pisah


Dia masih lagi berdiri di sebelah tiang lampu dengan kaki kanannya disilangkan pada kaki kirinya.Sisi kanan tubuhnya agak miring yang ditahankan oleh tiang lampu.Dia berpeluk tubuh dan memandang sebuah rumah di seberang jalan.Mobil agak sedikit pada usia malam yang semakin lewat.Sekali sekala jalan itu dibisingkan oleh mobil pikap yang baru pulang dari berjualan di pasar malam.Dia sendirian.Kelkatu juga agak sedikit mencumbui cahya lampu yang agak malap.Entah,sudah berapa banyak dia sepahkan puntung-puntung siga di bawah cahya lampu itu,yang pasti dia sendiri tidak menghitungnya.

Dia menilik jam tangan yang sudah sekian lama tidak dihiraukannya.Dia bukan mau ambil tahu berapa lama dia perlukan untuk berdiri dan merenung rumah di seberang jalan.Barangkali dia sudah tidak kenal bosan.Letih berdiri juga tidak menjadi soal bagi dia.Rumah itu cukup dia kenal.Kenal sangatlah.Suatu masa dulu,dia pernah berada di situ.Dia pernah bermesra dengan penghuninya.Dia pernah mengisi masa-masa selepas waktu kerja di situ.Dia pernah mandi,makan,minum,memerut,tidur dan ketawa.Sekarang dia sendiri.Sendiri di luar rumah,di seberang jalan.

Dia tidak tahu kesal yang bagaimana dia rasa sekarang.Yang paling nyata,dia rindu.Cukup rindu.


87 comments:

jhnrdzi said...

teruskan menunggu sehingga penghuni rumah tersebut bermesra dengan orang lain pula.

Asrul "iLham" Sany said...

dia tu kau?

Bitt (double IS) said...

perghhhh penunggu nehhh...takuttt wooo

Cik Specky said...

rindu itu kadangkala indah, kadangkala menyakitkan.

cian 'dia'.. jgn tunggu lama2.

penjajah minda said...

sebanyak mana masa yang dia diperlu untuk menunggu? rumah mungkin tak berganjak.tapi isinya?

Wadi AR said...

penungguan satu penyeksaan

Unknown said...

rindu jugak pada rumah yang dulu..
tapi tak terlintas untuk kembali ke rumah yang dahulu..sebab di sini lebih indah..:)

beautiful_rose said...

menunggu sesuatu tanpa jawapan memang menyakitkan...

eh,blog dah berupah wajah ye? ke aku je tak perasan..lama kot tak blogwalk.

ch000tz said...

tak suka penantian!

Kyra Ismera said...

deskripsi yang ringkas dan msg dapat disampaikan.saya suka.

BonekadalamChermin said...

merindu juga satu pengalaman hidup.
syukurlah kau pernah mengalaminya.






sakit bukan? padan muka.

Rain said...

pasti ada sesuatu yang berlaku masa lalu..

ghost said...

Johan 'Champ' Radzi |lagi sakit,Joe!haha!

Asrul "iLham" Sany |kenapa kau selalu fikir itu aku?haha!

Bitt (double IS) |itupun kalau kau pernah ada kes macam nih..haha

nurHeart |masalahnya,bukan mudah. :)

penjajah minda |itu yang dia perlu fikirkan..

Wadi AR |blackrose!dari merah menjadi hitam.hihi.

diana |itu sangat jelas digambarkan dalam hidup akak. :)

beautiful_rose |baru jer berevolusi..haha.

c'axoera |kadang2 terpaksa jugak kan..

Kyra |kau suka,aku senang hati. :)

BonekadalamChermin |cis!takper..aku tau camna nak hilangkan padan muka aku nih.haha.

pembaris said...

tongkat dagu...

Amalina said...

aku bayangkan seorang banduan yang baru keluar penjara macam selalu dipotray dalam filem.

ctpayong said...

Bismillahirrahmanirrahim.

kenangan! namun jangan sampai memberhentikan langkah kerana waktu tidak pernah menunggu.

Ceiler Mun said...

habis tu, kenapa dia keluar dari rumah tu ghost?



blog ghost dah bertukar wajah. hehe.

Emira Darmia said...

you dont miss the water until its gone right, that is us...always take things for granted and unappreciated little things in life

ghost said...

Rain |sudah pasti,Rain. :)

pembaris |lagi lama lar tunggu..haha

Amalina |haha.khayalan kau memang pantas,Amalina.

ctpayong |dia teruskan dengan sisa mengingati kenangan.

Bella Bell |tengok tajuk pun dah tau,Bella.hihi.

Emira Darmia |sebab itu adakala kita perlu rasa semua tuh dulu.

tieykah said...

tulisan baru.

aku perasan

andri K wahab said...

lalu sudah lunaskah rindu yg sedang ditungguinya itu ?.

keren postingannya.

Abang Zam said...

semua komen serius serius
takut lah abang

Unknown said...

wah,dah tukar cat blog.aku suka.lagi simple,ringan aku nak buka kat phone.

kalau rindu,kenapa tak cuba masuk balik ke rumah tu ? paling kurang pun selitkan surat dibawah pintu.tanda ingatan.

~Sal Ismail~ said...

cukup rindu tp cuma mampu merenung dari jauh..itu cukup menyeksakan~

eita said...

rindu tu boleh jadi pembunuh dalam hati.....
errrmmmm...........
sakit bila terlalu rindu....

Ceiler Mun said...

errr. ok. salah saya. baca entry tak baca tajuk. haha. maaf2. :D

Liyana Zahim said...

Sedihnya baca.. Misin smtg is a bad ting shud b felt.. Aku phm rase tu cane..

Unknown said...

erhm..aku pernah merasainya

ewanthology said...

bagi salam... klu ada org jawab n bagi masuk.. masuk je la..

kalau kena halau, pergi je, tak yah tunggu lagi.. :-)

a.samad jaafar said...

aku tak akan menunggu.. terus ke pintu..tak boleh ke gitu?

GW.. gua mau buku yang akan gua beli ada tanda tangan lu..apa yg patut gua buat..?

monologtinism said...

menyesal pun tak boleh lebih-lebih melayan perasaan.
betulkan yang ada didepan mata.
ambil iktibar dari tinggalan masa dan rasa.

Kc Kasedah said...

Rindu ni sejenis makanan kan? nak makan makan makan. kbai

dill said...

oh. perit

dill.

Cikli said...

berikan dia peluang kedua. peluang kedua untuk berada di situ semula. dan akhirnya malaysia jadi aman.

blog-tips-kurus said...

ooooo... kau rindu ya? rindu suasananya, orangnya atau kucing??

"rindu itu adalah
anugerah dari Allah.."

Cikgu Ma said...

tunggu dan tunggu...dia disitu...

Gaphe said...

tahniah biskut.. duh maaf yah, abru mampir lagi disini.

maaf saya kemarin di KL cuman sebentar saja, nggak nginep cuman transit sih.. soalnya lanjut jalan-jalan :)

s a r said...

bicara berbunyi sesalan ni encik. diharap bukanlah encik. lembaran baru mungkin yang terbaik dari setia menunggu si penghuni yang mungkin tidak lagi menunggu si penunggu.

salam encik. :)

~* chirpy_chummy *~ said...

aku xbley tunggu camtu, lagi2 nampak kelibat mesra. baik blah.

Nazsabrina Iman Zulfikar said...

kalau rindu..jgn di tunggu....

hani said...

'dia' itu boleh jadi juga aku

sekarang ini

cukup rindu.

APi said...

penantian bukan lagi suatu penyeksaan baginya..
kerna itu dia masih setia menanti..
alangkah baiknya jika dia tidak terpisah dengan rumah itu..
bukankah begitu?

Siti Nurhayati Dollah said...

Aku tak suka rasa rindu. Tapi aku suka dirindui :)

ghost said...

tieykah |aku sukakan font nih,Tie.hihi

Andri Edisi Terbatas |aku fikir dia perlukan masa untuk lunaskan rindunya.

Abang Zam |kau komen biasa-biasa pun takper. :)

april |kau pernah dengar orang yang gila talak tak,April?macam nih rasanya.haha.

~SaL IjOu~ |tengok bumbung rumah pun jadi lar kan..haha.

eita |segera cari ubatnya,Eita.

Bella Bell |its ok lar,Bella.jangan lah rasa bersalah lak.hihi

Liyana Zahim |aku suka kalau ramai yang faham rasanya. :)

JIJI YU |pasti sampai sekarang terasa ya kan,Ji. :)

delarocha |tapi biasanya akan berakhir dengan pertikaman lidah dan rayu merayu..sedih!haha!

ghost said...

a.samad jaafar |pergi lah Frinjan pada 2hb nih.berkemungkinan aku ada di sana.kalau tidak buat saja pre-order.aku akan try sign nanti sebelum penghantaran.boleh gitu,bro? :)

monologtinism |penyesalan adalah satu penyakit yang bahaya pada hidup.

Kc Kasedah |dan biasanya ia tidak mengenyangkan.tapi tetap orang suka. :)

dill |legakannya,Dill.

Cikli |haha.aku memahami kata-kata tuh,Cikli.

blog-tips-kurus |pasti pada orangnya.tapi ianya bukan aku ok..haha.

CikGu Ma |sampai jemu barangkali..

Gaphe |ya,masa pulangnya kalau aku masih ada di KL,jangan lupa sih,call aku.

s a r |tekaan kau tepat,ianya bukan aku.haha.

~* chirpy_chummy *~ |kau keras hati boleh buat macam tuh.haha.

ghost said...

Nazsabrina Iman Zulfikar |diluahkan terus gitu kan..

hani |tenang-tenangkan rindumu,Hani. :)

APi |dia sudah temui apa makna penyesalan.sedikit amarah dan tindakan salah menjebak dirinya dalam satu pusaran kerinduan yang sukar untuk keluar.

Siti Nurhayati Dollah |siapa-siapa pun kan,Yat.hahaha!

~* chirpy_chummy *~ said...

kau tau? sebenarnye bkn sbb aku keras hati sgt pun, tp sbb hati aku x cukup sedia utk di sakiti.lagi.heh!

IEJA said...

wah! blh bt novel la...hehe

Anonymous said...

menunggu hanya satu penyiksaan... rindu hanya satu khayalan..

faiz said...

tunggu dan terus menunggu..kdg2 kita kena lupakan perkara lama..

hanaahmad said...

kuat Phan, ada yang lebih bahagia sedang menanti untuk kau. alihkan tempat dirimu itu. masa jangan dibuang umpama sisa rokok.

Hansyirah Takezur said...

usah ditunggu bak tunggul kayu..

kadang2 memang susah untuk melupakan kenangan & melupuskan rasa rindu tu tapi lebih baik daripada rsa begitu.

ghost said...

~* chirpy_chummy *~ |kekalkan dengan cara macam tuh,CC.

Ieja |cukup dengan kispen dulu. :)

Syakir Rahman |khayalan bukan penyiksaan.

faiz |kalau diingat juga,sedia untuk menahannya.

hanaahmad |macam Balotelli tulis kat baju inner masa jaring gol 'why always me?". haha.

Hansyirah Takezur |masalah lebih berat dari sekadar rindu nih sebenarnya.

Lady Windsor said...

Tunggulah seberapa lama kau mahu, tapi jangan letakkan sebarang harapan...kerana harapan yang tiada ketahuan itu amat sakit kalau penghujungnya adalah nil!

Marhaenonymous said...

menunggu dalam rindu cukup menyakitkan.

bukankah begitu Ophan?

♥ Nana BamBam ♥ said...

menunnggu memang menyiksakan...huhu..

Miss PIJAOSIX said...

Salam...

Cantek page baru nih..!!!! berpisah dan kemudian merindui..pedih tapi lambat laun pasti menenangkan bila redha pada takdir yang sudah ditulis..insyaAllah

ghost said...

Lady Windsor |mana boleh dipisahkan harapan dari manusia.

Pena Marhaen |sangat,sangat menyakitkan,PM!

~Nana BamBam~ |tak mau tersiksa,jangan tunggu.

Miss PIJAOSIX |pada akhirnya harus redha.

hye,Pija.

Misya Mialen said...

aku, kalau rindu, aku beritahu sama si dia. aku tidak dapat bertahan untuk terus menunggu. sekurang-kurangnya selepas aku beritahu, tiada lagi yang tersimpan di hati.;D

cikpia said...

perlu ke menunggu sesuatu yang sudah jelas dan nyata bukan milik kita?

rindu itu sementara cuma.

Pan. said...

rindu.ya dia rindu

sud@is said...

cukup2lah dengan rindu kenangan ghost....tertunaikah...

geeds said...

i am always in awe with every bits of words from you.

Nadia said...

:)

tehr said...

aku fikir elok diketuk je pintu rumah
padamkan cerita lama dan tuliskan cerita baru

anak sungai lagi berubah
inikan pula hati orang

Unknown said...

wah pisah ama siapa nih

NIJ said...

rindukan penghuni
sayangnya tak bisa di capai
tengok rumah pun jadi lah.
:)

LadyBird said...

kenapa x masuk je dalam tu?

ke rumah x gf..

huhuhu.. kalau begitu keadaannnye.. amat2 sedih.. elok pergi sahaja dr situ..

smkn ditunggu hati semakin tersiat..

.drakula. said...

kenapa ianya begitu kena sekali....

Anonymous said...

seksanya... redah saja lahh lepaskan rindu.. jgn tunggu lg

Franz. said...

bosan menunggu. apa kata cuba pula kau cari orang lain sebagai ganti rugi?

Fatimah Ali said...

menunggu macam aku. haha

Keri said...

menunggu entri yang seterusnya :)

Gimi said...

rumah jiran ko ke ghost?

↻ fa_ said...

eh background dah lain.


haha

aliza zeke said...

x best menunggu..

Nina Mads said...

cinta perlukan masa kita juga perlukan masa..betul kah apa yg aku katakan ini.

Anonymous said...

This is exactly how i feel. Kehilangan komrad yang menjadi teman bertempur bertempik berkawad, kehilangan keluarga kedua.


Dan kehilangan mereka-mereka yang pernah berjalan bersama.

Yang aku mampu adalah melihat dari jauh, dalam jubah halimunan.

norlia ghani said...

baliklah kalau rindu :)

cik ciput said...

kira masih beruntung sebab kau masih dapat lihat semua tu, walaupun kau bukan lagi sebahagian daripadanya..

Emira Darmia said...

benar, org kata bila buat salah barulah kita boleh belajar, tp belajar dari kesilapan dan pengalaman buruk org kadangkala bagus juga...

Kepala Mancis said...

kadang. merindui sesuatu yang janggal. hakikat.

Isti said...

silahkan masuk ke rumah..akan saya siapkan teh hangat... :)

vampire's lovex said...

miss u too.. hehh...


haha...

Aleen Aiden said...

sekarang aku sendiri.dan aku juga punya rasa kesal yang amat dalam.

Mindaberbisa said...

Berlegar-legar di otaknya bagaimana cara untuk menjadi seperti dulu.

aamalinaazman said...

kenapa hanya menunggu di seberang
kenapa tidak di langkah kan kaki ke dalam rumah itu

barangkali masa tidak serupa
berbeza dahulu dengan sekarang..