menyelimuti tubuh telanjang dengan kabus pagi


Pernah orang datang kepadamu dan menerbitkan kata-kata yang kau akan ketawa tetapi hatimu berontak gila?
Seperti mengatakan "aku tak pernah jumpa orang yang paling bodoh selain kau di bumi ciptaan Tuhan ini." Dan dia akan tamatkan kata-katanya dengan sebongkah ketawa yang seakan dilempar tepat ke dahimu dan berdarah pecah di dalam dadamu.

Kau pun turut ketawa.lagi besar dari ketawa orang itu.Tika orang itu berhenti ketawa,kau malah seperti tidak mahu berhenti dari ketawa.Lama amat.Sehinggakan orang itu berlalu meninggalkan kau,kau masih terusan ketawa.Culas.

Ketawa kau terhenti tersekat-sekat.Ambil masa untuk semakin sedikit,kemudian sirna terus.Sedar.Tapi sakit.

Ambil satu tempat duduk di satu sudut.Jatuhkan kepalamu di antara dua lutut yang dinaikkan ke paras dada.Kukuhkan dengan tanganmu.

Akhirnya kau berjaya mengiakannya.









72 comments:

Wadi AR said...

penah gak. tapi aku buat cool je antu

s a r said...

erm, gelak banyak makna. kadang dengan gelak cuba menutup apa yang dirasa. jarang benar seiring dengan apa yang dirasa. hmm

Mr.Clive said...

pelik tapi benar

jhnrdzi said...

Kalau dalam situasi begitu aku pun akan ketawa jugak. Bukan bermakna aku setuju, tapi cuma mahu merenggangkan suasana.

Benjy said...

Inilah pencapaian terhebat Benjy menjadi no 5 komen di blog ghost writer ... yehhh !!! pencapaian di luar dugaan :D

cik ciput said...

selalu ghost..selalu sgt..bila apa yg dikata, sakitnya pedih menghiris hati, aku biasanya hanya mampu tersenyum, walau dalam hati ni memberontak marah..aku manusia yg sangat tidak pandai memuntahkan api kemarahan...

Benjy said...

Sebenarnya ketawa ni seronok ... lebih seronok dari marah :D

Benjy said...

Tetapi kalau keta seorang-sorang peli juga tu ... nanti orang kata "kau gila ka ?"

Benjy said...

Sound ketawa yang best cam bunyi ketawa lanun .. "Waa waa.. wa... Gerrr !"

Benjy said...

Orang kata ketawa ni membuatkan kita awet muda entah betul ke tidak

Benjy said...

Kalau ada orang ketawakan engkau, tertawalah balik padanya ... tak kan itu pun susah ... takkan orang ketawa wat dono je ...

Benjy said...

Cubalah ketawa sambil2 komen di blog ghost writer ni mesti best OOOooo .. sebab bila engkau ketawa sambil komen ghost writer pun ketawa ... hahahaha

Benjy said...

Gembira sebab komen benjy berada di kedudukan 5, 7, 8, 9, 10, 11 dan 12 d entry ghost writer ni sambil tersenyum dan ketawa ... hahahahaha

nurHeart said...

the truth hurts, sometimes or most of the times.. ketawa sekadar menutup perasaan hiba/duka/terguris mungkin..

adakala masa terluka pun kita leh jaga air muka org ye tak? org lain ade? :|

BonekadalamChermin said...

antara mengatakan yg benar
dan mempersenda adalah perkara yg beza






nyata
keduanya pahit utk ditelan

blog-tips-kurus said...

*gumbira sungguh En.Benjy itu! :-)

*tahun ini, aku berazam untuk gelak dengan > bersopan persis ....hhhmmm.. siape yek??? (",)

~Nana BamBam~ said...

memang mudah mengetawakan apa yang dirasakan itu mustahil.

tapi hakikatnya...

SpitItOut said...

ketawa ketika hati berontak gila? ermm not for me, senyum menyinis aku bagi n trus walk away.. walk away frm da madness.

ghost writer said...

Wadi AR |hati kau memang kental. :)

s a r |ya.itulah gelak yang cuba cover perasaan marah. :)

Mr.Clive |benar tapi pelik. :)

jhnrdzi |takut ada yang lebam mata kang.haha. :)

Benjy |walaweh...kau nak juga pulun yg pertama. :)

cik ciput |harap kau tak terbakar masa sendiri dari dalam. :)

Benjy |ada juga yang ketawa sebab dia memang betul2 bodoh,kannn.. :)

nurHeart |memang semuanya kita lah yang kena jaga.lau ada org lain yg buat macam tuh jugak,baguslah. :)

BonekadalamChermin |tapi ada yg tak kisah kepalanya ditolak sebab anggap dianggap bodoh kan..tapi jangan cabar. :)

blog-tips-kurus |persis kasma booty. :)

ghost writer said...

~Nana BamBam~ |hakikatnya itulah kebenarannya. :)

SpitItOut |itu satu cara baik utk elak perkara tidak diingini terjadi. :)

Zoul said...

Gilakah aku jika mereka tertawa sedangkan aku tidak?

Siumankah mereka jika aku tertawa dan mereka tidak?

#pertanyaan.

asip محمد said...

biasanya kalau dalam situasi mcm ni.. aku tak ketawa.. malah bermuram durja.. muhasabah diri gamaknya.. ketawa kemudian makan diri tak guna aku rasa.. lebih baik menerima kenyataan dari menunjukkan wajah yang lain dari wajah hati..

Tea said...

Jangan terlalu mudah untuk tunduk pada teguran dunia...
Setiap kamu itu punya kelebihan.. Andai kamu mampu untuk ketawa bersama2 atas khilaf diri... Ketawalah juga untuk muhasabah dan tingkatkan diri...

Sekian, Ustazah Tea..

Pencari ALLAH said...

saya berbintang pisces, tapi saya tidak percaya pada horoskop, kerana apa yang terjadi pada tuan semalam langkahnya kebetulan terjadi pada saya juga. Cuma, keadaan dan persekitaran yang berbeza.

Ketawa sebagai balasan sinis apabila mereka tidak mampu berkata kebenaran.

Seperti kira-kira mereka diperbodohkan dengan emosi sendiri, tapi mereka tiada sadar.

Pencari ALLAH said...

langkah bijak tuan mengiyakan apa yang diperkatakan mereka menunjukkan kejahilan mereka apabila melampaui batas, oh..

monologtinism said...

sakit.
nak kata ketawa sebagai inisiatif untuk mengurangkan sakit mcam tak.
macam lagi bertambah sakit.

FaizalSulaiman said...

dengan banyak gelak, kalori kita banyak terbakar.hehe

sorry bro jika aku mentafsir butir ini dengan 1 dimensi je:)

beautiful_rose said...

sembunyi rasa di sebalik tawa yang tersisa.

ada rasa sakit perit yang tidak mahu di zahirkan.

cik pha said...

dunia kalau terlalu banyak dengan orang BIJAK tak best jugak aku rasa.

Lady Windsor said...

kadangkala ketawa mendidik manusia menjadi dusta dan pada ketika lain pula ketawa adalah topeng sebuah kehidupan...
GW, aku nak dengar kau ketawa..

Pok Amai-Amai said...

Persetankan label bodoh. Kenapa nak jadi suram dan mengiakan?

ctpayong said...

ada juga sekali dua kakCT buat kerja gila & bodoh. andai ditertawakan pun mmg wajar. tapi itu seperti silingan antara dua drama yg padat lagi serius messagenya.

sesekali kena jugak happy.

ghost writer said...

Zoul |keduanya belum gila.tapi bakal tak siuman. :)

asip محمد |kau pasti marah masa tuh.ketawa utk halang kau dari marah. :)

Tea |nanti apa kata dunia?? :)

Pencari ALLAH |hanya itu yg mampu kita tunjukkan sebagai cara hati terbuka menerima.aku juga pisces. :)

monologtinism |aku rasa ia.aku suka. :)

FaizalSulaiman |iskh..betul lar tuh.sbb tuh aku pun byk ketawa. :)

beautiful_rose |ya begitular,Rose.bagi dia puas. :)

cik pha |nanti satu masa dorang akan berbantah-bantahan dan akhirnya berubah menjadi bodoh. :)

Lady Windsor |di suatu masa ketika aku berada di khalayak ramai. :)

ghost writer said...

Pok Amai-Amai |sebab memang betul pun. :)

ctpayong |selama nih memang happy,takkan utk seminit dua sedih tak mampu. :)

faiz said...

hidup aku selama ni dah biasa kena mcm ni...kalo ikut hati mmg bley down..

Lady Windsor said...

noted, akan aku tunggu masa itu..

si para para said...

manis di luat..tapi pahit di dalam.

Asrul "iLham" Sany said...

solat?

Abang Zam said...

buat ap nak turut ketawa. senyum saja

Sang Cerpenis bercerita said...

mending pake selimut dong daripada pake kabus. hehee

~SaL IjOu~ said...

x perlu org kata..kdg2 aku sendiri yg 'ketawakan' kebodohan aku sendiri~

diana said...

iyakan saja la...
tapi jangan biarkan kebodohan tu
terus ada..buang jauh2..itu lebih baik dari kita meratap kebodohan kita sendiri.

Bella Bell said...

pernah juga rasa macam ni. ketawa atas kebodohan sendiri, kemudian menangis sendiri. :)

Titisan Hujan said...

bgus juga ada orang begini

tehr said...

itulah kita kadang2
membuat kerja bodoh dan dicop bodoh oleh orang
kita pula mengatakan orang itu yang bodoh

fierul said...

pnah gak kena cmnie .
rase jatuh gila .
mcm nk korek kbur tnam diri sendiri je . hehe

Cik Anita said...

selalu,

ya.

baru aku sedar selalu berlaku begini. tapi aku selalu lambat menyedari.

ishk.

eita said...

ketawa memperlihatkan betapa kita mengiakan kata2 itu..
ketawa jugak dapat sembunyi kan kemarahan kita walaupun dalam hati memang pedih berdarah...

محمد رازيق said...

tidak tahu mengapaku semakin ketagih ke sini. barngkalai hasil coretan didada laman ini.

sudah mengikuti burung biru anda. perlu kelulusan.

LadyBird said...

ketawa dengan hati yang sakit amat2 menyeksakan.. hanya yang merasai akan memahami kesengsaraan itu..

Nadia said...

kdg2 org bahan kita tanpa fikir buruk baik.

kadang2 dalam kita tgh down tu, kita akan rasa nak je pukul kepala dia guna kerusi.

:D

Cikli said...

di sini aku akan gunakan mulut.

si kiut lavender said...

ketawa ketika disindir

terhenti dan mengiyakan kebenaran..


sakit!

ghost writer said...

faiz |tapi kau makin up.thats good. :)

Lady Windsor |silakan.. :)

si para para |tetap telan jugak. :)

Asrul "iLham" Sany |baca niat dulu bro. :)

Abang Zam |tawar beb.. :)

Sang Cerpenis bercerita |untuk orang pemberani saja,mba. :)

~SaL IjOu~ |pengakuan paling berani nih. :)

diana |cepat bertindak memang bukan cara kita.. hihi :)

Bella Bell |complete..dua rasa sekali. :)

Titisan Hujan |mengingatkan..mengingatkan kita. :)

APi said...

gelak itu semakin badi..
lama lama ia mati..
hati sakit disakiti..
ditertawakan kebodohan sendiri..

ghost writer said...

tehr |kita mana mau kalah bro.. :)

fierul |wah itu memang betul2 terasa sgt tuh. :)

Cik Anita |akhirnya sedar dah cukup,Datin. :)

eita |itu lar yg cuba kita lakukan.. :)

محمد رازيق |mekasih kerna selalu jadi tetamu. aku akan check nanti. :)

LadyBird |selalu alami semakin biasa dan teguh. :)

Nadia |tapi kena bersabar gak.nanti org bilang kita mudah mengamuk. :)

Cikli |fight back? :)

si kiut lavender |pastikan tiada siapa yg melihatnya.. :)

ghost writer said...

APi |padu,bro! :)

SYARIFF HAIKAL said...

kata2 walaupun adakalanya suatu gurauan..ianya bikin hati sakit..aku pernah merasainya..

Gaphe said...

membayangkan posisi tersebut dan merenung.. ah saya rindu menikmati pagi!

si ngokngek said...

gelak ketawa tue mengubat hati,
tp kekadang semakin menghiris hati sendiri,

ketawa tue cuma nk ttup rasa perasaan kan..n aku pernah lalui

mega senja said...
This comment has been removed by the author.
mega senja said...

aku jarang ketawa apatah lagi diketawakan..tapi..kabus pagi, bukan ia yang akan menyelimuti aku waktu pagi tapi aku yang akan memaksa ia untuk selamanya aku tiduri di ranjang...

CassiaSiamea said...

bodah??
gila??

baik awal awal aku iyakan..

Teenager Housemaid said...

sakit.

Tea said...

Dunia tidak akan pernah berhenti berkata2..
Buatlah apapun dunia tetap berkata..
Fitrahnya begitu..
Kita yg boleh ubah fitrah kita...

Selamat Hari Raya!

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

Tampak kuat walau jiwa luluh! Itu harus supaya tak dipanggil lemah terus-terus!

Kepala Manchis said...

peh.. boleh jadi trauma.

Kepala Manchis said...

http://sejuta-puisi.blogspot.com/2012/01/romantisme-badut.html

mungkin ada kaitan. dan aku cuma rasa emang ada.

Liyana Zahim said...

Kalau begitu aku akan cuba tahanlah ketawa.. Aku mahu sengih sajer.

Maii said...

ketawa itu sihat.

grosir busana muslim said...

artikel tulisan yang baik,,nice post slam kenal

Nveil said...

malu.