penikmat sepi



Aku suka melihat keindahan cahaya lampu di daratan yang aku lihat dari kapal yang sedang belayar pada saat malam mengambil alih urusan dunia.Perasaan itu terlalu hebat.Ia seolah melihat perkumpulan kunang-kunang yang berkerumun dalam kegelapan belukar.Dalam hati kadang terdetik,alangkah bagusnya kalau aku berada dalam lingkungan cahaya itu.Melihat dari kejauhan menjadikan aku seorang yang sangat sepi.


Tiba di pelabuhan,aku tersimbah dengan cahaya.Keceriaan jelas terpancar pada wajah teman-teman aku yang mula tidak sabar mengunjungi bar-bar yang punya lampu bercempera tujunya.Penuh warna dan pesta.Aku teringat cahaya yang aku lihat dari lautan.Aku sedar aku berada pada sebahagiannya.Dari cahaya itu aku melihat bebayang aku pecah di mana aku sedang berdiri.


Setelah sekian lama,aku rasa aku tertipu dengan gemerlapan cahaya yang terlihat dari kejauhan.Ia tidak menghadirkan perasaan yang hebat saat aku sudah mendekati dan berada di dalamnya.Aku masih seorang penikmat sepi yang sunyi.Mungkin selamanya.



97 comments:

Wadi AR said...

ayt dalam ni bro

~Sal Ismail~ said...

Sepi itu indah bagiku~

ewanthology said...

hati selalu kepingin yang indah indah, tapi bila sudah dapat, rasanya biasa sahaja, tiada yang istimewa.

jhnrdzi said...

Kadang ghost, sunyi itu bukan sesuatu yg buruk. Sunyi memberi kita masa berfikir sedalam-dalamnya.

feyza said...

4th heee

NARDtheNERD said...

bukan sunyilah kalau ditemani sepi...

:)

PenjuruKosong said...

tertipu..
seperti kabus yg terhampar
cantik!!!
jika masuk di dalamnya
tiada apa menarik..
cuma kabus...

Bidadari Syurga said...

tak tahu nak kata apa... tapi aku faham. aku faham sangat. tersangat faham. dan tiada penjelasan untuk kefahaman tu

feyza said...

menikmati dlm sunyi tnpa ganguan adalah y tarbaik..

ORLANDO AHMAD said...

'sepi' ni kadang2 best, tapi kalo 'sunyi' gua tak suka...

Cikli said...

sepi itu nikmat hingga telinga berdengung

Far8 budak baik said...

tu arrrr..lampu kelip kelip tuu
mmg lawa kannn..
tapi tak bolehh tertipu
dgn kecantikan nye..
kene berhati2 jugakk.
pehhh haha

Unknown said...

tertipu dalm kegelapan..

grOundnUt said...

Terlalu bermakna ayat² mu bro..^^

Unknown said...

ramai yang lebih selesa memiih sepi..
tapi ada yang suka merungut bila kesepian..
bukan kah sepi itu indah...:)

Anisa Hang Tuah said...

hey.

jangan tertipu dengan gemerlapan.

kedai buku perintis said...

hayati kesunyian sebelum datang kesibukkan.sepi itu indah.

Unknown said...

diri snd yg mencorakkannya

♦♦orked♦♦ said...

Aku masih seorang penikmat sepi yang sunyi.Mungkin selamanya.

Gaphe said...

iya, saya juga suka liat lampu kalo malm hari.. apalagi kalo rame, waah.. mirip kembang api

hanjila said...

apabila sudah terlalu lama menjadi penikmat sepi, mgkn gemerlapan cahaya itu sudah tiada apa-apa lagi...

A.s.t.i.n.a said...

nikmat sepi itu fana...

andai saya hanya perlu saya..
anda hanya perlu anda..

maka tiadalah nikmatnya...

Cikgu Jaja™ said...

suke mengelak dr rasa sepi.. sb sepi mengundang kisah lampau yg xbest T____T

pemuzik jalanan said...

Takpa ghost. Kau ada teman.
Aku pun penikmat sepi yang sunyi.

Sunyi.... Huaaa

ghost said...

Wadi AR |kena selam lar bro..

~SaL IjOu~ |kalau kamu seorang penikmatnya..

delarocha |itu yang selalu mengecewakan...

Johan 'Champ' Radzi |yes...sebab tuh aku berfikir..

Miscellaneous Smiles | :)

NARDtheNERD |aku tengah bayangkan sepi itu seseorang..

CassiaSiamea |malah ada yang kabur di dalamnya..

Bidadari Syurga |dan aku turut memahami kesukaran tuh..

Miscellaneous Smiles |ada gangguan bukan lah namanya sunyi..

ORLANDO AHMAD |lu masih boleh pilih bro..

ghost said...

Cikli |haha...sepi begitu sangat menyakitkan.

Far8 budak baik |aku usaha lain masa...

JIJI YU |maka aku tidak mencintai cahaya...

grOundnUt |barangkali lah... :)

diana |ya sangat indah sampai tak terkata.

Anisa Hang Tuah |diusahakan untuk itu Nis...

kedai buku perintis |baru kita tau ia berbaloi...

Titisan Hujan |memang selama ini diri sendiri yg laluinya.

♦♦orked♦♦ |faham bukan...hihi

Gaphe |kayak ada pesta-pestaan gitu...

ghost said...

hanjila |ia mungkin bermakna utk org lain.

A.s.t.i.n.a |seharusnya tidak begitu tapi ia suatu yang harus dilalui.

Cikgu Jaja™ |asingkan...dan rasa apa kesannya.

pemuzik jalanan |haha...takkan sunyi kena sedih.

James Alexander said...

nikmat sunyi, sepi dan tenang itu indah...

aku juga menikmatinya... membuatkan mata sentiasa mencari sinar yg benar memutih dan membuatkan akal sentiasa jelas terang berfikir...

Nazryn Mishar said...

terang lagi bulan penuh malam ni kan ? so , hayati sepi dengan bulan . takkan pecah bayang2 tuh . :p

blog-tips-kurus said...

dari jauh semuanya indah..

ctpayong said...

sepadan dengan peribahasa 'cantik belukar'

tehr said...

aku
kadang perlukan sepi
kadang perlukan riuh

semuanya ikut keadaan masa dan tugas

ghost said...

James Alexander |yang jelas memang membuatkan akal berfikir.

Nazryn Mishar |bulan pun dari jauh jer cantik bro..

blog-tips-kurus |sebab tuh lebih suka bercinta jarak jauh ye dak...(bukan aku)

ctpayong |ada maksud yang lain kak CT?

tehr |yang ini lebih banyak main dgn perasaan bro..

Nveil said...

cool !

abang bro EL said...

sepi kerna mempertahankan sesuatu eh ghost?

monologtinism said...

jangan biar sepi mulai wujud dalam kamus hidup
bimbang nanti selamanya terasa sepi..

ghost said...

Nveil |sepi itu dingin...

EL MARIACHI |barangkali lar bro..

monologtinism |sepi dalam hati dibenarkan.hihi.

makmalf said...

Suasana sepi itu penuh inspirasi :)

Marhaenonymous said...

aku suka suasana sepi sunyi..

terasa aku lebih sebati dengan sepi..rasa tenang dan indah dalam angan.

Pyka Rahmat said...

aku ingat aku nak belajar bahasa dengan kau bro.

Rain said...

lepas baca..

makin sepi aku rasa.

indah jauh, jemu dekat, itu hanya perasaan.

tiba masanya.. menyelami hati, cari peneman sepi supaya berkongsi rasa sepi, bahagia.

barangkali...

beautiful_rose said...

kau mengingatkan aku tentang bulan.yang dari jauhnya kelihatan indah hinggakan aku teringin mahu memilikinya.saban malam ternanti2 akan kehadirannya.

tapi yang hakikatnya hampa kerana keindahannya tak seperti yang aku bayangkan.

Khaisya said...

ramai yg tgh sepi..teringat kat filem Sepi..sepi yg benar2 sepi bg aku

a.samad jaafar said...

sunyi menjadikan kita seorang pemikir.. malangnya, kita memilih utk menghindari sepi kerana mungkin kita enggan berfikir..

toyolkiut said...

TK paham, ghost..
TK pnh rasa dulu.
dan bila sudah lama dlm limpahan cahaya begini, TK rasa sunyi dan gelita itu suatu nikmat yg telah lama hilang..
mugkin TK perlu berkelana semula utk mencari di mana suara sepi itu bersembunyi..

Anonymous said...

indah jauhan dari dekatan. erkkk

hana ahmad said...

aku terlalu percaya bahwa, sepi itu sesuatu yang sangat indah, ya indah.

imy Phan. :)

Aleen Aiden said...

aku suke tengok view kl belah malam.itu saja dah cukup gembirakan aku. ^_^

Qaseh Dalia said...

indah khabar dari rupa .. jgn tertipu dengan hanya luaran ..

sepi tu kdg2 indah kdg2 membosankan .. keluarlah dari dunia sepi tu

ghost said...

Akmal Fahrurizal |kalau kau berhasil adaptasinya.

Pena Marhaen |kau betul2 menikmatinya begitu.

Pyka Rahmat |no hal.anyway. :)

Rain |yach,masa itu akan tiba jua untuk kita punya teman.

beautiful_rose |bulan.suatu yang cukup sinonim dengan keindahan dari kejauhan.cahayanya memenuhi khayalan kita.

Khairul Antasha |aku juga pernah tengok citer sepi.best.

a.samad jaafar |mungkin sepi memerlukan orang yang betul2 punya mental yg kuat.

toyolkiut |ya begitulah..kita perlukan satu keadaan di mana kita lebih suka lari dari kegemilangan cahaya..

i am S!L4H..| penggunaan 'an' itu sangat menjelaskan..hihi

hana ahmad |selubungi diri dalam keindahan itu.

ghost said...

aleen aiden |kalau dilihat dari puncak bukit lagi bagus, kan...

Qaseh dalia adelia |ada ssatu sisi dunia yang bila kita berada di pesta sekalipun kita masih merasa sepi.

iem said...

kamu masih ad aku untuk memecahkan dinding kesunyian....
haha..

Unknown said...

jgn mudh terpecaya :)

antologi telanjang said...

penikmat yang menikmati, menikmati sesuatu dengan sesuatu tanpa ada rasa sesuatu yang sesuatu.

zirconia said...

kadangkala sepi itu lebih indah dari kebingitan melampau di kota penuh cahaya palsu ini :(

.drakula. said...

aku belum sampai hati untuk jatuh hati kepada kesepian...

Amalina said...

aku suka tengok cahaya di waktu malam berbanding cahaya di waktu siang.

SYARIFF HAIKAL said...

bagi diriku..sepi itu adakalanya indah...tetapi sepi itu umpama tikaman bilamana hati yg derita bersatu dgn sepi..bagi ku.jgn kau hidup dlm kesepian..keluarlah.hijarah la..segala ilmu yg kau kumpulkan semasa spi kau gunakan untuk kehidupan laen diluar sana...

Encik MamaT said...

Apa yang kita lihat tak semestinya benar... kadang2 penuh penipuan...


semoga sehat dan dirahmati Allah hendaknya :)

budak kecik said...

yeah! ak suka tgk keindahan bulan purnama. cahayanya bersinar seribu bahasa...

pembaris said...

perempuan2 feveret aku suka pemandangan dasar laut.aku tak pernah join kerana faktor kwangan

Rose said...

aku suka bgt apalgi ditemani pemandangan indah, klo ada orang di sampingku apalagi asalkan orangnya juga lagi menikmati:)

faiz said...

apa yg kita lihat tak seindah yg kita sangka..

white rose said...

masih ada caranya...
DIA...lebih hebat dr cahaya yg ada, lebih indah dr keindahan yg ada...

DIA dapat menghadirkan cahaya keindahan dlm diri mu sampai akhirnya...

jgn berputus asa ghost...
ambillah peluang yg ada...

Asrul "iLham" Sany said...

sepi itu membunuh, walau kalanya sangat 'indah'

Niena Muhammad said...

:)

ye.. jgn tertipu dgn cahaya yg indah itu, belum tentu mempersembahkan sesuatu yg baik :)

Liyana Zahim said...

Ghost ajrlah diriku mnulis spti ini.. Tis entry realy touches my heart.. Realy2.. Yes wen i say realy its realy.. Heh hapeke ni.. But seriously!! Thumbsup~

ghost said...

ïêmÃ¥ Ã¥¢klê§ |off course iema...

EZAN IDMA |ok yang ini rumit sih..

antologi telanjang |gua benarkan lu telanjang di sini, dude..

zirconia |kita menjadi sebahagiannya..

RepublicAku |no its ok..aku tau kau lebih keras.

Amalina |ia lebih bermakna..

SYARIFF HAIKAL |haha..kalau di saat hati tengah terluka,aku fikir ia tak sesuai berada di dalamnya.

Encik MamaT |itu yang aku percaya bro..

buDAK keCIK |dari mana datangnya cahya purnama?

pembaris |suruh lar dowang belanja untuk ko..

ghost said...

Rose |kamu punya teman sehati sejiwa gitu,rose.

faiz |sudah rasa baru tau...

white rose |ya,siapa yg mampu menolak hakikat itu kan...

Asrul "iLham" Sany |ia membunuh semangat kalich ...

Niena Pengembara Ilahi |tapi hati tetap mau tau jugak..

Liyana Zahim |kamu kan seorang novelis lyana.pasti lebih mahir dengan bahasa..

cik pha said...

jgn tertipu dek kegermelapan cahaya itu

vampire's lovex said...

aku x suka lampu banyak2 ..silau !!..

gah di luar x semestinya membahagiakan

Jumir said...

Sepi yang indah. Malam ni sunyi....sepi tapi tenang dan damai.

Liyana Zahim said...

Aku bnyk lg kne blajar.. Ruling words is not easy to be done.. Mcm bakat mlukis2.. Lbh kepada bakat smulajadi...

intan.maisarah said...

sara lebih suka memerhati dari jauh
memerhati bait bait kenikmatan yang terpancar dari wajah wajah mereka

sebab kadang kadang
bila sara berada bersama menikmatinya
.rasa nya tak sama.
ada kosong.

sud@is said...

dalam kehidupan perlu kedua2 nya rasanya
riuh dan sepi ada waktu dan ketika.....

Mehmed - said...

terang bukannya indah...sepi kadang untuk nikmati agar jiwa hidup tidak mati. mati Ahaks!

Itu Aku said...

sepi itu kadang2 indah
layannnnnnnnnnn
tp kdg2 bosan...

Cik Specky said...

pandang ke langit sesekali, nikmati gemerlapan bintang & sinaran sang purnama, pandang dgn mata hati..

Unknown said...

aku gemar keadaan yang sepi tapi bukannya diri yang sepi.

Encik Psychopath said...

Gua rasa terkesan. Malah speechless.

kay masingan said...

tidak sabar2 untuk mengunjugi bar-bar dan juga melanggan gadis2.

betulkah begitu? itu yang selalu disuapkan dalam telinga ku tatkala melihat kapal yang hampir ke pelabuhan...

I N S P I R A T I O N A L E F E K S said...

esok mungkin selamanya :)

Isti said...

mari sini saya temani....kalo sama saya, pasti kamu gak suka sepi lagi hehe...:)

aliza zeke said...

speechless.


bile mahu menerbitkan buku bisk?

fiqas said...

aku suka sunyi dan sepi tapi tak suka pada kesepian... :)

iKhRam said...

sepi dan sunyi itu mungkin menenangkan..

namun jikalau terlalu lama, bakal menyakitkan dalam diam.

Prince Halilintar said...

mmg kadang2 yang indah itu tak seperti kite bayangkan dan yang tak indah itulah yg selalu terjadi...

ghost said...

cik pha |baru kusedar cik pha.

vampire's lovex |nak gah masuk pub..mak eii..silang2.pening.

Jumir |tidur pun sedap jer layan.

Liyana Zahim |ouh..suka orang yang terus nak belajar.bagus!

intan.maisarah |boleh juga macam tuh..janji kita masih tau untuk menikmatinya.

S..U..D..@..I..S |tuh semestinya.cuma bila berada dalam part sunyi,kita sepi.

Mehmed - |bagus kata-kata tuh..indeed.

Itu Aku |bosan pun layankan jugak...

nurHeart |kena pejamkan mata kalau begitu kan...

Jerry Ghazali |cuma dengar nafas sendiri...tapi hati hepi.

ghost said...

Encik Psychopath |biasa-biasa jer bro..

kay masingan |haha...citer tak sama dengan gambaran sebenar.dalam kapal pun ada bar.

Inspirationalefeks |sampai bila kan...

Isti |kamu sudah punya suami sih...haha

Aliza Zeke |in process..nak hasilkan buku bukan macam nak bakar capati..hihi.kena tenang.

Fiqas |siapa yang suka pada kesepian?tapi ia datang bukan..

iKhRam |ya,ia bakal menyakitkan dari dalam.indeed.

Prince Halilintar |ia selalu terbalik...

Anonymous said...

forever and always.
two words that shudnt be use.

dayu_myself said...

sunyi....
kdang2 membwa kesedihan,
kadang2 mmbawa ktnangan,
kadang2 mmbawa kesengsaraan,
bergntung pda diri kita yang mencorakkn kesunyian trsebut dl diri kita...
=))

salam perkenalan...

Pyka Rahmat said...

kalau macamtu ajarkan lah. aku nak jadi pakar bahasa macam kau.

Gimi said...

pergilah sepi...

Unknown said...

kadang2 kita perlu sepi dari duniawi bro....take care..

Nadia said...

bestnya!

-entah ternampak kan entah tidak apa yg aku komen ini :(

~Kenanga Suchi~ said...

nikmatilah sepi menggunakan akalmu...

Wendy Breuer said...

jangan biar sepi mulai wujud dalam kamus hidup bimbang nanti selamanya terasa sepi..