menganyam awan di kali



Aku mengendong fikiran lagi saat runsing.Dalamnya umpama parung,punya lok-lok dan berbentuk ular.Mujur saja tidak berselirat mirip simpulan wayar-wayar.Aku usaha untuk tidak parwah.Konon ianya nihil.Manalagi kalau lohongnya fikir mulai kelodak airnya.Sangat tidak jelas untuk dilihat hati.Hati memaksa bising,fikir menindan depresi.Semuanya bergabung mandam.Akhirnya resa,mual,loya dan menanti saat muntah.Tidak mungkin aku selemah itu.

Lelaki punya paran.Meski kadang-kadang dilihat liuk,namun mampu tegak pada saat dipinta.Lelaki adakala seperti mau menyerodok,adakala mau panggung kepala.Lelaki sama saja,punya akal,punya nafsu,punya bego,punya pintar,punya helah.Lelaki itu pencinta.Meski tidak agung,dia masih mampu mencintai sesuai fitrahnya.

Aku barangkali ada di dalam lingkungan itu.Yang jelas aku punya ketetapan hati.Sekalipun aku serpai,aku berhasil memanfaat.Tidak seluruh manusia,untuk diri aku paling kurang.Untuk kecintaan aku malah untuk orang yang aku sentiasa cintai.



80 comments:

Wadi AR said...

terima kasih cinta aku

~Sal Ismail~ said...

Iya,tidak mungkin kau selemah itu,Ghost..igt,kau hebat!~ ;)

ewanthology said...

simpan hanya untuk yang tercinta

Unknown said...

nampak nya kamu lelaki yang sempurna bisk..:)

ctpayong said...

tidak pasti yang lainnya tapi fitrah lelaki hampir menepati.

Abang Zam said...

kagum. sayang ghost lebih

cik ciput said...

entri kau kali ni betul-betul bikin aku pening dengan bahasa kau ghost..

Marhaenonymous said...

susah juga jadi lelaki kan Ghost?

s a r said...

sukar menilai dengan apa yang dilihat mata. hati juga turut gagal menembusi hati di sana melainkan Dia.

p/s- bicara kamu kali ini mungkin gagal ku tafsir. :D

Cikgu Ma said...

pinar mata dari cinta perawan

Siti Nurhayati Dollah said...

Walaupun tak pernah memahami lelaki, tapi aku tahu lelaki itu insan biasa. Punya sisi baik, dan sisi buruknya.

pembaris said...

lelaki ganas pun guna ringtone lagu selena gomez

hani said...

lelaki

tak mengapa sesekali tunjukkan
bahawa kalian juga manusia
punya saat up and down nya
=}

ORLANDO AHMAD said...

paran tu hape?

Lady Windsor said...

Kalau aku punya magis, mahu saja aku menabrak hatimu untuk mengetahui siapakah insan yang mendiami ruang yg maha tersembunyi itu...

BonekadalamChermin said...

lelaki punya paran,
setiap kisah cinta juga ruwet.





moga kau tegar.

Nadia said...

:)

Fatimah Ali said...

paran?

Nazsabrina Iman Zulfikar said...

bagus kalau kamu punya ketetapan hati.

hanaahmad said...

aduh. semakin mewah dengan tatabahasa kau ni.

*lelaki itu walau selemah manapun, dia tetap tampak gagah jika dia mampu tersenyum saat sakitnya terjatuh. kuat Phan. :)

ghost said...

Wadi AR |mekasih,Wadi.haha!

~SaL IjOu~ |ouch!mana adalah hebatnya aku nih,Sal. :)

delarocha |yang terbaik kalau mau untuk diri sendiri.

diana |uish,keterlaluan tuh,Kak Diana. :)

ctpayong |sebilangan kecil begitu.

Abang Zam |kau jangan sayang lebih-lebih sangat.haha.

cik ciput |ok,kau baca senyap-senyap jer. :)

Pena Marhaen |haha!perlu ketahanan mental aku rasa.

s a r |iskh!tuh dah kira betul tuh,Sar.

CikGu Ma |wah!itu yang sukar aku nilai.

ghost said...

Siti Nurhayati Dollah |begitu juga pada diri seorang perempuan.

pembaris |haha!kalau sedap didengar apa ada hal ye dak..

hani |insani dalam lelaki sangat mengujakan untuk dilihat. :)

ORLANDO AHMAD |arah tuju,bro.

Lady Windsor |jangan.jangan untuk masa sekarang.haha!nanti kau penasaran.

BonekadalamChermin |sentiasa tegar kalau untuk orang yang aku sayangi,Ayin.

senantiasa!

Nadia | :)

Fatimah Ali |ok.sila baca jawapan aku untuk Orlando.haha!

Nazsabrina Iman Zulfikar |memang pun sangat bagus.untuk semua sekali.

hanaahmad |itu yang aku selalu cuba setiap kali aku jatuh dan rebah,Hana.

tieykah said...

Ghost,sejujurnya bnyk sngt word aku xpaham.ngeh ngeh

boleh tak aku nk cakap ini sweet sebab ada ada cinta

a.samad jaafar said...

bro GW..
Kita ini lelaki.. harus dan mesti belajar sebagai lelaki..


t kasih atas pelawaan ke majlis pelancaran novel BIN..jarak dan faktor komitmen di sini tidak memungkinkan aku ke sana.. apa2 pun, esok aku akan bank-in amaun yang ditetapkan untuk memiliki novel idaman aku itu.. insyaallah..

faiz said...

byk yg aku taham...mana ko belajar bahasa tinggi ni ghost..

Faizal Sulaiman said...

aku kagum dengan bahasa bahasa kau.

aku tak mampu nak tulis macam ni, bro!

Päk Läng said...

power!

Tea said...

Lelaki itu punya nafsu.. Aku setuju...
Pencinta? Yer pencinta wanita dan ade juga pencinta lelaki...
Kala akalnya dikuasai nafsu itu... Pencinta akan jadi pemusnah...

Sukar betul meluahkan kenyataan lelaki dalam bahasa serumit itu... Air urat segala.. Minumlah teh... Tongkat ali takde~


Aku juga pencinta lelaki.. Dan pencinta wanita juga.. Aku cinta aku.. Maka aku pencinta sejati.. Yes!

blog-tips-kurus said...

wahai ophan bunjos,
gunalah 9 akalmu itu dengan penuh bijaksanasini...

Mutiara Bernilai said...

....

di sini, ada senyum dari aku untuk kamu..

ya, seakan mengerti bahawa seenak atau segagah mana pun lelaki, dia tetap seorang insan, yang punya lingkaran emosi, lelah dan jatuh nya sendiri.

dan ya, kehidupan ini sebenarnya sebuah perjuangan untuk yang tercinta.

Misya Mialen said...

kesempurnaan seorang lelaki ada masanya boleh dilihat dan adamasany terpuruk begitu.;D tapi nyata, usaha kamu ini makin berhasil. lelaki pencinta yang agung kalau dia benar-benar cinta. betul kan? oh ya, ayat kamu cantik seperti kata hana kaya tatabahasa. saya suka;D

Asrul "iLham" Sany said...

cinta pencinta

:D

Rain said...

dalamnya bahasa yang kau tulis bisk, lama aku selam. dan aku tenggelam he.

ghost said...

tieykah |setiap cinta tetap ada sweetnya,Tie.

a.samad jaafar |sudah tentu.

oh ya bro,itu bukan novel.itu dalah buku antologi kispen dari dua orang penulis. :)mekasih.

faiz |aku belajar kat bilik aku,Faiz. :)

FaizalSulaiman |tapi kau hebat dengan penulisan kau,Fai.

Päk Läng |wooosh!

Tea |kau sudah cukup mencintai diri kau sendiri.. :)

mai bagi aku tongkat ali barang secawan..haha!

blog-tips-kurus |kalau mampu guna 9 akal sudah jelas aku bakal jadi bijaksanasini.haha!

Mutiara Bernilai |siapa lagi kita mau tuntaskan kehidupan di dunia ini kalau bukan utk org yg kita sayangi.

misya mialen |lelaki sama macam manusia lain.manusia lain yang sukar temui kesempurnaan.rasa mungkin ada.

Asrul "iLham" Sany | :)..

ghost said...

Rain | cepat timbulkan diri kau..aku tak nak disalahkan oleh kau kat Hari Pengadilan.haha!

Rain said...

haha.

aku dah lemas ni.. cpr pun dak guna!

Benjy said...

ketika menganyam ketupat di tepi muara, sempat juga mengenjuk sang rajawali di ampaian. Sesekali siulan angin seakan lagu merdu puteri kayangan yang pernah ku jumpa di lautan merah, memanah halilintar yang semakin suram. marah sangat didalam hati tak kala menganyam ketupat yang tak jadi. mungkin hati ku berontakan, bego dan kacau. Namun aku tetap aku seorang insan yang punyai baju dan seluar enteng. Namun aku sesekali tiadak bersikap enteng ketika menganyam ketupat lalu ku warnainya biru. Aku teringat ketika diriku masih sepatu menganyam awan di kali sambil mengubat luka di hati.

Emira Darmia said...

to the gurl, u r lucky sis~

Benjy said...

aku memang seorang lelaki namun itu dulu semasa aku dikaki gunung. gunung semantan 1001 cerita tak lekang dek nastolgia. Kini aku juga seorang lelaki tetapi tidak segagah pohon meranti dan tidak sewangi bunga kemboja. Disaat aku dewasa cuaca berubah dan aku pun berubah mungkin disebabkan angin monsun ataupun ribut tropika tetapi yang nyata aku cantik dan ayu dan seorang lelaki berkasut tumit tinggi jenama Vincci kalau tidak pun Bonia. Aku tidak menyesal kerana begoku di mamah keladi yang menjadi bubur takkala dihidangkan kepada tetamu2 lelaki yang gagah perkasa. Si badang kah itu ?

Benjy said...

ketika bencan datang melanda, aku menganbil sepatu biru untuk ku belari dari dijilat sang tanah. ku lihat ramai manusia menangis di kapal yang pecah. namun apa boleh buat aku cuma ada sepatu biru cukup untuk aku seorang tak sanggup ku serahkan kepada mu walaupun aku mencintaimu kerana aku lebih mencintai sepatuku dari dirimu.

tehr said...

lelaki bisa saja jadi lelaki atau jadi perempuan

Pondok Usang said...

yang terjadi kan tetap terjadi..

Cikli said...

biasanya mainan bahasamu ala rajagobal, hari ini bahasamu lagak ong kim swee.
kamu memang shahnon ahmad ghost!

APi said...

tatabahasa baru!
bravo..

kita lelaki..
sang pencinta si wanita..
ia menggeletek perasaan hati..
mampu buat bisu nak berkata.. =]

ghost said...

Rain |aku ada cara,Rain.haha!

Benjy |dari ketupat kepada seorang tua di kaki gunung semantan terus kepada seorang lelaki yang pentingkan diri dengan kasut birunya,kau begitu pantas berubah dan 'lesap'.Benjy.huarggghhh!

Emira Darmia |bukan kah aku yg sepatutnya bertuah,Emira? :)

tehr |hurmmm...LGBT?

Pondok Usang |akan terjadi!

Cikli |masih jauh untuk dibandingkan dengan pejuang kuning itu,bro.

ghost said...

APi | hey,bro.ia tatabahasa lama melayu. :)

terus lah menjadi lelaki yang sentiasa mencintai wanita.

silent said...

ghost apebende kau cakap ni.aku tak faham

Liyana Zahim said...

Adui ghost tnggi nye bhse.. Xmampu daku capai mknanya.. Lok lok tu tak pnh dgr.. Apekah? Btw ghost.. Zmn kte berbeza kot sbb aku lahir taun 1995... Hahahha!

Anonymous said...

serius aku kene buat ulangkaji untuk memahaminya... tapi walaupun lelaki seorang pecinta yang tidak agung, barangkali ia lagi dalam daripada sigadis.

sahidzan said...

parai tu sama macam barai juga kah ophan?

parai...parai...

ILA HonEyBuNNy said...

cintailah aku seadanya...ehhe

ayat..fuhhh.hehehhe

a.samad jaafar said...

t kasih atas pandangan ikhlas bro GW tentang gaya penulisan gua.. gua cuba melarutkannya..

gua dh bank-in amaun tu..rasa tak sabar menatap buah tangan lu, bro.. buku 44 tu pulak karya siapa ?

ghost said...

Liyana Zahim |haha.lok-lok tuh adalah lenggok pada keris.

muda sangat kau,Liyana. :)

Khry Hnry |nah,kau mesti jadi macam tuh.baru kau akan puas hati.

PK |bukan parai lar,PK.Paran.Parai tuh dalam bahasa iban lau tak silap.

ILA HonEyBuNNy |wooosh!haha.

a.samad jaafar |sama-sama,bro

oh itu garapan Lucifer & Khrlsyhm.

Lady Windsor said...

GW, kau takut aku penasaran? Aku dah lama penasaran meneliti aksara dan diksi kau...

Sizzling Suzai said...

woww..bahasa y sgt tinggi..huhu smpai sy plak rse bhasa melayu aku dlm spm C ke?! (dlm kurungan A ok!!) hahaha..thanks 4 supporting mine as well yarr.. ^^

Cik Specky said...

menganyam awan, memintal buih ye.. takkan hilang macho jika dlm hati ada taman (^^,)

*byk tul word/phrase yg tak paham dlm entri ni, kene baca berulang kali -__-"

salam subuh yg indah.

Cikgu Jaja™ said...

phan
kamu jatuh cintakah?

ch000tz said...

hanya untuk yang dicipta buatku....


http://ch000tz.blogspot.com/2011/12/www-11-wild-captured.html

ghost said...

Lady Windsor |haha..mekasih,Lady Windsor.

Sizzling Suzai |sentiasa support sape pun.mekasih gak.

nurHeart |haha.sori lau payah nak faham.

salam tengahari,Puan.

Cikgu Jaja™ |are u sure? :)

c'axoera |nais!dia pasti datang. :)

hanjila said...

wah, sastera indonesia !

jatuh cinta ? (:

eita said...

aku lebih senang membaca...
dah banyak sangat orang komen...

LadyBird said...

lady rs setiap individu itu sama..
ada ketika sangat2 lemah..
tetapi terpaksa berjuang untuk menjadi kuat..
kerana mengikut kelemahan tanpa berbuat apa2 hanyalah kerugian dan kebodohan..
kita hidup bukan hanya untuk kita..
ayuh.. sama2 kita bangun.. berjuang melawan kelemahan.. walau tidak mampu sekuat badang.. sekurang2nya hidup tidak membebankan org..

(ape aku merepek pun aku tak tahu, tp stp kali aku masuk ke sini.. aku menjadi aku :P..)

faraherda.razalan said...

Wow! Pertama kali aku mencemar laman kau dengan jejak aku. Terpegun. Bukan kata-kata sastera tapi rata-rata peminat perempuan yang sangat menyayangi kau.

Kelas pertama!

Outbound Malang said...

kunjungan perdana dsni sobat. salam kenal dan salam persahabatan.. thanks :)

Ceiler Mun said...

terima kasih ghost sebab sudi cinta saya. haha. *gurau je.


mohon jawab maksud perkataan- perkataan ni. saya tak tahu. hehe.

~parwah
~nihil
~serpai


terima kasih ghost. :)

say to easy=) said...

tegar .

ghost said...

hanjila |cuma adukan melayu lama dengan moden.

:)

eita |takper,membaca budaya asia.really?

LadyBird |haha..repekan kau sangat tepat,LB.

Fara |mekasih sebab sampai ke sini juga dan cemarkan duli kamu.. :)

Outbound Malang |salam persahabatan,sob.

Bella Bell |nasib baik.. :)

1. peduli(ambil tahu)
2. kosong(tiada apa-apa)
3. kepingan kecil kayu(serpih)

say to easy=) |begitu lah.

vampire's lovex said...

ye lelaki mmg bego..ehh silap komen..hiihii maaf..


rendah kn ego,setel msalah..mslh laki satu tu je...mybe..

kbai..

zirconia said...

untung orang yang kau cintai ghost =)

Unknown said...

rasa yang berantarakan. macam kaukata, kekalkan rasa kukuh. huhuh.

Nina Mads said...

lelaki ada segalanya..

Miss PIJAOSIX said...

Salam BISK,

makin hebat la ko. Makin lame makin aku kene google setiap inci ape yang kau taip. hehehe...

p/s: Kau antara penulis LELAKI yang hebat pernah aku kenali..

Anonymous said...

campur bahasa indonesia sekali ke?
niceee
:)

ghost said...

vampire's lovex |lelaki tanpa ego,lopong.haha!

zirconia |aku pun rasa beruntung. :)

dayya |lebih berkeyakinan namanya.

Amanina |ada yang tiada segalanya.

Miss PIJAOSIX |wow!aku rasa itu keterlaluan,Pija.haha!

chemay |yang mana indonesianya? :)

Anonymous said...

kalau justify txt ni mesti lagi seronok baca. hihi

paran tu apa bisk?

oh sejak bila berubah wajah ni. maklum, sibuk dengan anak2..

penjajah minda said...

paran.lelaki.hehe

Mindaberbisa said...

Maksud lelaki kuat bukan dari fizikal lelaki, kuat dari serba serbi.

Pan. said...

lelaki itu pecinta .yeah

nasha sanza said...

fuhh! tak terkata...

aamalinaazman said...

itulah beda nya lelaki dan perempuan...
melengkapi kehidupan..