para-lara



"I can't take my eyes of you..
"I can't take my mind of you.."


Hari ini di pertengahan oktober,hujan memenangi acara.Untung Petrichor,si penikmat hujan menghidu harumnya renjisan dari kota langit.Oktober sangat dingin.Para rumput dan kehidupan hijau berlari-lari meninggalkan barisan kekuningan.Oktober memotretkan dunia dengan kebasahan dan gelodak jiwa yang barangkali semakin lara.


Aku memeluk tubuh dengan kerdipan mataku lebih pantas dari biasa.The Blower's Daughter menarik aku jauh tenggelam dalam dasar khayalan.Perlahan-lahan dan aku membiarkannya.Dalam kota khayalan,aku melihat diriku umpama dalam chermin yang tersenyum sedikit.Tidak banyak namun puas.



Kita pelajari dari apa yang kita lihat dan rasai.Bukan selalu kita akan menghadapinya,apalagi pada suatu yang sangat memberi kesan kepada hidup kita.





94 comments:

Pembunuh Tanpa Bayang said...

"Kita pelajari dari apa yang kita lihat dan rasai"





ya,aku sokong bahagian ini.kita pelajari dari apa yang kita pernah rasai dan kita memahami bila ada sesetengah situasi ini berlaku.

daripada sekadar melihat...kau hanya boleh beri kata penyedap hati.sedangkan kau sendiri tidak pernah tahu akan perasaan itu.




sekali lagi aku tersasar...maaf

dayya said...

:) wah ghost. sejak sejak dirudung rasa ni. ewah. hehe. ngee.

doakan yang baik2 untuk kamu. hihi.

Amalina said...

:)

Bella Bell said...

Kita pelajari dari apa yang kita lihat dan rasai..


ooo.. maksud bro ghost, kita belajar dari pengalaman la ea? ke saya silap tafsir? hehehe..


tapi kenapa saya baca macam sedih je? ke saya baca dengan nada yang sedih? hehe.. bro ghost ok?

♦♦orked♦♦ said...

Bukan selalu kita akan menghadapinya..

tiada bantahan.

Wadi AR said...

lu sedih ye? :)

Bidadari Syurga said...

boleh tidak kali ini kamu benarkan 'josh' lalui pengalamannya yang baru...? benarkan 'josh' lalui pengembaraannya yang baru.

p/s: andai satu hari nanti... kamu ulangi dan menjadi 'josh' sekali lagi... dan andaikan satu hari itu tiba dan aku tiada di sini untuk titipkan nota buat kamu... aku titipkan DIA di dalam blog ku. Abadi sampai DIA putuskan tintaku berhenti dengan sepi. boleh bukan...?

makwe joni said...

apa sedak sangat dua baris akhir tu

Cikli said...

cant take my hands off yours... damn the blower's kid

nurHeart said...

well said!

specsy said...

ahh. aku setuju dengan dua ayat akhir tu.

cik ciput said...

itu semua pengalaman ghost..tanpa lihat dan rasa, kau takkan punya pengalaman..dan satu-satu pengalaman itu, walau pahit mana sekalipun, indah mana sekalipun, itulah yang membuat kita HIDUP!

adwafarahin said...

pengalaman yg byk beri kesan dlm hidup kita..mmg kene blaja dr pengalaman supaya masa hadapan x terjadi bnd yg sama

cheesecake said...

i hope you didn't wear a smile upside down ghost. :) and i'm glad you didn't.

diana said...

setuju sangt..
dah rasa baru kita akan betul2 belajar...
belajar dari pengalaman tak sama macam belajar dari buku..

ghost writer said...

Pembunuh Tanpa Bayang |kau tidak pernah tersasar,kawan.

dayya |ouh mekasih,Dayya.ia masih dalam kawalan. :)

Amalina |kau senyum jer ek.. :)

Bella Bell |kalau rasa sedih tuh,kita rasa yang sama.

♦♦orked♦♦ |tidak akan dibantah jugak.haha.

Wadi AR |jiwa lara,beb.haha.

Bidadari Syurga |sudah tentu boleh..tapi kali ini bukan sebagai 'Josh'.

makwe joni |sedak sangat kah?uh!

Cikli |wah,tak sangka,Cikli dengar gak.huyoo..

nurHeart |well.... :)

faiz said...

pengalaman mendewasakan kita..

Amalina said...

ya, senyum je..

ghost writer said...

specsy |ramai org setuju yg tuh ek..

cik ciput |kecuali rasa yang mematikan secara total..

adwafarahin |mungkin adakala ianya berulang,namun pada yg seterusnya,ia sudah mampu dikawal.

cheesecake |tengs a lot. :)

diana |thats it..

ghost writer said...

faiz |pengalaman adalah sejarah.

Amalina |ikutlah mana pun,Amalina. :)

HEROICzero said...

aku teringat lagu move like jagger , part cristina Aguilera nyanyi . keh3x

Miscellaneous Smiles said...

ak benci bila dpt ksn -ve, tpi ak terima je

Anisa Hang Tuah said...

lambat belajar.
lambatlah berjaya

Cikgu Jaja™ said...

memerhati..begitu cara kita belajar.sejak dr dalam rahim ibu..

ILA HonEyBuNNy said...

belajar dari pengalaman juga penting....;-)

ILA HonEyBuNNy said...

belajar dari pengalaman juga penting....;-)

Johan 'Champ' Radzi said...

pengalaman mengajarkan kita bisk. moga2 kita dapat menghadam semuanya.

(tengah hujan di kuantan. alangkah sejuk)

fre da said...

bebaskan lara....

Para Jamaludin said...
This comment has been removed by the author.
tehr said...

bagus dan untung juga biar pun hanya sempat senyum sedikit cuma
aku tak sempat senyum hari ni
komputer aku diterjah masalah

Bidadari Syurga said...

:P...

"sudah tentu boleh..tapi kali ini bukan sebagai 'Josh'"

p/s: ngeh ngeh ngeh... aku anggap sebagai janji... semoga berbahagia untuk apapun... :)... lalalala...

cik pha said...

oktober kat U aku ni hot weh,menggelupas abes kulit aku weh hahah

hanaahmad said...

nikmati selagi punya masa. hargai selagi punya peluang. :)

BonekadalamChermin said...

hujan itu rahmat
harum itu nikmat



dpt merasakan lebih dalam drpd dpt melihat
ia umpama si buta yg melihat kejujuran


:)

hey!

takoC said...

bila lihat hujan, terbit pelbagai perasaan. kepala akan berputar sama ada yang lampau atau ke masa depan.

proses pembelajaran hidup terbaik bagi aku.

~SaL IjOu~ said...

aku kira kamu sdg berbahagia..& aku tumpang gembira~

senyum utk kamu, Ghost~

Pembunuh Tanpa Bayang said...

ophan,
kau memang jenis yang aku segani.dan sebab itu aku sering menjadi pembaca senyap di sini.khuatir jika komen yang aku tinggalkan jauh tersasar dari tulisan kau.

kadang kala aku ketawakan diri sendiri.

FaizalSulaiman said...

pelajari apa yang kita nampak dan rasa.secara dasarnya sangat tepat!

penjajah minda said...

pembelajaran dari gerak sendiri lebih bermakna

Prince Halilintar said...

kite akan pelajari dari pengalaman yg kite lalui sebelumnya...

Ajuhanif said...

hujan bukan turun untuk sekadar mengisi ruang. ia ibarat penyembut kepada terik pedih hari semalam. dan biar sesekali yang kering kontang dibiar basah walau seketika.

dan nanti, baru ada senyum yang terukir manis pada bibir tanpa sedar.

dan itu lebih bermakna; dari segunung manisan tanpa jujur rasa.

dan dalam hati; bisa saja menjadi bunga pada indah deria rasa yang terasyik dek lamunan khayal; cuma doa aku, biar peratusan yang menjadi realiti itu majoriti-agar kamu bisa menang dalam emosi.

dan hidup tak lebih dari lapang sasar yang terlalu luas, sehingga kita bisa sesat dalam terang; jadi biarlah sesekali kita menikmati menang di sudut terpencil.

~ah, ini pasti memeningkan kamu, tapi itu yang aku rasakan, barangkali~

*senyum*

s a r said...

peluang yang ada tak mungkin dilepas. takkan ada yang kedua.

salam encik.

lavender harum wangi said...

oktober sedang berlalu, november makin menjelang, disember kian menjengah, jangan lupa hadiah buat ulangtahun aku 27Dec nanti. kehkehkeh.

Sca Ndx said...

feeling tu. susah nak dapat. bukan datang bila kita nak, pegi bila kita mahu.

JIJI YU said...

akibat ditendang situan empunya aku hidup berkhidmat padanya..amacam

Asrul "iLham" Sany said...

jadi 'pelajar' sampai tak mampu nak 'belajar'

;D

Pena Marhaen said...

kita pelajari dari apa yang kita lihat dan rasai..

sangat betul!

A.s.t.i.n.a said...

nimat hidup itu hanya akan dirasai apabila sudah berlalu..

kita takkan sedar rupa2nya menaip ini nikmat.. setelah dipostkan atau dibaca semula baru terasa...

saya tidak paham nikmat mengomen ini... lepas ni baru sy menikmatinya..

(dengan harapan org yg baca komen ini akan pening dalam kenikmatan)

A.s.t.i.n.a said...

nimat hidup itu hanya akan dirasai apabila sudah berlalu..

kita takkan sedar rupa2nya menaip ini nikmat.. setelah dipostkan atau dibaca semula baru terasa...

saya tidak paham nikmat mengomen ini... lepas ni baru sy menikmatinya..

(dengan harapan org yg baca komen ini akan pening dalam kenikmatan)

Cik Jari said...

Kita pelajari dari apa yang kita lihat dan rasai.Bukan selalu kita akan menghadapinya,apalagi pada suatu yang sangat memberi kesan kepada hidup kita.




hurm....banyak yang aku pelajari kebelakangan ini....yg paling penting ia benar2 beri kesan...bukan sekadar dpt dilihat,malah dirasai..dijiwai...

ahh,aku nak ucap syabas kat diri aku...sbb aku sekarang bukan hny dpt melihat,malah menjiwai...walau mungkin aku lebih lambat untuk merasai apa yg aku & org lain lihat..tp aku tak menyesal selagi nyawa dikandung badan....

Larasephia said...

terima kasih kerana selalu mengingatkan aku untuk menghitung peri banyaknya kesyukuran yang tuhan kurniakan padaku, kawan.

bayang dalam cermin di dinding kamarku pun sudah tersenyum sedikit hari ini.

mudah-mudahan kita sentiasa dipelihara OlehNya dari tempias segala lara yang melarat sampai akhir hayat.

Titisan Hujan said...

pengalaman itu adalah guru yg terbaik







*hari ni aku demam sbb men hujan.terlalu rindukan titisan hujan

Qaseh dalia adelia said...

semoga kita mampu pelajarinya .. bukan merasainya sahaja huhu

Hansyirah Takezur said...

bukan lihat dan rasai sahaja tapi keupayaan semua deria kita sebenarnya yang mengajar kita....

broken_nigina said...

woit woit.
single balik.
mana aci.
hahaha..

ghost writer said...

HEROICzero |uitt..lagu tuh ada dalam koleksi mtv aku tuh.Marron 5!

Miscellaneous Smiles |haha..itukan yg terbaik.

Anisa Hang Tuah |ingat kata-kata si Lintang.

Cikgu Jaja™ |kita nih bijak sebenarnya.tapi nafsu buat kita jadi tak tentu.

ILA HonEyBuNNy |itulah pelajaran terbaik..

Johan 'Champ' Radzi |kat taiping lagilah.hujan sepanjang hari.

fre da |nanti aku takde apa..

tehr |memang kelat lar sepanjang hari ek,Tehr.haha.

Bidadari Syurga |Only God know... :)

cik pha |ko gi lar terjun kat swimming pool tuh k..sejuk sikit.haha.

ghost writer said...

hanaahmad |masa2 terbaik adalah dari kesempatan yang terbaik.

BonekadalamChermin |hey... :) (kelu nak jawab)

takoC |kita melihat suatu dengan perasaan yg dalam.di situ ada yang kita kenang.

~SaL IjOu~ |how u know?

Pembunuh Tanpa Bayang |untuk itu sahaja aku sudah menghargai kamu..

FaizalSulaiman |ya secara dasarnya..nice think.

penjajah minda |sudah tentu..kita tau di mana kelemahannya.

Prince Halilintar |untuk suatu yang akan kita lakukan masa akan datang.

Ajuhanif |jangan risau.kebiasaan aku membaca begini membuatkan aku memahaminya.

s a r |kalau ada sekalipun.ia tetap tak sama dgn yg pertama.

salam Sar.

~SaL IjOu~ said...

ahah..maaf kalo aku salah tafsir~

LadyBird said...

semoga hari2 seterusnya akan disinari mentari.. :)..

lumrah kehidupan.. tanpa hujan.. tanpa awan.. tanpa mentari.. pasti hidup hilang serinya..

maka perlu bersedia dan menerima semua itu dalam konteks warna warni kehidupan..

tabahkan hati..

ghost writer said...

lavender harum wangi |ouh 27dec nih ek..nak ucap awal2 leh tak?haha.ok,Levy.

Sca Ndx |datang payah nak tahan,nak suh pegi lagi lar berat.

JIJI YU |haha..pelik aku.

Asrul "iLham" Sany |sumbat jer selagi mampu.

Pena Marhaen |ya indeed.

A.s.t.i.n.a |biar apa sekalipun,yang penting camner nak nikmatinya.tak pening pun.haha.

Cik Jari |wallah,Cik Jari.aku tumpang hepi tau..bagus2.

Larasephia |aku cuma mengatakannya sebagai kawan kepada kau,Qiez.seberat aku mendengarnya,berat lagi apa yg kau tanggung.InshaAllah,Qiez.

Titisan Hujan |kau setiap hari basah tau tak..haha.

Qaseh dalia adelia |harapnya begitulah.. :)

ghost writer said...

Hansyirah Takezur |kalau mampu sehingga itu,ya apa tak betulnya.ya kan..?

broken_nigina |haha.kau nih,Sha.

~SaL IjOu~ |its okay,Sal.

LadyBird |semuanya sudah terlakar pada diri kita dan hidup kita.nikmatinya saja.

buDAK keCIK said...

dan pengalaman buruk lebih byk memberi kesan yg mendalam berbanding pengalaman manis.

mungkin akan terkenang sampai akhir hayat...

eita said...

terlalu banyak aku membaca...
jadi takde apa nak komen....fikiran jauh tersasar....

sugar2 kapas strawberry said...

lecturer pnh ckp,tak semestinya harus ke tempat itu kalau nk alami pengalaman,tgk sahaja dah boleh ad pengalaman. *ada kaitan ke*

a.samad jaafar said...

aku barangkali seorang pemerhati yg teliti dgn segala yang ada di keliling aku..aku agak sensitif dalam susuk yg agresif..kehidupan menjadi guru..

bro..lu kelihatan spt dalam ketegangan dan kosong..gua silap ke bro?..

monologtinism said...

You're just too good to be true.
Can't take my eyes off you.
You'd be like heaven to touch.
I wanna hold you so much.

ghost writer said...

buDAK keCIK |ya aku tau tentang tuh.tapi biar aku dulukan dgn yg manis.

eita |its okay,datin eita. :)

sugar2 kapas strawberry |sangat ada kaitan..tengs. :)

a.samad jaafar |haha..kau jgn fikir ke lain.ia sangat penuh dan tiada kekosongan di situ.aku hepi.

monologtinism |luv it!

maCy said...

dan kita mempelajari dari apa yg kita baca. dari membaca mampu membawa kepada rasa bagi yg punya rasa empati. juga dari membaca mampu membawa kepada pengajaran dek hanyutan imaginasi.

otak adalah sesuatu yg sangat dahsyat bukan? mampu berimaginasi jika mahu, yg tidak mampu berpuisi pun mampu melukis tulisan penuh makna jika dikerah otak sepenuh upaya. cuma perlu tahu teknik kawalannya.

dan kali ini otak macy membawa bisk lari dari topik asalnya =="

APi said...

aku ungkapkan itu sebagai pengalaman..
dari apa yang kita rasa..
dari apa yang kita lakukan..

kita pelajari satu per satu bab yang dicipta agar satu hari nanti kita mampu tersenyum dalam menangis..
kita mampu sedih dalam gelak tawa..

pada setiap deria kita mampu adaptasikan untuk sebuah cerita pengalaman sendiri..
mata, hidung, telinga dan lain lain ada magisnya..

*pening

nub said...

sehari lepas aku sakit yang agak kronik. selama selama ni tak pernah rasa sakit macam tu. merasa juga...

terus teringat sakit mati. sakit yang sangat sakit.. belum azab lain lagi...

AJ Nismihan said...

Qiez, i look for you here and there.
would you drop your email somewhere so i can say hi.
oh.
lying.
i got more than 'hi' to say and 'ask'.
would you?


AJ Nismihan

si kiut lavender said...

"Kita pelajari dari apa yang kita lihat dan rasai"

suka part tersebut..
pengalaman sendri lebih berkesan utk mengajar dri drpda beljar drpda sejarah org lain

Rain said...

aku tak pandai sastera. tanya direct je.

kamu suka sapa?

p[A]n[A]d[O]L said...

i cant take any word
to say to u.. ;)

Workshop Internet Marketing said...

Workshop Bisnis Online. Malang, 29-30 Oktober 2011. Peserta terbatas 30 orang. Tempat LAB Statistik FE UIN Malang.

Materi UTAMA : Membangun TOKO ONLINE, Riset PRODUK, Teknik JITU Promosi dan Marketing INTERNET.

Materi TAMBAHAN : Optimasi Blackberry+Facebook+Twitter Untuk BISNIS Online.

Garansi 1 BULAN Jualan.

Info Lengkap: www.GuruBisnisOnline.com | PIN BB 2310BF87 | 0856 4960 8915.

aleen aiden said...

seriyes aku rase macam dah komen entry nih.

ahhhh,sekarang aku dah xtau nak cakap ape.





nature call.




bye ghost!

EZAN IDMA said...

pengalaman mengajar kita. right ghost :)

Sang Cerpenis bercerita said...

kayak lagu apa gitu. Can't take my eyes of you...hahhaa

~* chirpy_chummy *~ said...

"suatu yg sgt memberi kesan kpd hidup kita"...ye.. ianya adalah sesuatu yg amat berharga dlm hidup ini. biar pun ianya pahit, namun terkandung seribu kemanisan di celahannya.

Fatimah Ali said...

hg ok ka syg?

A.s.t.i.n.a said...

tuan ghost..

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

dengan terpana sesuatu yang mungkin terkesan di minda, di jiwa, hidup akan lebih seakan mengeksplorasi lebih jauh, bukan?

ghost! selamat hari khamis.:)

Khairul Antasha said...

ghost.. :(

intan.maisarah said...

kadang kadang
apabila yang di rasa itu terlalu tajam
barulah kita tergerak mahu menghargai

hanjila said...

aku tdk suka hujan, sprti ada bau pahit. rupanya pengalaman bkn semua manis... (:

Anonymous said...

Tak sanggup lagi aku
Mengenang kisah lalu
Keganasan menghantui diriku

Biarkan ia pergi
Menjadi suatu misteri
Bagaikan tiada hati yang peduli

Tak mahu ku ingat lagi
Apa yang telah terjadi
Tragedi Oktober

Sesalan aku hanya untukmu sayang
Ampunilah segala dosa-dosaku
Bagiku kau bukanlah lawanku
Kekasihku...

Hanya satu ku pinta
Kujujuran darimu
Berilah peluang hidupmu

Aku rela bersama
Meranjau onak duka
Agar berkekalan hendaknya

(tragedi oktober-awie)

-rincatherine-

Juno said...

Mata aku tertangkap pada 'The Blower's Daughter'.

Ah, otak aku perlu dicuci kerna apa yang aku fikir semua kotor belaka.

ghost writer said...

maCy |haha..takper,aku tau macam mana mau kembali pada topik asal.

APi |selebihnya adalah deria keenam.rasa.

AJ Nismihan |cari lar dia kat fb Aj.

si kiut lavender |tak kira mana pun pengalaman itu.lihat dan alami.

Rain |haha..aku belum terfikir utk itu.sori,Rain.

p[A]n[A]d[O]L |lama kau tak muncul kat sini,Pan.

aleen aiden |memang kau dah komen pun,Aleen.

EZAN IDMA |ya sure.

Sang Cerpenis bercerita |Mba perlu lebih banyak dengar lagu genre lain. :)

~* chirpy_chummy *~ |itupun kalau kita tak terlalu fikirkan pasal kepahitannya.

ghost writer said...

Fatimah Ali |aku ok,Shu. :)

A.s.t.i.n.a |ye saya..tapi aku bukan ada title tuan pun.haha

FIFIEY LYCHEE MARATION |sudah tentu,Fifiey.thanks.

Khairul Antasha |ye Khai.. nape muram?

intan.maisarah |jadi kenalah selalu hargai apapun.dah habis baca buku tuh?

hanjila |siapa juga yang memandai kata pengalaman semua manis?

-rincatherine- |peh!tetiba tragedi oktober.

Juno |kau perlukan bahan pencuci yg banyak.

Cik Anita said...

masa yang terlalu cepat berlalu! sedangkan diri ini belum mampu untuk mengejarnya..

catherine- said...

hahaa... x kan nk bagi lagu para-para sakura

>>.<<

ghost writer said...

Cik Anita |kita mmg selalu ditinggalkan masa.

catherine- |lagu para jamaludin aku dengar..hihi

cimOt said...

aku jarang berkunjung ke sini..tp tu laaaa..puas hati!! kau mmg ghost writer!!

Kita pelajari dari apa yang kita lihat dan rasai.

YES!!
dan adakalanya ia akan menimpa diri sendiri..masa tu baru tahu tinggi or rendah langit ni..

aimie amalina said...

sokong!
lihatlah dunia dengan mata hati
dari situ kamu belajr menjadi tali yang hidup dengan cinta-Nya..