*Forty years ago Harriet Vanger vanished.Its time to find out why-whatever the cost...
Bukan mudah bagi seorang perempuan lembut dan lemah sifatnya menongkah arus kehidupan yang perit dan penuh kesakitan.Hatinya memberontak saat dia semakin mengenal erti kedewasaan-hidup yang sebenar.Ada dendam yang menyala pada renungan matanya kepada setiap pemburu nafsu buas.Dia juga seorang pemburu yang membunuh untuk menggantikan tempat kasih sayangnya yang luntur..Ada kepuasan pada wajah Lisbeth saat si durjana menemui ajal di hadapan matanya...
Dari pencarian seorang perempuan yang menghilang secara tiba-tiba maka kisah ini akhirnya menemui rentetan demi rentetan peristiwa hitam dari sisi gelap seorang perempuan lain.Terungkai kesemua misteri dan menyelesaikan sesuatu kasus yang lain dengan gambaran yang cukup jelas,malah kita pula yang terbawa-bawa untuk mengetahui dan meneka akan siapa dan kesudahannya...
Tanpa kita menyangka,bahwa dalang dari peristiwa kehilangan itu sendiri adalah dari keluarga yang meminta dibongkarkan misteri di sebaliknya..Ada rasa hiba di penghujung cerita seolah kisah jejak kasih antara ahli keluarga yang terpisah bertahun lamanya..Ini kisah misteri Swedish di musim dingin yang difilemkan dari kisah novel yang dibukukan..
Tidak semua dendam yang terlunas membawa kehancuran kerna saja bagi siapa yang percaya,pasti dendam itu bisa digantikan kepada suatu yang membahagiakan.
71 comments:
pertamaxxx!
Tidak semua dendam yang terlunas membawa kehancuran kerna saja bagi siapa yang percaya,pasti dendam itu bisa digantikan kepada suatu yang membahagiakan.
aku berpegang pada ni, bisk, tapi tak dinafikan jekyll dalam diri meminta melepaskan dendam yang termaktub.
Hmm..cerita utk gadis yg lemah lembut? *terasa;)
N,,otak sangat penuh dengan Fizik dan Calculus malam ni,,jadi tak dapat tangkap.
Lampi=_=
mungkin saja bisa dendam berubah bahagia. itu pun kalau bisa saling memaafkan.
belajar ilmu ikhlas.
Tidak semua dendam yang terlunas membawa kehancuran kerna saja bagi siapa yang percaya,pasti dendam itu bisa digantikan kepada suatu yang membahagiakan.
hmmm.. dendam untuk kebahagiaan tapi sementara bukan?
saya suka kisah yang difilemkan dari buku..
saya sedang belajar tidak berdendam ,
kadang2 dendam tu akan memakan diri sendiri~
btw ghost bila nak tulis novel , kamu sangat berbakat >.<
bukankah dendam itu kepuasan ? kerana kepuasan selari dengan kehendak kita ingin membalas dendam ...
sometime dendam dipengaruhi rasa kecewa
salah satu buku terbaik yang aku miliki untuk tahun 2009. Plot sangat kemas, gaya,unjuran bahasa yang cantik, flawless.
seingat aku,aku habiskan buku ni dalam masa 3 hari. (500 pages lebih kan?) 300 muka surat pertama dah buat aku hampir sewel dengan terlalu banyak female characters' names.
lepas 300 mukasurat aku jadi terfikir, ini cerita yang seakan "Rahsia Perindu : Ramlee Awang Murshid" ke ape? (in case kau tak pernah baca novel tu, go indulge in it)
at the end of the story, I wish I could be just another Lisbeth.
dendam dalam cerita hindustan kebanyakannya happy ending. lol
bestnye review ni. terasa nak tengok. bsk! dah tengok gantz belom?
sekadar datang untuk ucap sala. sori, tak boleh fikir berat-berat.
tapi IM cuba untuk tidak mahu berdendam..
hurmmm kita tak baca... ni buku apa?
DENDAM MENGAJAR AKU AKAN ERTI TIDAK MUDAH PERCAYA DENGAN ORANG.
tak berdendam dan cuba tidak berdendam.
harap tiada yang berdendam dgn cha mahupun kamu phan!
dendam menyesakkan saja..
bro'...
ni entry baru wa untuk lu...
http://elmariachiblues.blogspot.com/2011/03/blues-untuk-ghost-infatuasi-cinta-basi.html
mari berdendam.
ajar aku cara untuk lebih mempercayai lelaki agar bisa kurang rasa dendam kesumat ini.
*buku apakah yang dibaca?
love the novel...
gua x suka cerita ni
tp gua tunggu hikayat merong mahawangsa lu
@ MATAHARI : dilepaskan itu lagi beruntung Luc..sekurang-kurangnya tidak menjadi beban yang berpanjangan...
@ Raihana Izzati : jangan ditangkap,tapi dibaca seperti membaca fizik dan calculus.
@ Catherine- : macam dikenakan ke atas aku plak...hihi(kalau saja saling memaafkan)mekasih ingatkan aku cathy.
@ KHRLHSYM : tidak Karl, kalau itu pengakhirannya.
@ cik ciput : saya paling suka.
wahhhhhh
tetiba terpikir
camne kalau ada yg buat review cenggini
tuk pilem 2 alam, harus berduyun dtg!
>>____<<
@ Amiey White : sedikit lagi kamu pun akan ada dendam..ketika itu kamu tau camner nak manage dendam kamu.
@ Inspirationalefeks : yup ada satu hal yg menjurus kalau dendam itu disebabkan oleh rasa kecewa tetapi ada dendam kerna diri telah disakiti dalam bentuk yang lebih perit dari kecewa.
@ | Larasephia | : yes..rasanya ko lebih menghayati citer novel nih berbanding melihatnya melalui filem..the trilogy is begins..
sapa2 leh jadi seperti lisbeth kalau punya kekuatan mental dan tau memanipulasikan...
@ anOOan : inipun happy ending jugak..masing2 dapat apa yang patut dowang dapat.
belum lagi bebeh..ajak aku?hihi
@ Insan Marhaen : saya memahaminya abang IM.
@ Cik Bidadari : ini novel dan filem cik bidadari...sila baca.hihi
@ diana : ouch...diberi amaran awal-awal nih..aiseh.hihi
@ beautiful_rose : indeed...dan mereka akan menemui kesukaran itu.
@ SyahadaSubri : baguslah kalau kamu sedar tentang itu Cha...hihi
@ Encik Psychopath : silakan..aku sudah punya dendam sendiri.
aku tak suka berdendam. semak kepala otak saje. kenapa perlu berdendam sedangkan kita ada kaki dan tangan dan mulut. gunakan kaki untuk ke masjid, tangan untuk membantu orang yang memerlukan bantuan dan mulut untuk memberi nasihat.
macam ada kene ngene dengan entri tak ?
heh~
@ EL MARIACHI : aku dah baca..mekasih Muchas.
@ hanaahmad : mulakan dengan aku..
ini novel yang mendapat international best seller from sweden.
@ Nazsabrina Iman Zulfikar : me too sabrina. :)
@ eszol raar : haha...gua juga tertunggu masa nak pegi layan.takpe bagi gua masa.
@ Frodo Baggins : aku tak tengok lagi filem 2 alam tuh frodo..
aku pun x tgok lagi
tgok poster cukuplah
>>____<<
dendam tak bagus untuk kedua belah pihak
sebelah hancur dan sebelah lagi rugi
aku lebih percaya kepada keadilan [itu pun kalau dapat ditegakkan]
@ - koroe - : ko tak tanya hati kau...?
ko ingat hati macam usb,ko tak suka ko erase semua dalam tuh..ko format balik n amik yang ok jer?bro,kalau dendam tuh terletak di kepala lutut sekalipun..ko masih tak mampu kawal dia sepenuhnya.
ya meh...ade lar kena.haha
@ Frodo Baggins : haha..aku tgok promosi dia beb.gempak!
@ tehr : tanpa dendam takkan wujud keadilan selepas tuh..mesti ada satu yang terlangsai dan mesti ada satu yang harus membayar...
tapi memang merugikan pon..
agreed. revenge is sweet
@ Sca Ndx : hihi
dendam...emm kita tak di ajar untuk berdendam bukan..
err bisk kalau salah tolong betulkan ye.
:)
wanita lembut, berdendam..menakutkan!
dah download citer ni tp xtgk lg..
layan..layan..
bila perasaan dendam menyelubungi diri sukar untuk kita fikir secara waras..melainkan kita bersihkan hati kita dari segala kekotoran dan bersifat pemaaf..
cerita ni bukan banyak series ke? maksud aku dalam buku la. tapi yg dalam filem hanya 1 je aku dah tengok. aku tatau la ade sequel ka, pre-quel ka, quadrup-quel ka.
p/s: aku menyokong komuniti perkongsian, jadi torrentkan saja movie ini. hahaha!
Bukan mudah bagi seorang perempuan lembut dan lemah sifatnya menongkah arus kehidupan yang perit dan penuh kesakitan. --> ada benarnya...
aku hilang kata2 bila kau bersuara, bisk..
i love ur writing
dendam.
ska dicaci dimaki oleh dia yg dicintai..
tapi tiada dendam..
bertukar kekasihnya bersilih ganti..
msih tiada dendam..
saat pengganti hadir..
dan ska diperlakukan perkara yg sama..
dendam itu mula berputik.
lebih sakit..
dan itu satu penyesalan...
biarlah hidup begini..
kunyah apa ada, telan mana depan mata..
kerana sememangnya bukan mudah bagi seorang gadis seperti aku untuk melalui semua itu..
emm....jap aku nak pk
aku ada dendam ngan ko ke tak
emmm...jap ek....
emm....ok ar babai dulu
nanti dh ingat aku g tau :p
ENTRY HOT : Lucah Day :p
kasus?itu rare.hu3
morning bisk...
DENDAM untuk ke arah positif..aku prefer yang ni..walaupun niat tidak menghalalkan cara...hihiii
aku pernah jumpe buku nih tapi filem tak pernah tgk...menarik untuk ditengok..:)
kau nih. aku bolej je erase dendam tu dalam hati. ape kes simpan simpan sampah. nanti full lah hati aku dengan sampah2. awek2 nak letak mane nanti. takkan nak letak awek2 dengan sampah2. mesti lah buang dulu sampah tu pastu bersihkan tempat tu bagi hilang segala kotoran dan najis. baru buleh bawak masuk awek dalam tu kan. haha.
aku yang kawal hati aku. bukan hati aku yang kawal aku.
smoge bertemu kebahagiaan 1 hari nanti. tebusan segala dendam
mari tukarkan dendam.
tukarkan dengan gula gula kapas.
sedap
aku lebih suka hadam perkataan dari gambar. sebab tu aku suka buku dari filem. bila baca buku imaginasi kau takde limit. boleh berangan kaw2 dan baekkk punya. hehe
bisk,
wanita yg lemah lebut itu kadangkala bisa menjadi si zalim yang amat kejam... dan soal dendam itu sering membelenggu hidup ku :(
what is so sweet about revenge anyway?
dendam sering juga membenihkan dendam-dendam yg bahru sifatnya.. krn itu, kita dilarang berdendam.. betul tak bro ?? errr.. tolong la kata betul .. hahahaha..
siapa yang jahat hu last2? mesti si tua tu.
keh3x
dendam. boleh puas. kalau kau mahu. aku, mungkin tidak. =)
bagus sepertinya kisahnya.. seru dan menantang..
ah kamu buat saya jadi pengen melihat juga bisk.
dendam sukar dilupakan bagi orang yg punya hati yg keras
@ si para para : kita tak diajar secara formal,tapi ada masa kita terdidik oleh situasi.
@ FaizalSulaiman : seperti air yg sifatnya lembut tapi membunuh.
@ faiz : lagi bagus kalau masih menggunakan bhsa swedish.
@ Pencacai Alim : layan....
@ Prince Halilintar : sebenarnya perasaan dendam tuh membuatkan kita banyak berfikir...
@ antudegil : betul.title nih dari buku yg pertama dari 3logy kisah nih.
1. the girl with the dragon tatoo
2. the girl who played the fire
3. the girl who kicked the hornet's nest.
dikarang oleh Stieg Larsson's.
@ Rainbow : mari bersuara kembali dan susun ayat..hihi.mekasih Rain.
@ skandaLdariLangit : sekalipun sukar tapi kau masih mampu harunginya.dan itu satu kejayaan.tidak ada penyesalan yang datang sebelum semua itu terjadi..
@ nora : lunaskan dendam kau pada aku sekiranya ada..aku tunggu untuk bagi jalan pada kau.
@ aleen aiden : tau kan maksud kasus...hihi
@ ~ PIJA ~ : kita yang tentukan dendam kita nak bercorak apa..
salam Pija.
@ - koroe - : nih yang suka bila bertembung pendapat dengan Koroe nih..haha.hey man,its good.
@ i am S!L4H.. : im looking for that...tanx silah.
@ intan.maisarah : tepi jalan pon ada kan..hihi
@ | Larasephia | : malah kita pulak yang terlebih emosi dan mau mengawal sepenuhnya jalan citer tersebut..betul,penghayatan tuh cukup berbeda.
@ REPUBLIK N9 : setiap orang rasanya tidak pernah lari dari soal dendam.dikit ato banyak sajer..
@ EL MARIACHI : sweetnya saat sudah terlunas...
@ a.samad jaafar : yes betul..kita dilarang berdendam,itupun kalau mereka dilarang utk tidak menyakitkan.
@ HEROICzero : rasa kepuasan tuh mgkn tidak,tapi rasa tenang selepas terlunas.
@ Gaphe : nah Phe,silakan cari judulnya.hihi
@ Sasa Al-Sharif : sebab dendam itu sukar menembusi dinding hati yang sudah mengeras untuk keluar dan terlepas...
best cite misteri mcm ni..
i like...hihi
sape pelakon wanita tu?
sebenarnya itu sekadar cara manis sedikit kerana sedikit terkena. bacalah entry kawan kite ni. haha
http://cahaya-humaira.blogspot.com/2010/12/entri-copypaste.html
Dendam. Memang satu perasaan yang "takjub" bila dah dipengaruhi rasa tersebut, tapi dendam jugaklah yang boleh bawa pada kehancuran. As ur words, dendam boleh diganti dengan sesuatu yg membahagiakan kiranya kita tau nak manage rasa tu ^^
Kenapa la aku tak pernah tak merasakan dendam yang berganti sesuatu yg membahagiakan...
@ Ati Masrif : Noomi Rapace.pelakon Sweden.
@ skandaLdariLangit : owh pasal copas tuh ya..blog itukan kamu punya..hihi.
sekarang nih terserah saja lah pada pemikiran sapapun.
@ Misz-sakura : semuanya terpulang pada diri kita jugak kan...so lets think together..
@ Fiqas : sebab fiqas mahu ia kekal begitu...
heavy drama ye film ni? kisah misteri, genre yg saye sgt2 minat..
bcerita ttg dendam, teringat dgn berita yg saye baca semalam, ttg seorg ank yg bdendam dgn ayahnya hingga sanggup mdoakan kematian ayahnya itu - kesan pderaan emosi & mental, akibat dibesarkan dgn caci maki & sumpah seranah.. subhanallah, dendam kesumat smpai ke akhir hayat jd nya..
@ nurHeart : tak jauh dengan citer nih,dia membunuh ayahnya sendiri dengan membakar hidup-hidup kerna saja ayahnya adalah penyebab kepada masalah mental ibunya.
dan kau yakin kau akan tenang? sedang kau masih setaraf dengan dia.
@ HEROICzero : aku yakin.
dendam jadi bahagia.. ? mana mungkin...
da tgk muvee nie..
not bad la tp sgt jeles ngan kpandaian lisbeth m'hack..ehehehe
yang aku tahu hollywood nak remake filem ni balik, james bond berlakon. takleh blah, remake tahun dekat2. muflis idea
@ A.s.t.i.n.a : kenapa mana mungkin?
@ p[A]n[A]d[O]L : aku pun nak macam kepakaran dia,bayangkan dia leh hac laptop si Blomgvst tuh..mantab siut.
@ AkuMuzikFilem : really..wah,aku harap ia lebih baik dan tdk lari dari citer asal.mmg kadang2 H'wood asyik remake filem jer..
Biskut dah baca buku ni?
Hari tu nampak kat website acmamall, ingat nak order sekali dengan The Girl Who Played With Fire tapi akhirnya order buku lain pula :)
Post a Comment