lewat malam begini, jelas aku masih seorang yang mensia-siakan inspirasi. pada siang esoknya, aku lena dengan kekesalan. hari seterusnya, aku masih lagi begitu. dan lagi, lagi, lagi, aku mungkin masih begitu.
pada satu hari sang arnab memperkotak-katikkan keupayaan sang kura-kura. katanya (zaman ni di mana hewan dianggap boleh bertutur dengan sewenangnya, subhanallah..), "aku tidak memberatkan kau dengan perlumbaan ini, kura-kura. tapi aku mau kau mencetuskan idea tentang bagaimana mau memenangi acara, sekalipun aku tau kau takkan mampu berbuat demikian," percaya atau tidak, sang kura-kura berlagak sombong. "aku sama sekali tidak memerlukan apa bantuan untuk mengalahkan kau dalam perlumbaan ini, arnab. tapi aku mau kau menyesali kerna mengadakan acara ini,"
tika sang kura-kura memenangi acara dengan tipu muslihatnya, sang arnab lalu mengucapkan tahniah. katanya, "inilah tujuan aku sebenarnya. memberi kau kemenangan dengan kesengajaan aku. aku mau kau kuat bersemangat sekalipun kau seawalnya sudah kalah," maka dibalaslah kata-kata sang arnab itu dengan angkuhnya. "aku cuma tidak mau mensia-siakan masa yang aku ada. itulah faktor kemenangan aku,"
42 comments:
Ajaib beteii time time dulu, macam Narnia. Hehe.
Aku rasa, aku pun seperti kau. Sebelum tidur melimpah-limpah idea, tetapi esoknya terus kontang.
itu tandanya kotak idea kita bocor, joe. haha!
masa dan ketentuan. kau dah cukup inspirasi untuk aku jadikan inspirasi
"lewat malam begini, jelas aku masih seorang yang mensia-siakan inspirasi. pada siang esoknya, aku lena dengan kekesalan."
aku laaa tuu..sama laaa.. marah jugak ngan diri sendiri.. nk berubah entah kesudahnya..
ni mesti kura2 ajak arnab blumba turun bukit ni, sliding with its shell hehehh..
dah nama pun manusia ye, kalau tak bsungguh2, satu apa pun tak jadi, dan masa tak akan terus menunggu..
seringkali terjadi,ketika sudah sedia duduk di hadapan laptop untuk menulis,idea sudah hilang ditelan masa
makanya harus berkwn dgn masa..biar berjalan seiring bersama..~ ^^
idea oh idea...masa kau datang aku tak pernah ready..hahaha...
camtula hendaknye..idea selalu dtg bkn pada waktunye..
org berjaya = org yg menghargai ms dan kesempatan..
Oooo....mcm itu ka? Pttlah!
inspirasi dan kekesalan selalu bergerak seiring. kalau inspirasi tu disertakan dengan keazaman mesti graf jadi sebaliknya.
hebat betul arnab & kura2 berpatah hujah. masing2 tak mahu kalah. haha.
oh kau sudah menukar cerita arnab dan kura2 menjadi lebih menarik..
atau ini mungkin versi asal dan versi sebenar..hehe
bagus sekali,kau memang layak digelar penulis hantu,phan..:)
aku pun selalu mengsia-siakan idea yang datang.
manusia sama saja. kalau sudah terhantuk, baru terngadah.
kau ada inspirasi, kau ada bakat, tapi kau belum terngadah lagi.
tinggi betei bahasa orang2 kat sini. kehkeh
ko kena buat jadual... melalu jadual, boleh paksa otak untuk mengeluarkan idea yang terbaik...
*tip dr penulis yg sentiasa kejar deadline ~
kes sama ni...
ah..aku pun seakan sama. terasa sudah banyak waktu yang tersia.
Inspirasi saya biasanya datang waktu malam. Malas menulis, esoknya lalu lupa.
Lalu kura-kura disumpah menjadi kereta Volkswagon & sang arnab menjadi model playboy.
adui, memang simbolik. penuh muslihat haha
aku suka komen yang ni
"tinggi betei bahasa orang2 kat sini. kehkeh"
kehkehkeh
nah, ternyata tak sia-sia inspirasi kerana update jua entri.
kadang kala itu perasaan cuma - yang sering merasa tiada idea, tidak cukup masa, tidak itu tidak ini.
kamu cuma perlu tenang, dan merasai semuanya normal. kamu tak bisa bernafas lancar dengan berlari :)
peh, terpalit hebat dekat aku.. =(
tidur berbantalkan kesal, itu perkara pasti kan?
inspirasi, jangan pergi!
cuba letak diri kau dalam keadaan tertekan, pasti kau boleh mengarang dengan jayanya...aku suka situasi itu...
idea bocor??memang sbelum mimpi, idea sarat...bermain2 dlam minda...bila bangun satu pun tak melekat
idea mencurah tika tiada pen dan kertas atau tiada di depan komputer.malah sedang mencangkung
aku selalu tertangguh-tangguh idea. ahh, patutlah aku tak sehebat kau ghost. :P haha
persona inspirasi sy sdh hilang, jd gagal menulis puisi.
arnab kalah sebab dia tertidur di bwh pokok, kura-kura menang sebab komited dgn ideanya.
rupanya, arnab pura-pura tidur, dan kura-kura hanya bernasib baik. (:
Kontang- namun aku tak pernah berhenti menulis. Lebih-lebih lagi tentang sebuah kehilangan-inspirasi, misalnya. -salam Ramadan Ghost. :)
skng masa ku byk dihabiskan dgn urusan masa depan bisk... masa terlalu singkat untuk disia-siakan.
:)
eh, doakan aku.
kalo la sang arnab tak terTIDUR . itu kunci nya kan .
lorrrrrr chomel teringat zaman mak apak kita citer kan kisah sang kancil n kura kuraaaa :)
cepatnyaa masa berlalu
hmmm so sweett :D
masih ego
itu tipikal. ego membuat rasa megah walau sebenarnya tewas.
mengejar amat meletihkan.syabas kura-kura
hahaha... namun aku rasa aku dan kau lebih rela duduk ditepian melihat saja kesudahan yg ada. x gitu ?
maaf lama menghilang, kerna kian tenggelam dalam arus hitam yg kelam...
ya..biar perlahan tp penuh usaha
salam mlm phan.. ape kaba, semoga ramadhan ini lebih molek dr sebelum2nya..
kerna aku x mau sia siakan pahala bergolek waktu ini
si arnab yg angkuh..xdapat terima kekalahan kedualah tu..:P
Encik ghost menulis dengan apa yang "kita semua rasa", begitu terkesan sehingga hati berbisik, "ya aku merasai ini, samalah".
Post a Comment