anagogi di celah pagi


Vitas menceroboh sisa kantukku dengan barisan kata yang tidak pernah aku fahami selamanya.Memenuhi separuh pagiku yang semakin kering di hujung jari kaki.Namun nada jeritnya menampar sedarku tentang kemarahan dan kehampaan pada cinta dan dunia.Cinta dan dunia yang menjadi satu alasan mengapa jupiter harus menunduk di bawah porakan pecahan bima dan menyingkir jauh dari semuanya.Keresahan!Jupiter juga semakin tahu erti keresahan.Jupiter seolah menjadi fosfin.Lebih mudah menerawang dan meresap dan tidak sekadar terkurung di dalam framen.

Dalam berbalam separuh penglihatan,aku memicing dan menembak cahya menembusi kenyataan.Di situ,di situ ada langkah-langkah yang semakin mendekati aku.Bersayap dan tempang.Perlahan meraduk kabus dan kesenyapan.Mereka yang aku fikir adalah para bidadari menangis dan mengaris senyuman pahit mulai mengelilingi aku.Ajaibnya aku malah marem dan kokoh.Pegun dan tidak maras.

Di antara sayap-sayap para bidadari yang semakin mati,ada siliran yang berbisik.Mereka mulai berbisik-bisik.Mulai kedengaran memenuhi zona nyataku.

Marcapada! Marcapada! - Jupiter yang anggun berselerakan dalam kuarza dan menjadi palsu.Tanpa nilai.



63 comments:

Lady Windsor said...
This comment has been removed by the author.
Lady Windsor said...

Justeru kau harus tangkas memacu dan mengemudi Jupiter supaya ia mampu capai bisikan bidadari yang pamit seketika itu...jangan dibiarkan terlepas...andai terlepas, dunia jadi gelap dan cinta pun malap...

Wadi AR said...

antu cite pasal cinta ke ape?

Cikgu Jaja™ said...

phan, byk perkataan yang cuma agak2 maksudnya..berdasarkan kontekstual

CikEtel said...

Kisah cinta dn dunia

BonekadalamChermin said...

ia lumrah
antara kecewa
pasti akan ada bahagia



selang antaranya ialah:

percaya diri.

Amalina said...

aku jadi tak suka bila terlalu banyak perkataan yang aku tak faham.

jhnrdzi said...

Aku pun tak berapa faham bahasa yang tinggi. Tapi yang aku sure, sebab perempuan letteww.

ghost said...

Lady Windsor |bidadari yang semakin mati itu?dia sendiri tak mampu nak yakinkan aku. :)

Wadi AR |taklah..pasal benda lain. :)

Cikgu Jaja™ |agak-agak tuh leh disesuaikan dengan ayat jer,Jaja. :)

Cik Etel |mana pernah lari manusia dari keduanya. :)

BonekadalamChermin |semua percaya diri mesti kuat supaya dpt mengimbangi unsur hati yang lain. :)

Amalina |kau tuh yang malas sangat.bahasa melayu jer pun. :)

jhnrdzi |tau-tau jer kau,Joe.haha! :)

faiz said...

kali ni aku giveup nak faham entry ko..huhu

Anonymous said...

bercinta di awang-awangan...hihi

koskakiungu said...

hai wazup bro? ^^
lama nggak main ke mari, kata2nya makin sastra ajaa... :)

asip محمد said...

nak pahamkan.. mmg kena mentelaah google sekali sambil baca.. kalau tak naik juling otak membaca.. ayat terlalu.. bamboo-stick.. haha

Benjy said...

Ghost Writer adakah tuan ada join Kapasitor ? ... penulisan sebegini amat sesuai di hamparkan di kapasitor ... percayalah :D

Benjy said...

Kalau tak mau ke Kapasitor mungkin boleh bertemu dengan M. Nasir selepas ketiadaan LOloq. Mesti M. Nasir akan suka kerana ia gabungan melodi dan lirik yang asbtrak :D

Benjy said...

Apapun yang pasti Jupiter belum mampu mangawalnya walau sebesar mana kuasanya. Alangkah baik Jupiter hapuskan semuanya dengan kuasanya agar mereka tahu masanya sudah tiba. :D

Benjy said...

Sedang sibuk bidadari berterbangan melihat semua ini tanpa ku sedari ombak mengunung menghempas bumi ... tiada cinta, tiada sayang semua menjadi hitam putih kerana itulah kedainya kedai hitam putih ... :D

Benjy said...

walaupun sepi dan sunyi tetapi Jupiter masih mengharapkan agar ada yang kembali ke pangkal jalan ... jalan yang penuh dengan kelawar serta besi waja yang sering membuat Jupiter menangis.

Benjy said...

Sudah tiada makna bisikan bidadari kalau badan kebal dari bunyi nyanyian lagu ombak rindu yang didendangkan oleh Jupiter, Percayalah !

Miss PIJAOSIX said...

Bisk....

Aku tak faham.......!!!!

Cik Ungu Kamila said...

terkedu aku lepas baca entri ni. bingung kali ;D

pembaris said...

bidadari impian aku tidak bersayap.dia cukup sekadar selalu tersenyum...

~* chirpy_chummy *~ said...

kali ni aku payah nk memahami. ~.~

monologtinism said...

huaa. aku sedang berada di alam mana ni. -_-'

Kepala Mancis said...

kacau pagi kau sahabat.


p/s :aku semakin malas. tak tahu kenapa.

lavender harum wangi said...

palsu palsu palsu palsu.......



aku plak sambung bisik. hehe

tehr said...

kadang2 aku tak faham, kenapa aku malas nak bangun pagi
asyik dengan hangat selimut
hehe

s a r said...

mungkin juga jupiter masih perlu muhasabah diri lagi? ~oh, diri ini gagal mentafsir sebenarnya :D

Abang Zam said...

dah lama abang tak dengar nama Jupiter

Nazsabrina Iman Zulfikar said...

wah....lama tak nampak kamu...:)

Unknown said...

aku percaya pada aturan yg ditetapkannya

Mutiara Bernilai said...

tapi ghost,
serasa aku,
meski bidadari dunia semakin banyak punya kepak yang hampir layu dan mati, namun keberadaan jupiter yang anggun dan bidadari yang punya nilai itu ada.. mereka ada, cuma ia hanya mampu di tembus dengan cahaya mata hati :D jika dan hanya jika mata hati kita bersih tanpa noda yang menghijab..


ps. fahamkah ghost dgn bebelan pearl di atas ni?

pss. sebulan menanti..akhirnya.. thanks!

ghost said...

faiz |haha.its ok,bro. :)

Khry Hnry |mana leh bercinta di awang-awangan,bro. :)

KoskakiUngu |hye,wazup!ya,memangnya dari dulu bukan.. :)

asip محمد |itulah pentingnya google ada,kan. :)

Benjy |aku pernah dengar dan baca tentang blog kapasitor tuh.nice!

bukan m.nasir,tapi hang tuah.haha!

jupiter mana ada kuasa,bro.baru aku tau kalau jupiter itu sebuah grup musik. :)

Miss PIJAOSIX |nak aku fahamkan juga ker,Pija? :)

Cik Ungu Kamila |ok tunggu saat kau tak binggung. :)

pembaris |tapi aku rasa kau akan lebih cair kalau dia menangis. :)

~* chirpy_chummy *~ |permudahkan lain kali,Mar. :)

monologtinism |jangan risau,kita di alam yang sama. :)

ghost said...

Kepala Manchis |kacau kalau diganggu seawal pagi lagi.. :)

*aku pun baru nak kumpul semangat yg hilang.

lavender harum wangi |aku bagi point untuk kau kalau kau sambung lebih panjang,Lav. :)

tehr |nikmat tidur di waktu hampir subuh sangat mengulit,bro. :)

s a r |setiap kali begitu ia akan muhasabah.mesti letih kalau selalu sangat. :)

Abang Zam |tuh sbb aku tulis nama jupiter.haha. :)

Nazsabrina Iman Zulfikar |aku ada,macam matahari di sebalik awan hitam. :)

JIJI YU |semua percaya cuma tak semua mampu tanganinya. :)

Mutiara Bernilai |aku memahami kalau dengan penjelasan begitu.dan aku memahami kalau dunia penyebab bidadari hilang sayap. :)

APi said...

di luar medan sedar, aku mahu ke Jupiter untuk mengapai bidadari yang semakin mati itu..
namun bila aku sedar, jangankan sayap, bulu sayap bidadari pun tak berkunjung ke arah ku..
indahnya tidak lama, sakitnya makan masa..

Faizal Sulaiman said...

aku selalu kagum dengan tulisan kau, bro.tapi jujur aku memang adakalanya sukar nak faham.hehe.tapi aku yakin nilai pemahaman dari sudut mereka yang faham adalah tinggi:)

blog-tips-kurus said...

kau 'bawa' aku ke mana ni Ghost? mujur ade bar gelintar Dewan Eja Pro di sisi, setia menemani tatkala menelaah ayat-ayat cinta mu ini. fuuuuuuhhhhh!!! (",)

abang bro EL said...

terbaik ghost....walau aku ambik masa nak memahaminya...

ctpayong said...

Kerap 'moral support' itu lebih besar impactnya.

Jangan mudah mengalah.

Asrul "iLham" Sany said...

penulisan jenis semiotik itu bagus, tetapi kena berhati-hati sebab ia boleh mengelirukan orang, kecuali pada yang benar-benar meminati semiotik

sekadar pandangan

;-)p

si para para said...

lama tak datang sini...
harap ko sehat bisk...

bila lama tak datang sini, otak pun jadi slow je nak tangkap baris baris ayat..

dear anies said...

xde kecewa x de bahagia... = tu la hidup

♥ Nana BamBam ♥ said...

aturan itu mungkin saya percaya..

cik pha said...

lama aku tak masuk blog pakcik antu,tetiba pelik.

~Sal Ismail~ said...

Sayap-sayap para bidadari itu mungkin semakin mati..tp pasti ada antaranya yg bakal menebarkan sayap kembali..cuma mungkin tanpa iringan melodi..bernada sepi..menyanyi lagu tp tidak berbunyi~

Nina Mads said...

kisah cinta :)

ghost said...

APi |berhenti lah.untuk apa bahagia yang sekejap kalau untuk derita yang berpanjangan. :)

FaizalSulaiman |mekasih.dan biasanya aku sasarkan pada semuanya.maaf kalau ia menyukarkan. :)

blog-tips-kurus |ouh.aku baru tau kalau ini ayat-ayat cinta.haha.tapi malang,ia bukan. :)

EL MARIACHI |mekasih.lama takpe,janji faham. :)

ctpayong |semua orang perlukan moral support,Kak CT. :)

Asrul "iLham" Sany |ya aku tahu snagat tentang itu.tapi aku tak mampu tahan diri aku utk menulis begini. :)

si para para |aku pun dah lama sangat dtg kat tempat kau. :)

KhaiRin - anies |bukan kah keduanya bergabung? :)

~Nana BamBam~ |aturan takdir begitu.. :)

cik pha |aku pun mula pelik nih,Cik Pha. :)

ghost said...

~SaL IjOu~ |masih pincang rasanya,Sal. :)

Amanina |really?hihi.. :)

Tea said...

Tulah sape suh tido tak basuh kaki...

Pembunuh Tanpa Bayang said...

membaca disaat kepala tidak mampu untuk berfikir membuatkan semuanya seperti sukar.

aku cuba baca dan cernakan.
mungkin disaat ini aku membacanya sebanyak lebih dari 5,6kali.

atau sebenarnya
sudah di hadam cuma zat zatnya seperti gagal untuk terus mengalir di dalam salur fikir aku.



maaf untuk komen yang seperti keluar dari tajuk ini.

Sham said...

eiii apa daa....?fenin la fenin la...

محمد رازيق said...

simbolik. aku suka karya kau.. teruskan selit ynag brisi pada yang tersirat. jemput singgah blog.

Anonymous said...

kenapa tulisan semakin kecil

si kiut lavender said...

kenapa cipta watak bidadari yg semakin mati?

syafiqa said...

masalah perempuan.
ada jalan bila masanya.

Unknown said...

sebulan kamu hilang rupanya pergi menuntuk ilmu bahasa setinggi langit ye bisk??
ekekek

Mindaberbisa said...

Bunyi yang mengganggu jiwa apabila bangun dari lena terus mengingati "dia".

Semburan yang dfikirkan dapat menyelesaikan 1 masalah, malah 1 masalah yang ditutup membuka lebih banyak lubang masalah.

Hasil dari sesuatu yang amat bernilai dulunya berubah kepada tiada harga apabila cinta tidak dihiasi, kebahagiaan adalah 1 angan-angan.

APAN said...

entri kesasteraan ni...x tau nak komen pe...tpi ramai peminat.teruskan menulis bro :)

ghost said...

Tea |aku basuh muka sebelum tido lar. :)

Pembunuh Tanpa Bayang |aku masih suka dengan komen macam nih.tetap dianggap sebagai komen bagi aku. :)

Sham |gi makan panadol ok. :)

محمد رازيق |aku sudah menjadi tamumu. :)

maCy |sebab aku rasa semakin kerdil :)

si kiut lavender |untuk melihat kebangkitannya. :)

syafiqakarim |dalam perjalanan ke masa tuh. :)

diana |tak tercapai lagi,kak diana. :)

Pencari ALLAH |seolah semuanya infinity. :)

APAN |sedang menulis.thanks. :)

Mindaberbisa said...

infinity kerana semua orang akan melalui benda yang sama. Cuma yang membezakan waktu dan keadaan persekitaran itu sahaja.

LadyBird said...

Seseorang yang hebat, kuat tidak menjamin dia mampu miliki segalanya..

Kehebatan, keindahan perlu dikongsikan bersama.. itulah aturan Tuhan..

Yang kuat, berkuasa.. perlu ade sifat memberi dan berkongsi..

Kekuatan, kehebatan tidak menentukan ia sempurna.. tetap ada yang pincang, kerana ciptaan Allah itu tidak ada yang sempurna..

Sifat kesempurnaan itu hak milik Allah yang Esa..

nasha sanza said...

hai en.ghost1 awak nie banyaknya blog tapi sya follow semua!entry yg bermaksud yg saya kurang mengerti..:0

AzwanRamli said...

puaka giler entry....