arkib kehidupan



Dalam masa berapa tahun aku sudahkan jelajahan aku di sekitar peninsula.Tanah atas kayangan adalah yang terakhir aku sampai dan hirup udaranya.Sampaikan aku berfikir kalau tanah kelahiran aku sendiri belum sepenuhnya aku jelajahi.Setiap tanah punya kisah,seperti kisah cinta yang kubawa ke mana-mana.Terasa begitu singkat perjalanan.Hanya kenangan yang memanjangkan perjalanan.Kisah yang menjadi pengalaman.


Pengalaman yang tersimpan sebagai arkib kehidupan.
Kehidupan merupakan penghargaan pada pengalaman.
Dan kita mati-mati percaya bahwa pengalaman itulah kematangan.
Sedang kematangan bukanlah kepuasan pada kehidupan.



85 comments:

~* chirpy_chummy *~ said...

pengalaman, dan kematangan.

sesuatu yg sukar utk di ukur.

tetapi ianya amat berharga dalam kehidupan.

unik.

cik ciput said...

tanah ats kayangan = perlis indera kayangan?

aku rasa pengalaman hidup aku belum cukup utk buat aku matang..

jhnrdzi said...

wah, pengembara. haha yeah, setiap pengembaraan membawa kita kepada makna dan perspektif yang lebih berbeza.

Abang Zam said...

aah. indahnya

hanaahmad said...

aku cukup percaya bahwa, pengalaman itu adalah proses pembelajaran ke arah sisi hidup matang yang baik. jauh berjalan, luas pengalaman.

Bidadari Syurga said...

tanpa kamu sedari... jelajahan itu sebenarnya melebarkan jiwa yang dulunya rasa kosong... inputnya ada... tetapi masih juga punya ruang...

p/s: :)

Asrul "iLham" Sany said...

gunakan pengalaman itu untuk membantu diri bukan untuk naik ke atas 'langit' dan langsung 'meludah' ke bawah

;D

beautiful_rose said...

pengalaman seberapa banyak kehidupan yang di tempuh,dalam jalan menuju kematangan.

adakalanya banyak pengalaman yang dAh di kutip sepanjang perjalanan.tapi masa2 tertentu juga kita menutup pemikiran kita untuk menjadi matang.

dan itu mungkin terjadi bila satu masa kita terpaksa berhadapan dengan sesuatu yang bukan keinginan.

menafikan.

Faidhyna Darwina said...

cukup suka "sedang kematangan bukanlah kepuasan pada kehidupan"

Unknown said...

kepuasan pd kehidupan apabila pengalaman mematangkan kita



anda telah ditag oleh TH
http://melangkahkesana.blogspot.com/2011/11/aku-ditag-dan-terpaksa-mengetag.html

Ceiler Mun said...

ye betul.. pengalaman yang mematangkan saya.. tapi yang memuaskan kehidupan diri saya ialah bila saya jadikan setiap pengalaman tu sebagai satu pengajaran.. sebab bukan setiap pengalaman tu saya jadikan iktibar dalam hidup.. :)

ghost said...

~* chirpy_chummy *~ |pengalaman lebih mudah dari kematangan.

cik ciput |yup.itulah perlis indera kayangan.

Johan 'Champ' Radzi |juga pada kisah yang berbeda.

Abang Zam |nikmati deh..

hanaahmad |mana saja kepercayaan itu,asal ia memberi kesan pada hidup kita.

Asrul "iLham" Sany |ramaikah yang berbuat begitu?ya sangat ramai.

beautiful_rose |jelas kematangan itu masih bukan suatu yang boleh dijangka.

dina darwina |tengs,Dina.

ghost said...

Titisan Hujan |kalau mampu puas dgn itu,kau sudah berjaya sebenarnya.

Bella Bell |baguslah,Bella.ada juga yang mampu kita pelajari dari setiap apa yg kita alami.

♦♦orked♦♦ said...

pengalaman... kadang2 pengalaman mampu mematikan hidup.. =(

Dailynomous said...

rasa syukur tersemat setelah saya membaca artikel ini.
pahit manisnya hidup adalah pengalaman yang tak jua membuat ku matang..

bukti kelemahan sebagai seorang brengsek yang ingin menjadi lebih baik.

dear anies said...

pengalaman mencorakkan hala tuju hidup...moga ianya berakhir dengan keimanan...

fz said...

em,pengalaman bukan kematangan.betul tu

iKhRam said...

jauh perjalanan luas pemandangan.

tak habis lagi aku berjalan ke seluruh pelusuk tanah yang ada.. kerana kaki ku diikat, atas dasar ingatan pada kampung halaman sendiri..

entah bila la mahu jadi dewasa..? kan?

bujal X said...

tapi pengalam cikgu saya abang~

Kepala Mancis said...

chapter by chapter. kematangan juga tak datang ikut usia.

Tea said...

Jangan sampai ada cinta di setiap tanah.. Gunakan pelindungan sebaiknya.. Mencegah adalah lebih baik drp merawat..

Cik Specky said...

akhirnya saya belajar sesuatu dari apa yg dikatakan 'pengalaman'..

Amalina said...

kehidupan adalah kehidupan adalah kehidupan.hahah!
ok, tak matang lansung komen aku.
somehow aku rasa puas bila mengarut.

kau tak pernah penat mendalami ke? atau ia kebolehan semulajadi tanpa perlu memerah otak?

Cik Specky said...

btw ghost, knape lah agaknya komen kamu pd entri2 saye hilang ye? saye cuma dpt baca yg kat emel je.. wondering..

Cikgu Jaja™ said...

hidupnya manusia sekitar kenangan.. yg lalu menjadi kenangan..yg sedang lalui skg mencipta kenangan..yg akn dtg mencari kenangan phan..

white rose said...

GHOST...
adakah aku sudah hilang dari kenangan mu???





SELAMAT BUAT MU GHOST

Unknown said...

heheh..baca entry ni akak pun terpikir jugak...
kalau orang tanya nama jalan ke apa kat perak nun langsung akak tak tahu..nama je orang perak tapi lebih paham tentang pulau pinang..

bawa kisah cinta kemana2 tak pe bisk..jangan pi kemana2 kamu ada cinta,sudah la...
heheheheh

BonekadalamChermin said...

kematangan bukan terletak kpd percambahan usia,

ia terletak pada sebanyak mana petaka yg telah menimpa kita dan sejauh mana kita berjaya menempuh setiap satunya.


:)

pembaris said...

jauh perjalanan luas pengalaman?

bagi aku..jauh perjalanan...abih duit

penjajah minda said...

semalam sejarah.esok masa depan.hari ini nikmat.kan?

lavender harum wangi said...

tsk tsk, untunglaa . aku pun tak sampai kat sana lagi .

Unknown said...

aah...kematangan bukan kepuasan...



~~aku suke menjelajah tapi bukan semata untuk melihat indahnya alam...untuk lihat lebih bny ragam manusia..& berfikir & mentafsir & merenung diri dalam-dalam...di mana & siapa aku yg sebenar....

APi said...

pengalaman sekadar panduan..
bukan ukuran kematangan..
kronologi sebuah kehidupan..
sisipan sebuah peradaban..

Unknown said...

cuba mencari arkib silam intuk dijadikan panduan..

Bidadari Syurga said...

rasanya dah komen awal... hurmm....

ghost said...

♦♦orked♦♦ |sakit kan... :)

SaladineCode |kita semua brengsek,sobat.

KhaiRin |inshaAllah.. :)

fz |kau akui,aku suka.

iKhRam |try sekali.dan kau akan rasa lebih bebas.

bujal X |haha.sudah tentu,Jal.

Kepala Manchis |salah kalau ada yg mengatakan ianya ikut usia.

Tea |haha.u mean,seks?

nurHeart |kita mmg sama2 belajar kan..

Amalina |kau pun sama.kita melihat kebanyakkan suatu dari sisi yang lain.

ghost said...

nurHeart |mungkin aku punya masuk dalam spam.sila check kat sana.

Cikgu Jaja™ |bagaimana kalau kenangan sendiri yg mencari kita?

white rose |belum hilang.tapi ditinggalkan dlm kenangan.haha.

BonekadalamChermin |seperti kata:sesuatu itu tidak dilihat pada bagaimana ia dilakukan tapi dilihat pada hasilnya.

:)

pembaris |taknak abih duit,kau jalan kaki jer lar.haha!

penjajah minda |ya kalau yg semalam suatu yg membahagiakan..

lavender harum wangi |satu masa nanti,Lav.

Cik Jari |maknanya kau simpan alam dan manusia sekali di dalamnya..

APi |ternyata itu sangat bagus..

JIJI YU |masih ada tuh,Ji.

Bidadari Syurga |barangkali hilang...haha.

s a r said...

kenangan :)

tehr said...

betul juga tu, ghost
ramai yang tak punya banyak pengalaman
tapi hidup mereka penuh dengan kepuasan dan ketenangan

ewanthology said...

bagi saya, kekecewaan itu tanda aras kematangan.

itupun jika sudi belajar daripadanya.

monologtinism said...

kenangan manis, pahit yang menambah perisa kehidupan.
betul. terasa panjang perjalanan padahal separuh pun belum sampai
tapi sudah terkapai-kapaian.

leka. hanyut. lemass

Wadi AR said...

sikit lagi akan menjadi matang

pemuzik jalanan said...

Dan aku masih belum punya cukup pengalaman untuk mendalami setiap maksud penulisan kau secara dalam.

Kau ohsem sangat sapa suruh haa

faiz said...

tapi pengalaman mampu mematangkan kita..

Unknown said...

untunglah ghost..jauh perjalanan,luas pengalaman.aku sering terfikir untuk habiskan hidup aku sebagai seorang pengembara,pejalan,pemerhati..itu sebahagian dari kematangan.
dan ya,memang benar kematangan jarang memuaskan kita,kerana kita manusia - yang bersikap lupa dan tamak.

blog-tips-kurus said...

puasnya selepas berjaya 'menang membeli & menang memakai..' yahuuuu!! (>.<)

*sori off-topic!

@amabanzai said...

hai ghost writer.
dah lama aku tak singgah sini. heh

ayat kau bahasa masih sama macam dulu. lul

bookseller said...

singgah..membaca..menilai dengan akal yang tak berapa bijak...

dan kamu, buat saya menung panjang hari ini, mencari kematangan diri lewat kenangan...

~Kenanga Suchi~ said...

kenangan itu indah.
jika kena caranya kita hadapi~

Cikli said...

setiap tanah punya kisah. tanah kelahiranmu lahad datu banyak mengkisahkan hidup aku.

ORLANDO AHMAD said...

kematangan ni takde standard pengukuran

kay masingan said...

entahlah, kenapa terlalu ramai orang melabelkan pengalaman itu adalah suatu kematangan. Ada orang yang bnyk pengalaman tapi nampak sangat masih x matang.

apapun kematangan / matang adalah suatu yang subjektif..

hani said...

pengalaman ada dalam setiap detik hidup. kematangan dan kedewasaannya itulah yang sangat sujektif

white rose said...

oucchh...durjananya ayat kau...
biarlah aku jadi pemadam yg terus padamkan kenangan itu...




(^_*)

white rose said...

oucchh...durjananya ayat kau...
biarlah aku jadi pemadam yg terus padamkan kenangan itu...




(^_*)

Cangkul Emas said...

pengalaman mengajar kita erti kehidupan.


yeah!

ghost said...

Bidadari Syurga |sengaja dibiarkan ada ruang.. :)

diana |orang perak rupanya akak nih.. :)

s a r | :)

tehr |setiap kenangan yg mereka perolehi disimpan dengan baik.

delarocha |ramai yg kecundang.

monologtinism |harap kau lebih tabah.

Wadi AR |i hope so..

pemuzik jalanan |kau lah ohsem..haha.

faiz |sebahagian darinya.

april |tapi kau lagi jauh...

ghost said...

blog-tips-kurus |ingatkan 'gores dan menang'.haha.

ama |orang nya masih yang sama.haha.

book seller |harap begitu lah,sob.

~Kenanga Suchi~ |dalam part indah ia cukup indah.

Cikli |ya sudah terlalu lama aku tinggalkan..

ORLANDO AHMAD |siyes,mmg takde.

kay masingan |kita patut lebih banyak belajar kan..

hani |indeed,Hani..

white rose |jangan lah kecik hati.aku bergurau jer.. :)

Cangkul Emas |memang pun kita diajar dgn cara tuh.

Prince Halilintar said...

jauh perjalanan byk la pengalaman..byk la kisah dan ceritanya...dan pasti ade suka dan duka jgk...

cik pha said...

pengalaman mengajar aku pelbagai cara untuk menjadi manusia y lebih berguna

Anonymous said...

tanah yang tumpah darah ku

LadyBird said...

setiap hari kita coretkan dengan pengalaman baru.. pengalaman yang mampu memberi pengajaran pada kita..

setiap org mempunyai pengalaman masing2.. dan pengalamn itu menjadikan kita lebih bersedia untuk menempuhi pengalaman2 seterusnya..

pengalaman lama menjadi sejarah.. semoga sejarah itu mampu membantu kita mendapat pengalaman yang jauh lebih baik drp pengalaman yg telah kita ukirkan..

Bidadari Syurga said...

yalah... takpalah dah nak hilang.. kita terima aja...

bayang hitam said...

3 minit lepas menangis melihat pengalaman orang juga pengalaman diri sendiri..

HEROICzero said...

kesilapan mungkin ?

kesilapan mengajar erti kehidupan .


=)

Unknown said...

ya ghost. saya juga belajar dr pengalamn

NAJ HEBAT said...

Kadang2 ya, pengalaman itu mematangkan kita.
Pengalaman yang pahit-pahit yang sampai satu tahap kepahitan tak terasa lagi.
kebal.
menangis?
sudah tiada air mata.
matang juga namanya.


matang.

fz said...

ghost, selamat hari raya eid adha





ps: cepat2 relis bin,xsabar nk baca

Lieyanna Esmeralda said...

:)

Qaseh Dalia said...

huhu tapi melalui pengalaman kita mematangkan fikiran , dengan kematangan fikiran .. kita sudah patut tahu apa yang baik dan buruk .. selepas tu baru kita tahu apa yang penting untuk sebuah kehidupan hehe ..
selamat hari raya bro .. sorry lama tak singga , wish u always happy ..

Hansyirah Takezur said...

iye, setiap orang perspektifnya berbeza. aku percaya pengalaman adalah satu proses kematangan. :D

salam eid ghost. lama benoor rasanya tak singgah sini. sori...

Isti said...

mari menjelajahi tanah kelahiran.. :)

Unknown said...

aku terkeliru dalam krisis kematangan..kadang-kadang macam menolak menjadi matang. tapi umoq bukan makin berkurang... last2 jadi orang yang ikut flow saja..matang sebenaq matang tak juga dijumpa..

*nanti nak pi royal belum lagi, bolehla roger2

si para para said...

bisk.. hidup ini tiada hujung..walhal saat mati tiba pun, nokhtah masih belum muncul.


err bisk..apa maksud ni..tak faham.
:)

"no follower ko leh buat panggilan ER"

BERMASALAH said...

kita berbeza persektif.

ah, tak mengapa. ini lah yang dipanggil rahmat :)

ghost said...

Prince Halilintar |semuanya berkumpul. :)

cik pha |baguslah,cik Pha. :)

.::syifa::. |jangan lupa berbakti pada tanah.

LadyBird |pengalaman adalah sejarah.sejarah adalah sebahagian dr kehidupan.

Bidadari Syurga |jgn risau,dah diupkan dr ruang spam.

ah cai |itu juga pengalaman,bukan.

HEROICzero |salah satunya..

EZAN IDMA |thats good,Ezan

NAJ HEBAT |kau rasa macam tuh?aku fikir kau selama nih hepi,Naj. :)

fz |salam aidil adha.

tengs support.

ghost said...

Lieyanna Esmeralda | :)

Qaseh dalia adelia |anak-anak yg sudah baligh pun sudah tau bezakan yg buruk dan baik,bukan.so?

salam eidul adha,Qaseh.

Hansyirah Takezur |cuma satu proses.salam eidul adha,Hansyirah.

Afiq Ah |:)

Isti | akan tiba waktunya.. :)

si para para |tiada yg akan nafikannya..

ER ialah emergency code.atau 999(itu nombor follower kau yg aku nampak)

PENCONTENG |takper kalau berbeza sekalipun.itu bagus.

Anonymous said...

pengalaman itu membuatkan kita lebih yakin untuk meneruskan kehidupan

LadyBird said...

apakah kepuasan dalam sesebuah penghidupan?

SYARIFF HAIKAL said...

ya aku sgt yakin yg pengalaman itu bisa mematangkan kehidupan..aku cukup yakin HANYA JIKA manusia itu BUKKANLAH seorang yg pelupa dan seorang yg mudah puas...

NIJ said...

aku masih belajar tentang kehidupan
pengalaman aku jadikan ingatan
agar tak lupa mana benar mana khilaf

yang bodoh harap tak terulangi

Cik Anita said...

peninsulaa???

aamalinaazman said...

pengalaman yg lalu menjadi secebis kematangan..bukan secara keseluruhan menjadikan diri ini manusia, tetapi menjadikan akal itu manusia sejati..

Anonymous said...

entri ini, yang paling terbaik aku pernah aku baca dari kamu

Tahniah untuk indie kamu

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.