terasing



Apabila teman aku memilih untuk tidak meneruskan hayat kerjaya dia di daerah yang pertama kali kami jejak bersama,aku seolah hilang daya untuk menahannya.Dia kelihatan bersedih kerna berapa tahun ini dia seolah hilang semangat dan terdesak.Aku kurang pasti bila saat dia mengatakan bahwa sudah tiba masanya dia bergabung dengan keluarganya di daerah kelahiran dia.Setahu aku kebanyakkan dari keluarganya lebih suka memilih untuk bermukim di luar daerah mereka sendiri.Dan akhirnya aku membiarkan dia dengan keputusannya.


Aku fikir dia sudah cukup gembira selepas berapa ketika dia tidak menghubungi aku sehinggalah satu hari aku terserempak dengannya pada satu majlis keraian kenaikkan pangkat.Dia cuma mampu tersenyum tipis pada mulanya ketika aku bertanya kenapa kembali semula ke sini sebelum dia menjawabnya dengan ringkas..


"Aku fikir,aku akan lebih segar di tempatku sendiri,rupanya aku tidak lebih dari seorang 'anak tiri',dan rutinku semakin sukar".



81 comments:

dill said...

kadang2 peribahasa lama sudah tidak boleh digunapakai lagi.

"hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. lebih baik di negeri sendiri"

rasanya tidak praktikal untuk kawan kamu kot, ghost.

dill.

s a r said...

tidak semua yang diharapkan akan berlaku seperti yang diingini :)

Pena Marhaen said...

mungkin dia lebih selesa di perantauan.

delarocha said...

terasing di tempat sendiri... amat memilukan

Encik Psychopath said...

"tak semua kau rancang akan berlaku" - yuna.

cik ciput said...

itulah..kadang2, kita tak tahu yang kita suka tu tak sesuai untuk kita..yang kita tak suka pula elok untuk kita..dalam erti kata lain, Allah lebih mengetahui..dan untuk itu, kalau nak buat satu keputusan yang besar, minta bantuan-Nya..sebab Dia tak pernah menghampakan.. =)

Miscellaneous Smiles said...

didera~

BonekadalamChermin said...

kehidupan ini misteri



:)

FaizalSulaiman said...

teringat lagu terasing..

ORLANDO AHMAD AL BUAYAK said...

gua lagi suka duduk di perantauan dari duduk di tanah tumpah sendiri, tapi suka macam mana pon tanah tumpah darah tetap dalam hati jugak... cabaranyer berbeza. huhuhu

Pembunuh Tanpa Bayang said...

terasing,di pinggirkan,di anak tirikan di daerah sendiri...perasaannnya sama seperti seolah-olah kita ini hanya "menumpang"

sama seperti rasa aku,negeri kelahiran sendiri bagaikan tiada ruang untuk aku.sedangkan di luar aku lebih lagi di hargai.

JIJI YU said...

terkadang ape yang disangak buruk itulah yang terbaek buat kita..

a.samad jaafar said...

aku suka catatan ini.. mungkin kerana aku lalui jalan yg sama dgn teman itu.. seringkali aku berasakan bahawa aku lebih dihargai di daerah yang asing..

gaya penulisan lu cukup memikat hati gua bro.. tp, anehnya aku jarang berada di sini.. tak paham gua bro..

cik pha said...

kadang2 kita rasa ia terbaik untuk kita..tapi kenyataannya adalah sebaliknya

Asrul "iLham" Sany said...

rasa asing tu akan ada di mana2...

;D

Bidadari Syurga said...

camtu plak? at least dia usaha... rezekikan..

vampire's lovex said...

pengalaman buat dia,dan pengajaran buat kita...

tak smua yg kita nak, terbaik untuk diri kita.. ^^

Johan 'Champ' Radzi said...

Tapi sebenarnya, elok lagi untuk berjauhan dari bumi kelahiran kerna jauh berjalan, luas permandangan.

ctpayong said...

semoga Allah mempermudahkan segala urusannya.

Raihana Izzati said...

Hmm. making choices. Kadang2 kita tak tahu pilihan yang kita buat tu betol ke tak.

Tapi bagus lah dia boleh berbalik kepada pilihan pertama. Tak semua pilihan boleh buat macam tu.

Terasing di tempat sendiri. Tumpang sedih untuk dia.

EL MARIACHI said...

apa pulak ghost...aku dah lama terasing dalam pelarian aku..
namun aku suka Ghost...

A.s.t.i.n.a said...

setiap anak yg dididik, pasti merasakan itu...

bagai dianaktirikan tika disuruh measak, menyapu, membasuh etc.. walhal ia proses pembelajaran..

apsal entry sama sekadar tukar dialog jer.. manyakk sinang awak punya keje oooo...

S..U..D..@..I..S said...

terasing dibumi sendiri, sungguh simpati..
kadang2 mimpi x selalu indah

Lucifer said...

lagi senang berkendara di tempat asing kerana rasanya lebih sebati dari tempat sendiri.

Liyana Zahim said...

Kdg2 sesama bangsa tu lebih tegar menindas bangsanya sndri~

ghost writer said...

dill |sebenarnya dia rindukan tempat lama...lebih senang utk dia ikuti rutin.

s a r |siyesly,ia betul.

Pena Marhaen |kalau sudah jiwa perantau tetap saja merantau.

delarocha |menyakitkan hati beb..

Encik Psychopath |yuna pernah rasa barangkali.hihi

cik ciput |aku kena kembalikan entry nih pada tuhan..

Miscellaneous Smiles |diperlekeh..

BonekadalamChermin |dan aku menyukainya...

FaizalSulaiman |teringat akan filem cast away.

ORLANDO AHMAD AL BUAYAK |biar jasad dimamah tanah lain tapi biar hati dikenang tanah sendiri.

ghost writer said...

Pembunuh Tanpa Bayang |ketika aku balik ke tempat sendiri aku selalu fikir,tiada siapa mengenali aku di sini.

JIJI YU |selalu bersangka baik...

a.samad jaafar |its ok..sekali sekala itu lebih bagus.aku akan cuba melawat kamu dan berada di sana.

cik pha |asal saja jangan ada yang memarahi orang lain kerna itu..

Asrul "iLham" Sany |aku sedar tentang itu..

Bidadari Syurga |mana impian yg tidak diusahakan..itu angan2.

vampire's lovex |yin & yang..keduanya mesti ada.

Johan 'Champ' Radzi |pengalaman yang sukar dibeli.

ctpayong |dia belajar dari langkah yg silap.

Raihana Izzati |keinginan utk bersama dengan keluarga itu alasan tapi sebenarnya cuma mau lari dari masalah sedia ada.dan hakikatnya pilihan yg dibuat akan lebih teruk.

ghost writer said...

EL MARIACHI |kalau begitu kita sama..tapi aku bertahan.

A.s.t.i.n.a |haha..!pernah pegi kedai buku popular @ borders?berapa banyak novel cinta di sana?

S..U..D..@..I..S |lebih baik tidak bermimpi.

Lucifer |jiwa kita sebati dengan 'udara' dan aroma 'tanah' di mana kita habiskan separuh usia kita.

Liyana Zahim |untuk bangsa lain menepuk bahu kita...

adan said...

bila dah terlalu lama hidup di perantauan..

nalik ke kg sendiri sudah dirasakan terasing dengan orang sekeliling..

Amalina said...

songkok senget.

~Kisah Hati~ said...

bahagia itu tak semestinya di daerah sendiri... mungkin di luar kita lebih dihargai...

ghost writer said...

adan |kena amik masa lebih lama dari membiasakan ketika pertama kali dtg ke tempat org.

Amalina |jangan otak senget.

~Kisah Hati~ |gambaran yang tepat dari KH.

faiz said...

mungkin sudah terlalu lama duduk di perantauan...dah xbiasa dengan keadaan di tempat sendiri..

Gayahspears said...

erk :|
baru tahu soal ini!!!anak tiri???~fuh =="


saya mahu kamu tinggal di sini :)

CassiaSiamea said...

kamu kerja askar??

hanjila said...

mgkn ada sejarah pahit di bumi kelahirannya membuatkan dia terasing di sana. sprt aku, tp tdk mmpu kluar dr situ...

~SaL IjOu~ said...

Satu ketika dulu aku suka hidup di perantauan..hidup di negeri org..mencuba kelainan..tp kini..aku teringin sekali kembali ke tempat asalku..~

chemay said...

kadang2 susah nak kembali ke tempat asal bila kita dah berada di tempat yang baru.
sebab manusia berubah.
environment juga berubah.
:)

SYARIFF HAIKAL said...

DIA X PERLU MENYESAL DGN PILIHAN DIRINYA..APA YG DIA PERLU HANYA IKHLAS DLM TUGAS..MUNGKIN AWAN MENDUNG SEDANG MENGUMPULKAN HUJAN BERLIAN..

ghost writer said...

faiz |barangkali lar jugak..utk sesuaikan diri semula agak payah dan jemu.

Gayahspears |pastikan ada sesuatu yg menguatkan aku untuk tinggal.

CassiaSiamea |kalau itu seperti yg kau fikirkan,yes!

hanjila |jadi kau harus bertahan dengan perasaan itu selama ini?

~SaL IjOu~ |masih awal untuk kamu kembali Sal..

chemay |kalau sudah sebati dan sejiwa,apa perlu mau berpindah..

tehr said...

kadang2 aku juga rasa terasing walau pun ketika sedang sarapan di kantin
pelik

Amiey White said...

sedang berkira2 nak pg merantau balik , tapi bila tgk mak demam tak boleh bangun . saya kembali duduk di sini . *tetibe mengeluh

diana said...

hehehe...
kalau akak la tak terfikir nak balik duduk dengan mak kat kampung bersama dengan adik adik dan dekat dengan saudar mara..
biasala...
bila dekat bau taik..
dok jauh baru bau wangi...
kan??

James Alexander said...

jika aku sudah tetap dgn keputusan aku , x mungkin aku akan berpatah kembali...

biar terasing atau dianak tirikan, itu keputusan dan kehendak aku...

A.s.t.i.n.a said...

oh daya hafazan yg berkurangan...

penceritaan yg sama... memang betul2 sy ingat entry badi itu..
cetukar buat kartun pulak..

Gaphe said...

waah memang selalu menyenangkan jika berada di tempat sendiri.

maaf biskut, ini baru mampir.. maklum charger laptop jebol.. hahaha

Fyqa said...

kne amek mse yg lme kot nk biasakan dri tu..

catherine- said...

x tahu nk ckp apa....






sy sudah lama x suka di sini. bertahan sbb menjaga hati.
haih~

hanjila said...

ya, bertahan selama ini, mgkn aku sdh terbiasa menjadi 'anak tiri'.

.sweet-ants. said...

di tempat sdri sekurang2nya kita berasa 'dekat'

Sang Cerpenis bercerita said...

met wiken...

Cikli said...

hijrahlah. tak salah

Qaseh dalia adelia said...

maybe ada benda yang dia buatkan terasing di tempat sendiri .. maybe dah bosan or org sekeliling .. hope someday dia akan gembira di tempat kelahiran dia sendiri ..

Rain said...

kebiasaan dan keadaan sekeliling yg telah sebati,
bila berlari ke daerah lain,
perlu ketabahan baru walaupun daerah itu merupakan tempat sendiri.


tidak perlu dia kecewa, dia memperoleh satu proses pembelajran dlm hidupnya yg tidak dilalui oleh org lain.


masalah tidak boleh hilang jika berlari, makin dia mngejar. hadapinya.

aku tahu dia tabah! kuat ya.

I-one said...

bagaimana pun tempat sendiri merupakan tempat kita bertumbuh yang akan selalu kita kenang^^

CassiaSiamea said...

askar punyai brotherhood yg tinggi dlm setiap platoon..kn??

Aliza Zeke said...

seperti di anak tirikan di tempat sendiri..sungguh menyedihkan.

Cik Anita said...

duduk dengan ahli keluarga sendiri, memang susah. sedangkan lidah sendiri tergigit..

Bella Bell said...

sedih woo kalau di anak tirikan di tempat sendiri.. :)

Jerry Ghazali said...

aku pun merantau walaupun jauh di sudut hati dekat dengan keluarga lebih bermakna sebab semangat jadi luar biasa bila berdekatan dengan keluarga.

Pyka Rahmat said...

haruslah belajar menyesuaikan diri. pasti boleh.

syafiqakarim said...

kebahagian milik individu.
biar kan saja

Hansyirah Takezur said...

kadang2 kesukaranlah yang mengajar erti hidup.. ye dak? :)

monologtinism said...

terlampau banyak tanggungjawab
perlu dibahagikan dengan akal yang waras

dayya said...

tempat asing sudah jadi tempat sendiri, sebab tempat sendiri dah lama aku tinggalkan. :)

NAJ HEBAT said...

rutin yang sukar mematangkan diri. semakin bertambah putaran bumi, semakin banyak liku2, semakin susah tapi tabahlah!


juga untuk aku.

RepublicAku said...

aku kalau pulusnya bagus di mana pun tersa seperti tempat kelahiran....

ïêmå å¢klê§ said...

xpe..
sekurang2nya die mengenali diri..
dan die kena bersyukur die masih boleh menikmati hidup yang lebih sempurna...

Nasz said...

Aku rasa aku faham perasaan temanmu itu. Semoga hidupnya lebih bahagia. (:

sugar2 kapas strawberry said...

hidup satu ketentuan Dia

Erin said...

sometimes..what we think best for us isn't just perfect yet..

iKhRam said...

die tu asala orang mana la yer?? hehehe..

apapun rezeki semua ada di mana2.. kita merancang dan tuhan yang menentukan. Allah Maha Perancang.

tetiba teringat lagu sudirman - terasing.
sungguh memilukan.

perondajaketbiru74 said...

tidak semua benda yang kita rancang tu akan mengikut perancangan kita tapi at least kita tau di mana kita berada...

toyolkiut said...

ttiba..
rasa nk mngeluh je..
emm..

Cik Jari said...

perpisahan terasing

Cik Jari said...

perpisahan terasing

ghost writer said...

tehr |jangan makan sorang2 bro...

Amiey White |tumpukan dulu pada kesihatan mak kamu amiey.

diana |itu salah satu juga kenapa saya lebih suka merantau.

James Alexander |mental kau cukup kuat kalau begitu.

A.s.t.i.n.a |aku tak kan ubah cara aku puan astina..hihi

Gaphe |ya udah,masa lain jangan sampai terlupa untuk itu Phe..

Fyqa |yup.masa penentunya.tapi kalau lemah utk bertahan,masa tak lagi penting.

catherine- |nah kan..mesti ada sesuatu yang kamu berat hati..

hanjila |kalau sudah dibiasakan mau buat camana lagi,teruskan saja.

.sweet-ants. |itu kebaikan yang ada.

ghost writer said...

Sang Cerpenis bercerita |met wiken mba.

Cikli |hijrah sebenar tak salah..

Qaseh dalia adelia |sudah pasti ada suatu yang dia hadapi di sana..penerimaan.

Rain |dia seolah mengulang semula pengalamannya..

I-one |itu sudah tersemat dalam hati.

CassiaSiamea |ouh sudah tentu bro..

Aliza Zeke |melankolia...hihi

Cik Anita |macam kak diana cakap..ada pro ada kontranya.

Bella Bell |maunya tak sedih bella..

Jerry Ghazali |ouh aku mau juga merasai semangat tuh..

ghost writer said...

Pyka Rahmat |mungkin dia bosan asyik nak sesuaikan diri..hihi

syafiqakarim |ya...harus begitu sih..hi3.

Hansyirah Takezur |setuju sangat...malah bikin org lebih kreatif.

monologtinism |lebihkan dengan berfikir untuk soal yg harus ditumpukan..

dayya |dan menjadi pemaustatin terbaik..

NAJ HEBAT |peringatan itu jugak untuk aku.

RepublicAku |yezza!ini lebih bagus.

ïêmå å¢klê§ |berbaloi kalau kita senang hati,kalau susah hati jangan teruskan.

Nasz |dia cuma mau lebih baik..

sugar2 kapas strawberry |sudah tentu miss.

ghost writer said...

Erin |ya sure...so,dengar kata hati.

iKhRam |rasanya ia bukan soal rezeki tapi soal perasaan.

perondajaketbiru74 |di mana yang lebih baik itu yg terbaik.

toyolkiut |okay..teruskan jer..hihi

Cik Jari |2 gabungan...dalam 1 rasa.

kay masingan said...

adakah itu perkiraan yang silap?