dalam kisah augustus



Langkah pada rentak yang sama.Dengar musik yang sama.Rasa angin yang sama.Pijak tanah yang sama.Sayangnya tidak pada masa yang sama.Salah waktu barangkali.Terdengar ada suara angin yang berbau cemburu;


"Mahu lihat kepuraan,jangan lihat pada pertemuan pertama.Tapi rasai apa selepasnya."


Pemikiran tidak akan berubah kala itu.Kesedaran membuatkan kita tersenyum.Dan memahami.Betapa sukarnya untuk sebuah persahabatan seandainya penilaian tidak sama dengan apa yang dilihat.Ada bingung yang menyapa;


"Yang kau kira teman itu adalah sisi kepuraan yang paling nyata."


Kembali pada asalnya.Kita tidak akan menjadi istimewa untuk mereka yang merasa istimewa.Seolah kita diajak dengan ramah ke parti mereka dan mentertawakan kita.Kita turut tertawa tapi bersedih dalam hati.Ada lagu yang dititipkan;


"Jangan bersedih andai kita tidak sebagus mereka.Bersedihlah untuk mereka yang merasakan bagus."


Kita masih bernafas pada cara yang sama,sahabat.



32 comments:

Wadi AR said...

ghosttttttttttttt! welcome back la. jom jom aku belanje bayam

Ceiler Mun said...

bersahabat biar lah ikhlas... kn bro ghost? ok fine.. saya masih fail untuk memahami.. dr dulu lagi.. tp saya cuba utk memahami.. hehe


bro ghost.. selamat kembali :)

~Sal Ismail~ said...

"Mahu lihat kepuraan,jangan lihat pada pertemuan pertama.Tapi rasai apa selepasnya."

Pernah aku di suatu tempat utk satu jangka masa yg agak lama..di situ aku belajar erti kejujuran & kepura2an..aku suka ayat kamu yg di atas itu..di sana aku kenal teman yg jelas ternyata kepura2annya..& di sana juga aku kenal erti jujur yg sejujurnya~

Mungkin pada sesetengah mereka aku ini layaknya dipandang sebelah mata saja..tp pada yg meletakkan aku sebaris dengan mereka..pasti aku doakan sentiasa dalam sejahtera~

#Rindu amat penulisan kamu,Ghost~ ^^

Nazsabrina Iman Zulfikar said...

LONG TIME NO SEE FREN

Unknown said...

penilaian dalam alam maya aku rasa payah sekali nak tepat.....

dill said...

ghost,

experience is the best food for our soul. we learn what is the real thing, true friends, fake faces and more.

welcome back.

dill.

broken_nigina said...

janganlah rasa sedih untuk gua.

Cikli said...

lama menghilang juga menguji keikhlasan pengunjung blogmu ghost.

jhnrdzi said...

yeay kau dah pulang. ahaa. lama benar kau pergi :B

Cikgu Jaja™ said...

lama kau menghilang. seperti ada semangatku juga turut menghilang. selamat kembali ophan~ :)

Khaisya said...

lamanya baru muncul...

"Jangan bersedih andai kita tidak sebagus mereka.Bersedihlah untuk mereka yang merasakan bagus."<--ada benarnya

ewanthology said...

welkam back bro... dan saya akan kembali memerah otak memahami entry2 bro.. ahaksss

Amalina said...

aku rasa kehilangan kau untuk jangkamasa panjang.

komen tentang entri:
kalau aku sedar kepuraan teman itu, aku tak panggil dia teman, aku panggil kenalan.

Unknown said...

perjumpaan pertama x menjanjikan apa2.

ghost said...

Wadi AR |sesuai sgt lar tuh bayam,aku kan dah macam kelasi gak.haha.

Bella Bell |dah betul lar tuh,bell apa yang kau tulih tuh. :)

~SaL IjOu~ |mekasih,sal.hey,jgn lupa dengan peristiwa sukan sekolah2 selangor ok.haha

Nazsabrina Iman Zulfikar |sama lamanya dgn spurs yang dah lama tak menang lwn liverpool,akhirnya berjaya.haha!

nub |siyes,ia memang betul.

dill |agreed.thanks,dill.

broken_nigina |lu bukan memang sedih ker..haha.

Cikli |ouh ya aku baru terfikir pasal tuh.

Johan 'Champ' Radzi |haha.kau pun tahu ke mana aku,joe.

Cikgu Jaja™ |jangan,jangan cuba2 utk hilang.hihi

ghost said...

Khairul Antasha |kondisi ku menyekat aku utk muncul.hihi

delarocha |akan dipermudahkan,bro.haha

Amalina |hurmm..ada betulnya dengan panggilan begitu,lina.

JIJI YU |soalnya,jangan mengharap persahabatan yg lebih baik selepas tuh.

Unknown said...

lama kamu hilang..
akak takut kehilangn blogger seperti kamu...:p

kamu rasa2 ayat diatas ikhlas dari seorang kawan atau tidak??hahahah...

ghost said...

diana | haha.ini satu ujian.

kalau tak ikhlas,aku masih leh terima.kalau ikhlas,ia sudah cukup bagus.

Anonymous said...

pertemuan pertama masih belum memberi maksud apa2.
:)

Melle Abadi said...

hai ghost writer, its been a long time

Hello Hello said...

that right..that right...

tehr said...

fuh, lama benar rasanya menunggu
selamat kembali, ghost
moga2 nafas kita makin sempurna

ghost said...

chemay |indeed,chemay.

melle amir |ya,terasa benar lamanya.

bloghok |hi3.u no dat.

tehr |berharap begitu lah,bro tehr.

Anonymous said...

dunia penuh sandiwara...

faiz said...

lama menyepi bro...bersyukur apa ada pada diri kita kan...

syamem said...

cool... buat aku ternganga.. hehe

ctpayong said...

Bismillah

Kenal hati budi bukan dapat sehari dua. Sampai hujung nyawa pun masih perlu belajar untuk memahami. Sedang lidah lagi tergigit.

Namun kompromi itu wajar kerana setiap manusia tidak sempurna. Menerima kekurangan itu satu institusi pengajaran...bersabar contohnya.

ghost said...

Khry Hnry |kita jugak..

faiz |ya,begitulah,faiz.

syamem |kau pun mampu,bro.

ctpayong |mekasih,kak CT,sebab bagi komen yang cukup bagus.

a.samad jaafar said...

"Jangan bersedih andai kita tidak sebagus mereka.Bersedihlah untuk mereka yang merasakan bagus."

Ya.. aku berstuju dgn kamu..!

mana lu pergi bro.. lama kami menunggu..

ghost said...

a.samad jaafar |aku habiskan masa untuk bercuti,bro.

blog-tips-kurus said...

kalau kita bandingkan dengan mereka yang lagi susah, pasti kita akan > bersyukur..

dear anies said...

mengapa perlu ada perbandingan sedangkan kita semuanya sama?