separuh tubuh masih dalam penjara



Menjadi orang yang dilupakan sangat memberi keuntungan yang sederhana lumayan.Hanya saja ia membenarkan dendam tidak mengalir selama usia masih peka.Di antara ingatan-ingatan yang sulit,dendam satu-satunya trombus yang tegar untuk disingkirkan.Malah dendam seakan bersatu dengan nyawa.Saat nyawa lupus,dendam terlupus sama.

Berdendamlah dengan aku selama dunia ini berfungsi dengan tertib.Kita masih sama-sama dalam kejadian manusia yang dipenuhi dengan rasa kemanusiaan.

"sudahkah kau melunaskannya?"
"Tentang apa?"
"Kemaafan."



100 comments:

~SaL IjOu~ said...

dendam hanya menyesakkan jiwa~

Bitt (double IS) said...

dendam dapat puaskan hati....maka bertindak menggunakkan hati mudah rosak binasa...guna lah akal supaya mudah memaafkan segalanya...

monologtinism said...

masalah betul kalau macam ni.
dendam itu penyakit hati.
jaga-jaga, jangan terlampau manjakan hati.
heal.

jhnrdzi said...

Satu quote yang aku suka dalam buku da vinci code yang aku masih ingat sampai sekarang adalah;

Forgiveness is God's greatest gift.

delarocha said...

sorry seems to be the hardest word

- elina - said...

susah sebenarnya nk memaafkan orang.
tp orang cakap, buat bnda susah ni yg nikmat.

Pencari ALLAH said...

Dendam akan membawa kekalahan. Seperti mana kehidupan dengan dendam akan memakan jiwa dan diri beroleh kematian akhirnya.

faiz said...

dendam boleh buat hati tak tenang..

sugar2 kapas strawberry said...

berdendam.hati tak sng

Manis said...

kemaafan memang terpaling liat untuk dilafazkan.

samada meminta maaf atau memaafkan.

Anonymous said...

Memaafkan dendam itu seperti memberi separuh nyawa. Jadi aku pilih untuk terus berdendam buat sementara waktu.

SpitItOut said...

dendam buatkan hati mejadi hitam.

Mr.Clive said...

dalam maksudnyaaa ni.hoho

♦♦orked♦♦ said...

Belum juga...

Dendam itu buat aku sntiasa berhati2..
Pengajaran yg xboleh dilupakan...

Anonymous said...

Tepuk bahu (sabar)

tehr said...

Aku suka dendam berahi
Hehe

AzwanRamli said...

Membawa seribu belati,menusuk pada jasad dari belakang.Terlalu sedikit untuk sebuah dendam.

Teenager Housemaid said...

dendam dan maaf, sama-sama menyakitkan....

reenapple said...

kadang2 dendam itu lagi menyakitkan... lepaskan dendam itu sbelum memaafkan..=)

Cikgu Ma said...

sedang berada dalam situasi dilupakan teman...teman seperti tiada keikhlasan...kemaafan?? sudah...

Wadi AR said...

antu, belanje buku BIN boleh tak? hihi

EL MARIACHI said...

dendam tak akan ada kesudahannya..

Abang Zam said...

ahh. sedapnya dapat baca tulisan kau lagi

mega senja said...

Dilupakan adalah suatu keberuntungan utk meladeni kesumat, tapi jangan sampai makan diri...

KhaiRin - anies said...

cp mmg mudah...nk laksanakan tu..alahai payah nyer

s a r said...

kata rasulullah; sebelum tidur maafkanlah sesiapa pun termasuk diri sendiri.

time marah, jalan yang terbaik untuk kurangkannya adalah bawak2 lah pegi tidur.

bab dendam, kalau sama disimpan, mungkin bawa penyakit hati yang tak terubat. ~aku kekdang gagal juga bab ni. hmm..

s a r said...

jadi orang yang dilupakan? aku rasa itu antara yang terbaik pernah jadi dalam hidup ni.

eita said...

kemaafan adalah dendam yang terindah...

Titisan Hujan said...

dulu aku susah utk memaafkan

Faaizz d. Zul said...

aku suka komen s a r

"kata rasulullah; sebelum tidur maafkanlah sesiapa pun termasuk diri sendiri. "

cinta akan punya ruang sendiri selepas dendam terlerai.

penjajah minda said...

i can brain this

S..U..D..@..I..S said...

kadang2 ada juga rindu dendam..

Pondok Usang said...

dipenjara janji - awie...Salam Maulidur Rasul.. =)

budak kecik said...

tak rugi utk kita jd org yg pemaaf.

nurHeart said...

"Revenge may be sweet, but forgiveness is healthier."

Salam maulidur rasul :)

Asyiqin Haulisah said...

dendam buat orang merasa puas berbanding kemaafan. dendam memang jahanam.

BonekadalamChermin said...

ya. paling sukar memaafkan jika masih punya dendam


aku juga pernah.
saat paling tenang dalam hidup ialah,
tatkala kau melepaskan semuanya.


setuju dengan entri ini.

:)

Kepala Manchis said...

dendam macam burung.

memenjara seperti menyangkar.

bebaskan.

Khry Hnry said...

cucuk trombus itu kasi pecah dan mercik kemuka....

chemay said...

kadang2 memaafkan tuh memang senang.
tp susah nak lupakan.
dan kadang2 jugak.
even dah maafkan pon. kita still berdendam dengan orang tu.
manusia. entahlahhhh

APi said...

dendam itu hitam..
maaf itu khilaf..
parut itu menjerut..
luka itu bisa..
manusia itu sisa..

syafiqakarim said...

ada kala kemaafan sukar di beri.
takot kesalahan sama berulang lagi
sebab manusia tak semua tahu menghargai nilai kemaafan

hara said...

hapuskan dendam, buka pintu kmaafan, hidup x sesak, x perlu smpan dndam utk prkara yg dh brlaku.

let it go, even it is painful

cik pha said...

dendam membuat aku rimas.kemaafan membuat aku tenang.tapi aku susah melupakan parut yang ditinggalkan

~* chirpy_chummy *~ said...

memberi kemaafan adalah sesuatu kelepasan dan kelegaan.

LadyBird said...

dendam amat menyakitkan.. tapi itulah salah satu cara untuk kite melindungi hati sendiri.. walaupun hakikatnya dendam itulah memusnahkan diri..

diana said...

cemana ye nak hilangkan dendam??
mudah memaafkan tapi parut masih ada..
ramai cakap macam tu..
itu dendam la tu..kan??

hanaahmad said...

kemaafan itu ubat kepada segalanya, dendam itu penyakit hati. harus memilih ubat dari berpenyakit. ;)

si kiut lavender said...

enggan menjadi seorang pendendam
sebab itu adalah satu penyakit

untuk menjadi seorang pemaaf terasa berat kerana luka masih ada

yad'z said...

jangan ada dendam. jangan ada benci.

Liyana Zahim said...

Sebelum mati kne mtk maaf dlu.. Tp mane tau time bile kita nk meninggal.. Aish.. Susahnye..

Hansyirah Takezur said...

dendam menghuru harakan hati...

cuma kemaafan dapat menyucikan kehitaman hati. :)

maCy said...

hahahahahaha

*ketawakan diri sendiri*

kerana benar dendam itu ada, kerana dilupakan.

Cikli said...

memang dendam itu penjara yang kita bina sendiri ghost

LadyBird said...

eh.. hr tu kalau x silap dh komen berjela2 kat sini.. kemana komen den tu menghilang? ke x ingt nk send :P hihihi

Asrul "iLham" Sany said...

nak memaafkan itu senang nak melupakannya susah kekadang...

si ngokngek said...

melunaskan kemaafan,
manusia sebegitu bukan kenal erti maaf..

cik ciput said...

jadi manusia pemaaf, seperti junjungan besar nabi kita..

*salam Maulidur Rasul (aku tahu dah terlambat utk ini) =p

diba said...

pemaaf itu muila..lame xjnguk cni..rindu

Mr.Clive said...

sudahkah? :)

cik azeya said...

belum.

pembaris said...

perlukah bersalam kalau nak melunaskannya??

Syf serabai. said...

manusia memang tak pernah berpuas.

blog-tips-kurus said...

kemaafan-dendam yg terindah..

khairunnisa ♥ said...

dendam mcm mana tu :)

Tea said...

aku baik... takde org ke dendam ngan aku...?

still, org dendamkan aku kerana kebaikanku...

O CIKTEDDY said...

kata maaf itu senang tp utk memaafkan itu kdang kala payah >,<

Sham said...

kemaafan dendam yang terindah...ceh aisyah la plak...

Mutiara Bernilai said...

kemaafan?

rasanya begitu banyak manusia yang perlu aku jumpa dan melutut demi memohon sekudus kemaafan..

andai saja masa dapat aku tukar dan rewind kembali..

banyak dosa aku ghost

haikal blank said...

kadang kita tidak sedar kita berdendam.
kerana diluahkan dendam melalui benci, diskriminasi, kutukan, dan macam2 lagi. puncanya cuma dendam.

dan punca asalnya tetap hati yang tidak pernah dicuci.

hari2 sebagai menusia kan.

AkuMuzikFilem said...

menjadi orang tidak dikenali sederhana lumayan ya. baik buruknya, dikongsi separuh-separuh

Cangkul Emas said...

dendam hanya menjadikan hati semakin hitam dan terus hitam. Kemaafan lah penawar abadi bagi kehitaman itu.

catherine- said...

maafkan saya jika kamu ada terasa apa2 yg x enak ya bisk. :p~

sy juga maafkan kamu walau kamu x pernah ada salah.

nah, sudah terlunas.

faiz said...

hanya kemaafan yg dpt tenangkan hati..

khairunnisa ♥ said...

adehh, tak masuk spam :)

Anyyss Shuhaimi said...

aku terasa.

Fatimah Ali said...

berdendam pon best jugak. haha

cimöt said...

mudah je nk ungkap maaf..tp hati??mudah ke nak memaafkan??

beautiful_rose said...

cuba untuk membuang dendam tapi ianya tak mudah.

rozeeta rashid said...

cara balas dendam terbaik, memaafkan dan melupakan. orang tu yang akan rasa bersalah.

Nveil said...

mana lebih senang? maaf atau lupa?

Ati Masrif said...

salam GW,

sememangnya sukar untuk menghilang
rasa dendam. Memaafkan mungkin boleh
tetapi untuk melupakan ...sangat sukar!

book seller said...

sekurang-kurangnya hati masih bebas-mahu memaafkan atau tidak.. :)

Hami Asraff said...

Dendam itu penyakit jiwa.

hanjila said...

saya akan membalas dendam untuk kamu. tetapi kamu perlu membayar pampasan... E Ai

.::syifa::. said...

dalam. dendam. sakit. sendirian

Amanina said...

jarang org mahu memaafkan kesalahan org tp lebih suka menyimpan dendam.

Qaseh dalia adelia said...

dah melunaskan .. =) sangat lega ..!

L said...

dendam tingalkan dendam. manusia tidak pernah perfect.

SYARIFF HAIKAL said...

manusia x kan pernah puas dari semua segi.sudah lunas pun mungkin x kan puas kecuali bila mati.

JIJI YU said...

rasa kemanusiaan itu fitrah...

tu tasik derr

Syf serabai. said...

maaf. satu keajaiban.ya

fz said...

berilah kemaafan,jiwa kamu kan tenang :)

ErnieFaizal Siti said...

Kadang-kadang demdam akan larut dengan sendirinya melalui masa..walaupun kita belum menghulurkan kemaafan..

biela bell said...

bahaya jugak kalau berdendam nie...haishh

kay_are said...

sebaik baiknye kne elakkan berdendam ni kan.. tapi still ade manusia yang pilih dendam as dorang nye pilihan.. hmm

lieynanilaz said...

maaf sesuatu yg sukar tetapi andai dah dilunaskan ...ketenangan yg akan diperolehi...:)

Sang Cerpenis bercerita said...

wah jngan dipenjara dong separuhnya.

a.samad jaafar said...

nasib baik aku bukan jenis pendendam.. kalau dendam boleh bunuh org ok gak..ni pendam sesaje.. buat letih kepala nak fikir..

BlogS of Hariyanto said...

dendam itu api yang menghanguskan,
maaf itu air yang menyejukkan :-)