yang tidak dijelaskan



Narra.
Terang-terang aku akan tertawa kalau menyebut namanya.Kerna pasti akan disusuli dengan pertanyaan yang menjelma saat itu juga.Perempuan kah dia?Jangan jelaskan pertanyaan awal begitu di hadapannya.Dia akan mudah menukar kontras warna pada wajahnya semacam udang yang diganggang.Jadi aku simpan.Bila aman,aku bertanya suatu yang tidak sama seperti pada mula aku ketawa."Sudah lama tunggu?" .Selalu aku begitu.Dia saban waktu aku anggapi sebagai lelaki yang utuh,berkepala besar,ali dan bermuka bengis.Jadi aku dongak.Tiap kali aku berdiri di hadapannya,aku dongak.Kulitnya kuning dan sisanya sering gugur.Suaranya bak angin.Lebih kurang berdesir-desir.Aku rasa macam dia tampar aku.Takut-takutkan aku.Marah aku.

Aku cuma mau beritahu kalau Narra benar-benar bikin tidur teman aku sering-sering terjaga.Teman aku bilang,Narra itu Angsana.Aku bilang Narra itu sigaw.Aku dan temanku sependapat kalau Narra atau Angsana satu rumpun.Satu akal lain wajah.Bodoh dan gagah.Indah dan lemah.Narra atau Angsana memburunya sehingga ke dalam mimpi temanku.Dari dalam mimpi semuanya terimbas dalam saat jaga dengan nada aneh.Anehnya,temanku menyukainya.




120 comments:

Anisa Hang Tuah said...

narra.ku fikir dia elok paras.rupanya bodoh

hani said...

aku berpihak pada teman kamu.
memang selalu lebih menyukai mimpi dari realiti
walau sehebat mana pun ancaman di dalamnya.

Abang Zam said...

narra. angsana

aargh

Unknown said...

hai narra!

makwe joni said...

hantu narra

Anonymous said...

narra tak handsome.
:(

abang bro EL said...

ini sangat naarra...

jhnrdzi said...

aku nak gambar narra ._.

a.samad jaafar said...

lelaki perwira(nara) bernama Angsana(sejenis pokok-sena)..? hmmm.. menarik..

ghost said...

Anisa Hang Tuah |bodoh tapi gagah. :)

hani |haha.dia memang suka begitu.

Abang Zam |macam stress jer kau.haha.

dayya |Narra kata,hati-hati. :)

makwe joni |jadi igau kau nanti.

chemay |tapi dia sangat pemurah.

Johan 'Champ' Radzi |kau akan terkejut nanti,Joe.

ghost said...

a.samad jaafar | cari makna nama kat wikipedia ker? :)

Unknown said...

narra,atau angsana yang aku kenal,5 tahun dulu adalah yang teromantis pernah kujumpa dalam hidupku.cukup sekedar puisi puitis angin bermusikal melankolik; bisa bikin aku termenung panjang menghadap luar jendela mengenangkan betapa indahnya dia.

ah ghost..kau lebih faham maksud aku,kan ?

heee

Benjy said...

Aduhhh ! miss juga jadi pengomen pertama Arrrghhh !!!!

Lady Windsor said...

Temanmu itu sangat obsess ya dengan Narra, pasti ada sesuatu pada angsana atau sigaw itu...beruntung!

tieykah said...

Sebab teman mu itu punya pilihan nya sendiri :D

Benjy said...

Yang pastinya Narra memang begitu sejak dia dilahirkan. Mungkin juga dia dilahirkan semasa bulan terang di hospital kerajaan. Dah memang nasib dia macam tu gagah macam si badang tegap macam malik nor (dululah) tetapi tak berapa hensem.

Benjy said...

tidak berapa hensem tu bukannya apa cuma dia jelita sahaja. Betul ke ? benjy kata yer sebab ramai lelaki menyukainya termasuk pak cik yang tinggal di hujung kampung. Pemuda hensem pula selalu menganggunya sebab dia jelita .... aduhh ! betul ke ni ? tanya si Abu kepada ku, sedangkan Ali dah beri tahu dia semalam tentang Narra.

Benjy said...

janganlah mengata kat Narra nanti dia berang kejelitaan bertukar garang ... hilang jelita menjemla pula hensem ... Uikk ! macam mana boleh jadi macam tu ? kata Abu lagi. Laa si Abu ni tak paham2 juga ... kan Ali dah cerita semua semalam.

Benjy said...

Namun aku masih ingat lagi Narra, semasa kami memanjat pokok mangga dia terjatuh dan menangis ternyata Narra tu lelaki ... aduhhh ! kenapa dia sudah berubah jelita sekarang ni ... mungkin itu transformer genetik macam cerita X-Man. Aku hanya terpaku bila teman-teman ku menyukainya.

Benjy said...

Bagi yang tak tahu siapa lagi Narra sila baca entri ghost 5, 6 kali sah tahu jawapannya. Namun aku dah baca 9, 10 kali namun tak tahu juga siapa Narra tu ... adakah aku ni buta warna ...

~Sal Ismail~ said...

Narra tu gagah ya.sekarang aku terbayangkan si Badang pulak~ ;p

Misya Mialen said...

narra itu satu nama yang cantik bagi aku. eh, aku teringat neeraa, mereka kata, dia serupa mukanya seperti aku. eh!;D

monologtinism said...

entahla aku tidak terlibat dalam ini.

ghost said...

april |sangat memahami.kerna aku juga bicara yang sama.

lipat gambaran narra dan simpan dalam laci. :)

Benjy |alert,alert!haha!

Lady Windsor |yup.dia ambil masa lama memikirkan narra.

tieykah |sangatlah dia dengan pilihan aneh.

Benjy |okay.aku faham kau tengah bingung sebenarnya.jadi lebih baik kau cari saja narra tuh kat utara.paling koman pun berhampiran hospital kerajaan yang telus.

~SaL IjOu~ |tapi Badang musnahkan narra.

misya mialen |orang Filipina suka nama tuh.hihi.untunglah kau sebab sama dengan neera.

monologtinism |aku pun suka cakap entahlah. :)

Anonymous said...

oh.. ku ingat kan beautifulnara

s a r said...

erm,.. kesian nara. Dia menjadikannya begitu. Kekeliruan & kemurungan mungkin aja liar mengelilingi.

p/s- encik, i want to ask. napa namaku tercalon di list roman? :)

hanaahmad said...

pasti ada yang buat dia tertarik. setiap orang memang punya taste yang aneh. termasuklah aku. heh.

Unknown said...

aku ada kawan baik macam narra. :)

Amalina said...

teman kau bercitarasa aneh.

APi said...

itulah manusia..
citarasa berbeza..
peliknya rasa..
apa sebabnya..

- koroe - said...

ahh macam selalu,,


tak paham sangat


sedih betul jiwa tak artistik macam ni

blog-tips-kurus said...

ternyata homosapien itu unik. tak semua org Jawa suka tempe.. (",)

Unknown said...

lelaki dan ego sinonimkah

Cikli said...

kawanmu melihat keindahan yang jarang orang lain melihat.

Liyana Zahim said...

Split identity hape? Huhuhu~

Pembunuh Tanpa Bayang said...

belum benar benar kenalinya?


apa khabar sahabat,lamanya aku tidak singgah ke sini.harap yang baik baik buat kamu ya.

dan...
tahniah juga atas perlancaran buku "BIN" tempoh hari.teringin aku ke sana memohon seikhlas mungkin tanda tangan di belakang buku,tapi masanya bertentangan dengan tugasan di tempat kerja.tak mengapa,asalkan nanti buku yang aku tempah bisa sampai ke tangan dengan selamat nanti,kan?

=)

~tYa~ said...

tia ni lepu kot..tia bace komen2 kat atas sume macam paham je ape maksud narra, sigaw , angsana, tapi tia..10x bace pn xpaham2 -.-

Unknown said...

aku ingatkan mainan tidoq ni...

faraherda.razalan said...

Sigaw itu apa?

~* chirpy_chummy *~ said...

setelah 2x baca baru aku 0.o wowowooo...

say to easy=) said...

setiap orang ada pilihannya tersendiri

Asrul "iLham" Sany said...

cam erotik nama narra tu :D

Qiez AR said...

buat2 faham.

kirim salam taksub pada Narra.

Anonymous said...

sebab pilihan itu berbeda antara manusia. contoh, pilihan antara anda dan teman anda itu. ada pro dan kontra.:-)

tehr said...

hodoh wajah bukan permakna hodoh juga hatinya

Unknown said...

narra. hye

dill said...

bos,rasanya aku terlupa bawak kamus. otak kekurangan oksigen mahu cerna penulisan kamu.

dill.

Päk Läng said...

citarasa yg berbaur psychedelic

errr...sekian

Cikgu Jaja™ said...

ohh.. :)

senyumanku bukan sinis phan. jujur aku pon baru tahu..haha

ORLANDO AHMAD said...

ghost, gua blur ni. tolong2

Nazsabrina Iman Zulfikar said...

narra je? nazsabrina takde? ;P hehehe
wah...buat pertama kali aku kena baca entry kamu lebih dari 3 kali utk memahamkannya.

Gimi said...

narra tu lelaki macam perempuan ke? apa maksud sigaw?

EmpayarUtama said...

Nanti aku baca lagi 3 kali, belum paham2 lg nih

PenjuruKosong said...

cinta buat x lena tidur~

CETUSAN SEIKHLAS RASA said...

Sangat menarik.... cuba menyelongkar dalam Kamus Dewan tapi masih tidak memahami sepenuhnya. Apapun cara penulisan GW mmg memikat hati utk membacanya...

Cik Specky said...

confuse -__-"

LadyBird said...

Siapakah narra?

dia perempuan.. tetapi kelihatannya seperti lelaki..

pelik kerana shbtmu mencintainya gadis sebegitu..

kasar, buruk, tidak cantik..

tetapi..

pasti ada 'kecantikan' di sebalik yang mampu dipandang..

mungkin hati shbtmu itu merasai keindahan di sebaliknya..

bukankah cinta itu bisa membutakan segalanya?

menjadikan yg jelek itu kelihatan cantik..

yang kasar itu kelihatan lembut..

yang cacat itu kelihatan sempurna..

andai dinilai ke dalam kepompong.. pasti si ulat itu kelihatan seperti rama-rama..

mega senja said...

..narra memburunya sehingga ke dalam mimpi..bererti roh kecilnya sudah dikuasai narra...

Dan kau harus cepat menyedarkan temanmu itu dari mimpi...agar tiada kebinasaan berlaku...

Unknown said...

akak juga tertawa bila membaca namanya narra kerana terus teringat beautifulnara..
ekekeke...

Rain said...

permintaan :

describe aku pulak bisk.

si kiut lavender said...

narra..
ayat pertama yg dibaca
dan apa yg terlintas di fikiran adlh
beautifulnara..
adess...

Faizal Sulaiman said...

ok.

aku terus teringat abang nara beautiful nara!!

kakakaka

ghost said...

.sweet-ants. |haha!

s a r |sbb aku keliru dengan gender kau.. :P

hanaahmad |memang pun kau ada taste yang aneh.

dayya |jangan putuskan hubungan dengannya.

Amalina |sudah kutahu awal2.

APi |sebab lahir pun tak sama.

- koroe - |takper..gi hisap rokok dulu.nanti faham lah tuh.haha.

blog-tips-kurus |macam orang belanda tak suka terompah.

JIJI YU |sinonim.kecuali aku.haha.

Cikli |thats tru!

ghost said...

Liyana Zahim |tak lah..hihi

Pembunuh Tanpa Bayang |ya aku sihat2 saja,sahabat.aku pun kebetulan punya masa yang luang masa tuh.InshaAllah,akan sampai.

~tYa~ |mungkin yang ke sebelas akan faham...

Fara |hantu siling..haha!

~* chirpy_chummy *~ |memang tak faham lah tuh.haha.

say to easy=) |kau pilih sapa?

Asrul "iLham" Sany |khayalanmu saja tuh,Roy.haha.

Larasephia |Narra kim salam kembali..

epilesosis |tak..tak.aku di tengah2 sebenarnya.

tehr |pembalikan terbaik,Tehr.

ghost said...

EZAN IDMA |narra kata: hye Ezan.

dill |gunalah Besta..Dill. :)

Päk Läng |cemana kau tau,Pak Lang?

Cikgu Jaja™ |aku pun tak menulis dengan sinis,Jaja.

ORLANDO AHMAD |tipon HELP.haha.

Nazsabrina Iman Zulfikar |aku rasa kalau kau teruskan yg ke 4,mesti kau lagi keliru.haha.

Gimi |narra tuh lelaki.teman aku kata dia pompuan.sigaw tuh menakutkan yg buat kita menjerit tengah malam. :)

EmpayarUtama |so,memula tuh kau baca sekali jer lar. :)

CassiaSiamea |cinta ada penawarnya.. :)

CETUSAN SEIKHLAS RASA |teruskan membaca sahabat..

ghost said...

nurHeart |aku pun.. :)

LadyBird |narra adalah pokok.

apa saja yang leh digambarkan tentang narra,kita boleh gambarkan.

serius,itulah maksudku.sebalik tidak menarik,pasti ada sesuatu yg buat kita tertarik.

cinta juga membuka pandangan kita.

mega senja |aku pun bermimpi,cemana aku nak sedarkannya.

diana |beautufulnarra tuh melucukan orangnya kan...

Rain |next round ok..hihi

si kiut lavender |aku harap bukan malaikat yg melintas di fikiran kau.. :)

FaizalSulaiman |abang nara pun gambarkan dia cantik kan..

Gaphe said...

saya binguung bacanya.. koq jadi nama-nama pohon ada disini yah biskut?. hehehe duh maaf yah daripada saya OOT dan nggak nyambung mending komentar ini saya akhiri.

apa kabar kamu?

si kiut lavender said...

malaikat..?

jauh lagi tuh...

kenapalah entry2 en.ghost nih sukar nak ditafsirkan dan dicerna oleh otak...

seksa otak nih dibuatnya..hee,,=)..

LadyBird said...

narra itu pokok?
jap nak google.. :D..

LadyBird said...

ghost..

.. :)..

adkah kamu sedang membukukan sesuatu yg berat dlm hati?

Seolah2 sedang memendam rasa, dan meluahkan dalam bentuk yang berlainan di blog..

yang tahu hanya dirimu dan org2 yang engkau kongsikan..

begitukah?

Gambate Kudasai..

silent said...

cantik kombinasi bodoh dan gagah tu

hanjila said...

adakah kamu berdua sdg menentukan jantina sebatang pokok ? (:

BonekadalamChermin said...

kenapa agaknya narra itu menjadi igauan teman kau,ghost?

mega senja said...

Ghost, kau boleh memilih antara mau sedar atau terus lena di dalam dunia mimpi, buka mata hatimu, atau kau mahu berterusan menganyam mimpi? Kalau perlu, aku mahu masuk ke dalam mimpi itu, seperti Narra yg mengacau mimpi temanmu...hahaha!
Pilihan di tanganmu! Kerana aku tahu kau adalah dalang di sebalik kelir di pentas wayang peribadimu yang rahsia itu...

faiz said...

setiap kali aku baca entry ko ada je watak yg aku tak kenal..huhu

intan.maisarah said...

aku rindu kawan aku
seperti nara.

Si Psikopat Sadis Seksual said...

Aku nak pinjam Narra boleh? Eh bukan sepatutnya Angsana. Eh yang mana ni.

Salam kenal, ghost writer.

Kepala Mancis said...

tiba tiba aku rasa latarnya perti di new york

gadisBunga™ said...

satu soalan - udang yang diganggang itu cemana rupanya?

pembaris said...

janag tertipu dengan nama.aku ada kawan lelaki ynag langsung tak ada bulu ketiak bulu betis.bulu lain aku tak tau.tapi dah kawen anak dua.

Zehan Ilyana said...

narra...
puteri yang gagah?

pisau belati said...

sungguh pun begitu,dia sudah pasti punya keistimewaan dari sudut yang lainnya,kan?

Ghost writer

atau...

ophan bunjos

tahniah untuk hasil air tangan kamu.si gadis itu begitu teruja sekali sebaik saja buku itu tiba dengan selamat ke tangannya.

Cangkul Emas said...

tahniah untuk buku kamu.




lama gua tak bukak blogger.

eita said...

narra?
ermmm...beatiful nara aku tau lah..

Tea said...

aku anggap narra itu guru fizik aku...
yang cantik persis angsa.... bukan angsana..
tapi seketika cantiknya..
kerna garang menutupi segalanya..
benar2 mengganggu tidur aku andai masuk di mimpi.. syuhhhhh syuhhh

penjajah minda said...

narra.kurang akal tapi banyak tenaga.aku pening la bro.

budak kecik said...

ak dapat rasakan narra sangat spesel.

Anonymous said...

macy yakin dah komen semalam.

Ceiler Mun said...

Narra itu sigaw. sigaw tu apa?

Mindaberbisa said...

kadang-kadang kita fikir sesuatu benda itu seakan kejam, tapi kita menggemarinya selepas itu. Percaya.

KaK LimAh Si SupiR said...

ehehe..terjah dr dill :P

Mehmed - said...

wah! salam...cantik indah lawa segak..aku pun suka..Ahaks!

si ngokngek said...

narra aku bilang kau,dia bimasakti..haha

lavender harum wangi said...

kasihan. sama aku la. baru tahu narra itu apa. hmm

Bidadari Syurga said...

aku baca byk kali...

ps: sory ya aku dihimpit oleh 'fog' yg entah dari mana...

Seroja Jingga said...

yang hadir dlam mimpi selalunya samar2 dilihat..ah kalau dia suka kannye..pasti narra itu indah

Cikgu Ma said...

manusiakah narra???

noa said...

aku tak paham
tapi aku suka baca
ayat ko mcm puisi ar

aamalinaazman said...

masih memikirkan rupa si nara
tetapi kenapa rupa yg difikir
bukan peelnya
itulah telah manusia..
emmm...

Bitt (double IS) said...

perghh mimpi ngerikkk nehh

Unknown said...

kamu seperti pelangi bisk..
kejap ada kejap hilang..

tapi yang pasti kamu ada..
cuma kena tunggu saja bila munculnya..:P

Farobi said...

rara haii...

andri K wahab said...

bila begitu, sampaikan salam kenalku utk narra #HalahApaCoba

Nina Mads said...

ingatkan narra itu orang rupanya angsana..

Keri said...

haha.. narra itu makhluk akhir zaman...
yg berevolusi dr spesies terdahulu.

e. indah said...

tulisan sang penulis yang aku rindu ...
lama aku lupa , maaflah
tapi ada waktunya aku jeling seketika, dengan perasaan kagum walau kosong dalam mentafsir makna cerita...
si penulis berhantu ini masih lagi menulis ceritanya...

Siti Nurhayati Dollah said...

Kadang-kadang yang indah itu memang tak dapat dijelaskan.

model pakaian murah said...

tulisan yang baik untuk di simak,,nice post

Pondok Usang said...

kerana penjelasan itu kurang jelas.. selamat tahun baru rakanku..

blog-tips-kurus said...

kang Ophan,
udah 2012 ni.. kapan lagi??

Al said...

hai ghost

lame sudah kita tak bersua...

Pondok Usang said...

narra oh narra...

vampire's lovex said...

aneh nya anehnya...nama nya rare betol...

serius

Anonymous said...

narra?

kacak kah dia?

:)

hi bisk.

lama x lalu sini


>.<

-rin-

lonelyroseblack said...

salam singgah.. :)

grOundnUt said...

pernah juga ada kawan yang bernama narra...^^

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

Narra.
Say hello to Narra ya!

dear anies said...

segagah badang?

cimöt said...

na na na na ganu kite..

eh nar ra laaa...

Model Busana Muslim Murah said...

artikel tulisan yang baik,,nice post slam kenal