hukum



Bunuh.
Satu proses di mana seseorang tidak pernah bersikap adil.Sebagaimana kehidupan itu sendiri,kematian pun hampir sama alirnya.Dari sepintar-pintar,sebodoh-bodoh,sekejam-kejam atau sesimpati-simpatinya proses itu,ia tetap tidak kufu pada keduanya.


Qabhil telah mendidik dan memperingati kita tentang permulaan sejarah manusia dan kesalnya.Namun kejahatan lebih menunjukkan kepentingannya.


Kejahatan akan terus hidup.Manusia akan terus terhukum.



54 comments:

Amirah Jafri said...

Zaman sekarang yang mustahil pun jadi tak mustahil.. macam campak bayi dari tingkat 2 tu.. :(

Qabhil telah mendidik dan memperingati kita tentang permulaan sejarah manusia dan kesalnya'

Kalau boleh saya tahu, apa maksud kesalnya? tq :)

haikalblank said...

tidak berkufu pada mana - mana. bukan hak sesiapa dan sering disalahguna. tetapi putarannya telah diatur.

cuma persoalannya, siapa yang berkuasa menghukum? kita? huh.

delarocha said...

tapi manusia masih boleh memilih antara qhabil dan habil bukan?

Wadi AR said...

sekarang kan manusia pakai bunuh aje. senang katenye

ghost writer said...

Amirah Jafri |cuba lakukan satu kejahatan,dan selepas itu diam berfikir dengan tenang.apakah tidak ada kekesalan dari itu?

haikalblank |kalau kita yang menghukum,sudah jelas kejahatan tidak pernah terhapus.haha.

delarocha |lihatlah,sahabat.dalam apa jua,manusia itu disertakan sekali dengan pilihan.

ghost writer said...

Wadi AR |yang dibunuh tak senang.

syifa said...

pembunuh itu penakut. pijak lipas sampai mati.

syifa said...

pembunuh itu penakut. pijak lipas sampai mati.

Amirah Jafri said...

Ok terima kasih :) cuma takut tersalah tafsir.. TQ :)

s.u.h.a said...

manusia menghukum sesama manusian. tak perlu membunuh secara fizikal. bunuh hati sudah mati manusia tu.

Cikgu Jaja™ said...

berbunuhan bagai tiada rasa.. kerap sgt terjadi. Allah.. begini agaknya penunjuk hari kiamat..penunjuk rupa bumi yg sudah tua

Bella Bell said...

zaman sekarang ni, membunuh orang tu macam kita membunuh nyamuk je.. begitu senang, kan?

Pembunuh Tanpa Bayang said...

minda gagal untuk bekerjasama dengan hati.

dan pada akhirnya sendiri juga yang kesal menyesal.

hanjila said...

aku fikir, ini kata-kata seorang assassin... (:

ghost writer said...

syifa |ok lar lipas mati oleh si penakut.sbb yg pemberani takut sama lipas.

Amirah Jafri |sama-sama,amirah.

s.u.h.a |itu lebih menyeksakan bukan,Su.

Cikgu Jaja™ |setiap hari ianya terjadi,cikgu.

Bella Bell |sebab untuk hidup agak sukar.

Pembunuh Tanpa Bayang |bila biarkan setan yang amik alih urusan minda,ia sangat tidak berguna.

hanjila |indeed!

Nadia said...

menghukum itu seronok!

pembaris said...

dan kita diajar oleh binatang untuk menyempurnakan jenazah

penjajah minda said...

qhabil.masih terngiang cerita tue.

Bidadari Syurga said...

qabhil lahir dari benih yang suci... tetapi apapun akal yang manusia cuba kembangkan untuk qabhil asasnya hanyalah satu... DIA tahu apa DIA bentangkan dan hamparkan pada benda yang DIA cipta...

hanya ilmu yang HAQ dapat meluaskan segala kekaburan hati dari dahulu hingga kini. belajar tntang KUN FAYAKUN... Itu milik tunggal DIA.

broken_nigina said...

kadang-kadang gua tertanya-tanya,manusia ada hak ke untuk menghukum mati manusia lain?kita ada hak ke menentukan ajal orang,memutuskan untuk mencabut suatu nyawa milik tuhan?kalaulah,kalaulah katakan ianya salah,agaknya macam manalah penjatuh-penjatuh hukuman mati dan mereka yang menjalankan hukuman mati ke atas manusia lain tu?wow!serius,wow.sedangkan mencabut nyawa sendiri pun haram tak cium syurga..heh.

chemay said...

manusia bukan semua nya baik.
sebab tuh diciptakan neraka,
:)

Titisan Hujan said...

jgn terbunuh kerana salah sendiri

Amalina said...

aku pernah rasa nak bunuh org tapi aku tak sanggup.aku juga pernah rasa nak bunuh diri sendiri, aku tak sanggup juga.

lavender harum wangi said...

hidup dalam sesal atas perkara lampau juga suatu hukuman. #sigh

ghost writer said...

Nadia |sebab tuh ia berulang.

pembaris |betul.tuhan telah tunjukkan melalui binatang.

penjajah minda |jgn kau terbayang kisah ghabil gushi gabhil gham.haha

Bidadari Syurga |hanya kita yang menghadap akal kita saat dewasa sekalipun kita lahir dari benih yg suci,itu bukan dijadikan sebagai jaminan.

broken_nigina |atas perintah yang kalau tidak melakukan perintah itu boleh memudaratkan masyarakat.

chemay |harap takde yg berusaha utk ke situ.

Titisan Hujan |kita terima sebagai mangsa.haha

Amalina |2-2 kau jangan nak buat..

ghost writer said...

lavender harum wangi |harap ia tidak membunuh.

~SaL IjOu~ said...

Aku kira itu kitarannya..~
"Kejahatan akan terus hidup.Manusia akan terus terhukum"

cik ciput said...

bukan semua pembunuh mempunyai niat yang jahat..ada yang terpaksa membunuh untuk mempertahankan diri<--terpengaruh dgn drama 'Soffiyya' kat TV3..keh3x..

dill said...

cuma membunuh dalam cerita.

dill.

syafiqakarim said...

aku sanggup bunuh kalau tiada hukum dunia akhirat.

Miscellaneous Smiles said...

otak ak dah beku goss..~~ =(

Johan 'Champ' Radzi said...

kadang aku terfikir juga, siapa sebenarnya yg punya kelayakan untuk 'membunuh' atas nama keadilan?

s a r said...

bila di dada tiada lagi rasa, pembunuhan seperti tiada makna.

salam encik.

JIJI YU said...

tak perlu salah kan zaman dan sejarah..

RedVixen said...

di dunia ni dia bleh tutup kesilapan dengan bunuh orang. tapi hari pembalasan akan datang jugak akhirnya.

broken_nigina said...

still doubtful.ada ke tuhan bagi hak kat manusia untuk menentukan hukuman?haha..ok gua terpesong ke bab lain.

a.samad jaafar said...

haiwan semakin hari semakin banyak yg pupus.. diganti oleh haiwan berwajah manusia.. aku agak lah..

tehr said...

jenayah paling tua di muka dunia ini
sampai sekarang masih berleluasa malah semakin rancak dengan berbagai alasan yang mereka cipta sendiri

maCy said...

semalam. ingin aku bunuh rasa ini. andai rasa ini bukan aku yang punya. tapi hari ini. aku peluk semua. kerana rasa ini memang aku yg punya.

ghost writer said...

~SaL IjOu~ |ia akan sentiasa berulang begitu.

cik ciput |tetap saja tidak adil.

dill |kau pun dah mula suka bunuh2 ek.

Miscellaneous Smiles |habis tuh,kau taknak cairkannya?

Johan 'Champ' Radzi |aku pun bertanya yang sama,Joe.

s a r |macam nak baling batu kecil dalam air..

JIJI YU |kita tak salahkan,kita mengingati.

RedVixen |kalau difikir awal2 tentang tuh,tentu tiada siapa akan buat.

broken_nigina |ada.

a.samad jaafar |mereka amik alih dalam jiwa manusia.

ghost writer said...

tehr |betul tuh.dowang sentiasa letakkan satu2 alasan utk pembunuhan.

maCy |peluklah selagi ia masih terasa.

Gimi said...

ramai memilih tindakan si gagak

Kepala Manchiss said...

dihukum dengan sejarah. atau kita yang menghukum sejarah sebenarnya?

juliam said...

ghost !

Penjiwa Jalanan said...

qhabil dan habil, timbangan yang berat sebelah

ghost writer said...

Gimi |sebenarnya didahulukan oleh manusia.

juliam |iye sayeee!

Penjiwa Jalanan |pilih yang mana lebih baik.

APi said...

mungkin sudah asalnya kita dari keturunan pembunuh, penggoda dan orang yang mementingkan diri sendiri..
yang terbunuh, tergoda, dan mengalah terus dihukum..

ghost writer said...

syafiqakarim |kalau tiada tuhan,lagi orang suka2 nak membunuh.

Kepala Manchiss |mungkin keduanya saling tolak-menolak.

APi |mungkin juga kita berasal dari semua tuh.mungkin.

Syuxer said...

melakukan kejahatan adalah salah satu jalan untuk mendapatkan ketenangan secara haram..mungkin melegakan rasa sakit hati,melenyapkan bunyi-bunyi bising dalam kotak fikiran dan sebagainya

Sang Cerpenis bercerita said...

wah siapa yg jadi hakimnya

Asrul "iLham" Sany said...

manusia2 'gelap' itu boleh buat semua orang ber'bulu'

=)

dhiera said...

macam-macam konon ye dorang nak membunuh.

nurHeart said...

manusia terhukum akibat perbuatan mereka sendiri, tak dapat bunuh jasad, lalu dibunuh hati, bunuh jiwa, bunuh minda. sick people are around us. someday, somehow, maybe we will be one of them if we dont strengthen our iman. nauzubillah..

SYARIFF HAIKAL said...

KEJAHATAN MEMANG X KAN MAHU BERHENTI...KEHIDUPAN KINI SMKIN DAHSYAT DAN KEKEJAMAN ITU UMPAMA GURAUAN BERSAMA RAKAN2..