khayalan tingkat tinggi



Berbicara lah seorang temanku saat mindanya diperkosa khayalan-khayalan yang dituntun oleh tangan-tangan para perosak bangsa manusia,di tengah-tengah ketukan belatuk di lewat malam yang terjang pada pohon meranti,saat kami terdampar dalam sebuah kabin yang ditinggal oleh para pejuang maruah dan kemiskinan.Kabin kami angin tidak mampu menembusinya dan ini memberi ruang pada bahang mencuri keringat kami.


"Aku meraba ubun kepalaku dan menekannya sedikit.Kutambah tekanan untuk merasai kesannya.Ia sudah keras.Aku cuba mengingati pasal ubunku yang agak lembik paling tidak,dua hari yang lepas.Kamu tahu kalau itu adalah masa-masa bangkitnya kealpaan paling tegas dalam hidup kita,Josh.Kita sengaja dilupakan untuk memperhitungkan suatu yang remeh.Padahal itu tidak remeh.Bagi aku itulah detik-detik tanda paling utama dalam hidup aku,Josh."


Josh masih mabuk dengan khayalannya.Sentiasa khayal.Dia terperosok ke dalam khayalan saban waktu.Kasihan sama dia.Kasihan sama dunianya.Josh lebih gila dari khayalannya sendiri.






-And he piled upon the whale's white hump a sum off all the rage and hate felt by his whole race.If his chest had been a cannon,he would have shot his heart open it - Moby Dick.



93 comments:

ORLANDO AHMAD said...

hai ghost

Lucifer said...

Itu rasa aku sekarang.

nub said...

ada masa akan merasa sedemikian.

stoned minda

Cikli said...

dalam tidurnya josh meraban menjadi groban.

Pembunuh Tanpa Bayang said...

dan itu juga yang selalu menekan aku...

JIJI YU said...

khayalan itu terkadang membahagiakan bukan

EL MARIACHI said...

Josh Groban menghasilkan lagu dan lirik yang sangat menyentuh hati dan perasaan...tahniah Josh..

Cik Anita said...

bisk.

khayalan yang menyesakkan jiwa itu adakah sebenarnya mampu membahagiakan?

ZWAN SABRI said...

Wah! Ayat.. diperkosa khayalan... HAHA

MySuaraBlog: Contest Daniel Adie : SISPA

Panglima Muda said...

dahsyat...perkosaaan itu memberahikan

delarocha said...

josh mmg suka berkhayal hinggakan kesempatan di dunia realiti terlepas begitu sahaja.

Cik Jari said...

salam ghost,
ubun-ubun lembik tuh metaphor ke ape??
bukan ke time baby2 je ubun2 kite lembik?
(noob)

~~takut untuk berkhayal terlalu jauh, hakikatnya kaki masih jejak di bumi..walau hati meronta-ronta nak ke bulan...

pembaris said...

Tengok balik gambar sejam sebelum arwah ofismet yang meninggal 3 minggu lepas.ubun2 arwah nampak membengkak

Anisa Hang Tuah said...

saya mabuk dengan mimpi tadi.

em

Sang Cerpenis bercerita said...

kayak judul lagu Peter Pan nih

Asrul "iLham" Sany said...

josh oh josh

monologtinism said...

josh hilang ingatan ke ni,

s a r said...

encik ghost, ayat kamu selalu memaksa otak ku bekerja lebih. ~eheh.

terlebih tergoda dengan khayalan yang memabukkan, hanyut jauh kuat berkayuh untuk kembali. :D

mr.kylephytrie said...

khayalan tak bernoktah tu...

catherine- said...

Khayalan menjelma ketika fikiran
Melayang menjauh mengenangkan mu
Suaramu yang mesra mengalunkan lagu
Irama hatimu yang sepi

Aku dapat merasa
Engkau dalam derita
Kerna kasihmu tinggalkan pergi...

Cikgu Jaja™ said...

khayalan terjelma ketika fikiran nun jauh..jauh..lari dari kenyataan

Sadako Kenzhi said...

khayalan ke imajinasi

Tea said...

aku ingin berkhayal juga..
di tingkat satu cukuplah..
kerna aku gayat..

dan aku ingin berkhayal tanpa perlu stout bir wine segala..

ctpayong said...

Bismillahirrahmanirrahim.

jangan diikutkan berkhayal atau jangan ikutkan khayalan. akan tetapi angan2 bisa jadi cita2 dan bisa jadi kenyataan, amin.

Rain said...

pantang ada ruang masa kosong, aku pasti masuk ke pintu angan. dalam ruang angan itu kadang-kadang boleh memuhasabah diri

Pena Marhaen said...

aku juga sedang berkhayal ghost..

entah bila aku kan mampu sedar dan mengolah mimpi jadi realiti.

Johan 'Champ' Radzi said...

Mungkin dia letih tak?

Abang Zam said...

minda berzina dengan khayalan
Josh win

faiz said...

jgn terlalu byk berkhayal sgt..

diana said...

berkhayal ditingkat paling tinggi boleh buat kita jatuh bisk...
berkhayal ditingkat paling bawah tak ada risiko..hhehhe

alexa yussida said...

ubun lembik?macam baby yg fontanel belum sempurna pula..

khayalan yg terlebih boleh makan diri jugak..

tieykah said...

mcm lagu Peterpan.tetibe.

Lama tak jenguk kau Ghost

~* chirpy_chummy *~ said...

kekadang aku letih dalam khayalan yg x mungkin jd kenyataan. salahkah?

PK said...

saya pengkhayal tegar. mungkin akan mati dgn khayalan.

nurisya said...

awak pandai menulis.
tu sebab saya suka baca
tapi tak semua pun suka

eita said...

khayalan tak mungkin akan jadi nyata...
hidup dalam khayalan macam meraba mencari chaya...
takkan dapat!

penjajah minda said...

khayalan menjelma ketika fikiran melayang menjauh mengenangkan mu-blackdogbone hehe

hani said...

khayalan : satu perkara yang tidak perlu dibayar untuk memilikinya sebanyak manapun kita mahu. :)

John Terro said...

aku tidak ingin otakku diperkosa oleh khayalan-khaayalan tingkat tinggi

cik ciput said...

ada org penah bagitau aku,org yg sering berkhayal selalu dikaitkan dengan lemah pencernaan..sampai sekarang, aku masih belum dapat relate kedua benda tu..

lelaki serabai bernama SYF. said...

berkhayalan seronok.percayalah

Nazsabrina Iman Zulfikar said...

Khayalan ini
Setinggi tingginya
Seindah indahnya
Tempatku memikirkannya

Bila kudapat
Kusimpan wajahnya
Memegang indahnya
Berpura memilikinya


memang manusia boleh berkhayal secara sihat sesekali but kalau berkali-kali tak elok juga kerana bisa melalaikan manusia dan boleh membuat manusia mensia-siakan hidupnya. semoga josh boleh sedar dari khayalannya

Sasa Al-Sharif said...

lama aku tak dtg. aku kurang paham kini sejak melangkau beberapa entri di sini

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

khayalan tingkat tinggi pun bahaya juga bukan.. seadanya sajalah, ambil yang mudah, buang yang payah!

Bidadari Syurga said...

:P... rasanya... entry ini menyerlahkan 'comel nakal kamu' hahahahaha... only josh know... ngeh ngeh ngeh...

p/s: next entry baru aku komen balik... kamu cuba uji 'khayalan aku'... atau mungkin aku silap... lalalalalalalA...

silent said...

mati

Qaseh dalia adelia said...

kalau dalam bahasa kelantan berkhayal tu 'mengoya' sebab tu lama2 jadi koya .. hik2

letih dah berkhayal , takde satu pun dapat capai ..

PENCONTENG said...

tak tercapai akalku untuk berkhayal gaya Josh.

blog-tips-kurus said...

khayalan menjelma, ketika fikiran, melayang menjauh ...... (lupa skrip!) (",)

~SaL IjOu~ said...

khayalan kdg2 mampu buat kita tersenyum sendirian..~ namun ia juga bisa melalaikan~

Wadi AR said...

gua jarang berkhayal

Bella Bell said...

bro ghost.. khayalan dengan angan2 tu sama ke? ke lain?

kay masingan said...

suka khayalan kadang-kadang. Sekurang-kurangya bisa merasa sesuatu yang indah walau realitinya tidak begitu.

Tapi, siapa yang biasa menahan diri dari berkhayal?

dill said...

berusaha keluar dari khayalan.

dill.

anooan said...

aku hidup dalam dunia khayalanku yang aku hias ia sehingga ia menjadi terlalu indah. terlupa yang dunia sebenarku terlalu sengsara. dan tak pernah pula aku berusaha untuk memperindahkan dunia sebenarku. rugi kan aku?

si para para said...

bisk, kau masih sama.. masih hebat menyusun kata...

nurHeart said...

setuju dgn si para para, kamu mmg hebat menyusun kata..

padahal ceritanya cuma ttg 'khayalan' =)

Nadia said...

hidup dlm khayal itu juga bisa mengutuh cinta dalam jiwa.

Benjy said...

aduiii abstrak betul ayat2 engkau ni ghost ... boleh ke aku meminjam ayat2 mu tanpa pengetahuan mu ... ? bab macam best je ayat ni "mindanya diperkosa khayalan-khayalan " boleh ke ghost.

tehr said...

best apa tenggelam dalam hayalan
hehe

tapi jangan selalu

ah cai said...

kadang2 aku tak perlu ganja,.

budak kecik said...

huiyyo. bahaya!!

khayalan yg manis2 mmg sntiasa mnjadi habit ak. dan ak takut ia akan mencuri golden tyme ak. haish, byk lg bnda yg ak nk buat ni selain dri berkhayal je

RepublicAku said...

khayal itu nikmat...

Khairul Antasha said...

apa yg aku khayalkan suatu ketika dulu sudah aku lalui di alam realiti kini..

LadyBird said...

kshn josh.. semoga cepat2 tersedar dr dunia khayalannya..

Liyana Zahim said...

Kita berkhayal ketika menulis dan menulis dengan berkhayal..

Syuxer said...

khayalan umpama sistem kumbahan minda..kalau tak cair, maka ianya seni menghasilkan kekaguman..kalau cair, maka ia adalah fantasi direkomenkan oleh setan

hanaahmad said...

biarkan jika itu yang dia mahu.

iKhRam said...

kenapa lah sebegini rumit khayalan hampa duorang ni.. Josh pun satu. Ghost writer ni pun satu!

skrg, tak pepasal nak memikirkan balik kisah khayalan korunk berdua nie.. huhuhuh

p/s - ghost writer... aku tak faham la kisah ni. cerita la kat aku..

Mehmed - said...

kita lemah,berkhayal lah.tapi jangan cuba untuk mati dulu...tolong..

a.samad jaafar said...

aku sama dan sebijik seperti iKhRam.. cisss..!! setiap kali aku ke sini, baru aku sedar betapa lembabnya otak aku..!

ghost writer said...

ORLANDO AHMAD |hye,bro Lando.

Lucifer |dan ia semakin bergasak di dalamnya.

Cikli |mesti lagu nyanyian pun sedap.

Pembunuh Tanpa Bayang |jangan tolak dulu,rasainya dulu.

JIJI YU |sangat.penah layan the sucker punch.macam tuh lar.

EL MARIACHI |tapi orang tetap tak kenal sapa dia.

Cik Anita |opkos.kalau kita mampu layarinya.

ZWAN SABRI |mak eii rambut kau..

Panglima Muda |hujungnya kesakitan.

delarocha |tuh lar masalah yang dia perlu bereskan.

Fatimah Ali said...

hi Josh ^^

aleen aiden said...

ini betul2 khayalan tempat tinggi ni.keh3

ghost writer said...

Cik Jari |yup.mmg ianya metaphor.itu sbg menunjukkan bahwa dia mengalami proses rapuh ingatan.

pembaris |ada sesuatu yg ingin digambarkan.

Anisa Hang Tuah |asal jangan terhuyung-hayang.

Sang Cerpenis bercerita |dipinjam lho..

Asrul "iLham" Sany |dia sudah tiada.

monologtinism |haha..tau pun.

s a r |khayalan mudah untuk kita kembali.

mr.kylephytrie |sangat mengasyikkan...

catherine- |macam dalam lagu..hihi

Cikgu Jaja™ |bila keluar saja dari kenyataan,itu sebahagian dr khayalan.

ghost writer said...

Sadako Kenzhi |sama jer pun..

Tea |pasti kau seorang yg rendah kan..

ctpayong |indeed,Kak Ct..

Rain |kau bijak..

Pena Marhaen |perlahan-lahan..tapi berkesan.

Johan 'Champ' Radzi |salah satunya..haha

Abang Zam |merasuk ghairah..ah!

faiz |aku tahu..tapi josh tak tau.

diana |yang berisiko itulah paling mencabar..

alexa yussida |mengundang maut/gila.

ghost writer said...

tieykah |aku pun sama.

~* chirpy_chummy *~ |tak salah pun.

PK |disemadikan pun secara khayalan.

nurisya |semua org pandai menulis,Nuri.

eita |siyes,mmg itu yg pengkhayal nak.nak lari dr dunia realiti.

penjajah minda |ya aku tau itu lagu BDB.haha

hani |thats right!

John Terro |sentiasa ready,bro.

cik ciput |maybe yes maybe not.

lelaki serabai bernama SYF. |aku sudah lama percaya.

ghost writer said...

Nazsabrina Iman Zulfikar |dia sedar saat rohnya sudah melayang.

Sasa Al-Sharif |ya sudah agak lama.

FIFIEY LYCHEE MARATION |cantik sangat pepatah itu,Fifiey.

Bidadari Syurga |haha..aku masih tak dpt lari dgn watak Josh bukan..

silent |semestinya..

Qaseh dalia adelia |rugi sangat bukan..hurmm.

PENCONTENG |berkhayal dgn cara sendiri.

blog-tips-kurus |haha..lagu bukan di zaman kita..

~SaL IjOu~ |jangan dibiarkan... :)

Wadi AR |try sesekali lar,Wadi.

ghost writer said...

Bella Bell |tak sama kot modus operandinya..haha.

kay masingan |tiada siapa mampu tahan diri.

dill |biar aku bantu kau...haha

anooan |kau yang menolaknya,Aan.

si para para |aku terpaksa kot.haha

nurHeart |ya mmg citernya ttg khayalan dan mesej yg tersirat.

Nadia |kena lebih kuat..

Benjy |hai benjy,long time no c.silakan2.aku tak kisah.

tehr |baik lah,bro Tehr.kita sesekalikan..

ah cai |tak perlu support dr tuh sumer..

ghost writer said...

budak kecik |cepat sedar,dak kecik.jangan dibiarkan ok.

RepublicAku |haruslah dinikmati..

Khairul Antasha |bagus,Khai..bagus! :)

LadyBird |dia dah lama sedar bila dia sudah tidak ada lagi.

Liyana Zahim |satu gabungan yang sangat hebat.

hanaahmad |yup.biarkan dia.

iKhRam |haha..taip lar 'joshua' di ruangan search.ada kisah2 josh.

Mehmed - |aku dah tolong dia.

a.samad jaafar |slow-slow,bro Mad.

Syuxer |peh!mantab ayat tuh.

ghost writer said...

Fatimah Ali |hye Shu.. :)

aleen aiden |hati-hati.nanti jatuh. :)

Ati Masrif said...

salam GW,

apakah betul kamu hadir
di pertemuan blogger baru2 ini..?

kak ati pun ada tau...

kamu yg mana satu ni :)

Ati Masrif said...

akan gagal ke...

nak gali sampai ketemu...huhu~

adakah kamu yang pakai t shirt
kuning hitam dan bertopi tu..haha
betui kan...itu saja orang muda yg ada

tak kan kamu kanak2 lelaki yg ramai tu ..kan ..kan :P

zirconia said...

lemas dalam khayalan.

APi said...

indah khayalan pada sang pengkhayal..
namun apa orang lain, ia seperti orang yang gila..






*baru berkesempatan ke sini..

Miscellaneous Smiles said...

hi josh!

melle amir said...

kau ada tulis buku?

EZAN IDMA said...

mendalam sungguh

KhaiRin said...

sori br sempat menjengah utk BW

rs mcm berkait dgn diri ini

Rtp Farra Arisha said...

kekadang, terlebih berkhayal dapat memudaratkan diri juga. emm :'( berkhayal kemudiannya berusaha tidak mengapa!

si para para said...

kerana keterpaksaan itu menjadikan kau hebat bisk...

:)

maCy said...

tak paham.

aimie amalina said...

luahan kata melalui khayalan menjurus memperlihatkan keadaan diri yang sebenanr kadangkala...