waktu gering



di dalam aku ada aku yang jauh tenggelam, dan itulah satu-satunya aku. saban waktu merangkak dengan gigih dan cuba kembali bersembunyi. di setiap pinggir ada kuntum-kuntum bunga yang kian waktu jua dirusuh layu.  namun tetap tidak mau mencumbu dasar. sewaktu-waktu hampir lemah, kuntum-kuntum bunga itu menyemangatiku. "jangan tangguh! jangan tangguh! belum ada waktu yang terlewat untuk kamu, harus tekad, " dan kata-kata mereka bagai gema dalam telaga buta. memukul dan memukul lalu menghentak sedar!


56 comments:

ana said...

tiada yang terlewat.

sedangkan nasi sudah menjadi bubur pun jika letak kicap pasti sedap juga kan?..

jangan sampai nasi tu basi sudah.:)

kamu mengejar dateline ya?

cimöt said...

aku one of si kuntum bunga said: jangan tangguh! jangan tangguh! ayuh! terus kayuh!

Fel said...

Terus kejar dan teguhkan tekad! :)

ghost writer said...

haha... pokoknya dateline bukan yang tama dalam rutin sekarang ini. yang pasti melakukan sesuatu yang di fikiran. ditumpahkan terus ke atas yang sewajarnya. kadang banyak benda yang menghalang, namun langkah harus menapak. itu yang sebenarnya.

Nur Asyiqin said...

=)

Di saat manusia memakai kot putih itu berbicara penuh simpati kepada aku ,

" kau punya 4-5 bulan untuk hidup.. nikmati hidup kamu "


Di balik tabir wajah ini aku tersenyum , lalu aku bertanya ,

" bila kamu akan mati ?? "


lelaki berkot putih itu kaget !! , kenapa bertanya dia menjawab spontan .

Aku menjawab : Jika kau pasti bila aku mati , maka pasti kau tahu bila kau mati juga, bukan begitu ?


Aku mengambil sebuah semangat , dari penciptaku , dari idolaku iaitu junjunganku,semangat perjuangan dari nyawa nyawa yang membesar di rahim ku sebelum sempat ayahnya melihat aku telah simpan nya di sebuah pusara kecil.. anak anak ku yang tidak sempat berjuang di dunia sementara ini , dan semangat ku , dari seorang insan yang sentiasa menompang aku dengan kelelahan...


Jangan berhenti .. jangan berhenti untuk berusaha , jangan berhenti untuk berusaha dan jangan berhenti untuk berusaha ..


la hawla wala quwata'illah billah hil aliyil azeem...

kita tidak punya kudrat.. tetapi dengan "nikmat itu" bangkit =)



dari aku ,

brain cancer fighter =)



menjadi fighter satu kelebihan =)

ghost writer said...

seperti aku mengenali lelaki di sebelah kamu, puan Asyikin.

Nur Asyiqin said...

lelaki itu , satu satu nya yang biasa membuatkan srikandi nya menitiskan air mata ..

kerana aku tidak tahu , kepedihan hatinya yang tak terungkap , hanya raut wajah tanpa suara , begitu seksa setiap kali aku melihat nya =)

ghost writer said...

aku hilang kata-kata. hanya tolong sampaikan salamku kepadanya. semoga dia menjadi lelaki paling tabah di dunia.

ana said...

oh..fobia kehilangan idea lagi ya..hehe

ghost writer said...

ana: sahabat, ideaku meski hanya sisa titik hujan di hujung genting, namun mampu mencipta aliran air di bumi. cuma, ia belum ditimba.

Nur Asyiqin said...

pasti ... dan memang dia sungguh tabah , terlalu tabah ...

=) alhamdulillah aku tidak terlupa kamu .. kerana kondisi aku .. terlalu banyak aku hilang memori ..

insya'allah .. semoga ketemu lagi

hanjila said...

sekurang-kurangnya kamu ada bunga yg menyemangati...

reenapple said...

seolah-olah itu aku... huuu =)

Cikli said...

Aku dalam aku itu benar. Jangan tangguh, nanti tak de tiket nak balik raya di Sabah nanti. Bukannya boleh drive ke sana.

Titisan Hujan said...

teruslah melangkah ke sana

diana said...

MUJUR ADA YANG MENGHENTAK KAMU HINGGA SEDAR..KALAU TIDAK BIAR AKAK JE YANG HENTAK...HAHAHAH

mega senja said...

tidak pernah ada waktu yang terlewat..segala-galanya di tangan mu..dan aku tahu kau bisa, malah ampuh untuk mengendalikan dengan dua tangan ajaibmu itu...

faraherda. razalan said...

Peh! Komen kalian.

Den da tatau nak ckp apo laie. Apo yg den nak ckp, den suko komen Diana tuhh...wahahahahahah! Sobab den pun ley kasik hentak! Muahahaha!

FaizalSulaiman said...

belum terlewat selagi kamu belum berhenti

KhaiRin : anies said...

"touch the sky, b4 u drop"

p/s jemput empunya blog ni utk join GA sy ;-)

Rain said...

aku lebih tertarik pada komen syikin hingga kedu dan lupa apa aku ke sini

pepol said...

harus pantas,masa tidak menunggu kita,malah semakin pantas meninggalkan kita...

Asrul "iLham" Sany said...

kepentingan deadline... kalau tak aku tak buat keje...hahaha

the malay male said...

ahhhh..tak tau pulak nak komen apa, mungkin perlu dihentak2 kepala ini supaya idea itu datang.

faiz said...

Jgn bertangguh utk berubah....

blog-tips-kurus said...

kuntuman bunga apakah itu? kedengarannya sangat tough!! aku perlu sesuatu yg tough to maintain the energy..

Miss PIJAOSIX said...

salam bisk...

membace komentar dr atas, aku terbace komentar teman lama..isteri teman lama sebenarnye..lame tak nampak die kan bisk...

sorry..off topic..

Pencari Allah said...

Semangat manusia. "semangat"

catherine- said...

di dalam aku ada aku yang jauh tenggelam, dan itulah satu-satunya aku. saban waktu merangkak dengan gigih dan cuba kembali bersembunyi. di setiap pinggir ada kuntum-kuntum bunga yang kian waktu jua dirusuh layu. namun tetap tidak mau mencumbu dasar. sewaktu-waktu hampir lemah, kumbang-kumbang busuk itu menyengatiku. "kau bodoh lagi tolol,mari sini aku rogol" dan kata-kata mereka bagai gema dalam telaga buta. memukul dan memukul lalu aku tersungkur ke pintu neraka!

asi ka? ;)

LadyBird said...

ghost.. aku juga berada di dalam aku.. :D..

terus kita teruskan kayuhan.. aku di dalam aku tidak pernah mengaku kalah, walapun org sekelilingku kdg2 memandangku dengan lemah..

perjalanan kehidupan memang telah tersisa untuk kita.. maka langkah perlu diperteguhkan.. kayuhan perlu diperkemaskan..

EZAN IDMA said...

Ayat abang ghost ezan kene baca banyak kali baru boleh smpai maksud dia. Ah! Makan apa smpai boleh keluarkan ayat power mcm ni abang? Kongsi petua?

Päk Läng said...

bakar sebatang nikotin, dan senyumlah ghost :)

Wadi AR said...

lu sama dgn lang buana. isaplah keterek kalo itu yg membuatkan lu hepi

BonekadalamChermin said...

menulis takpunya limitasi di alam imaginasi

tapi selayaknya perlu sadar memijak realiti

tanpa realiti
imaginasi tak akan direalisasi

moga keduanya dapat diimbangtara

'jangan tangguh!'

Nong Andy said...

letih juga aku meratah patah demi patah bait-biat 'aku' dalam waktu gering dan menerka yang tersirat darinya..

apapun azam yang gigih itu sangat mengkagumkan dan buat aku seperti di suntik oleh rasa yang sama sepertinya.. baik! aku tak akan tangguh..

Cikgu Jaja™ said...

waktu gering mmg diri sendiri yg mencari kekuatan phan :)

Hansyirah Takezur said...

tak tahu kenapa aku membayangkan scene ini kau berada di dalam laut. hampir2 menyentuh terumbu karang dan karang2 di lautan meniupkan kata2 semangat itu. :p

lelakisemalam said...

tiada halangan apa barang berjuang...

penjajah minda said...

aku tercuit dengan komen nur asyiqin.semoga tabah hendaknya.

bro, idea ada dimana-mana.hatta sedang mencangkung.hehe

ஜ miss klanika ஜ said...

gamak tak sedar lagi meh nak hentak ni .hehe .
mungkin lepas tu runtuh segala idea.

APi said...

Dek karena tangguh itu, aku semakin tenggelam di dalam perigi buta tercipta ditimpa daunan kering dan debu tanah serpihan tiupan angin. Kononnya, menanti hujan lebat yang lama agar perigi kontang itu dipenuhi air melimbah, membuang daunan dan sampah; tapi entahkan bila.

Jadinya, masih terperangkap di dasar mengharap tuah, merengus mahu berubah, tapi masih sama di tompok salah.

*alik-alik komen pasal diri sendiri*
kakaka..

si kiut lavender said...

macam mana rasa bila dah sedar akibat dipukul
mesti idea makin melimpah ruah kan..#_#

Macy Humaira said...

*buntu*

selamat hari raya.

SoLy SoLicious said...

selagi ada wktu..slagi tu kite harus berusaha kn

tehr said...

masa terus berlalu tanpa mengira apa

salam lebaran, ghost

si ngokngek said...

sedar dari kenyataan yg kau sebagai manusia itu jgn cepat mengalah.dugaan itu untuk orang yg disayangi-Nya

si ngokngek said...

salam aidilfitri en.ghost..hehe

pembaris said...

makan roti kaya,kaya dalam tin..
selamat hari raya,

Pencari Allah said...

Selamat Hari Raya Encik Ghost, maaf zahir dan batin, teruskan berkarya, what's next? :)

obat kuat ereksi herbal said...

minal aiddzin yaaahhhh :)

Mehmed - said...

oh kau terlalu banyak benda perlu diilhamkan dikepala kan.mahu aku hantarkan bunga2 yang mekar ditaman? Ahaks! mana datang idea.

Mehmed - said...

selamat hari raya..jangan makan lemang banyak sangat masa openhouse,nanti akal kau tepu,bukan perut je...Ahaks!

Rain said...

bertandang dengan kabaran rindu.

salam lebaran ghost :) raya utara ke?

Teenager Housemaid said...

:)

Myideakini [dot] com said...

Assalamualaikum..

Anda telah ditag oleh follower dalam segmen MYideakini..Cepat! ajak kengkawan cukupkan 100 orang untuk MYideakini umumkan kelayakan hadiah penghargaan.. :-)

www.myideakini.com

tricajus said...

hmmm setuju dah :)