9:30 pm
Dia belum sempat bermimpi. Dia sedar dengan cepat. Dia tinggalkan peraduannya menuju ke satu tempat yang lapang. Cahaya terbias dari Tasik Corda yang terpantul dari bulan penuh. Malam Rabu memiliki segugus cahaya yang menyapa wajahnya. Dia memaksa kakinya. Dia berpijama dan tidak berbaju. Aneh, dia tidak merasa bahwa kedinginan sangat menggigit.
Bunyi gong begitu asing kedengaran. Hampir tidak kedengaran. Dengan persekitaran yang sunyi dia masih mampu mendengar dengan bagus. Pandangannya pada hujung jeti yang masih kelihatan. Sesosok tubuh seolah beralun dan melambai kepadanya. Dia terpanggil. Ingin tahu yang melebihi rasa herannya membuatkan dia melangkah terus ke arah hujung jeti. Bunyi gong semakin perlahan dan menjauh. Kini, hanya ada bisikan halus di telinga kirinya. Dia masih tidak merasa apa-apa.
Bulan penuh telah menurunkan seorang puteri fikirnya. Dia semakin menghampiri puteri itu. Harum melingkar pada segenap rasa dan mewujudkan ghairah. Bentuk tubuh puteri itu begitu samar kelihatan di sebalik pakaian jernih yang dipakainya. Itu pun dia masih mampu menembusinya. Dia berimajinasi hebat saat ini. Kesendirian dirinya saat ini menjadi satu penggerak kepada rasa ghairahnya.
Ketika tangannya cuba menggapai bahu puteri itu, dering telepon mengejutkannya. Satu panggilan dari Tanpa Nama jelas tertera pada skrin yang bercahaya. Dibiarkannya.
9:33 pm
Dia bingkas bangun dari perbaringannya. Dari jendela kaca yang menghala ke tasik, Dia mencari sosok tubuh puteri tadi di hujung jeti. Puteri itu masih di sana. Berdiri dan melambai-lambai. Kali ini dia berlari keluar dari kabinnya dan pantas menuju ke hujung jeti. Angin menerpanya dengan halus. Dia betul-betul penasaran ingin tahu. Bunyi gong masih kedengaran. Saat dia berdiri di belakang puteri itu, seolah ada angin kuat yang menabraknya jatuh.
9:35 pm
Dia terjaga lagi dari perbaringannya. Perlahan dia usap wajahnya.
Kamar Yang Tidak Pernah Ditinggalkan
73 comments:
lalu puteri tu memperkenalkan dirinye wadi. haha
camne ko tau detail sal putri tu
wow ._.
orang kata kita boleh dapat segalanya dengan bermimpi.tapi sebenarnya mimpi cuma meninggalkan sakit kepala...
muahahah
Rupanya mimpi pula..adeh..
kdg kala aku tak suka bermimipi.
okayy,ayat wadi mmg perasan.haha
aku pernah bermimpi yg seakan realiti..sebolehnya aku x ingin terjaga..ingin terus hanyut dlm dunia fantasi..tp..mimpi tetap mimpi~~~
Wadi AR | tak sempat perkenalkan diri sebenarnya. :)
JIJI YU | cuma ras fikir :)
jhnrdzi | :)
diana | jangan difikir sangat :)
StellaClaire-Richard | sebenarnya bukanlah mimpi. cuma keinginan. :)
syafiqakarim | biarkan lah Wadi tu. takper. :)
~SaL IjOu~ | biarkan mimpi dengan mimpi. realiti tetap dengan realiti. :)
Puteri apakah ini? Puteri bunian? puteri hang li po? puteri gunung ledang? Puteri Santubong? HAHA
ini inception. mimpi dalam mimpi
haha
ingt kan wet dream...haha.
jam 930pm
terlalu awal utk bermimpi
puteri tu ada penyakit kanser..haha
mengintai dari tirai kamar..
hahaha antara banyak komen kat sini,komen sal paling setailo!kehkehkehhh
hmmmm...mcm2 laaa kalo dh mimpi..
haha..aku sering ingin memanjangkan wktu mmpi indah yg sampai ghairah tapi jrang berlaku.bila bangun aku senyum.
mimpi indah atau sebaliknya?
wohoo mimpi puteri tuuu!!
hanya sekadar alunan ilusi?? benarkah begitu??? ^_^
bermimpi dalam mimpi...
kamu mabuk cinta...??
peristiwa sama yang amat aku bencikan..
kau tahu kisahnya..
ZWAN SABRI | puteri UMNO! :D
Abang Zam | lebih kurang lar. :)
spitITout | hampir2 lar tuh. haha :)
BonekadalamChermin | mimpi nih bukan kira masa. time terlena kejap pun leh mimpi tau.. :)
Hafizin Jamil | bukan. dia ada penyakit lebih teruk dari itu.. :)
Pondok Usang | Spring ker aper ? :)
Mr.Clive | dia single lagi tuh, mr clive. :)
cimöt | sampai kadang terkencing malam ye dak. haha. :)
SYARIFF HAIKAL | time nak penyudah tuh lar kita akan sedar. haha. :)
delarocha | keduanya, bro :)
FaizalSulaiman | hanya dalam fikirnya. bukan lah puteri sebenar. :)
Cikgu Ma | yess..begitulah. :)
blog-tips-kurus | cuma kesmaran aja dech... :)
APi | nak wat camana. kadang punya kesamaan. :)
bermimpi lagi ya...hmm bermimpilah selama mana kau mahu, kerana mimpi itu adalah sebuah kerajaan perasaan yang tiada garis sempadan..
Kau mencinta dalam diam ke ghost? Hehe.
siapakah puteri itu?
Ghost oh Ghost..aku tahu dalam benak hati mu dan dalam benak kepalamu...doakan puteri itu Ghost...aku pun turut sama mendoakannya...aku pun kasih juga akan dirinya...
mega senja | aku tau. aku masih seorang lelaki yg suka bermimpi. :)
Sang Cerpenis bercerita | puteri gajahmada barangkali, mba. :)
dayya | haha.. dah lama aku jatuh cinta. :)
EL MARIACHI | bro, jangan salah faham, bro. semua nih hanya fiksi. :)
haha..memang fiksi tapi kat mana lagi kau nak letak benda tu kan ?hehe..peace bro...
aku suka bermimpi.nak nak tang terbang terbang fuhh bestt woo
mimpi tak seindah realiti. atau sebaliknya?
hye ghost. still remember me? setaon dh kot tak berbalas kumen. ekekeke
Jum hayati di sini (^o^)
jiwa-jiwa #1
EL MARIACHI | ah,sukar juga mau sembunyi apa2 dari, bro. haha!
cik pha | terbang2 macam dalam citer Hancock sebagai Charlize Theron.woah!
zaty luvlianncezzz | realiti tak seindah mimpi. mimpi tak seindah khayalan.
*still remember. :)
mimpi dalam mimpi untuk orang yang kuat bermimpi
sayang nak tinggal mimpi....
kalau mimpi yang sungguh mengasyikkan..
woi phan, lima menit aje ? he he
huhuhu...lama sgguh Ghost ilang
adakah si puteri itu insan yg kamu syg...
dtg menghantuimu dalam tidur..:)
bukan calang-calang org yg boleh bermimpikan tuan puteri. mgkn sdh smpai seru, haha (:
Ghost, baguss...lelaki memang suka bermimpi...aku nak ucap selamat bermimpi akan sang puteri itu...!
Erti kata lain die mmg kuat bermimpi kn? Hohoho
terkasima tak puteri tu..? :D
wahhh..sempat bermimpi walaupon 5 minit..
uhhhh...kalau boleh sambung mimpi atau to be continue tomorrow...mesti best kan.
Cikli | selalunya sehingga igau. :)
eita | rasa macam tension jer bila tak habis kann.. :)
Kepala Manchis | tuh nasib baik 5 minit, dibuatnya hanya 5 saat, lagi lah. :)
si kiut lavender | woah.. aku cuma mamai lar. haha :)
hanjila | puteri tuh cuma rasa fikirnya. :D
mega senja | untuk kali itu sahaja, sis :)
LidiaSuraya | taklah. mimpi yang mendatangi kita. :)
c'axoera ヅ | puteri tuh tak sedar pun, cik :)
faiz | haha. mimpi takleh lama2, nanti koma :)
ctpayong | jarang dapat sambung mimpi dalam masa yg sama. :)
Best best best !
Thumbs Up !
skodeng puteri ka ni?kueng3
puteri impian... :)
Kisah mimpi sendiri?
haha..bnyk puteri di zaman dahulu kala :)
~tYa~ | mekasih ya :)
O CIKTEDDY | uish... puteri yg skodeng aku. :)
yunie | khayalan barangkali :)
Hami Asraff | mimpi yg tidak pernah habis. :)
bermimpi selalu tuh tandanya otak x pernah berhenti berfikir..
have rest :)
beribu mimpi cupa cuma sikit yg kita ingat...kenapa kah begitu...hmm...
henfon adalah perosak mimpi mimpi basah.
ah gila..mintak DIA tue kawin cepat..haha
lamanyaaa rasa tak datang sini.jap lagi aku baca.heh
insomnia keh? gw tolong dodoikan...
nitemare nieh
Aku jarang jarang dapat mimpi. terlalu penat atau busy seharian. sampai otak pun tak dapat tampung apa aku nak mimpi. tapi kau mimpi puteri. oho so lucky. hahaha z
aku harap aku akan dapat bermimpi seperti ini..
mimpi aku yang makin ngeri kebelakangan ni..
rasa ingin tahu yang kuat membuatkan kau termimpi-mimpi?
sesungguhnya detail amat mimpi itu..
btw, apa maksud 'menabraknya'?
mimpi dlm mimpi, kadang2 layan mimpi gini best jugak, sesekali meneroka perasaan ingin tahu, the more u explore, the less u know..
Mimpi la pulak
Kadang2 aku lebih seronok tidur tanpa sebarang mimpi
"Umpama mimpi dalam mimpi" hee
.sweet-ants. | langgar. :)
mimpikan puteri? indahnyaaa....untuk kau la..kalau aku, putera raja =)
Erm...mimpi adalah sebuah kehidupan asing nak kita mahukan t'jadi di alam realiti.Adakalanya........
Mendalam. Cerita ini mengingatkan saya kepada kehidupan dunia adalah sebuah mimpi. Akhirat adalah kehidupan yang sebenar. Melakonkan watak dalam mimpi menentukan pengakhiran cerita sama ada menang ataupun kalah. Diberi peluang berkali-kali tingkah lakunya masih sama tidak perubahan. Usaha yang sia-sia. Heh..
ala.. mimpi ke.. hihi
pekabo bro?sihat?hohoh
Post a Comment