Apa yang lucu dengan kehidupan?



Elephant Pass Railway Stations
Kilinochchi District - Northern Province
0715 am

Sri Lanka. Doa-doa penumpang dan penunggu train berawangan bagai asap dupa seawal pagi di kuil-kuil melepasi atap-atap genting.Lebih senyap berbanding perang-perang yang belum dilupakan.Di antara mereka yang masih berbungkus dalam kain sarung dan beruniform military,ada di antara mereka mengheret sama kedukaan dalam sedutan nafas mereka seawal pagi ini.Kehidupan,kehidupan,kehidupan..

Satu sudut yang lebih sunyi telah dipecahi oleh suara ketawa kecil yang masih didengari oleh seorang budak buta yang bersebelahan.Ketawa kecil dari seorang pemuda mengundang pertanyaan si budak buta.

"Kenapa?Apa yang melucukan?"
"Oh,ada sesuatu yang melucukan yang aku baca dari buku ini?"
"Boleh aku tau apa?"
"baiklah.Ada seorang pemuda yang berjalan tempang ke arah seorang pemuda dan kemudian lalu ditanya."Kenapa kau berjalan tempang?".Lalu pemuda tempang itu berkata: "Aku sedang sakit gigi."

Si budak buta itu pula yang lalu menguasai persekitaran mereka dengan ketawanya yang meleret-leret.Terlalu suka nampaknya.Pemuda dengan bukunya hanya mampu tersenyum melihat.Serasa puas dapat mengongsikan sesuatu dengan seorang yang buta.

"Bila kau sudah selesai dengannya,boleh tak kau berikan ia padaku?"
"Buku ni?"
"Bukan.Mata yang kau gunakan."




73 comments:

blog-tips-kurus said...

saya sayang mata saya walaupon power saya tinggi. oleh itu, saya tidak akan dermakan mata saya ini.

*aku patut komen pasal mata atau kehidupan??? hhhmmm... Mati itu pasti, hidup insya Allah-Abg RAM.

Sheila Adziz said...

erm... mensyukuri apa yang Allah bagi... Allhamdulillah...

very subjective story...

faiz said...

semua org mengharapkan kesempurnaan dlm hidup..

Anonymous said...

mata, gigi,
dan kehidupan.

semua nikmat.

Anonymous said...

Haha, kehidupan memang lucu, kesengsaraan sesuatu yang amat indah kerana ia menjadikan kita yang hakikatnya manusia ini kembali menjadi manusia.

Cikgu Ma said...

namanya warna-warni kehidupan..

ghost said...

blog-tips-kurus |ala,masa mati pun bukannya mata celik,Puan Rohani. :)

Pn. Sheila |kecilkan saja skopnya ya.. :)

faiz |walaupun payah untuk sempurnakannya.. :)

purple ungu |hilang fungsi setiap satunya,akan rasa ketidakcukupan. :)

Lucifer |kau menjawab soalan aku dengan persoalan.tapi masih difahami. :)

Cikgu Ma |sebab tuh kita pun senang keliru warna mana yang kita mau pilih.. :)

Cik Specky said...

bila memandang kehidupan menerusi 'mata hati', segala nya bermakna.. terima kasih Allah :)

Hansyitake~ said...

signifikan sungguh..

kalau aku menjadi si buta pon pasti aku inginkan begitu.

supaya aku lebih mengerti & memahami pandangan mata walaupun mata kadang2 menidakkan banyak perkara.

percayailah mata hati. :)

jhnrdzi said...

setiap yang buta pun nak melihat.

agak psyhco budak buta ni sebenarnya ._.

Anonymous said...

permintaan yang berat....

s a r said...

...apabila ada dua manusia yang mengutarakan kata yang akhirnya akan mencetus kata2 yang tak akan pernah sama. :)

Anonymous said...

"tunggu aku mati, akan aku dermakan mata yang aku gunakan ini" . sambungan dialog tu.


bersyukurlah dengan apa yang kita ada. :)



* Bella Bell* (harap ghost ingat saya. kes malas nak sign in. hehe)

Unknown said...

aku baca 2 kali baru paham citer ni..,.kehkehkeh

si ngokngek said...

mata terlalu berharga,ayah aku selalu marah bila ngadap laptop lama-2


:hang pernah terfikir nk derma organ tak

APi said...

mentertawakan kekurangan orang lain, namun apabila disuruh rasa kekurangan itu, adakah mampu?


*persoalan yang sering aku tanyakan walaupun kadang kala ketidaksengajaan tindak balas itu terlalu cepat untuk ketawa*

vampire's lovex said...

hahahaha !!! org buta tu lagi lawak sebenar nyaaa...


nice

Wadi AR said...

aku sekarang kene pakai cermin mata. wuwu dah rabun

karenontheshore said...

"Bukan.Mata yang kau gunakan." - aku tergaman.

karenontheshore said...

"Bukan.Mata yang kau gunakan." - aku tergaman.

abang bro EL said...

I stared a joke , which started the whole world crying - Bee Gees

Sham said...

pernah terfikir nak daftar untuk program derma organ la...

ghost said...

nurHeart |jarang kita lihat dari mata hati kannn.. :)

Hansyitake~ |dia juga mau seperti orang lain yang mampu melihat apa yang menjadi satu keindahan pada orang yang melihat.. :)

jhnrdzi |macam nak sangat kat mata tuh.. :)

Khry Hnry |dia maksudkan bila orang itu sudah mati.. :)

s a r |biarkan dengan ketidaksamaan itu.itu lebih bagus. :)

Bella Bell* |memang dia minta didermakan bila orang itu sudah mati pun.. :)

Mr.Clive |bagus,akhirnya kau faham. :)

si ngokngek |pernah..tapi aku masih tak yakin. :)

APi |kau mampu mengatakan sesuatu yang lain dari yang lain,dude. :)

vampire's lovex |lawak yang serius tuh. :)

ghost said...

Wadi AR |cikgu lar katakan..tak nampak educated lar lau tak pakai spek. :)

SpitItOut |permintaannya tenang.. :)

EL MARIACHI |i started a crying,which the whole world laughing.. :)

Sham |yup,derma lebih digalakkan dari menjual organ.. :)

Amalina said...

pengakhiran yang buat aku tergelak.

reenapple said...

ah... mata itu terlalu berharga... even mungkin aku tak menjaganya dengan baik..=(

tehr said...

tiba2 aku tertanya
kalau mata yang didermakan itu telah rabun
adakah orang yang menerimanya nanti juga akan rabun?

hanaahmad said...

tampaknya si buta turut mahu berkongsi kelucuan yang sama.

*sigh.

mega senja said...

aku ingin sangat mata aku ini boleh menyingkap hijab yang satu lagi...

ghost said...

Amalina |kau memang seorang yg melucukan. :)

reenapple |jadi gunakan sebaiknya dengan kesedaran kau tuh. :)

tehr |kena tanya pakar mata. :)

hanaahmad |tapi dengan membacanya sendiri. :)

mega senja |jangan diminta... :)

Anonymous said...

alhamdulillah chemay masih ada mata yang boleh berfungsi.
:)

Kepala Mancis said...

gratis!

Jumir said...

Sy melihat kehidupan dgn mata....membacanya dgn akal n memahaminya dgn hati.

ewanthology said...

apa agaknya reaksi pemuda itu?

~Sal Ismail~ said...

hakikat apa yg dilihat..tidak seperti apa yg tersurat..penuh makna tersirat~

beautiful_rose said...

terpana...

LadyBird said...

xreti nak komen entry ini.. lebih menusuk ke hati.. biar hati sahaja yg mengerti maksud tersiratnya itu.. kerana hati yang merasai pasti lebih merasai getarannya..

♥ Nana BamBam ♥ said...

hahaahaa...sanggupkah pemuda itu memberi mata kepada sibuta tu ?

bookseller said...

banyak yang sinikal sebenarnya... :)

BonekadalamChermin said...

ini deep, ghost.


...

ia satu keinginan yg tidak dpt diberi, hanya boleh dikongsi.

hidup ini penuh rahsia. :)

Anonymous said...

erkkkk mata??

ghost said...

chemay |alhamdulillah.. :)

Kepala Manchis |yezza! :)

Jumir |cukup seimbang kan.. :)

delarocha |speechless. -.-' :)

~SaL IjOu~ |harap dapat melihatnya,Sal. :)

beautiful_rose |terdiam jugak. :)

LadyBird |ada kata hati yang tak mampu diungkapkan. :)

~Nana BamBam~ |buat masa sekarang,rasanya tak sanggup. :)

book seller |amik satu jer. :)

ghost said...

BonekadalamChermin |masih boleh diberi kalau sudah selesai dengannya.itupun perkongsian juga,BDC. :)

El-Janna |ya sure. :)

Mehmed - said...

aku rasa sibuta mahu lebih ketawa dengan cara bacanya sendiri,dengan lenggok-lenggoknya..hahahah! suka-suka..

Anonymous said...

org buta tu nk baca buku tu kot..sbb tu nk pnjam mata org tu..kekekeekek..dasyat ko pnya citer...

dill said...

oh.

terkesima sebentar

dill.

Unknown said...

untungnya kita ada mata yang boleh melihat..

cerita dalam buku tu buat akak teringat kat adik akak..
bila dia sakit gigi dia akan minum ubat batukk..
terus lega katanya,,..
giler la..heheh..

Asyiqin Haulisah said...

dan aku ada gigi, aku juga punya mata. kau mahu?

Liyana Zahim said...

Kuku pun aku tak sanggup... Aku ign bertemu dengan Penciptaku sebagaimana asal dan semulajadi aku diciptakan olehNYA ketika lahir.. Boleh?

Pembunuh Tanpa Bayang said...

ianya tidak mudah.

penjajah minda said...

bekas kita, punya orang.

syafiqa said...

mencuba utk meyempurna kan kehidupan adalah perkara plg terbaik walau kdg kala gagal meyempurnakan.dan bg yg sempurna tak perlu bongkah agar tidak ditarik kesempurnaan.

ah.benar benar ghost.HAHA

eita said...

macam biasa aku baca je apa yang orang komen.....

kita yang menjadikan hidup ni lucu...
tapi sebenarnya hidup ni tak lucu pun....

Mindaberbisa said...

ketawa si buta sebagai tanda hina tanpa sedar, memtertawakan kelemahan orang berbalik kepada dirinya. Barangkali si buta tidak tahu menahu apa pun, bangga dengan tekaan yang dibuat-buat.

ghost said...

Mehmed - |barangkali lar..dia teringin sangat nak tau. :)

EZAD AMIR |yes right!.. :)

dill |oh.. turut terdiam. :)

diana |dia cuma perlu satu benda untuk fokus dan alihkan dari kesakitannya. :)

Asyiqin Haulisah |aku macam rasa nak,tapi takper lar.aku dah ada. :)

Liyana Zahim |boleh jer,Liyana.tuh kan hak kau. :)

Pembunuh Tanpa Bayang |sangatlah tidak mudah. :)

penjajah minda |orang punya pun kadang kita nak. :)

syafiqakarim |bersederhana lah dalam kesempurnaan yang fana. :)

eita |mari kita tanya,'apa kata dunia?' :)

Pencari ALLAH |kasihan sama dia. :)

Cikgu Jaja™ said...

punya anugerah tapi tak bijak nk guna..pdn muka, kn dh terkena dgn si buta..kehkeh

Zehan Ilyana said...

tiada orang yang sanggup menukar kesenangan nikmat diri dengan kekurangan org lain.

tapi, walau aku buta, aku masih tidak mahu mengambil mata orang lain..:)

cerita ini sgt dekat. nice.

Faizal Sulaiman said...

aku teringin nak ke sri lanka ni. dengar kata dan berdasarkan buku yang aku baca, jalannya bersimpang siur dengan kenderaan yg tak berarah..

hidup ni adakalanya cuba untuk mencari sempurna walaupun agak susah sebenarnya nak dapat:)

nice bro!

Tea said...

Orang buta itu.. Aku bagi gak sebijik kangggg....
Aku cerita utk berkongsi apa yg aku rasa tapi yg mintak begitu buat aku rasa nyesal cete... Ala kassimmmmmm....

Päk Läng said...

hidup ni mcm sarkas...haha

Melle Abadi said...

ini memang style

Anonymous said...

sungguh. berapa kali ya mata ini dapat menggembirakan yg lain?

jika mata hanya diguna untuk berzina, baiklah diberi kepada dia..

Dale said...

sini, ku berikan satu. agar kita sama2 tertawa

Unknown said...

syukur ats nikmat yg diberi

Pembunuh Tanpa Bayang said...

cuba berada di tempat dia
mampu?

tak.

jika ditakdirkan,adakah akan bersungut?

cerita kehidupan memang lucu bagi mereka mereka yang tidak mengerti erti sebenar hidup.

atau mungkin watak dalam cerita kehidupan itu sendiri seperti badut yang cuba membuat lawak bodoh yang tidak menjadi,lalu kita sekaliannya di tertawakan oleh alam yang melihat.

Pembunuh Tanpa Bayang said...

hampir terlupa....
terima kasih untuk buku yang hebat itu.

a.samad jaafar said...

adeih.. tersentuh hati aku..!

ghost said...

Cikgu Jaja™ |kata-kata si buta menyedarkannya. :)

Teenager Housemaid |ya,aku juga dah baca pasal apa yg kau alami. :)

FaizalSulaiman |ada suatu yang dirisaukan di sana.kancah perang saudara. :)

Tea |haha..tapi orang buta tuh tak salah,dude. :)

Päk Läng |kita pelakunya. :)

melle amir |macam kau jugak. :)

maCy |bayangkan tanpa mata. :)

Dale |kita akan ada dua nanti. :)

EZAN IDMA |Alhamdulillah.. :)

Pembunuh Tanpa Bayang |selama ini pun,ianya sudah memang macam tuh tradisinya bukan.. :)

mekasih kerna memahami kami melalui buku itu. :)

a.samad jaafar |u are,bro. :)

Anonymous said...

kesian si buta..
sanggup? mungkin tak

Emira Darmia said...

deal! if i'm hit by a train or i'm dead and ur still alive, take it!! ;)

si kiut lavender said...

puas bila dapat mengonsi ketawa bersama

beri mata
akan ku berikan ketika roh pergi meninggalkan kehidupan dan yg tertinggal ini akan kuberikan kamu kehidupan..:)

AkuMuzikFilem said...

aku ingat aku faham pada mulanya, hampir saja menganggap dapt tangkap apa mahu disampai.

yusuf mujahidin ™ said...

Salam GW

terkadang kagum melihat kelebihan orang lain sehinggakan merasa kelebihan sendiri sebagai kekurangan.