pro-sahabat-an



persahabatan itu seumpama bulan-bulan yang kita lalui. ada bulan yang begitu sukar bagi kita, ada bulan yang dipermudahkan untuk kita. semalam kita bersama september, hari ini kita bersama oktober dan pada esoknya kita seiring dengan november. darsawarsa yang lalu juga dikira semalam, kerna bagi aku yang semalam itu sudah pegun. hari ini persahabatan itu bergerak lincah, tersadung dibantu, tersepit dilepaskan, terjerlus ditarik, terkapar ditenangkan, tersemput diudarakan, terkecewa ditemankan dan seterusnya ia berjalan dengan irama persefahaman. namun ternyata kalau esoknya, persahabatan itu menjadi linglung dan berantakan melodinya, tidak harmonis, maka ia berubah drastik. dari yang saling bantu dan memahami, akhirnya menjadi permusuhan.

persahabatan itu menjadi satu perusahaan bersama. tidak dilihat sebanyak mana kita punya perusahaan tapi dilihat selama mana kita mampu bertahan di dalam kancah perusahaan. yang rugi diselidik, yang pincang diperbetulkan, yang rosak diperbaiki, yang pesek dimancungkan, yang senget diluruskan. dunia sendiri menuntut persahabatan antara insani dengan semesta (kehidupan yang lain) sekalipun di antara keduanya saling kritis dan protes. namun dalam tidak sedar kita, bahwa keduanya masih berusaha untuk melengkapi keperluan. bagaimana soal insani dengan insani? apa masih di antaranya terus saling berat memberati selepas melalui proses kritis dan protes? selalunya begitu, kerna keangkuhan insani itu terlalu meracun segumpal darah beku dalam dada.

persahabatan itu adalah penghargaan untuk insani dari tuhan. ia peluang yang didepangkan untuk dirangkul dalam keampunan dan kemaafan-Nya. pautlah seperti kiambang. gumpallah seperti benang.




43 comments:

Isti said...

lebih mudah mendapatkan musuh daripada mendapatkan satu orang sahabat

pepol said...

musuh ada di mana-mana

Lady Windsor said...

persahabatan itu juga seperti belati, kadang-kadang ia menikam ngilu, kadang-kadang ia menhiris pilu dan kadang-kadang ia mencincang lumat sebuah kepercayaan diri...

Cangkul Emas said...

Kadang-kadang sahabat perlu faham erti sensitif. Bukan semua benda boleh ditoleransi.

Jna marcello said...

suka baca entry pasal sahabat ni ;)

ewanthology said...

Hidup ini bukan berseorangan Dan tiada perkara mampu dilakukan secara berseorangan, makanya, berkawanlah

ewanthology said...

Hidup ini bukan berseorangan Dan tiada perkara mampu dilakukan secara berseorangan, makanya, berkawanlah

Felly Sophia said...

Dunia persahabatan. Ada turun naik nya juga. :)

Cik Specky said...

strangers can become friends just as easy as friends can become strangers.. u know what i mean aite?

abang bro EL said...

mohon share..ahahaha...

APi said...

aku setuju dengan kata awalan kau, persahabatan itu seumpama bulan-bulan yang kita lalui dan tajuk kau dah menceritakan segalanya..

toyolkiut said...

no komen..

hanaahmad said...

segalanya saling memerlukan.

ctpayong said...

yang dinamakan 'sahabat' itu sekarang ini sudah hampir tiada atau pupus karena di kala ini setiap yg terdetik itu punya 'maksud'.

Qiez AR said...

semua manusia pada dasarnya berada di titik kelinglungan sejak mampu mengguna akal. Jadi tak perlu rasanya sampai jadi linglung hanya untuk memikir hal persahabatan dengan manusia lain sedang urus gaul hal bersahabat dengan diri sendiri pun pincang teramat.

dan oh ya, persahabatan itu pinjaman.

(bagi aku lah.)

NY said...

Ya benar :) Mempunyai sahabat mempunyai lebih pro dari kontra. Insani ke insani, perlu dicari.
Ada hati terluka dengan yang disangka sahabat. Moga mereka temu sahabat yang mampu setia...

Unknown said...

2 3 hari ni aku bersama persahabatan

Cikgu Ma said...

sahabat ku kian meninggalkan ku...pergi dengan bahagia yang mereka perolehi...k, bai...

tehr said...

teman ketawa senang didapat
teman menangis sukar dicari

eita said...

aku datang bace je..
nak komen tapi tergaru2 cari idea...
hehehhe....

penjajah minda said...

antara kawan, rakan dan sahabat, ada satu garis halus diantaranya.

reenapple said...

guru aku kata, jagalah persahabatan itu dengan sebaik-sebaiknya. Dan persahabatan tidak terhad pada sahabat sahaja. Keluarga juga termasuk. huhuhuuu. =)

pembaris said...

kawan aku ajak makan berger bakar..
"bulan ni tak boleh lah nak makan mahal2.berger bakar tak cukupmakan sebijik.keta rosak.bulan depan boleh."aku jawab..

malam tu masuk sms "aku baru bank in 150 dlm akaun hang.."

rasa macam nak menangis.tak mintak pinjam pun.

cimOt said...

tp kekadang tu gua frust gak ngan sahabat! then, terpaksa laa choose stranger instead...

kak gojes said...

setahun lebih sy kehilang link blogger yg sy panggil dulu si biskut...owh..terus kini sy jumap jadi ghost writer sudah...selamat bertemu kembali

KuDuX said...

Sahabat terbaik adalah diri dan jiwa kita sendiri..

sud@is said...

sahabat sejati ialah yang hilang dicari dan yang jauh dirindui selain ketawa dan menangis bersama

Gillette Flores said...

Dengan musik, angin, pantai... Kita bisa bersahabat dengan apa-apa sahaja sebenarnya. :)

geeds said...

Belek kamus cari maksud. Ahh! Why did I know so little word! Bahasa melayu kamu sgt mengagumkan

intan.maisarah said...

harapnya ada yang sudi jadi sahabat aku

HusnaShuib said...

Best ayat ni, "Persahabatan itu adalah penghargaan untuk insani dari tuhan. ia peluang yang didepangkan untuk dirangkul dalam keampunan dan kemaafan-Nya. pautlah seperti kiambang. gumpallah seperti benang."

:")

a n said...

aku hanya ada sunyi sebagai sahabat yang setia.

BonekadalamChermin said...


aku rindukan sahabat aku di rumah
yang bila dia ada kami selalu gaduh
tapi bila tak ada, aku sangat rindu.




:)

Unknown said...

kawan itu semacam rangkulan tuhan dalam tak sedar. :)

Khaisya said...

"persahabatan itu menjadi satu perusahaan bersama. tidak dilihat sebanyak mana kita punya perusahaan tapi dilihat selama mana kita mampu bertahan di dalam kancah perusahaan.<--- setuju dengan ayat ni..

Hansyirah Takezur said...

aku suka kau punya tajuk entri. pro-sahabat-an.

aku mungkin akan namakan sebagai persahabatan sahaja. tapi kau menamakannya sebagai pro-sahabat menunjukkan betapa indahnya persahabatan itu andai kita sentiasa pro bersama mereka.

ye, aku sokong statement last tu.
"persahabatan itu adalah penghargaan untuk insani dari tuhan. ia peluang yang didepangkan untuk dirangkul dalam keampunan dan kemaafan-Nya. pautlah seperti kiambang. gumpallah seperti benang."

nice! :)

blog-tips-kurus said...

'sahabat..
apa lagi yg tak pasti..'
(mesti kau tak tau nasyid ni kan??)

*penulis/pengkarya perlu bersahabat baik dengan pembeli karyanya. titik

ghost said...

blog-tips-kurus : aku paling setuju tentang ini *penulis/pengkarya perlu bersahabat baik dengan pembeli karyanya. :)

ctpayong said...

betolkan! ada 'maksud' tapi asal saja maksud yg baik2 wajar diteruskan silatulrahimnya.

Ermizi Muhamad said...

Gumpal seperti benang. Bermakna.

Päk Läng said...

kau tahu, kadang ia ketabrakan oleh tolol dan ego yang bersipongan dalam dada masing-masing...sungguh aku rindukan persahabatan sejati

si ngokngek said...

sahabt iru seperti pelukan.berkongsi kehangatan disaat kesejukan..kahkah

Mindaberbisa said...

menyusur masuk ke alam sahabat dan menyelaminya, ada 2 jenis, sefahaman dan ketidakserasian. Langkah yang dihadap juga berbeza. Bijak menyesuaikan mengikut jenis. Kamu pasti melihat kelebihan dan kekurangan. Belajar menjadi pemerhati dan pendengar. Akan datang keajaiban yang tidak disangka-sangka.