antagonis



Kata temanku,kalau satu hari nanti aku terperangkap dalam kedinginan yang teruk bersama seekor kuda yang setia,jangan sesekali ada perasaan simpati.


Terkurung dalam kedinginan akan membuatkan seekor kuda mati terlebih dahulu.Kemudian ia akan disusuli dengan kematian kita.Caranya dengan membunuh kuda untuk makanan.Soal kelangsungan hidup sangat sukar untuk membuat pilihan seandainya kita meletakkan soal simpati sebagai benteng terakhir hidup kita.


Bagi aku soal simpati hanya akan wujud saat aku mempunyai pilihan yang banyak.Bila aku membiarkan sedikit simpati menguasai diriku dalam kondisi yang sulit,ia akan memakan sebahagaian dari jiwaku.Dan ia akan memusnahkan aku.Dalam hidup,harus memiliki sedikit rasa kejam.




79 comments:

ORLANDO AHMAD said...

kalo kite belah perot kambing, pastikan jangan terbelah pundi kencing die, pasal nanti daging kambing akan jadi kuat bau,

mcm tu jugak kalo belah perot kuda tu, nanti rasa die jadi mcm celaka...

lain la kalo dahaga nak minum kencing kuda tu...

kalo dah terperangkap dan masih nak memilih, eat shit and go die

kah3

ORLANDO AHMAD said...

wah, gua first? yessssss

ORLANDO AHMAD said...

yahoooooo

ORLANDO AHMAD said...

meow meow meow

ORLANDO AHMAD said...

ong gedek gedek

ORLANDO AHMAD said...

cukuplah celebration Gua ni, okeiii mintak diri

lalallaa

Bella Bell said...

tp seorang guru perlu ada sifat empati terhadap anak muridnya.. dan empati lagi tinggi dari simpati.. hehehe...


^^

beautiful_rose said...

aku syak orlando sudah gian komen malampau ko sampai 6 kali ko dok menempel kat sini...damn u!

simpati pada yang lain atau simpati pada diri pilih yang mana kau mahu.dalam soal terdesak begini,kadang2 kita perlu mementingkan diri sendiri jugak.kalau asyik nak fikirkan org lain sampai diri sendiri terjejas nak buat apa.

siapa lagi nak simpati dengan kita kalau bukan kita sendiri yang harus bersimpati pada diri sendiri dulu.

Bella Bell said...

ingatkn jd org 1st... rupa2nya jadi org yg ke... errr.. kenapa bnyk sangat komen orlando tu?? grrrrrr.... hahahaha~~

EnnyLaw said...

hidup ini ada yang punya..
simpati sm org saat susah gak akan mengurangi rejeki..
tidak pny pilihan/lg susah bukan alasan untuk jd kejam sm org lain..

dah lama sy gk mampir

cik pha said...

aku belom penah makan dgg kudaa.haha

Khairul Antasha said...

tp dlm diri aku..lebih byk rasa simpati dari rasa kejam.. dari dulu..sehingga kini...

daging kuda sedap tak ghost? :D

Anonymous said...

kalau terperangkap dgn kawan, bunuh kwn dulu kah?

hehehe....

sekadar menukar situasi tgk manusia ni kejam sampai tahap camne

Amalina said...

ya, bersetuju.

Cik Jari said...

erm...kena tangkas berfikir...ada masa kita perlu bertindak,ada masa kita perlu bersabar dan bertahan..

hanaahmad said...

apehal dengan abam orlando kat atas tu? gila? hahahahaha. simpati plak aku dengan dia. haha

hanaahmad said...

eh, aku tak komen lagi. bagi aku tiap dari kita seharusnya memikirkan diri sendiri dahulu sebelum orang lain dan biar nampak kejam dari terus-terusan bersimpati yang terang-terangan sudah nampak ia lebih kejam.

Cik Anita said...

salam.

hurm. berfikir*

~SaL IjOu~ said...

Aku setuju itu..kdg2 manusia itu harus punya sedikit rasa kejam..~

Setiap pilihan perlu berakhir dengan tindakan..& tindakan itu boleh jadi nampaknya agak kejam..~

Ajuhanif said...

Kejam itu 'gi' mana ya agaknya?

Kalau jalan yang tinggal itu masih halal dan dibenarkan, kenapa harus dibiar kata 'kejam' menjadi selimut menyelubungi rasa.

dan tidaklah aku fikir yang kamu meletakkan keputusan kamu bukan pada tempatnya bilamana perlu dikorbankan si kuda sayang itu buat jamahan survivor mu.

jalan benar kita ada satu, dan jalan kita itu takkan pernah salah kalau kita tidak tersalah pandang.

barangkali ini hanya metafora.
dan kaca mata kita pandang dari longitute yang berbeda dan pasti saja aku pohon maaf bagi lontar batu aku yang berbeda dan jatuhnya jauh dari yang kamu harapkan.

p/s: terima kasih berkunjung ke 'keanakan' aku yang baru tatih-tatih celik matanya itu. Terima kasih.

ghost writer said...

ORLANDO AHMAD |sebab itu aku pilih bunuh kuda dan makan dagingnya.kuda tuh mesti faham kalau tuannya mau teruskan hidup.

kau celebrate lar puas2 ek..

Bella Bell |aku bukan seorang guru,Bella.hihi

beautiful_rose |aku pilih simpati pada diri aku.aku mau teruskan hidup dan itu pilihan aku.

EnnyLaw |kehidupan manusia tidak digambarkan sepenuhnya dalam dunia yang sebenar.

cik pha |ia mana ada dijual kat mana2 pasar atau pasaran gelap.

Khairul Antasha |baguslah,selama mana kau tidak mengahadapi kesulitan.dagingnya lebih kurang daging kerbau.

Anonymous |ko macam tau aku letakkan maksud sebenarnya.

Amalina |ya..ya.hihi.

Cik Jari |jangan sampai sudah terlewat.nanti tiada apa yg mampu dibuat.

hanaahmad |*lando ada masalah tuh.memang macam tuh kalau datang masa2nya.haha.

dan semuanya bergantung pada pilihan yang kita ada,bukan..

ghost writer said...

Cik Anita |mekasih sebab berfikir.. :)

Ajuhanif |sob,aku masih memahami kalau apa yang kamu fikirkan dan ajukan persoalan dari itu.kalau dari gambaran sebenar,tidak ada salahnya dengan keputusan yang dibuat malah ia sangat diharuskan.namun,ini jelas sebagai satu metafora.mekasih atas itu.

~SaL IjOu~ |kejam yang digambarkan apabila orang lain merasakan kita masih punya pilihan lain dan tidak perlu berbuat begitu.

APi said...

lumrah manusia akan memikirkan dirinya terlebih dahulu sebelum orang lain..
refleksi ini automatik..

Amirah Jafri said...

Harsh words hurt feelings,
but silence breaks heart :(

Lumrah dunia .. Tapi kadang-kadang kita perlu sayang diri sendiri sebelum org lain.

Mutiara Bernilai said...

sukar untuk berlaku kejam, jika itu kawan sendiri..

apatah lagi jika kawan itu pula sebenarnya lebih menyulitkan lagi keadaan..ah! Ghost, ini adalah kelemahan aku yg dr dulu lagi payah untuk ak hadapi..

s.u.h.a said...

simpati pon kena ada batas jugak la. kadang kadang aku ada masalah simpati. kawan hutang rm700 pon tak tau macam mana nak mintak balik. tak sampai hati. padan muka aku. haha

delarocha said...

perlu lebih pentingkan diri sendiri.

diana said...

rasa simpati la yang buat akak sampai sekarang menyesal tak sudah..
sekarang lebih simpati dengan diri sendiri dan akan terus macam ni..biarlah mereka2 nak kata akak pentingkan diri pun..

Kepala Manchiss said...

cilakak lando.


simpati dan kejam tu pada pada la. kalau lebih simpati pada lain pun boleh jadi kejam pada diri sendiri jugek.

faiz said...

kdg2 aku cukup simpati dkt org padahal aku sesak gila time tu..

Prince Halilintar said...

mgkn jugak perlu tu..tapi bukanlah kejam pada diri tapi mencari kekuatan diri sebenarnya..

a.samad jaafar said...

amboi Orlando.. lepas geram nampak.. hihihi...

pesan orang tua..buat baik berpada-pada.. sekali sekala kejam, best jugak !

bujal X said...

belah perut kuda.keluarkan segala isi.masuk dalam perut kuda untuk berlindung sambil makan daging yang ada.simpati biar hilang kreatif jangan! keh keh~~

*simpati air tu syarikat kapal terbang kat indon kan?

iKhRam said...

orang selalu kata
sayang diri dulu sebelum orang lain.. termasuklah kuda yang setia tu..

kerana,
tak semua simpati ada pada semua orang..
kerana kalau kita tidak simpati, kuda pun mungkin sama tidak simpati juga...

dunia hari ni banyak persaingan..
jangan kerana simpati
kita biarkan orang lain mengambil kehidupan kita..
kerana tak simpati tidak minta utk dibalas.. huhuhu

HEROICzero said...

kalau kuda .. tak apa lagi . kalau kucing ?

alahai ~

Sang Cerpenis bercerita said...

wah kayak peran di film aja

nasyrun said...

men vs wild

hanjila said...

ya betul. perlu ada sedikit rasa kejam dan pntingkan diri jika sdh tda pilihan. tp, klau btul-btul tperangkap dgn kuda, aku rela mati sbb tdk snggup mkn kuda...

fz said...

kejam tu perlu.untuk perkara2 tertentu

Liyana Zahim said...

Daging kuda tidak sedaplah.. Ia liat.. Ye liat.. Herheheheh~

ghost writer said...

APi |ia juga seperti terperangkap dalam kebakaran,mana satu yang akan dia selamatkan.

Amirah Jafri |sapa tak sayang diri dia,itu lagi kejam.

Mutiara Bernilai |kawan tak kawan,fikirkan dulu dirimu.

s.u.h.a |RM700 tuh banyak sangat tuh.kena guna cara yang halus untuk memintanya.

delarocha |supaya kita masih leh kembangkan diri kita.

diana |sekali terkena,beringat seumur hidup.

faiz |jangan hulurkan air saat kau sedang tercekik.

Prince Halilintar |dalam saat-saat tertentu,kekuatan harus diperolehi.

a.samad jaafar |hahaha!itu pertama kali aku dengar pepatah macam tuh.terbaik!

bujal X |haha!leh tahan jugak imformation kau,Bujal.

ghost writer said...

iKhRam |sahabat,dalam suatu hal yang menentukan hidup dan mati,kesulitan harus dirungkaikan dengan cara yang terbaik dengan pilihan.

HEROICzero |kau agak-agak lar,takkan kau nak tunggang kucing.haha.tempat aku dulu,kucing juga jadi satu bahan makanan.

Sang Cerpenis bercerita |kalau dibayangkan sebagai film,ia akan jadi film.

nasyrun |pasti ada pemenangnya.

hanjila |kuda halal untuk dimakan.

fz |sudah tentu utk situasi2 tertentu.

Liyana Zahim |tak lah liat sangat,sikit adalah.masaknya kena betul.rempahnya mesti cukup.

JIJI YU said...

simpati jgn sampai mengorbakan diri

nurHeart said...

betul, cuma sedikit bukan utk menyakiti, just being protective, somehow it is easier said than done, bila smpai saat nya hati, jiwa, minda akan berbelah bagi.. payah kan? :|

Kevin said...

ya, sangat setuju. memang hidup itu perlu sedikit rasa kejam.

Salam,
Kevin
Blog : www.nostalgia-90an.com
Nostalgia Segala Sesuatu pada Tahun 90an.

Cikgu Jaja™ said...

ya, zalim harus ada kerana ada ketika kita perlukan rasa itu. tapi simpati buang mcm mn pon ia tetap mengalir dlm setiapa jiwa.. sedangkan haiwan punya simpati, inikan pula manusia

ghost writer said...

JIJI YU |elemen paling utama.

nurHeart |cukup payah kalau terpaksa berbelah bagi.

Kevin |melihat pada apa yang kita lakukan.

Cikgu Jaja™ |dua-dua wujud,cuma perlu bahagikannya.

mr.kylephytrie said...

tak bley ke kite memanipulasikan simpati itu...err camner ek....ngeeee

pembaris said...

pernah tengok ceriat games of throne? ada kaum kuda

dill said...

untuk hidup, satu pasti mati.

ape aku merepek ni.

orlando, kamu pun merepek juge. haha!

dill.

Titisan Hujan said...

tgk keadaan
tp bl gni situasinya aku pilih kejam.


xpandai nk sembelih kuda ni cmne erk?

Bidadari Syurga said...

sebetulnya aku tidak gagah untuk itu...

Cikli said...

kalau terperangkap sejuk dengan ibrahim ali macam mana? sanggupkah?

monologtinism said...

kau bunuh kuda.
hm entahla.

asalkan jangan bunuh kucing.

ghost writer said...

mr.kylephytrie |agak-agak kalau rasa nak lebih teruk,boleh gak lar.hihi

pembaris |pernah beb..HBO right?

dill |itulah hukumnya.

Titisan Hujan |tindakan yang betul dalam keadaan yang terdesak.

Bidadari Syurga |tidak mengapa,cik Angel.

broken_nigina said...

harap-harap kita takkan terperangkap dalam kedinginan yang teruk bersama-sama,sayang.

noraliza said...

betul2..mmg dlm hidup kdg2 perlu ada rasa kejam dan penting diri sikit..


lama dah tak dtg sini..pe khabar bisk?

Johan 'Champ' Radzi said...

demi survival. kita hidup dengan membunuh. dan err, itu kuda je pun.kalau manusia lain kesnya.

Johan 'Champ' Radzi said...

demi survival. kita hidup dengan membunuh. dan err, itu kuda je pun.kalau manusia lain kesnya.

Mehmed - said...

kebetulan sekarang pun aku rasa amat terdesak untuk teruskan hidup. ok,aku tipu..Ahaks!

penjajah minda said...

pikir diri dulu baru orang lain? macam tue ke?

cik ciput said...

sifat terlau mudah bersimpati terhadap orang lain selalu memakan diri kembali..

ya, kadang-kadang kita perlu bersifat kejam..

Farobi said...

hai guys, nice blog!

adwafarahin said...

tp aku mmg cpt simpati ngan org la..

Kepala Manchiss said...

punya la gua skrol atas bawah cari komen gua petang tadi. rupanya gua tak tekan post komen.peh.

terimakseh sobat. simpati dan kejam. jangan lebih jangan kurang. kalau lebih simpati jadi kejam pada diri sendiri.

S..U..D..@..I..S said...

utk kelangsungan hidup harum berani dan 'kering hati' ya begitu....

.sweet-ants. said...

ladies first.
eh, myself first! eh!



lama x update ek GW?

ghost writer said...

broken_nigina |ya,harap begitu lah. :)

noraliza |khabar baik,Liza.harap kamu pun begitu.

Johan 'Champ' Radzi |ia satu metafora,Joe.

Mehmed - |jangan lakukan kerja yang buat kau lagi terdesak,beb.haha

penjajah minda |lebih kurang begitulah.. :)

cik ciput |apalagi kalau kita sedia lemah,cik Put.

Farobi |mekasih,sob.

adwafarahin |tak mengapa,Adwa.

S..U..D..@..I..S |seperti yang digambarkan begitulah..

.sweet-ants. |ini artikel yang ketiga selepas rehat yang panjang. :)

KoskakiUngu said...

maap baru singgah di rumah ghost writer, ^^

hmm??? <= komen saya utk postingan ini ^^

PK said...

itu kalau kuda. kalau lu terkurung dengan si bujal? amacam? hak hak hak.

macam salah satu cerita dalam cerita K.H.

LadyBird said...

andai begini.. yang lemah akan bakal ditindas.. maka dalam situasi macam ni.. andai kedua2nya adalah manusia.. pasti mereka berdua akan sama2 mencari peluang untuk membunuh untuk kepentingan sendiri demi kelangsungan hidup.. bunyi macam kehidupan dalam populasi haiwan lak..

Penghuni 60 said...

jika memang tersudut oleh keadaan seperti itu, kita hrs bs mengambil keputusan yg tepat. pilihan pasti selalu ada. pengorbanan tidak akan sia2.

salam sobat, ditunggu komentar baliknya.

ghost writer said...

KoskakiUngu |hmmm..aku juga udah lama ngga singgah sana.

PK |citer yg mana satu ek..?weh,kalau aku terkurung ngan Bujal,jawabnya Bujal jadi kurus,beb.

LadyBird |so,kena lah lebih bijak tangani salah seorang.

Penghuni 60 |bagi aku,dalam keadaan seperti itu sudah tidak punya pilihan lain.

Qaseh dalia adelia said...

semuanya berpada2 ...
yup kdg2 perlu simpati bila punya pilihan yg banyak ~ hingga sukar untuk memilih ..

adakalanya kejam tu berlaku bila kita perlu mempertahankan diri kita .. hehe

tehr said...

ada kawan aku buat sup itu 'anu' kuda
fuh, tak sanggup aku nak makan

ghost writer said...

Kepala Manchiss |bro,sebenarnya kan,aku check dalam spam,komen kau ada kat situ.aku pun pelik lar apasal leh larik ke situ.nate tui..

Qaseh dalia adelia |ia amsih boleh diterima bila kita bertindak sedemikian rupa.

tehr |rugi,bro.hahaha!

SYARIFF HAIKAL said...

AKU SETUJU..SIMPATI AK BUATKAN JIWA KO ROSAK MANAKALA ORG LAEN SENYUM..DUNIA SKRG TEMPAT UNTUK ORG YG KEJAM...

g0m0k9enDek said...

simpati samakah dengan intruinsik?

ghost writer said...

g0m0k9enDek |

intruinsik atau intrinsik?

SYARIFF HAIKAL |

aku juga kejam