untuk (seseorang) yang telus



Kita semakin besar. Keperluan kita semakin besar. Dunia mengecil. Setiap satunya menghimpit kita dengan keras dan tanpa belas. Kita membesar dengan berontak, dimulai dengan rasa ketidakadilan yang terujud oleh keinginan kita sendiri. Mahu kebebasan yang memuaskan, mahu perhatian, mahu sesuatu yang terlarang, mahu mempamerkan bahwa diri kita berhak atas suatu kehidupan yang teratur dan mengatur. Kedewasaan kita lalu mati diracun oleh  minda kita yang membentak.

Aku membaca dalam diam dan melihat dengan hati mengomel. Aku menggeleng kepala pada suatu yang orang persetujui. Banyaknya membaca membuatkan kita melihat semakin banyaknya persamaan pada jalur perjalanan kisah-kisah dalam pembacaan kita. Sepertinya aku baru belajar memahami isi kandungan dan memperbanyakan persoalan. Persoalan yang terdiri dari warna, sifat dan gaya yang terangkum dalam bentuk kehidupan. Sayangnya, kehidupan  tidak direntas menyamai perjalanan hidup seperti apa yang dibaca. Atau seperti apa yang ditulis oleh diri kita sendiri. Pelik, dalam kita membayangkan kehidupan lain, kita sendiri gagal mendominasi kehidupan kita.

(Kalau) dengan kehidupan kita pada masa lalu tidak memihak dan bersikap adil pada diri kita, apa perlu kita realisasikan pada kehidupan kita pada masa kini dengan bersikap tidak adil atau mengadilinya kepada orang lain? Atas sebab teraniaya kita menganiaya, lalu menyatakan bahwa inilah karma, inilah keadilan. Kemudian, tunggu satu masa, penyataan kita kembali kepada diri kita semula. Seterusnya kita mendengus dengan kata; Ini tidak adil. Putaran itu tidak pernah menjauh dari kita selama kita tidak bergerak.

Kehidupan tidak dibaca dan diadili melalui pembacaan. Kehidupan yang dibaca adalah fiksi yang menipu kita untuk mengatakan inilah realiti. Selebihnya adalah baris-baris kata dalam memperingatkan kita dari sikitnya inti kisah yang tersembunyi.



42 comments:

ewanthology said...

dalam hidup ini, sukar untuk memastikan segala yang berlaku adalah mengikut kehendak kita. hurmm, bukan sukar tapi mustahil.

Tea said...

Entry kali ni aku sgt setuju...
Di mana aku selalu pertikaikan..
Kenapa perlu melihat kepada org lain..
Kenapa perlu mencari kekurangan org lain..
Walhal kekurangan diri.. tahu .. Tapi malu mengakui.. dan malas untuk berubah..
Andai ditegur, rela menepis dari mengakui..

Tapi nyatanya bukan hanya aku...

Zehan Ilyana said...

suka entry ni..
buat aku nilai diri sendiri balik... dan rasa macam kau tengah cakap dengan aku.hehe :D

jhnrdzi said...

Haa, abang ghost dah kembali!

Manusia kekadang mahu rebel, mahu mendabik dada sambil berkata, "Hanya aku yang betul, semuanya selain aku salah."

Hmm.

LadyBird said...

kdg2 ape yg kite lalui itu seolah2 sama dengan sebahagian org lain.. contohnya time kite jatuh pokok.. dalam waktu yg same ade jugak yg hdpi mslh mcm kite.. cume situasi je yg x sama.. kdg2 ape yg die lalui bakal tuk kite lalui..

AJ said...

tenggelam dalam percaya pada sepenuhnya patah kata yang ditulis manusia tanpa pernah berfikir cukup dalam, adalah musibah.

kenapa harus di percaya manusia yang marhaen, sedang naskah suci Allah itu kita tak membelek, dan kadang tak percaya dengan jiwa kita sendiri.

barangkali.
kita hanya percaya yang indah itu indah; dan yang sakit itu plastik, satu penipuan.
sedang, percaya hanya apa yang kita percayalah itu satu penipuan; dan bodohlah si penipu bila yang ditipunya adalah diri sendiri.


barangkali.
kita bisa terjatuh sekali dua dalam pencarian.
tapi.
membiarkan luka jatuh itu bersirat dan berbekas hanya pada badan dan bukan susuk jiwa dikir kita; itu tak lebih dari sebuah kekejaman pada diri.

dan.
apalah balasan syurga neraka pada mereka yang tak pernah tahu syukur itu gi mana ya?

*auch*

catherine- said...

sedang kita kita ini tak mampu untuk jujur padaa diri sendiri, apa lagi pada yang lain kan bisk?

:)

hai. moga kamu bahagia selalu.

pembaris said...

persoalan dan penghakiman tentang kehidupan harus lojik

cimOt said...

my mum said,

the best is, biaq orang buat kita..kita jangan buat camtu..sebab sampai bila pon takk habes..and kita pon sama laa bangang cam orang tu..

Encik H said...

Dulu aku fikir, pemberontakan terhadap perkara-perkara yang aku tak suka sedikit sebanyak akan buat dunia berputar mengikut aku punya citarasa. Walhal semakin lama aku rasa pemberontakan aku seakan sia-sia. Tak ada siapa yang peduli apa yang aku rasa. Kot. Agaknya.

Sekarang ni aku selalu fikir macam tu lah. Aku gunakan konsep karma untuk redakan ketidakpuasan hati yang aku selalu rasa.

Nampak macam berjaya. Macam berjaya. Huh.

Lady Windsor said...

Hmm lama diam ya...

Aku suka melihat bayang-bayang pada air...berpecah-pecah dan berombak-ombak tapi tidak pada cermin yang kadangkala menipu...
Justeru hanya kita yang menentukan apa yang ingin dikutip pada sepatah diksi mahupun sebuah fiksi...

penjajah minda said...

layaknya sakit dibalas sakit cuma pergaduhan antara emosi dan akal.sedangkan agama telah menegah untuk berbalas malah menjatuhkan hukuman.

karma itu hukum dunia.

Unknown said...

ak dgr dunia dah nyanyok..

Ayuni said...

ada sesuatu yg tersirat.....salam, nk mintak tlg boleh x? boleh x tlg komen dkt http://ladygreen3011-ayuni.blogspot.com/2012/05/jawi-malaysia-heritage-treasure.html tentang kepupusan tulisan jawi, hny utk pembelajaran kerana lecturer sye nk tgk pendpt blogger, terima kasih....

Cikli said...

Kehidupan biasanya diadili dgn body language

Cik Specky said...

helu incik ghost..

dont simply believe what we read, as simple as that..

faiz said...

kdg2 aku rasa hidup begitu susah utk aku lalui...

Telor Power said...

bagus....minat betul aku baca


hidup ini rumit sebenarnya..tapi kitakan ada panduan dari ajaran agama

Hansyirah Takezur said...

banyak betul yang kau rungkaikan tentang persoalan kehidupan kali ini, ghost..

ternyata benarlah semua tu. kadang2 kita terlalu menuruti reformasi, dan inginkan transformsi, padahal sedikit pon tak berganjak. malahan mnjadikn prubahan ke arah yg mkin teruk.

huih, buntu. buatlah apa yg baik. asalkan tak bertentangan dengan agama dan turunkanlah nafsu tu. takdenya karma2 nie. yg pcyakn karma ternyata yg mls usaha & xpcaya takdir. =="

Faizal Sulaiman said...

sesuatu yang merengsakan otak.menjadikannya mitos. Keadilan ada dalam dunia ini. Tetapi selalunya berat sebelah..

Unknown said...

Hidup, dosa, pahala, kebaikan atau kejahatan biarlah Allah yang mengadilinya.. sesungguhnya dgn rasa rendah hati.. aku hanyalah hama kecil yang terdampar di bumi Allah...^^ Bukan hanya beserah mahupun beralah tapi, itulah keadilan yang ku cari2 selama ini...

Liyaa Mf said...

Err aku pertama kali datang sini. Aku baca entry kau sehabesnya. Aku cuba nak komen, tp aku taktau apa nak komen. Err aku cuba laen kali pd entry laen ya? Err

APi said...

melalui pembacaan kadang membuka minda kita supaya mencapah lebih luas..
sebab itu timbul pelbagai persoalan..

sifat rebel pula, pada aku lebih kepada emosi yang tidak dikawal oleh mentaliti yang dicanang bestari walhal tiada isi..

~Sal Ismail~ said...

memberontak..pernah aku rasakan suatu ketika dahulu..semuanya aku rasakan tidak adil pada aku..
aku setuju dgn Api,"sifat rebel pula, pada aku lebih kepada
emosi yang tidak dikawal oleh mentaliti yang dicanang bestari walhal tiada isi"
ia satu pengajaran buat aku..jika dulu darah muda lebih menguasai..skrg biar akal mendahului~

hanaahmad said...

Dan dalam pembacaan pun belum tentu adanya ketulusan dan kebenaran kan Ophan.

Cikgu Jaja™ said...

aku sayang kehidupan sekarang..tp jgn lupa..akhirnya mati juga

fiqas said...

merenung diri sendiri, harapnya aku tidak begitu...

a n said...

Sesuatu yang sudah kita rasa tidak semestinya kita mahu manusia lain rasai juga.

kerna setiap manusia ada bahagiannya.

Aing said...

kehidupan kadangkala buat aku mati.

ch000tz said...

tanya hari apa kemampuan diri...jangan sesekali melewati batasan diri sendiri..

s a r said...

manusia, tiada kepuasan hidup di dunia.

~eh, lamanya encik tak update blog. :)

ctpayong said...

assalamualaikum wbt.

bukankah telah Allah nyatakan bhw jika bersyukur dengan yg sedikit, akan aku (Allah) tambah. sekalipun dugaan-Nya keras yakin bhw Dia pasti beri jalan keluar berserta hikmah.

SYARIFF HAIKAL said...

entry ni adalah rasa yg telah lama aku bukukan..kehidupan x tibaca dan diadili melalui pembacaan..apa yg ditulis dan dibaca x semestinya itu yg dilakukan.seseorang yg menang pidato hujahnya x semestinya benar dan yg kalah mungkin kekurangan bakat untuk sampai kan hujah.

tehr said...

bila melihat dengan mata kasar, kita nampak semua di luar diri kita

bila melihat dengan mata hati, barulah kita nampak diri kita sendiri

blog-tips-kurus said...

makin tua makin matang..

zaty luvlianncez said...

semakin lama semakin tar tercapai akal utk difahami ghost :)

si ngokngek said...

like we read story book..tak semestinya apa yg ditulis oleh writter akan seindah yg bakal kita hadapi..bcoz this life is reality..

Mindaberbisa said...
This comment has been removed by the author.
Mindaberbisa said...

Lihat pendapat orang. Pilih bahan bacaan yang boleh memotivasikan. Bacalah "dont be sad" karya Dr. 'Aidh bin Abdullah Al-Qarni. Anda akan menemui jawapan untuk semua persoalan itu.

Nina Mads said...

manusia tiada yg sempurna

Cik Specky said...

umpama balas dendam.. begitu kah?

berbicara tentang keadilan umpama mengupas kelopak kobis satu persatu sampai habis.. ehh, ade ke perumpamaan seperti itu?

si kiut lavender said...

ghost..

entry ni memaksa aku membaca byk kali...utk lebih memahami

dan..isi dalam sbuah buku takkan pernah terungkap semua kisah..akan ada yg tersembunyi..