86


1986

kami sudah ada gaya untuk bercerita, tentang buku yang kami baca, tentang filem yang kami tonton, tentang cita-cita yang kami angankan. tentang budak-budak perempuan yang mandi telanjang (jangan percaya).
berapa banyak guli yang kami ada, berapa tinggi layang-layang kami dipuput angin, tentang kad permainan yang kami sorok, tentang senapang kayu, tentang ubi kayu yang kami tanam, tentang tebu yang kami curi dari kebun orang-orang Timoer. semuanya adalah nyata di hadapan kami, dan kami berfikir dengan betul.

kami berfikir dengan betul, bahwa kami akan dewasa dan menjadi orang-orang rungutan.




43 comments:

mega senja said...

...dan kami juga sudah mula memahami fatamorgana seorang penulis hantu seperti kamu..heeee!

Telor Power said...

kenangan aksi budak2 tahun 80-an

pepol said...

jauh betul beza budak dulu dengan budak sekarang

haikal blank said...

zaman berubah. gaya juga berubah. zaman aku zaman kereta dash dan digimon mungkin.

Eera Shera said...

kenanangan lampau la ni ;)

Nong Andy said...

Darjah dua dan menangis bila si sakat oleh abang-abang yang suka membuli. itu aku pada tahun itu! tapi akulah hero lawan gusti dengan budak lelaki di bilik darjahku..

Fel said...

Indah bila diingat kembali kenangan suatu ketika dahulu.

Lady Windsor said...

aku pasif di sekolah..tiada kenangan untuk dikenang..yang aku selalu buat, berkomplot di kebun sains sekolah..

EL MARIACHI said...

1986 oldskool...masa tu aku hanyalah seorang yang suka tidur dalam kelas hehehe...

reenapple said...

1986.... aku tak lahir lagi. Jadi aku tak mampu cerita tentang msa itu.. =)

Rain said...

tidak melalui tahun itu tapi melalui zamannya.

teman-teman zaman itu teman yang nyata. kalau pun jauh, rasa dekat.

teman-teman sekarang teman di hujung jari. di sisi tapi maya.

faiz said...

Umur aku baru setahun time tu...

SumBody Me.. said...

zaman budak2 sibuk dok beli Ding Dang, makan kopok keju Super-Ring, chewing gum hitam putih yang manis nak mampos tahap terus tertelan ke dalam perot..

LidiaSuraya said...

kenangan lalu mengusik jiwa yer..

btw
salam aidil fitri yer...
dah separuh raya baru sempat wish.. hehehe

Cikgu Ma said...

tahun 84...dua tahun lebih besar

pembaris said...

cerita tentang binatang yang telah disiksa

jhnrdzi said...

Ah, makwe makwe yang telanjang...

Cikli said...

Kamu sepatutnya leka bermain ATARI ketika itu

ana said...

dulu aku nak sewa dvd tapi aku lupa yang bapak aku masih belikan aku pemain video.

BonekadalamChermin said...

1986.

aku baru belajar mukaddam alif ba ta.

...

hingga 2012 pun 'kami berfikir dengan betul' kan? pemikiran selaras dengan tahap penambahan usia.

blog-tips-kurus said...

ternyata kau sudah tua... hehe!

*jerang=meletakkan periuk di atas api untuk memasak.

*jarang=jerang

*jarang=renggang

*jarang=lut sinar?

(>.<)

fallen angel said...

1986 - -aku belum hidup saat itu phan. apa yg aku tahu, saat itu heroku baru dilahirkan, yaitu abang sulungku.

betapa banyak perbezaan zaman itu dengan zaman sekarang. main guli, main lastik, main engke-engke. tapi kalau kau tanya budak zaman sekarang, haish mereka cuma tahu ipad, iphone, ipod.

1986 bila kau bilang tahun, rinduku pada zaman kecil kian membuak. anak kecil yg tidak dihakimi, yg tdk punya kecelaruan pd tindakan. bila sudah dewasa, hidupmu kian terabai. bila kau memilih mainstream kau dibilang cuba menghindari cliche, padahal itu sebenarnya cliche. dunia oh dunia.

Asrul "iLham" Sany said...

setahun lebih muda dari aku :D

obat kanker herbal said...

hmmmm ^_^

Titisan Hujan said...

aku rindu zaman sembunyi2 dalam ladang tebu

Nazsabrina Si Gadis Bola said...

1986 tahun lahir mu ghost?

Pencari Allah said...

ceritakan masa depanmu encik ghost? :)

adam said...

orang-orang rungutan ni syok dibawa sembang di kedai kopi. Hehe.

takoC said...

masih tak lahir lagi. tapi aku suka bila zaman kanak-kanak aku dipenuhi dengan remaja gilakan papan luncur. mereka sangat cool

tehr said...

budak2 sekarang dah tak reti makan ubi kayu, ghost
apa lagi kalau nak bakar ubi sendiri

Miss PIJAOSIX said...

salam Bisk..

Tahun 1986, baru nak masuk darjah satu...heee

Liyana Zahim said...

Selain rungut2an boleh jadi org yg terlalu nak ambik tahu psl org lain.. Hihih-

Teenager Housemaid said...

dan pada tahun 1986...
aku belum lagi lahir..huhu


:)

nurHeart said...

those were the days..

si ngokngek said...

dan kami tahu awak bukan hantu..har har har

penjajah minda said...

indah..indah..

Macy Humaira said...

kau sudah 26 ya

eita said...

semua tu kenangan yang tak mampu kita beli dan olah balik

emieysandra said...

indah zmn kanak-kanak, jd dewasa ni rumit siket.

ghost writer said...

macam tengok dalam iklan tv, siapa kita hari ini adalah kita pada masa lalu.

fingerkontot. said...

it's the matter of how you live your life. memang merungut, but how you fill the cavity of merungut into something great, good or whatever.

Amanina said...

zaman dh berubah..kanak2 dulu tak mcm kanak2 skrg

EZAN IDMA said...

sedang berada dalam pertengahan awal