lumpuh



Ini pernah menjadi satu bisikkan halus suara anak-anak desa dalam kisah kami orang biasa yang tidak selalu mengejar luarbiasa.Aku titipkan sebagai hiburan dari serpihan karanganku yang lumpuh.


--Aku berdoa dalam hati yang tidak tenang dan dirusuh.Doa seorang budak lelaki berusia awal sepuluh tahun dan sentiasa menghargai warga burung.Berharap agar ada warga burung datang mendekatiku dan menyuakan telinga kecil mereka untuk kubisikkan doaku dan membawanya terbang ke langit,langsung bertemu dengan tuhan.Menyampaikan doa-doa besarku pada tuhan.Aku selalu mendengar cara penyampaian begitu dari temanku,Ariel,yang seronok bercerita tentang koir di gereja setiap pagi ahad.


....dan aku tidak berteriak-teriak di hadapan tuhan,kala di belakang-NYA aku masih meminta sedekah pada manusia.





52 comments:

Isti said...

kirain Ariel Peterpan yg lagi dipenjara itu hehe..semoga doa itu dikabulkan oleh sang Pemilik Bumi

beautiful_rose said...

jika doa kamu ikhlas sudah pasti ia sudah lama sampai ke pendengaran Tuhan =)

sahidzan said...

errr..boleh kirim doa? gua mahu ilham gua datang mencurah-curah.

Ceiler Mun said...

semoga Allah kabulkan permintaan bro ghost.. aminnnn :)

AJ said...

dan kamu ada carik-carik yang cukup indah untuk disusun manis menjadi karang yang tak terbayang dari dulu.
ah, kamu sendiri mampu langsaikan semua hutang pada diri sendiri, cumanya kadang kamu/kita terlalu membiar ada kekang yang menghimpit lebih rimas dari nafas hidup yang sebenar.

doa aku, sisi penulisan kamu bisa berdiri semula dengan aman dan esok lusa kamu bisa titipkan yang indah buat bacaan sekalian.

ah, tentu saja penulisan ini lukisan kepada khayalan kita, tapi tak salah kita hanyut sesekali selagi mana kita tidak karam di dalamnya kan?

***

'burung' itu ada, tapi terbangnya dari tikar sejadah.

=)

dan Maha Mendengar itu bisa saja tahu lebih biarpun kamu berbisik halus dan bukan berteriakan.

bukan begitu sahabatku?

Asrul "iLham" Sany said...

lama tak nampak ko

;-)p

hanjila said...

aku pula selalu bisikkan pada bintang agar esok tidak hujan... (:

Miss PIJAOSIX said...

salam GW,

mmg lame tak membace nukilan ko...mane menghilang? ke aku yg menghilang..hehee

Prince Halilintar said...

biarlah doa yg lahir dari hati nurani yg ikhlas dan berterusan kepada Tuhan dan dilakukan tanpa rasa jemu...

ctpayong said...

Bismillahirrahmanirrahim.

Jangan berhenti.

ghost said...

Isti |Ariel Peterpan itu muslim,Ariel yg ini,kristian. :)

beautiful_rose |ya sure,Rose. :)

PK |jangan baca dengan kasar,bro.hihi

Bella Bell |mudah-mudahan... :)

Ajuhanif |kamu menjelaskan dengan jelas,pren.mekasih.

Asrul "iLham" Sany |ko pun sama,Roy.

hanjila |pasti bintang kejora,bukan.

Miss PIJAOSIX |kita mungkin sama-sama menghilang,sahabat lamaku. :)

Prince Halilintar |itulah yang sebaiknya...

ctpayong |inshaAllah,akan diteruskan.

Unknown said...

tak perlu berteriak kerna dia mengetahui segala yang ada di jiwa..

.drakula. said...

aku sudah lama perhatikan adakah ini satu kebetulan atau cuma perasaan aku...

zati embong said...

kanak2,kadang2 pemikiran mereka tulus.

Anonymous said...

doa pada Tuhan, tak perlu perantaraan..Dia ada, Dia dengar

iKhRam said...

Kadang2 tuhan tau apa yang diberikanNya...

Bercakap pasal burung.. tetiba banyak pulak burung kat maktab hari ni.. asyik terdengar bunyi burung jer..

~Sal Ismail~ said...

Allah suka pada mereka yg x putus berdoa..walaupun bisu tanpa suara..DIA mendengar segalanya~

Amalina said...

sebelum gambar itu muncul aku telah bayangkan gambar lain.

ewanthology said...

berhenti berharap

cik ciput said...

"Dan berdoalah kepada-Ku, nescaya akan-Ku perkenankan padamu" - selalu dengar dalam radio IKIM..hehehe..

*percayalah, doa setulus hati pasti dimakbulkan..

jhnrdzi said...

doa itu Tuhan dengar semestinya :)

ghost said...

JIJI YU |Dia Maha Mendengar. :)

RepublicAku |tentang apa tuh,RepublicAku?

zati embong |suatu masa dulu,kanak-kanak itu aku.

.::syifa::. |sudah semestinya,Syifa.

iKhRam |musim burung barangkali.. :)

~SaL IjOu~ |siapa yang tidak berdoa,adalah orang yang kedekut.

Amalina |kau bayangkan gambar apa,Lina?

delarocha |haha..mungkin jugak.

cik ciput |sayangnya,aku tak dengar radio IKIM.hihi

ghost said...

Johan 'Champ' Radzi | :) semestinya,Joe.

lavender harum wangi said...

Aku tak penah lagi teliti telinga burung macam mana rupa bentuknya,

jadi cukup kalau aku titip doa pada angin saja.

Moga dikabul permintaannya Bisk :)

Qaseh Dalia said...

Allah maha mengetahui segala2nya .. walau tanpa suara hati sering berbicara .. hehe

Cik Specky said...

adakala bila jiwa kacau, doa yg ingin dititipkan lintang pukang jd nya, namun Dia yg maha mengetahui, maha mdengar, maha melihat, maha pengampun serta maha penyabar atas sgala kesalahan yg kita lakukan

Cikli said...

tak perlu berantara untuk bermunajat dengan tuhan. dan tak perlu appointment.

Amalina said...

aku bayangkan lukisan yang mengunakkan warna-warna pastel dan lebih mendamaikan.

lina?err..aku rela kau panggil aku line atau garisan saja.

Bidadari Syurga said...

boleh aku tahu kamu minta apa? insyallah DIA...

Anonymous said...

moga tuhan perkenankan doa kita semuaa.
amin.
:)

broken_nigina said...

budak tu,

hidup lagi?

Fyqa said...

Amin... b'doalah slalu.

:)

tehr said...

heran ya
kita selalu meminta-minta kepada manusia
sedangkan kita memang tahu tuhan maha kaya

ghost said...

lavender harum wangi |dan angin bisa tembusi apa saja tanpa halangan.

Qaseh dalia adelia |benarlah apa yang dikatakan..

nurHeart |malah Dia Maha Memahami.

Cikli |indeed,Cikli.

Amalina |baiklah.lepas nih aku akan guna nama penuh,Amalina.

Bidadari Syurga |mempertemukan dengan abangnya yang hilang..

chemay |mekasih,Chemay.aminn..

broken_nigina |masih hidup.malah dia yang menjawab soalan kau.

Fyqa |aminnn... :)

tehr |seperti itulah,bro Tehr.

dill said...

doaku tidak pernah putus dibisikkan kepadaMu, Ya Rabb.

dill.

monologtinism said...

kutipkan segala sisa-sisa harapan dan serahkan padaNya.
pada Dia semuanya sempurna. berhikmah.

penjajah minda said...

manusia memang perlu meminta pada tuhan kan?

broken_nigina said...

good.i thought he's 'dead'.ditelan kedewasaan.

faiz said...

jgn berhenti mengharap bro..

APi said...

alangkah indahnya jika kita dapat berkongsi doa yang sama, dikirimkan bersama alam seisinya dan diaminkan rserentak bersama sama..

kay masingan said...

Doa secara terus saja..burung bisa berbohong..dia katakan sudah disampaikan, mana tau dia lupa akan doa itu, tatkala bertemu kawan2 di udara..

Kepala Mancis said...

hubungan sesama manusia pon penting ye dak?

koskakiungu said...

karya sastra yg indah,
tapi kurang faham sama endingnya --a

pemuzik jalanan said...

Tuhan pastikan menunjukkan kebesaran dan kuasanya, bagi hambanya yang sabar dan tak kenal putus asa.

D masiv- jangan menyerah.

Nanti aku mainkan utk kau :) hee bye.

Pondok Usang said...

esok mungkin tiada kerana esok adalah hari ini..bersedialah hari ini keraan yang ada hanyalah semalam...

a.samad jaafar said...

moga baik-baik saja bro...

jangan malu malu meminta/berdoa kepada-Nya..biar sehina mana pun kita..bukankah Allah suka pada hamba-Nya yg selalu meminta/berdoa ??

Amirah Jafri said...

Allah suka org yang berdoa tapi Allah lebih suka org muda yang berdoa..

sementara kita muda&sihat ni, banyakkan buat ibadat :) insyaAllah

Unknown said...

aku juga kadang2 lupa, kita ini DIA yang punya

Wadi AR said...

aku pon lupe nak update blog :)

ghost said...

dill |baguslah,Dill.teruskan selamanya.

monologtinism |DIA Maha sempurna,bukan.

penjajah minda |semestinya... :)

broken_nigina |aku akan benarkan kau telannya...haha

faiz |tidak pernah.cuma disimpan dulu.

APi |alangkah bagusnya.tapi kita masih boleh mencuba.

kay masingan |haha.pernah dengar burung merpati yang setia?bacalah Padang Bulan.

Kepala Manchiss |penting,tapi jangan ke sasar pentingnya.

KoskakiUngu | masih berjalan sekarang..maka,endingnya belum ada.

pemuzik jalanan |aku pasti mendengarnya dengan tenang..

ghost said...

Iwanski |satu kata-kata yang bagus.

a.samad jaafar |mekasih atas nasihat itu,bro.

Amirah Jafri |kasihan orang-orang tua.hihi

EZAN IDMA |setiap dari kita,memang hak DIA.

Wadi AR |ingat-ingatlah..haha.sama jer kita pun.

SYARIFF HAIKAL said...

KDG2 AK SEGAN DGN ORG SPT ARIEL...DIA LEBIH BAEK HATI DAN KURANG DENGKINYA PADA AKU..TAPI ALI KAWAN KU SALU IRI HATI DAN MAHU JATUHKAN AKU...DAN KWN PERMPUAN KU AIN BANGGA DGN GAMBAR YG MENGGAIRAHKAN DI LAMAN SOSIAL DAN X SEGAN MEMAPARKAN YG DIA ADALAH SEORANG MUSLIM...