nulis




-Yang mengganggu pengarang itu banyak.Umpamanya,Pak Arenawati:bau belacan bakar di dapur.Pada Pak Asraf:alunan lagu keroncong di rumah jiran.Pada Pak Sako:rentak joget moden di radio.Dan pada Usman Awang:bunyi loceng penjual aiskrim di depan rumah.Namun,karangan mesti disiapkan juga.
-ini apa yang ditulis oleh Latiff Mohidin dalam buku 'Catatan'.Langsung ia ditujukan 'kepada penulis muda' sebagai satu gambaran bahwa harus cekal!.


Aku memperolehi masa-masa terbaikku di desa kelahiranku namun gagal memanfaatnya.Sedikit kesal.Ini contoh terbaik kenapa kita sering merasa kesal bila saja sudah melepasi masa-masa yang sangat berguna untuk kita.Yakni,tidak mampu mengambil kesempatan dan ruang.Bertitik dari situ,aku pergunakan alasan kenapa aku gagal mendakap masa-masa berharga itu.Alasannya jelas,gangguan!


Aku punya perasaan yang tidak cukup stabil.beroleng-olengan seperti perahu bajau yang tiada katiknya.Aku terganggu oleh masa yang begitu kosong selain dari bahang dalam rumah yang beratap zink dan cuma dilindungi oleh siling plywood tipis dan dicat.Ternyata ruang masa yang kosong bikin aku berdebar-debar tanpa usul.Agak resah.


Aku tidak mampu menulis dengan resah.Jariku ketar.Bagi aku,itu gangguan paling besar dan ia tidak pernah membuatkan aku tertawa untuk meluputkannya.


54 comments:

~Sal Ismail~ said...

"Aku terganggu oleh masa yang begitu kosong.."

kdg2 aku pun begitu~

bila cuti terlalu panjang..
satu kerja pun mcm x jalan..
bila dlm keadaan kesuntukan.. semuanya dtg bertindan..~

seringkali aku kesal~ (--")

ewanthology said...

masa yang kosong itu sangat membosankan.

Unknown said...

aku rasa..tanggungjawab ku lebih bnyk dari masa yang ada..maka tiada kosong masa bagi aku

abang bro EL said...

sebab selalunya perkara yang kita nak buat tu bunyi macam gempak...bila dah buat cam takder makna sangat...

abang bro EL said...

berbanding dengan perkara remeh yang kita selalu abaikan..bila dah buat LEGAAAA sangat...

Unknown said...

sesungguhnya kau menulis bicara hatiku, ghost !
kata-katamu ini lagaknya seperti perwakilan kepada hati-hati yang ga bisa ngejelasin kebuntuan yang mereka alami.
persis seperti ku juga,ghost.
persis sekali.

ghost said...

~SaL IjOu~ |Sal,jangan cuti panjang2 lagi lain kali.haha.

delarocha |sungguh,ia sangat membosankan.

JIJI YU |kau bertuah mampu hadapinya,Ji.

EL MARIACHI |wah,aku malah terus membayangkannya,EL.

april |nah,ternyata kita hampir menggabungkan kebuntuan kita.

Ceiler Mun said...

so, hargai la masa yang ada tu.. ehh.. betul ke? hehe..


errrr.. saya pun tak boleh menulis kalau emosi tak stabil.. sat lagi keluar ayat2 yg tak patut di keluarkan.. hehe~

Anonymous said...

As Salam,

Jangan kau ganggu aku lagi..hua3..

dill said...

kadang2 terganggu dengan perkara remeh temeh menyukarkan saye menulis.

bunyi bising di luar rumah merpati ni jua memeningkan kepala.

:)

dill.

Wadi AR said...

sekarang aku cuti sebab tu kene cari keje

SYARIFF HAIKAL said...

WELCOME BACK MY FREN...AK IGT KAU X MAHU MENULIS LAGI!.

SYARIFF HAIKAL said...

WAH CUTI PANJANG ITU KADANG KALA MEMBUATKAN MINDA BEKU. TAPI KAU TELAH MERASAI PENGALAMAN BARU. GANGGUAN YG SERING BUATKAN WAKTU KAU TIDAK CUKUP??..BENARKAH?

ghost said...

Bella Bell |pada tulisan takper lagi,jangan di mulut perkataan yg tak ok kuar. :)

Wyna Nubies |jangan risau,aku takkan ganggu kalau dipinta. :)

dill |gunalar headphone,Dill.biar rasa ketukan pada keyboard jer.

Wadi AR |kalau aku cuti,aku taknak buat sebarang keje.hihi

SYARIFF HAIKAL |waktu sangat cukup,masalahnya pengisian tuh tak pernah muncul.

Aleen Aiden said...

aku juga terlalu kelapangan sekarang nih.bukan takde kerja.cuma bagi aku untuk memulakan sesuatu tu memang payah.

Kepala Mancis said...

ya. aku sedang. sibuk tak buat apa apa.

Para Jamaludin said...

catatan LM is awesome. mcm bro ta ckp, mukasurat 74 tu terbhoek. okbye.

Liyana Zahim said...

waktu yg ada ibarat air.. minum hanya ketika dahaga.. fitrah masa tidak knl erti tunggu... anggap shj kt mhargainya kerana setiap perkara mengalir bersama masa2 yg berlalu..

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

Resahkah? Ada sesuatu yang salah telah diperbuatkan hingga ada resah?!

p/s: Isikan ruang dengan sesuatu lebih baik daripada dibelenggu yang bukan sepantasnya dan bikin jiwa kacau saja. Curi masa untuk bersuka ria mungkin lebih menyenangkan di saat resah!

Unknown said...

apa kabar?

cik ciput said...

aku suka waktu cuti..minda rasa lapang, lepas dari semua beban kerja..lebih2 lagi kalau bercuti di kampung..

lama kau cuti eh...

ctpayong said...

Bismillah.

Tidak apa2. Ketahuilah sebenarnya apa yang dapat kamu catitkan adalah hidayah daripada Allah. Jika kamu gagal mencacat ketika itu, ia pasti hilang dan tidak pasti bila akan kembali lagi.

Seorang penulis selalunya siap tersedia kertas, pen atau pensel ke mana jua dia pergi.

Iskandar Dzulkarnain said...

jika kamu tak mampu
maka aku akan membantumu :D

s a r said...

manusia memang selalu dalam kerugian :)

salam encik.

Unknown said...

gangguan untuk kamu buat sesuatu yang bermanfaat tu dari siapa bisk???
kekasih ye??biasa la..jumpa jarang2..heheheh

Nazsabrina Iman Zulfikar said...

itu tandanya kamu kena berubah angin

intan.maisarah said...

Ghost, selamat kembali

Ghost,
Mai sudah cuba mula kembali menulis.

Ghost,
Jaga diri

BonekadalamChermin said...

ghost,

kau hanya perlukan SEMANGAT


:)

jhnrdzi said...

eh, aku juga sedang baca buku itu ghost. amat mengilhamkan :)

ghost said...

aleen aiden |dan kata-kata itu mengingatkan aku pada novel Kelapa Nan Sebatang. :)

Para Jamaludin |aku memang suka membacanya sebab itu aku terus dapatkan sebagai koleksi.

FIFIEY LYCHEE MARATION |bukan kerna silap laku.tapi resahnya tanpa usul.orang bilang apa ya..

ah,aku juga hilang kata2 mau jelaskannya.

Sang Cerpenis bercerita |sihat aja,Mba Fanny.

cik ciput |ya,sebab aku lama tak cuti.hihi

ctpayong |aku pernah bicara soal nih dgn temanku,Peddo. :)

John Terro |silakan bantu aku,sob. :)

s a r |jelas tentang itu.

salam,Sar.

diana |haha!aku mau cakap ya,tapi bukan dari itu puncanya.

Nazsabrina Iman Zulfikar |barangkali lar,Sabrina. :)

ghost said...

intan.maisarah |bagus lah.patut dimulakan semula.mekasih,Mai.

BonekadalamChermin |aku tengah mencari semangatku,Ayin.

Johan 'Champ' Radzi |wah!kita kongsi ilham nanti.haha

a.samad jaafar said...

gangguan waktu menulis sentiasa ada.. biasanya aku boleh bertahan.. tapi aku pantang diganggu waktu aku sedang membaca..terus aku capai rokok..err.. yg ni hanya alasan hihihi..

ghost said...

a.samad jaafar |kita sama,bro.bukan pantang,tapi memang takkan layan orang yang bercakap masa aku tengah membaca.

~Kenanga Suchi~ said...

kamu udah kembali ya.
:)
lama aku tunggu tinta-tinta dari kamu di sini.


selamat kembali Ghost~
moga yang baik-baik aja untuk kamu.

Cikgu Jaja™ said...

gangguan yg dtg boleh dielakkan..jelas ia hanya alasan. :p

bila mula rasa menyesal, cepat2 aku peringatkan diri bahawa apa yg kita lakukan itu yg terbaik pernah kita lakukan. biarpun baik atau buruk, tetap ada hikmahnya

monologtinism said...

ada perkataan lain daripada rindu adalah 'oh, kamu sudah kembali. teruskan menulis. aku suka baca'

BERMASALAH said...

buku latiff mohidin, masih tidak berkesempatan untuk membaca.

sahidzan said...

.Kispen dah siap kah? ha ha ha ha.

ghost said...

~Kenanga Suchi~ |mekasih,KS.aku kembali untuk sementara sebelum pergi lagi,barangkali lah.

Cikgu Jaja™ |sudah kukatakan ia alasan.tapi alasannya suatu yg membingungkan.haha

monologtinism |haha.aku suka dengan cara tuh,Mono.

PENCONTENG |sibuk untuk menulis barangkali kau,beb.

PK |haha!dalam proses,folks.akan disiapkan.

blog-tips-kurus said...

hhmmm..... baru baik demam, tak reti nak komen. hehe!

specsy said...

yeah. mmg selalu macam tu. ada masa2 kelapangan tapi jarang sangat di manfaatkan. haishh.

tieykah said...

aku paling resah bila aku rasa orang-orang sekeliling tidak mengendahkan aku

Pembunuh Tanpa Bayang said...

syukurlah kau kembali juga akhirnya di sini.aku gersang kala tidak dapat menikmati setiap dari hasil karya kamu penulis hantu.

adwafarahin said...

nk menulis perlu masa dan idea.menulis dlm keadaan resah mmg x seronok.

Rain said...

bila mula kerja, sebolehnya tidak mahu gangguan...


semangat bkerja sangat kuat masa itu.
tumpuan.


kamu beri tumpuan pada aku tidak?

haha. aku merepek plak

ghost said...

blog-tips-kurus |biar kebah demam tuh betul-betul,ok.

specsy |kau pun hadapinya jugak ker?

tieykah |tapi aku selalu ingat kau,Tie.. :)

adwafarahin |satu ayat yang bagus pun belum tentu dapat dihasilkan..

Rain |kadang-kadang aku bagi tumpukan,bila aku berada dalam hujan.haha

Unknown said...

jom aku bawak pi royal belum. dulu ada bawak geng pelukis,penyair,penulis sekitar perak masuk dalam sana.

royal belum, harta kita. kata mereka

ghost said...

royal belum tuh tempat aku berekplorasi di dalamnya.1999,2003,2008,2010.jatuh berguling aku di dalamnya merentas dunianya.

♦♦orked♦♦ said...

Kita masih bernafas pada cara yang sama,sahabat.<-- ucapan yg mampu membunuh rasa sunyi.

Anonymous said...

http://wanwidget.com
aku yg masih bermonolog

LadyBird said...

katik tu ape?

ghost said...

Pembunuh Tanpa Bayang |harap aku mampu basahkannya semula.

♦♦orked♦♦ |aku juga berbuat yg sama.

Wan85 |teruskan monologmu..

LadyBird |katik itu adalah seperti kayu yang di lekatkan di tepi perahu untuk keseimbangan.

dear anies said...

dihambat tanggungjawab = tiada kekosongan masa

ghost said...

KhaiRin |faham kalau kamu wanita berkerjaya.