tuhan benarkan kamu memakiku



-Kalau ditanya pada aku: "Bangsa apakah paling bangsat?".
-Aku akan menjawab begini: "Manusia."
-Lalu didatangi padaku pertanyaan: "Manusia manakah paling bangsat?"
-Untuk pertama kali aku menjawab: "Aku!"


Andai aku sedar bahwa manusia dan aku ibarat fiksi yang terpisah,aku berani-berani tidak menafikannya.Jelas,aku mengakui bahwa manusia yang berjalan pada lorongnya sendiri itu adalah 'aku'.Suatu masa yang terlewatkan oleh ihsan,aku sampaikan pernah dilabel 'freethinker'.Betapa jauh beda dengan diriku sekarang.Bukan lagi Ivan yang tertawa saat dimaki.


Saat pergelangan tangan Joshua tidak lagi bernadi,dengan wajah pucat dan busa di hujung alur bibir,Ivan tertawa dan meludah tubuh kakunya meski tidak mampu menahan diri dari memeluk erat tubuh temannya sambil menangis.Kata-katanya ketar:


"Tuhan akan mengasihanimu,Josh.Jaga kelakuanmu di neraka."


Sedang tubuh kaku Josh seolah berbisik : "Jangan kau berani-berani menjadi malaikat kalau tidurmu pulas."


Dan sejak itu,manusia sentiasa memandangku persis manusia paling bangsat!







101 comments:

dear anies said...

"jaga kelakuanmu di neraka?"
akan ada yg berperangai baik di neraka kelak?

Athirah Zaradi said...

speechless :| .

ewanthology said...

"jumpa nanti di neraka" kata josh kpd ivan

cik ciput said...

kenapa josh tegar mengaku bahwa dia manusia bangsat?

koskakiungu said...

who is josh?

Hello Hello said...

buat kira kat neraka

Unknown said...

jgn berani berani ko berkhayal ingin mengejutkan umat..andai tidurmu kaku tiada bernyawa

Wadi AR said...

neraka bukan sebarang tempat

ghost said...

KhaiRin |haha..akak cukup straight.

Leinad Athirah |nasib baik.. :)

delarocha |bergabung lagi di sana.haha.

cik ciput |bukan josh,tapi ivan.josh dah mati.

KoskakiUngu |josh kawan kepada ivan.ivan itu 'aku'.

bloghok |buat lar apa pun.

JIJI YU |membisik pun tidak mampu.

Wadi AR |kau tau bukan..?

Anonymous said...

aku suka susunan ayat kau.. nice2..

♦♦orked♦♦ said...

Ivan tertawa dan meludah tubuh kakunya meski tidak mampu menahan diri dari memeluk erat tubuh temannya sambil menangis<-xdapat bayangkan ianya berlaku pada waku yang sama.. adakah mungkin?

Anisa Hang Tuah said...

maki maki dah jadi makanan.
kenyang.

memang disah akan campak ke sana.

em

hani said...

semacam ada friction yg tak terluah antara ivan dan josh. kah??

Cik Specky said...

kesian..

ghost said...

Fatin Nadia |ouh ya... nice. :)

♦♦orked♦♦ |haha.nampaknya kamu gagal membayangkannya.untuk menangis dan tertawa dalam masa yang sama terlalu mudah bagi siapa yang emosinya pecah.mengeluarkan airmata itu saja sudah dikira menangis.

Anisa Hang Tuah |jangan tulis dulu namamu di pintu neraka.

hani |sudah tentu..ia pertalian yg sangat hebat.

nurHeart |marah.

Cik Itah said...

NICE WORD!

Bidadari Syurga said...

awak... 'ivan' akan hilang jika joshua mahu ikrar 'aku' itu dia... dan dengan izin Dia 'Ivan' akan menjauhi joshua dan sekaligus 'aku' akan berdiri kembali di lorongnya sendiri dengan tegap dan gagah... kita dengan ehsan 'aku' ada sejak fitrah lagi...

oops... joshua biarkan 'aku' menyesali jauhnya dia membiarkan kamu berjalan seiring dengan 'Ivan'... kerana akhirnya dia sedar... tiada 'minuman dan makanan' yang 'Ivan' mampu bekalkan kecuali 'aku'...

Joshua maafkan 'aku' bukan...? ya... aku harap2...

p/s: rasanya... aku suka 'aku' yang kamu katakan... it's like im 'falling in love' with the new 'aku'... finally baru aku tahu siapa 'Ivan' tu... haish....

jhnrdzi said...

freethinker? whoa, percayakah mereka kepada neraka?

Cikgu Jaja™ said...

freethinker itu susah aku nk explain..hmm..anyhow..biarlah hidup ada pegangan..ada panduan...

MasZuber said...

wahh

apakah?

pelesit budiman said...

Dan sejak itu,manusia sentiasa memandangku persis manusia paling bangsat!....
Walau ku sedar, namun aku bkn si bangsat yg pengkhianat....inikan Josh, ku tatang sampai liang lahad....

errr boley ke...hahaha

koskakiungu said...

ooohh, so ivan is ur real name ghost? ^^

*sory jadi OOT :)

a.samad jaafar said...

memang ramai manusia yg cuba menjadi tuhan..mengambil alih tugas malaikat..bolehkah kita katakan, 'biarkan!'?..

Jaw komen diblog aku: bro GW..aku tak terfikir tentang gigi metal..hahaha..idea hebat!

Benjy said...

ayat 'aku adalah manusia bangsat' tu macam merendah diri je ... itu bukan menghina diri namanya ... ketahuilah ada udang disebalik maksut ayat si ghost tu ... mungkin juga ayat tu sebenarnya 'aku adalah manusia langsat' ... hahahaha b3njy tak boleh bayangkan macam mana rupa manusia langsat .... mungkin Ghost boleh jelaskan....

BonekadalamChermin said...

hey
cepat kembali sebelum telat


(ada syurga yg menanti, indah!)


:)

si para para said...

biarkan aku menjadi aku dengan sempurna...agar aku jauh dari pintu neraka...

Dailynomous said...

terlalu banyak manusia yang enggan mengakui kebangsatannya ...

aku , aku juga bangsat yang ingin menjadi lebih baik ..

nice post om &___&

ghost said...

Suara Hati | :)

Bidadari Syurga |mana bisa.sekarang josh dilihat dari mata Ivan.sebelum ini ivan dilihat dari mata josh.sedang aku antara keduanya yang berbicara.pada penghujung kisah,hanya aku yang melihat aku.

good commentator.. :)

Johan 'Champ' Radzi |suatu masa..saat mau mati atau melihat sahabat mati,itu gambaran di minda.

Cikgu Jaja™ |jangan dijelaskan tentang FT,Cikgu Jaja.

MasZuber |haha..mesti bingung.

mr.kylephytrie |yup.untuk sahabat,jangan pernah khianati.

KoskakiUngu |lebih kurang begitu,KKU.

its ok.

a.samad jaafar |aku cuma terfikir pasal gigi metal tuh jer sempena namanya.haha.

Benjy |nak tau manusia langsat,tengoklah masa dia tengah makan langsat.

ghost said...

BonekadalamChermin |sepantas gaban datang kembali menikmati harumnya..

*aku tidak lagi telat. :)

si para para |InshaAllah,bro.aku doakan sama.ameenn..

SaladineCode |kita sama-sama bangsat.mujur kita sedar.

hanaahmad said...

tutupkan kembali pemikiran mu phan. kita punya agama agung yang perlu disanjung.

APi said...

biarkan josh berlalu dahulu di neraka agar kelak dia bahagia di syurga..

Unknown said...

sekumpulan manusia yang membentuk satu penyatuan yang dinamakan FAM, itu dia bangsat.

Unknown said...

setuju dengan boneka. segera kembali ke keindahan syurga. mudah-mudahan

feyza said...

arhh ivan jahat..

Kepala Mancis said...

kadang. aku jugek berada di tempat yang kau sebutkan mula mula

Unknown said...

Jika Ahli neraka itu bukan aku dan kau..

adakah aku dan kau ahli syurga?

nampaknya hujung ada dua, hitam dan putih pilihan kembali.

Tea said...

Aku punya ramai teman freethinker di zaman sekolahku...
Tp hidup mereka tetap bersangkutan dengan Tuhan..
There are no such FREE in life and living

bujal X said...

sneak peak from your projek eh?

Prince Halilintar said...

aku suke entri ni...

kdg2 org xdpt terima ape yg dilemparkan oleh mereka yg lain tetapi itu yg patut kite tau knapa mereka mempersoalkan begitu..

Liyana Zahim said...

Ghost, kat neraka kne jaga kelakuan? Maaf sy blur krana sy terlalu mjaga tdo.. Eh~

Faizal Sulaiman said...

neraka penentu.paling tidak hukuman itu satu yang tepat (mungkin)

@Fr!^n@ said...

tahukah kita dimana kita nanti.. di neraka atau syurga? atau masih menunggu hukuman...

hmmm..

~Sal Ismail~ said...

ouh..aku pernah menonton satu cerita gambaran di neraka..jijik sekali..~ itu gambaran cuma..yg sebetulnya...Wallahu'alam~

Cik Anita said...

Bangsatkah manusia itu? Ia mampu menjadi bangsat atas perlakuannya yang membangsatkan diri sendiri. Ah sungguh bangsat!

Aku tak paham sungguh sejujurnya. haha T_T

Unknown said...

met hari jumat

Unknown said...

manusia bangsat???
kamu suka merendah diri tau...:p

ctpayong said...

Bismillahirrahmanirrahim

tiada apa lagi yang dapat dipertaruhkan bila sudah di neraka kelak. makanya mulai sekarang kita wajar bertaubat berterusan. moga dikabulkan permintaan, amin.

Cangkul Emas said...

Bangsat yeah!
di neraka semua akan berkelakuan baik persis di penjara..kih kih kih

catherine- said...

macam pernah tgk movie ini tapi di mana ya??

ghost said...

hanaahmad |baiklah,Hana. :)

APi |tapi sampai bila?

Jerry Ghazali |haha..cool bro,cool!

Miscellaneous Smiles |sama-sama jahat.

Kepala Manchis |kita sama-sama pernah rasa.

Zulfikar Hazri |kita takkan tahu,Zul.

Tea |jauh dalam hati mereka ttp fikirkannya.di minda mmg takde.

bujal X |haha..u know that.

Prince Halilintar |jelas tentu ada sebab dan sebilangan besar tak punya sebab.

ghost said...

Liyana Zahim |kau jaga diri sendiri jer..haha

FaizalSulaiman |neraka adalah bayangan hukuman org jahat.

@Fr!^n@ |kita mana pernah tau..

~SaL IjOu~ |ada banyak citer macam tuh,Sal.

Cik Anita |haha.takper lah,Cik Anita.jangan paksa.

Sang Cerpenis bercerita |met hari jumaat juga,Mba.

diana |abih tuh,org dah pandang jahat kat kita.

ctpayong |mekasih atas doa,Kak CT.aminnn..

Cangkul Emas |non-stop!

catherine- |ini bukan muvi lar,Rien.ini kispen.

Aleen Aiden said...

hai ivan!


ok speechless.balik dengan hati pilu. :(

Rain said...

dibayangi masa silam yang kelam,
sekarang sudah di jalan yang cerah,
suatu perkara yang sangat harus disyukuri.

toleh ke belakang bukan untuk berundur ke masa lalu, tapi mengambil pengajaranya untuk melalui jalan sekarang.

:::aku selalu silap mentafsir kisah kamu. harap ini tidak silap, kalau ada, sedikit..

Unknown said...

Jaga kelakuan mu di neraka
rasanya. tidak sempat utk berkelakuan.

s a r said...

OOA!

again! kamu memang suka mendera otakku bekerja keras. erm.. i'll try my best. :)

kelakuan di neraka? siap sedialah. tuhan tidak akan mengasihi mereka yang sedia di neraka.

pandangan manusia tidak akan sama. jika ku katakan kamu ni agak 'gila' dalam menyusun kata, mungkin akan ada yang kata kamu ni sangat bersembunyi dengan apa yang kamu sampaikan. :D

~apakah yang ku dah repekkan ni. maaf!

tehr said...

kalau yang gemar memaki
tanpa sebab atau tanpa kebenaran juga mereka boleh dan sedia memaki
susah mereka mahu hidup tanpa memaki orang lain

kadang2 ada juga yang mahu dan perlu dimaki

dill said...

bos, sakit kepala lepas baca. haha!

*atau aku memang sakit kepala?

dill.

syuxer said...

manusia memang bangsa yang bangsat..bangsa vs bangsat= kembar yang terpisah yang kembali bertaut

manusia dalam neraka sememangnya terkunci kelakuannya..suara mereka sahaja diizinkan untuk meluahkan kesengasaraan yang mereka sedang lalui

semua manusia pada zaman sekarang akan ke neraka untuk dibersihkan kebangsatan dalam jiwanya..

jangan takut menjadi malaikat simpanan..jiwa bersih pilihan gunung fuji..jangan tumpas dimulut mereka yang binasa..

usah pedulikan manusia yang memandangmu dengan sinis sedangkan mereka tidak sedar bahawa mereka lagi lebih bangsat..mereka cuma tidak sedari..sekelumit pun tidak..hanya menunggu masa kembarnya bersatu dengan jiwanya

Lieyanna Esmeralda said...

'jangan kau berani-berani menjadi malaikat jika tidurmu pulas.'

- ramai yang sebegitu sekarang

:P

ghost said...

aleen aiden |hai Laleen.. :)

Rain |tak salah pun tafsiran kamu,Rain.

EZAN IDMA |tetap ada kelakuan kita di sana.

s a r |orang masih memandang buruk pada aku..

tehr |makian tuh dah macam satu budaya agaknya..haha

dill |cepat gi makan ubat..

Syuxer |membangsatkan diri dalam kalangan mereka yang sama bangsat..

ghost said...

Lieyanna Esmeralda |kelihatan di mana-mana.

Pan. said...

tak terkata.wowo

Misz-ella said...

Alahai Ghostwriter. Slow pick up minded like KC susah nak paham benda2 camni.

Kasi cepat siap itu novel. Boleh ulang2 sampai paham. Hihi.

BTW, Hi Ghostwrite, nice to meet u during Gathering haritu.

iKhRam said...

kenapa berkata begitu..
pada tuhan
"manusia adalah sebaik-baik kejadian"

jikalau bangsat pun seseorang itu, peluang untuk berubah ada di mana-mana..

selagi tidak menduakan tuhan.

cik pha said...

manusia=bangsat

aku setuju pakhantu

intan.maisarah said...

Kalau ditanya pada aku: "Bangsa apakah paling bangsat?".
-Aku akan menjawab begini: "Manusia."
-Lalu didatangi padaku pertanyaan: "Manusia manakah paling bangsat?"
-Untuk pertama kali aku menjawab: "Aku!"


phan
aku setuju ini. :)

Unknown said...

komposit dalam diri, antara yang silam dan sekarang, antara yang baik dan jahat, yang berani dan takut, yang lemah dan cekal;

hasilnya semacam inilah.

dunia kata-kata yang ibarat neraka tapi aku rasakan syurga pada setiap aturnya.

hebat kau phan! kehekhekhe.

ghost said...

lelaki serabai bernama SYF.|kau dah tulis dah pun..haha

kakchik@ella |nice to meet u too,Kakchik Ella. :)

iKhRam |jangan baca straight,Ikhram.. :)

cik pha |hewan pun tak bangsat kan..

intan.maisarah |mekasih,Mai. :)

dayya |kau pun hebat apa.aku tak sehebat mana pun. :)

Unknown said...

cmne la kt neraka tu nt

LadyBird said...

smg yg tinggal itu kembali ke pangkal jalan.. neraka itu bukan tempat penghabisan yang terbaik..

Cikgu Ma said...

assalamualaikum...1st time datang dan follow..

meaningfull...

http://qurratulain-pagaremas.blogspot.com/2011/10/kau-memang-lemah-la-man.html

say to easy=) said...

aku setuju.manusia itu paling bangsat!

faiz said...

manusia akan jadi bangsat bila hukum hakam tidak diikut..

rusydi said...

manusia diciptakan dengan dua kekuatan di dalamnya : kebaikan dan keburukan. tinggal pilih mana yg digunain. gitu

eRza farEeha said...

josh tu spe??

Sca Ndx said...

joshua, pegang tangan ivan bawa bersamanya ke neraka.

Ceiler Mun said...

'tidurmu pulas' tu macam mana ghost?

fz said...

aku nak jadi penjaga neraka boleh?

zirconia said...

ghost: aku kadangkala sukar memahami isi. adakah aku jarang sangat ke sini??

ORLANDO AHMAD said...

selalu rasa Gua ni bangsat sebangsat bangsat nyer

Zaza said...

dan bukan ke pinu taubat itu lgi luas dr pintu syurga?

- klu sye x silap la

Asrul "iLham" Sany said...

penggunaan bahasa yang pelbagai dan dinamik, seperti gaya art house writing

;D

Hantu Kak Limah said...

gua termenung sesaat.....:)
sambil telan ayaq lioq......keh..keh..keh....

Fatimah Ali said...

aku macam dah suka pulak dekat Josh.

Anonymous said...

mari kita berpimpin tangan berhayun2 andai sama2 ke neraka kelak.

tapi tidak aku mahu.

mari tukar.

mari kita berarak bersama menuju ke syurga.

moga ada peluang itu.

moga. moga.






p/s : masih teringat kata ayah saat satu amal di depan matanya.
"tak apa, nanti Allah beri syurga. syurga."


*senyum*

Cikli said...

mati joshua dalam iman kah?

Gimi said...

biar sempurna dimata pencipta..

ghost, kamu ditag...

please ya....kamu jadi blogger jemputan

~Kenanga Suchi~ said...

dunia semakin kalut.
bangsat itu aku nampak di mana-mana.
dalam diri aku juga mungkin~

p[A]n[A]d[O]L said...

as usual,... :)

Pembunuh Tanpa Bayang said...

menghukum diri.

blog-tips-kurus said...

jangan hina diri sendiri lah abang GW.. ;)

Mehmed - said...

aku macam dah komen kt sini..ahh lupa lagi..manusiakan aku..Ahaks!

ROJAK said...

tak paham

ghost said...

Titisan Hujan |kau tanya aku ker? :)

LadyBird |tapi ramai yg menuju ke sana..

CikGu Ma |tengs,Cikgu..

say to easy=) |termasuk kita kan..? :)

faiz |indeed!

rusydi hikmawan |ramai yg salah pilih.

eRza farEeha |kawan baik aku..dia dah mati.

Sca Ndx |aku masih tak sanggup..

Bella Bell |tidur yang sangat nyenyak..

fz |harus lah jadi malaikat.

ghost said...

zirconia |haha.Zirc,takpe..aku tau kau sibuk.

ORLANDO AHMAD |kita sama. :)

z a z a |apa yg kau tau itu memang betul..

Asrul "iLham" Sany |huh!wallah..haha.

Hantu Kak Limah |gua minum milo ais lama2..haha

Fatimah Ali |nanti dia datang dlm tidurmu..

maCy |sapa juga yang mau ke neraka.meskipun tak sanggup kita masih menuju ke sana.

Cikli |dia overdoss dengan drug.

Gimi |ouh ditag?alamak!

~Kenanga Suchi~ |kena lihat dlm diri kita sendiri dulu.

ghost said...

p[A]n[A]d[O]L |yup..like that.

Pembunuh Tanpa Bayang |rasa bersalah.

blog-tips-kurus |sengaja lar,Puan.hihi

Mehmed - |haha..kau komen 100x pun tak jadi hal.

ROJAK |bagus..hihi

Hafriz Mohamad said...

bangsatkah aku???! huhu.. sadis!

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

neraka dunia, syurga dunia. pandai menangani hukum karma, selesailah segalanya!

ghost, kdg2 confuse dgn watak ciptaan anda, josh, ivan? siapakah?

ghost said...

Hafriz Mohamad |satu persoalan yg bagus utk diri sendiri.. :)

FIFIEY LYCHEE MARATION |joshua adalah teman baik aku yang sudah mati.sedang ivan adalah aku.satu masa yg lalu,kami suka2 memberi nama lain untuk kami.

SYARIFF HAIKAL said...

MANUSIA MEMANG TAHU MENGHAKIMI..TP HAKIM SEBENAR ADALAH KAU...APAKAH PERLU MENEGUR BILA DIRI SEMPURNA??..

aamalinaazman said...

sungguh lagak manusia itu sama
tidak perlu culas dengn mendabik dada..