batu ketiga dari matahari



Aku ditemani Adele sepanjang tugasku melihat malam di sebalik neon yang pecah disalut embun.Itupun tidak lama saat aku sedar Adele begitu cepat berubah dan senyap meninggalkan aku.Akhirnya aku biarkan tubuhku melayang jatuh dengan Parachute di samping Sean Lennon.Lepas dan terbebas.Tidak mati pada separuh malam yang menguncup.Harus begitu kalau pada penghujung masa yang terhimpit ke sudut,aku memulai tugasku pada Batu Ketiga Dari Matahari.Ini masa-masa paling akrab bagi aku demi kecintaan aku pada seluruh pendukungnya.Yakni meyakinkan aku pada suatu yang terbaik dalam hasilnya.

Batu Ketiga Dari Matahari adalah biasan dari cermin yang seolah terletak di tengah padang rumput prairie Alberta yang terus menguasai seluruhnya,dan setiap biasannya keras namun tenang.Berdiri di tengah-tengahnya berapa batang tubuh homo heidelbergensis dengan batu tajam lagi tirus bersedia melakar pada tiang-tiang batu stonehenge.erk!


Ini adalah harapan dari kami.




56 comments:

~SaL IjOu~ said...

"meyakinkan aku pada suatu yang terbaik dalam hasilnya"..

sentiasa meyakinkan yg terbaik..aku pun sentiasa mengharapkan begitu~ =)

Khry Hnry said...

rolling in the deep...

FaizalSulaiman said...

hasil tulisan ko juga ka bro? ko memang pandai menulis sesuatu yg subtle dan abstrak. credit to you dude!

selamat morning!

Lucifer said...

Fuh fuh fuh fuh, kau dah mula.


Aku baru ja, "Pada suatu hari.."

APi said...

sesuatu yang harus dimiliki..
aku menanti.. =)

blog-tips-kurus said...

aku tau, lokasinya di Lake Garden-stonehenge itu!!

(sebenarnya aku tak tau nak komen ape! teett!!)

JIJI YU said...

berdiri keras t5api tenang eh..macam kelembutan dalam kekerasan ke weh

ctpayong said...

Bismillahirrahmanirrahim.

Teruskan dan jangan berhenti. Sesekali menoleh kebelakang sebagai peringatan dan jangan jadikan penghalang.

KakCT sokong & sentiasa tak lupe utk berkunjung, insyaAllah.

Tea said...

Haha ghost.. Aku rasa mcm kelakar.. Tgk pic tu.. Hahaaa

Kumsalam kat sean tuuu...

Adele? Adehlaa...

mega senja said...

Kau mengira satah dan juzuk matahari di antara bebayang jisim legap itu kan, apa-apa pun aku ingin baca ukiran batu tirus di Stonehenge itu sama ada ia mampu atau tidak menjadi mantera klasik pada hati aku!

nasyrun said...

aku dah setel haha
tapi selepas baca ni aku rasa nak risaikel binkan semuanya dan buat balik

PK said...

amboi..main resaikel2 pula nasyrun ni.

gud luck!

M. Faiz Syahmi said...

desain kulit buku makin matang. tahniah!

Wadi AR said...

huyooo. hebat la antuu

Abang Zam said...

hendak beli. tak sabar nak pening kepala

- elina - said...

menunggu ~

Teenager Housemaid said...

hurm..saya tak faham..-_-'

LadyBird said...

kali ni xnak cube fhm nukilan si hantu :P..

sebab otak lady tengah berhantu..

Pencari ALLAH said...

Bebaskan pemikiran dan hati agar tidak ada kongkongan penjajahan fikiran yang menyebabkan perbalahan tanpa kematangan.

Jadilah homo heidelbergensis yang melakar karyanya sendiri, miliknya untuk merasai kepuasan. Gaya si cermin yang tidak beridentiti, mahu meniru-niru akhirnya akan kalah jua.

KhaiRin - anies said...

mencari maksud tersirat..hmmm

Anwar said...

Tahniah, teruskan menulis.

EL MARIACHI said...

bila release...takut kempunan...ohhh batu belah batu bertangkup...

ZWAN SABRI said...

Apakah maksud yg tersirat nii? HUHU

Asyiqin Haulisah said...

ghost kenapa bahasa kau sangat indah. sukar untuk aku faham apa yg kau tulis. kau ada jiwa ghost. sungguh tulisan kau ajaib!

El-Janna said...

^^nice

cik izars said...

so ghostly..huhu

tehr said...

Buku baru?
Yang aku faham, batu dari matahari ni sangat panas dan sangat berharga

grOundnUt said...

Bila matahari mula mengamuk...itu kisah yang bakal terjadi kelak..^^

BonekadalamChermin said...

buku ke-3?

sesuai dgn tajuk juga BATU KETIGA,
heh. tahniah!

~* chirpy_chummy *~ said...

go go go!

semoga kalian berjaya lagi dan lagi dan lagi.amin.

aku tunggu.

nurHeart said...

oooo... hurmmm =]

keep it up!

faiz said...

semakin maju...cayala bro..

SpitItOut said...

ermm..i need to read it again and again. penulisan agak misteri tapi unik.

Mr.Clive said...

ok.aku ngaku.ni aku xpaham.aku baca 3 kali dah...adoi,lembapnyer otak. -_-

Fiqas said...

salam bisk,

lama sungguh tidak jenguk disini.. sihat ke?

ini hasil karya yang akan dibukukan ke?

Asrul "iLham" Sany said...

buku baru?

Para Jamaludin said...

parachute? sejak bila kau dengar sean lennon ni. kehkehkeh!

s a r said...

saya sangat tak faham. cuma syaa tahu Adele tertidur sudah di sebelah kamu. :D

Peah Glemer said...

aku menanti.

hanaahmad said...

kau tak pernah sekali mengecewakan aku Phan. aku pasti dapatkannya. Sabar.

si kiut lavender said...

berhantu punya entry...

rasa cam nak hentak kepala ja..

Tea said...

Haihhh tak paham ke.. Btu ke 3 tu bumi.. Watak utama tu melaksanakan tugasnya sebagai khalifah di muka bumi.. Yg lain2 tu watak2 seksi untuk menarik penonton... Setiap cerita mesti ada touch point.. No touching2 before married..

Assistant ghost...

Liyana Zahim said...

Aku cume knl itu adele yg nyanyi2 lagu some1 like u.. Die pemes lah skrg.. Kihkihkih~

.sweet-ants. said...

cuba memahami dgn membaca komen2.. terima kasih

Amanina said...

layan lagu Adele..terbaik la

si ngokngek said...

mengembangkan lagi penulisan korang..selamat berjaya dgn buku baru!!

harus sefamous adele!!HAHA

ghost writer said...

dilafazkan dalam nada yang teruja:

"aku berterima kasih atas setiap dukungan dari kalian..harap ia mampu memberi satu semangat untuk kalian terus berada dalam dunia penulisan."

Päk Läng said...

aku tunggu ketibaannya!

hara said...

err..apekah?

chemay said...

penggunaan bahasa yang susah nak difahami oleh perempuan bernama chemay ini.
oh.

Cikgu Jaja™ said...

phan..aku kurang faham

Bitt (double IS) said...

perghh ko dah berbicara batu ketika...aku masih berbatu-batu...akekekkeke

cik ciput said...

bila aku sudah berwang, semua buku tulisan kau akan aku beli ghost..

SYARIFF HAIKAL said...

adele mng grammy aritu.

Sang Cerpenis bercerita said...

wah apakah itu?

Siri Benak said...

kau tak pernah sekali mengecewakan aku Phan. aku pasti dapatkannya. Sabar.