak melihat apa-apa yang terinspiratif..."
emm.. dalam maksudnya..
@ beruka makino : kenapa Otto..sebab aku rasa dia tokoh German yang punya keberanian dalam menyuarakan rasa protesnya pada sistem negara.
@ toyolkiut : aku mau ia difikirkan,sebab itu aku tidak mau terlalu jelaskan siapa 2 maharaja itu..
50tahun yang suram..
@ si para para : in country...
Post a Comment