Tuhan akhirnya memberikan aku sepatu. Setelah ditolak semua permintaan dari bucu padang lalang sehingga kepada tumpukan jerami-jerami padi ibuku, akhirnya aku mendapat sepatu. Langsung kuletakkan tinggi di atas para-para kayu beruti buatan bapaku, yang kayunya tetap tidak berselumbar, bahkan Subhanallah halus licin. Sengaja kuletakkan berjarak antara keduanya, agar nanti ada kepingan cahya yang membolosi ruang dari celahan jendela kayu sobek ke mukaku. Untung-untung sepatuku boleh bernafas dengan aman. Seaman aku perhati dan membelainya pada setiap babak hidupku.
Tuhan memenuhi permintaanku yang sederhana. Dibilang massa, cuma sepatu yang tidak punya sayap. Cuma sepatu yang alasnya bukan dari cebisan permaidani Parsi. Tidak dilebihkan pada bentuk sepatu orang-orang Hollandia. Atau sepatu orang-orang Arabia. Sepatuku adalah pemberian Tuhan. Seharusnya aku mengatakan yang baik-baik soal sepatuku, yang tidak mahal malah mengamankan. Cuma sepatu massa bilang.
Dalam perjalanan hidup, sepatuku menyingkir kesakitan, merawat kakiku, melawan tensi, meresap tenang dalam amarahku, lalu yang terpenting, mengukir tawa dan senyum dalam dadaku. Jadi, bagaimana aku mau turut sama mengatakan kalau sepatuku cuma sekadar sepatu? Tanya pada Tuhan, kalau Dia saja-saja mau memberikan aku sepatu?
Sepatuku adalah jelmaan kebahagiaanku...
73 comments:
Tuhan beri 'kesenangan' dengan cara yang tersendiri ~
wah, suka..sepatu ni cuma analogi saja kah? atau sungguh2?
anugerah tuhan semuanya bagus-bagus belaka
T_T
sangat indah bahasamu, encik ghost..:')
sepatu adalah jelmaan kebahagiaan..:)
bahagia itu boleh datang dalam pelbagai cara. Tuhan itu kan maha kuasa.
dan aku masih belum temui sepatu lagi
barangkali aku belum layak menyarungkan kaki dalam sepatu
aku masih tunggu memiliki sepatu seperti kamu
emm
biar sepatu itu muat untuk rentas halangan dan duri
sepatu converse all star?
style!
sepatu ku telah membawa aku jauh berbatu-batu.
moga ruang cahaya antara sepatu terus memberi nur pada kehidupan kamu
:)
hargai sepatu elok3.. =)
mohon seketul sepatu antu
sepatu kau adalah untuk mengelakkan kau luka melalui rona hidup.
Kita semua ada sepatu itu, cuma bezanya nampak atau tidak saja.
Dia memang tak lokek selagi kita ingatkan Dia :D
jika dilihat dalam. sepatu ialah alat mengingatiNya
jaga dan hargai sepatumu itu sampai mati.
syukurlah :)
asalkan memenuhi matlamat walau tanpa ciri yang lumayan.
cuma satu persoalan.
jikalau orang yang tak mampu memiliki sepatu, adakah mereka tidak bahagia?
#twist
jaga baik baik
aku jua ingin sepatu itu..
sepertinya aku faham apakah yang dimaksudkan dengan sepatu itu..
jagalah sepasang ibarat satu kerna jika hilang sebelah, akhirnya cuma tinggal nilai kenangan sahaja.. =)
jalan citer hidup ni bukan kita yang tulis...hehe :)
if u know what i mean...keh3
smoga kebahagian itu milik kamu,Ghost..tahniah utk itu~ =)
Mr.Clive | mestilah aku memahaminya. :)
Hansyirah Takezur | soalnya aku yang memilih sepatu, mungkin orang lain memilih suatu yang lain sebagai 'kebahagiaannya'.
maknanya, andai ada yang tidak mampu 'bersepatu', pasti ada suatu yang mampu dia miliki utk 'kebahagiaannya'.
sepatu berjalan berbatu batu...
sepatu sentiasa menemani perjalanan kita :)
tidak memiliki sepatu tidak semestinya tidak bahagia :)
itu dugaan dari Allah S.W.T untuk menguji keredhaan hambaNya..
Istiqamah ke jalan Dia.. :)
banyak lg nikmat dunia bole di jadikan lambang bahagia.sepatu salah satu nya.syukuri dan pelihara sebaik.
tiada sepatu,kako merata,bahagia tiada.
betul. kebahagiaan tidak rigid kepada sesuatu perkara sahaja. orang yang miskin mungkin akan bahagia jika bersyukur. begitu juga dengan orang yang kaya juga. :)
Tidak keterlaluan kalau kakCT katakan Allah SWT itu misteri. Tapi yang pasti Dia Maha Pengaseh Maha Penyayang.
sarungkan sepatumu itu selayaknya, dan syukur Tuhan sudah kurniakan serta makbulkan doa kau Phan. :)
Ukur sepatu di kaki sendiri
Cantikkah, mahalkah, tahankah, semua tak penting
Apa yang penting kaki selesa dengan sepatu yang diberi
kamu ada sepatu kamu...
while I'm still searching for something to hold on...
mungkin sepatu juga...
mungkin sesuatu yg berbeza...
Aku cuma ada sebelah sepatu, mengharap ada yang kembalikan yang lagi satu. Mana lengkap kalau tidak sepansang. Hee.
sepasang sepatu, seribu kisah..
kamu jumpa sepatu
aku dh jumpa payung
sepatu tanpa stokin melecetkan kaki
Kesyukuran. Alhamdulillah...
hai
namaku sepatu.
jalan-jalan yuk?
:)
^ 1:43 AM.
ngerti maksudnya pak antu?
Titisan Hujan | ternyata kamu juga memilih suatu yang lain untuk kamu miliki. :)
BonekadalamChermin | sudah tentu ngerti. yuk! :)
syukurlah nak.. apa yg Allah bagi, memang sesuai dgn keperluan kita..
untuk sesuatu permintaan yg sederhana ataupun keterlaluan jika di tunaikan nt akan dtg satu rasa bahagia. walaupun sesuatu itu nmpk kecil tp syukurlah kerna kau akan dpt yg lebih nanti.arhh bahasa kau sgguh indah..
hargailah ape yg kite ade.. yang Allah beri.. kerana sebenarnya ia amat bernilai untuk keperluan hidup kite..
nicely written. i love it. walaupun aku tak tahu sama ada kau tengah berceritakan pasal sepatu atau hanya sepatu itu simbol kepada sesuatu benda lain.
p/s: nak berguru dengan sifu boleh? hehehehehhehehehhe
nasib baik ada sepatu boleh juga menyingkirkan kesakitan :)
fingerkontot. | nak belajar boleh jer, asal jangan panggil sifu. hihi
deeply meaning
istimewa sepatu itu.
dill.
Syukur.sepatu mengorak langkah kehidupan
aku tak perlukan sepatu lebih daripada sekotak rokok.. boleh ke gitu bro?
kita melihat keindahan yang mata lain tidak nampak.
aku dapat baca.
hai phan.
alhamdulillah...ape yg ko dpt tu ghost..
aku tahu. "sepatu' itu cukup untuk mmbahagiakan kamu :)
sepatu adlh kesenangan hidup :)
ini mcm kisah cinderella,dlm kesusahan ada satu benda yang beri kebahagiaan akhirnya.mcm tue lar allah aturkan hidup kita kan..haha
berjiwa halussss....
jemputan khas:Para bloggers yg kiut miut n encem2 semua....apa kata share N3 u olls kat web ni RakanBlog . Meningkatkan trafik dan follower blog u olls.Rangkaian bloggers Malaysia.TERHANGAT DAN SEGAR DARI LADANG....hehehehe
sepatu itu bukanlah jauhnya sebatu spt yg kusangkakan..
sepatu. just nice
Anugerah tuhan . alhamdulillah.
Mahu juga memiliki sepatu itu :)
"sepatuku adalah jelmaan kebahagiaanku.."
jagalah ia dengan baik..:)
Semoga nantinya apabila sepatu itu sudah lusuh dek usianya pun, ia masih akan jadi sepasang sepatu kesayangan kamu hingga akhir hayat, atas dunia dan selepas dunia.
Sarung sepatu, dan berjalan baik2 Ghost. Aku sentiasa doakan. :)
tahniah, anda berjaya memiliki sepatu...
phan
xsemua org dpt sepatu yg dia inginkan..
kau bertuah :)
ayat mu melampau batas pemikiran ku..macam mana itu?ehheee
faiz | aku dapatkan teman untuk ghost aku.
wah...teman hidup kah..
Bertuah rasa jadi sepatu kau, dengan susunan perkataan pun boleh buat rasa betul-betul terharu.
sepatu pengalas kaki,
menambah langkah setapak lagi
mesti cantik 'sepatu' kau. harap kau jaga dan bersama dia selalu.
Post a Comment