bentangkan aku laluan yang mudah



Aku selalu memikirkan masalah sesuatu yang mudah aku boleh lakukan dengan mudah. Macam memanjat pokok manggis tanpa tangga, mencedok air dari telaga tanpa timba atau menekan loceng rumah dengan seekor anjing German Shepherd yang tidak dirantai berada pada hadapan pagar rumah.

Namun tidak semuanya yang tersangka boleh dilakukan dengan mudah. Rupa-rupanya ia juga seperti permainan video God Of War yang sentiasa diprogramkan dengan level-levelnya. Setiap level masalah punya tingkat ujiannya. Setiap level ada tahap kesabarannya. Setiap level ada halangannya. Setiapnya ada kita yang mengawalnya. Tapi gayanya bukan semua boleh dikawal. Ada masa begitu enteng, ada masa begitu payah, ada masa kita putus asa.

Pada level akhir, putus asa, kita perlukan suatu yang juga di luar dugaan, yang luar biasa, yang magis. Kita perlukan kata, kita perlukan dukungan, kita perlu kuat, kita perlu kembali melihat di mana kelemahan yang sebelum ini kita tidak sadar. Seperti orang lain, fikiran positif aku juga dimamah negatif. Tidak seluruhnya, namun cukup menjejaskan.

Orang kata; apa masalah yang tidak boleh diselesaikan. Aku fikir; apa perlu diselesaikan masalah kalau ianya boleh selesai sendiri.

Rupanya aku silap...



60 comments:

Telor Power said...

ada masalah perlu disetelkan dgn sendiri....ada juga masalah yg perlu disetelkan dgn bantuan

miss no right said...

macam agak mendalam maksudnya.

fingerkontot. said...

orang cakap jalan yang mudah adalah jalan yang susah sekali.

aku cakap, betul juga.

renungkanlah.

Anisa Hang Tuah said...

semua masalah ada penyelesaiannya

cuma kita kurang berusaha keluar dr kepompong

Cangkul Emas said...

wah, kaki game memang mudah cari cheat dan tengok walkthrough tapi dalam realiti, itu semua tiada kan..

a.samad jaafar said...

aku suka main game... fakta hahaha..
aku tak percaya bahawa setiap masalah ada jalannya..cuma, aku percaya bahawa masalah itu mesti depani bukan melarikan diri darinya..err..pada aku laa..

delarocha said...

ada masa perlu bermuhasabah

Wadi AR said...

marilah aku tolong setel kan

cik ketam said...

pilih satu jalan. masalah tetap ada. pilih dua jalan tetap ada masalahnya.

we can't run away from trouble. There ain't no place that far.

dill said...

kadang-kadang terasa perlukan keajaiban untuk menyelesaikan masalah rumit.

kadang-kadang hampir tertewas dengan masalah.

cepat-cepat cari sokongan Yang Esa & kawan2. kalau tak, bisa kecundang.

dill.

Sham said...

apa yang lu silap bro...apakah sebelum ni lu di kalangan orang yang berfikir masalah boleh setel dengan sendirinya...?

~SaL IjOu~ said...

aku selalu percaya..setiap masalah pasti ada penyelesaian..cuma antara lambat atau cepat,mudah atau payah..kdg2 dlm kebuntuan..keajaiban berlaku..& ia betul2 berlaku beberapa kali dlm hidup aku..~

anamizu kaito said...

aku plak yakin setiap mslh mesti ada cara utk setelkan ;)






slm kenal,
cik ana

Titisan Hujan said...

tidak akan ditimpa masalah pada seorang manusia itu andai tiada daya untuk diselesaikan

nurHeart said...

expect the unexpected :)

jhnrdzi said...

Boleh Bisk, kita hidup didalam dunia yang menuntut kita agar menjadi cekal.

Semoga senantiasa dapat cheat code untuk menyelesaikan masalah (:

Miss Purple said...

setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya =)

APi said...

masalah itu rencah hidup orang kata.. =)

book seller said...

manusia yang hidup tanpa masalah sebenarnya telah lama mati... :)

Mr.Clive said...

disinilah dna masa sebeginilah pengalaman memainkan peranan yang amat penting,bro... :)

Afiq Ah said...

Harus bijak.

Sam Banjamin said...

ye bak kate en afiq ah di atas tu, harus bijak... akal semua ade... tapi kebijaksanaan, kene tahu aplikasikan...

http://thetimelines2u.blogspot.com/2012/03/tebiat.html

jemput kunjung ke blog saya. komenlah seadanya... menyokong dan menghargai sesama kita.

zul a.k.a sam banjamin
(founder of gerila penulisan kreatif)

hanjila said...

umpama pakaian kotor yg bertimbun. buat apa risau, lama-lama hbs dibasuh jg. tiba-tiba mesin basuh tdk berfungsi atau bekalan air terputus. lalu aku pura-pura tidur.

itu keadaan apbl aku putus asa dgn masalah...

AkuMuzikFilem said...

faham sekali. jenisan aku, bertindak tanpa persediaan kerana memikirkan semuanya akan lancar saja

blog-tips-kurus said...

kunci umah saya hilang..

khairunnisa ♥ said...

Assalamualaikum.. now da boleh ride bicycle without using paddle tuh.. ^_^ basikal eletrik..hihi.. InsyaAllah setiap masalah yang datang tu, akan dipermudahkan oleh Allah. Terpulang dengan cara macam mana kte handle. Sometimes senang je, tapi kte buat susah.
Sometimes susah, tapi kte boleh buat dgn cara senang. Nasib baik hidup ni ada pilihan. Good luck Ghost Writer :)

Larasephia said...

boleh rasanya
selagi masih percaya.

jom? :)

Khairul Antasha said...

ghost, semoga semuanya selamat dan dipermudahkan olehNYA. AMIN.

dayya said...

1 tambah 1 bukan selamanya 2. Ada masalah wat relex je. Selesaikan ikut keadaan. Sebab macam mana perfect pun jalan keluar yang kamu ambil tuk selesaikan masalah, masalah tetap akan ada juga. So, pesan aku do something significant today so tomorrow when you still have to do something, you have the chance to do another significant thing. Enjoy ur problem sir. :)

diana said...

kalau masalah tu terlampau berat,
akak selalu biarkan masa je yang selesaikan masalah tu...
heheheh...

ctpayong said...

apabila tiba di jalan buntu, jgnlah berputus asa. kembalilah kepada Allah.

Dia (Allah) tidak uji melainkan ada hikmah selepasnya.

wallahua'lam.

Sang Cerpenis bercerita said...

semoga tidak silap lagi ya

Cikgu Ma said...

manusia yang waras adalah manusia yang berdepan dengan masalah - lian erti dengan orang yang bermasalah

eita said...

setiap masalah tu tetap ada jalan pentelesaian nya...cuma antara cepat dan lambat je...
apa2 pun ...
aku paling suka main game...

Anyyss Shuhaimi said...

Setiap tahap ujian menguji tahap kematangan kita.

beautiful_rose said...

setiap masalah ada jalan penyelesaian.tapi tak semua jalan itu benar2 seperti yang kita mahukan.pokok pengkalnya ia selesai tapi,cukup puaskah hati untuk menerima keputusan itu?

melarikan diri tidak akan dapat menyelesaikan apa2 ia hanya sekadar menangguh masa atau mungkin juga membuang masa sebenarnya.dan hakikat itu aku terpaksa terima.heh,padan muka aku =p

lama tak singgah sini seronok pula taip panjang2 macam ni ye encik ghost =p dengar2 hujung minggu ini ada khabar gembira ya? tahniah...moga yang baik2 buat kau dan dia.

eh,tarikh jatuhnya sama dengan majlis aku -_-"









ok,bai =p

tehr said...

Laluan mudah selalunya mengurangkan nikmat kejayaan
Sebab itu kita perlukan sedikit kesukaran untuk merasa nikmat yang sempurna

penjajah minda said...

orang cakap hidup bosan tanpa masalah.yeke? aku teringin nak cuba.

s a r said...

erm... bukan inginkan kemudahan. cukup dipohon kekuatan dan ketabahan untuk lalui semua masalah.

macam main game tu. nyawa kena kekalkan. kalau game perang, safety coat adalah perlu, standby pula dengan peluru yang cukup dsb. :)

hanaahmad said...

aku rasa, masalah atau dugaan itu adalah pelajaran termahal buat kita dalam hidup. Tanpanya kita tak kenal erti sebuah kejayaan. Adanya harus diselesaikan sendiri, dan adanya juga harus diberi tongkat bantuan oleh yang lain.

*selamat mengangkat akad ghost. :)

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

Manusia yang membantu adalah wakil TUHAN buat kita melalui doa yang kita panjat! hari-hari pasti ada bantuan yang berbeza konsepnya!

ghost writer said...

Telor Power |keduanya mana yg janjikan penyelesaian diguna pakai.

miss no right |sememangnya..

fingerkontot. |betul lar tuh. :)

Anisa Hang Tuah |malas kalich..

Cangkul Emas |siyes,mmg takde..

a.samad jaafar |kita dua mungkin silap.. :)

delarocha |agaknya lah..

Wadi AR |mampu? silakan.

cik ketam |satu masa kau pasti akan letih.

dill |itulah yg terbaik. :)

ghost writer said...

Sham |ya.begitulah kiranya.

~SaL IjOu~ |itulah yg selalu buat aku terfikir masalah akan selesai sendiri. akhirnya...

anamizu kaito |kalau yakin, baguslah.

Titisan Hujan |Tuhan telah menetapkannya.

nurHeart |kesudahan?

jhnrdzi |manusia boleh! haha.

Miss Purple |perhaps..

APi |menambah rasa runsing.. :)

book seller |betapa mudahnya hidup..

Mr.Clive |indeed!

ghost writer said...

Afiq Ah |yerp!

Sam Banjamin |bijak juga tuh.

hanjila |yang tuh melampau. haha!

AkuMuzikFilem |pada akhirnya, kadang menjadi. haha.

blog-tips-kurus |dapatkan detective conan ya..

khairunnisa ♥ |jadi semuanya terletak pada pilihan lah.

Larasephia |aku masih percaya nih. haha.

Khairul Antasha |Mekasih,pren. :)

dayya |hahaha. nice. aku tengah berseronok.

diana |tunggu masa ia jadi ringan lar ek..

ghost writer said...

ctpayong |InshaAllah, kak.

Sang Cerpenis bercerita |ya i hope so.

Cikgu Ma |aku cuba. mekasih.

eita |nanti challenge ok.. :)

Anyyss Shuhaimi |barangkali aku lum cukup matang. :(

beautiful_rose |aku tau kau selalu hadapinya.

tehr |wah..i love this..

penjajah minda |kalau kau nak coba, aku lagi lah.

s a r |main game pun disediakan HELP dan OPTIONS kan..

hanaahmad |mekasih.. mekasih, Hana. :) cool ya.

ghost writer said...

FIFIEY LYCHEE MARATION | aku selalu cuba untuk percaya yang itu juga, Fifiey. mekasih ya.

Siti Mashitah Saidin said...

that's life. :)

Pencari ALLAH said...

Percaya pada qada' dan qadar. :) Mungkin membantu.

ghost writer said...

Siti Mashitah Saidin |indeed. :)

Pencari ALLAH |kepercayaan yang itu tetap ada. :)

O CIKTEDDY said...

yg paling mudah kdang2 akhirnya yng plg mnyusahkan..

si ngokngek said...

dan aku suka fikir addmath itu tak perlu kira-kira yang berbelit..senangnya hidup..haha

aku rasa aku pun silap..err

Teenager Housemaid said...

:)
penatnya bila fikir untuk menyelesaikan masalah..

Amanina said...

manusia tanpa masalah adalah mustahil..bersabar la menempuh masalah..chill

EZAN IDMA said...

dan maslah itu sbnrnya mematangkan saya :)

SYARIFF HAIKAL said...

MASALAH PERLU DISELESAIKAN.TP JGN TERLALU DIPIKIRKAN..JGN LARI DARI MASLAH KRN JELAS KAU AKN SUSAH.

si kiut lavender said...

sunnguh mendalam

dan ada isi dalam entry ini terkena kat batang hdung sendri

LadyBird said...

itulah kehidupan.. dan aku sedang berusaha membuka pintu pagar dengan anjing garang berada di hadapanku.. dan yang pasti tanpa terikat.. sempatkah untukku membuka pintu, atau aku diterkam hebat oleh anjing itu.. siapapun x pasti.. yg pasti.. aku sedang membuka pintu dgn tgn terketar2 memegang kuncinya..

whitecappuccino said...

masalah..ada yg mudah jalan penyelesaiannya, ada yg sangat rumit, ambil masa.

ghost writer said...

kira balance lar, ada mudah ada rumit. rempuh jer ye dak. :)

faiz said...

Aku nk mslh aku selesai...:(