nós



Aku terlupa di mana aku pernah membaca satu tulisan blog yang ada menyelitkan sedikit tentang pernyataan kalau siapa yang membaca novel itu dikatakan seorang yang 'jiwang'(maaf,aku tidak tahu jiwang dalam erti kata lain,mungkin menjelaskan seorang yang sedang bercinta,romantik atau sentimental).Ia membuatkan aku tersenyum tanpa memikirkan apa-apa sebab pemilik blog adalah seorang perempuan.Itu kebiasaan bagi orang yang berfikir bahwa setiap novel itu adalah garapan seni-sastera yang mempunyai lenggok bahasa yang berbunga.Barangkali mereka tidak membaca novel-novel lain. 


Minggu yang sudah,hari yang sama aku berpeluang memandu mobil cik Alya saat dia datang ke Taiping untuk kunjungan tidak rasmi(hahaha..).Tangan dan kaki yang biasa dengan manual hampir sedikit janggal dengan sistem automatik.Untuk membiasakan diri tangan kiri tetap pada tombol gear.Tidak dipertikaikan,sebab pemilik mobil adalah seorang perempuan.Kebiasaan dari mereka memilih sistem yang lebih memudahkan mereka.


Sesuatu perkara yang sudah menjadi kebiasaan akan mengurangkan defisit cabaran kita.Kita selesa dengan apa yang dilakukan dalam hidup dan sedikit sebanyak mempengaruhi cara kita berfikir.Dengan kebiasaan itu,kita sering menolak untuk tidak melakukan perkara lain yang agak asing bagi kita kerna kita tidak punya keyakinan untuk itu.Tapi kita terlupa pada asas proses kebiasaan ialah membiasakan diri.



98 comments:

faiz said...

btol tu kite suka buat sesuatu yg kebiasaan..xpernah berani mencuba sesuatu yg baru..

faiz said...

waitt...baru den sedar den ni pengomen 1st entry ni..hehe

Khaisya said...

ramai yg ckap baca novel & tulis cerpen pun dikatakan jiwang..xtau apa definisi jiwang sebenar..haihhhh...*saya ganas..kalah KH*..kahkahkah...

yg biasa & mudah jadi pilihan...

Misty Melor said...

aku suka membaca... tidak kisah apa sekali pon.. jika jiwang.. akhirnya aku akan kata " banyak berkhayal sangat penulis ni " ..

anyway aku suka cabaran... :)


jika datang ke kuala lumpur,
jenguk2 kami berdua

Encik MamaT said...

aku suka novel yang mempunyai gaya bahasa yang menarik.... tidak semestinya yang jiwang meleleh atau cinta picisan....

kemudahan kadang2 membuatkan kita menjadi malas...


hehehe.. jumpa dengan alya.. wah... hehe

.drakula. said...

dan aku pula semakin santai membaca tulisan kamu...teringat bila harus membaca beberapakali dahulu...keh3

~Sal Ismail~ said...

Waktu lepas SPM dulu suka layan novel jiwang..jiwa muda remaja..byk mengelamun..tp skrg tidak lagi..hati lebih keras..setelah melalui pelbagai pengalaman yg mendewasakan diri~

Oh, terus terang kdg2 sy pun x berani mencuba..contoh bila drive, sy lebih suka ikut jalan yg biasa dilalui..x berani mencuba jalan baru..padahal jalan baru mungkin lebih dekat ke destinasi..

dan sgt x berani nak drive kereta manual..sbb dah selesa dgn kereta auto..sy tau perlunya tahu kedua2nya in case nnt ada emergency..tp tu la,takut & x yakin..~ (--")

tieykah said...

Perempuan memang sinonim dengan auto:)

toyolkiut said...

novel dan kereta..

emm..

tp ssuai kn diri dngn ssuatu yg asing buat kita alah bisa tegal biasa..

Pyka Rahmat said...

dalam hidup aku beberapa kali je aku baca novel. sekerat page aku dah ngantok bagaimana nak habiskan semua. hm

defisit tu apa?

cik ciput said...

aku juga dalam kategori jiwang kalau begitu.. =p

James Alexander said...

tidak kira lah jika ia digelar jiwang atau apa sekalipun, kisah konflik hubungan antara manusia mmg selalu menarik perhatian aku...



biasakan diri untuk duduk diluar zon selesa jika ingin mengecapi kehidupan yg bermakna...

Kang Sofyan said...

Pngin baca novelnya nih..."jiwang" apa itu ya,,hehehe

eszol raar said...

transition itu perlu adaptation dan daya tahan mental yg tinggi

Bidadari Syurga said...

betullah tu bahan bacaan kita lain-lain... jadi mungkin cara kita menulispun lain. perempuan dengan lelaki beza.... dia puji awak.... kredit lah tu.... at least ayat jiwang tu berjaya gak buat awak tersenyum walaupun takda rasa apa.

Fatimah Ali said...

penulisan hg kadang kadang aku tak faham dan kadang kadang aku dapat tangkap motif penulisan hh. dan untuk kali ini aku faham :)

Anonymous said...

ape mksud tajuk ni? heee

ORLANDO AHMAD said...

membiasakan diri tu akan amik masa lama sayangku. dengan makwe pon amik masa bertahun nak carik 'tune' yg sesuai, hahaa

ctpayong said...

apa pun dan siapa jua jika kata 'jiwang' kalau suka membaca/menulis, aku tak kira...jiwang pun jiwanglah...aku tetap akan teruskan hobby aku yg satu ini.

My Little Diary said...

perubahan bermula dari diri sendiri
tapi nak memulakan tu lah yang susah
akhirnya back to kebiasaan yang kita buat...

Anonymous said...

tak pandai bawak kete #tetiba

hanaahmad said...

itulah pabila mind set kita ditanam bahawa novel itu jiwang, sedangkan novel itu pelbagai. ada macam jenis. aku baca semuanya. yg pasti aku suka novel sastera. waa...seronok dating dengan cik gayah? ekekek. :)

Kepala Mancis said...

nos tu apabenda ghost?

grOundnUt said...

Bagi aku, kalau dah minat..teruskan aje..macam membaca komik...umpama budak²...kalau baca novel, jiwang plak katanya..aizz...macam²~

Liyana Zahim said...

Manual buleh drift!

Rain said...

aku jeles kerna itu bukan mobil aku.. boleh ke bgitu..

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

pemenang hadiah nobel ,tentu lebih jiwang

feyza said...

kau suka cabaran.?

Pembunuh Tanpa Bayang said...

pembaca novel itu jiwang?

tafsiran yang salah sama sekali.mungkin juga mereka yang berpendapat kata begitu kerana mereka sendiri bukanlah pembaca novel.maka mudah saja membuat andaian yang sebegitu.

dan mereka juga tidak tahu yang novel bukan hanya berunsurkan cinta malah ada banyak jenis novel yang langsung tidak mempunyai jalan cerita tentang cinta.dan permainan bahasa juga berperanan besar dalam menentukan jenis novel tersebut.

aku pembaca novel juga mempunyai koleksi sendiri.nak lihat gaya penulisan yang lain dari yang lain boleh lihat karya "ramlee awang murshid" "john norhafizan" "hlovate" karya mereka adalah karya yang lain daripada kebanyakkan novel yang pernah aku baca.kerana turut dimuatkan unsur2 keagamaan.

auto atau manual?
mungkin aku memilih manual kerana itu sudah menjadi "kebiasaan" sejak mula belajar di kelas memandu lagi.mahu lari dari kebiasaan...mungkin akan ada sedikit janggal.

Unknown said...

nak biasa kan diri tu yang susah..
tapi bila dh biasa boleh je terima.
selalunye kita akan bagi alasan pada tiap2 benda baru yang kita nak buat.
tapi bila dah biasa dah lupa pulak semua alasan2 kita dulu.

syuxer said...

manual la bro..boleh bakar vrooommmm lama2..:)..

boleh drift lagi ahahah..

dill said...

bukan semua novel jiwang. agaknya penulisan Edgar Allan Poe penuh dengan penuh rasa cinta kot. ahaks

jujur, sudah lama tidak memandu kereta manual. sedikit kekok. risau terbabas jika dill pandu. kerna sudah terbiasa menapak jika ingin ke mana2

dill.

intan.maisarah said...

saya jatuh cinta dengan "ramlee awang murshid" dan "faisal tehrani"



Mai suka dengan kata -kata kamu ghost
kebiasaan dalam hidup sedikit sebanyak mempengaruhi cara kita berfikir

Starcapricorn said...

auto aku lebih selesa begitu juga novel...tapi bukan yang terlalu ...

Nazsabrina Iman Zulfikar said...

i read stephen king...and his writing is definitely "not" jiwang hehehhehe

as for cars...manual is preferable for me.

but u r rite...bila kita sudah terbiasa dgn sesuatu benda/perkara...we tend to reject the unfamiliar.

beautiful_rose said...

pembaca novel jiwang ke?
mungkin dia tak pernah baca novel kot.so,dia buat tafsiran macam tu.sedangkan novel ada banyak versi.tak semua novel tu berunsurkan cinta leleh semata2

ada juga antara novel yang thriler dan mungkin berunsurkan keagamaan.

beautiful_rose said...

ghost,kalo ko tulis novel,bagitahu aku.aku mahu beli....... =)

Anonymous said...

macy suka patah akhir tu. macy mudah biasakn diri tp susah nk biasakan dgn makanan baru. hehe

cik pha said...

bila kita biasa buat bnda y sama..bila nk buat benda y laen terasa sedikit kekok..cm bawak keta manuala..seryes dah xleh nk bawak dah kot..

a.samad jaafar said...

novel ?? aku cenderung utk membaca kisah2 golongan marhain..sekarang ni pun sedang mengulang baca karya shahnon ahmad selepas gembira dgn karya Hamka yg aku ulang-ulang membacanya..

barangkali aku sedikit berbeza krn suka mencuba sesuatu yg baharu.. perkara yg mencabar itu menjdikan aku terasa hidup..

iskkk.. jarang2 ke sini, mengomelnya terlalu plk..sori bro !

juliam said...

kenapa suka apa yang menyenangkan sebab aku tak nak menyusahkan diri, kalau boleh di senang senangkan ghost. bukan?

kay masingan said...

kebiasaan lama-lama akan membunuh daya kreativiti seseorang itu. terlalu biasa dengan kebiasaan menghalang kita menikmati hidup yang terlalu misteri.

Para Jamaludin said...
This comment has been removed by the author.
fiezah91 said...

baca novel tak la jiwang mana pun. tak semua novel jiwang. uhukss! kalau baca novel aku boleh berkhayal sendiri tau. wink wink

p/s: ko jumpa gayah? o.O

ewanthology said...

tidak mahu keluar dari kerutinan.maka hilanglah cabaran hidup.

Para Jamaludin said...

mcm aku tau je sape yang punya blog pasal baca novel je jiwang tu.

the case is, macam i love u. selalu ucap, akan jadi biasa.

dr quality over quantity, jadi quantity over quality.

sebab? dah biasa.

Unknown said...

mmber aku dah mule miant kat engko

Gimi said...

ya..kadang2 aku mengunakan alasan ketidak biasaan itu..

Gimi said...

ya..kadang2 aku mengunakan alasan ketidak biasaan itu..

Asrul "iLham" Sany said...

perasaan 'jiwang' tu ada dalam semua orang

p/s : bawak kete auto cam main video game arked kan?

;D

Cik Specky said...

saye memandu kete dgn sistem manual sbb nya saye fikir klu blaku apa2 senang nk tolak kete (larat ke?)

dh nama nya kebiasaan ye, tentu aje selesa dgn yg itu, kalau tak luar biasa lh jd nya :)

kebiasaan mbaca novel RAM, lgsung xleh beralih ke novelis lain - "cinta" pandang pertama hehehee..

Seroja Jingga said...

aku juga pembaca novel.tidak semstinya novel itu untuk sijiwa yg jiwa nya jiwang karat. tapi itulah kita manusia..sudah terbiasa dgn corak pemikiran kita yg tidak out of the box..

tepuk dada tnya seleralah.

aku masih membiasakan diri dgn bnyk perkara yg luar biasa bagi ku ;)

sud@is said...

alah bisa tegal biasa

geeds said...

comfort zone. we just need to step out of the comfort zone to experience new thing. setiap risiko punya kelebihan.

Cikli said...

kebiasaan itu comfort zone

ghost said...

faiz |bukan tak berani tapi dah terlalu selesa...

Khairul Antasha |tuh lar pasal,kadang mulut dah biasa sebut jiwang tapi tak tau lagi definisi jiwang tuh aper..

ukhti syikin |inshaAllah...saya sendiri berhajat utk bertemu dgn suami kamu..hihi

Encik MamaT |sebagai seorang pembaca,pasti tau bagaimana membedakan antara bentuk tulisan itu..

*hanya hang out jer.hihi

RepublicAku |ouh maaf sebab selama ini susahkan ko jer utk faham..nih aku tgh cuba utk santai tapi tetap dgn lenggok yg sama..hihi

~SaL IjOu~ |ada setenagh pembaca membaca ikut musim..saat hati tgh sayu atau pilu mulalar pilih yang agak sedih,bukan utk tambah lagi sedih tapi nak tau apa perasaan org lain..ada pembaca ikut peredaran usia..

tieykah |lebih mudah utk kawal kan..takde lar nak kalut.

toyolkiut |ya sebab ia satu proses..utk mendapat kebiasaan harus terus membiasakan diri.

Pyka Rahmat |kira baca macam bayar ansur2 jugak lar baru abih..hihi

defisit tuh cuma parable pada bentuk kekurangan.biasa ia digunakan dlm ekonomi atau melibatkan keuangan.

cik ciput |kalau rasa jiwang tuh memang jiwang lar kot..haha

pembaris said...

perempuan feveret yang baru bawah kereta mahal.aku tutup pintu kereta dia macam aku hayun tutup kereta buruk aku.orang ingat aku marah.padahal dah biasa pintu kereta aku kena hayun kuat.

ghost said...

James Alexander |setengahnya berfikir kalau dikatakan jiwang itu suatu yang sangat teruk..tapi bila melibatkan soal pembacaan ia masih boleh diasingkan.

Sofyan |bukan novel kang,ia cuma satu perkataan yang mungkin merujuk pada soal hati lebih sentimental..

eszol raar |kalau hati saja maukannya tapi mental tak mau,ia takkan dapat dilakukan.

Bidadari Syurga |kalau aku senyum pun mungkin aku senyum tertanya-tanya atau pelik..hihi

s.u.h.a |nampaknya usaha aku untuk memudahkan orang berhasil..hihi

i am S!L4H.. |'kebiasaan'(latino)

JARI YANG TERBARAI |betul tuh 'aweks'..sudah namanya proses,maka akan tetap berjalan dalam tempoh tertentu.

ctpayong |haha..kak CT.nak hirau ape ek..tetap bertahan.

My Little Diary |aku masih suka dengan ayat 'untuk meulakan suatu itu adalah yang paling sukar'.

cik ayin |mai sini nak ajar ayin..*tetiba.

ghost said...

hanaahmad |novel sastera sebenarnya lebih ringan kalau kita membiarkan diri kita bersatu bersama watak..

Kepala Manchiss |maksudnya 'kebiasaan' sahabat...sori.

grOundnUt |sebab dia tak membaca,dia layan gambar jer..haha

Liyana Zahim |tau tak per Yana...hihi

Rain |boleh saja kalau kau nak jello rain..bawa keta kau mai sini.haha(gurau jer rain)

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o |patut nak bagi ucapan atas award yg diterima siap menangis lagi..jiwang tul..haha

Miscellaneous Smiles |sudah tentu pijah..

Pembunuh Tanpa Bayang |sebab tuh kata, mana2 yang mengatakan membaca novel itu jiwang sebenarnya dia tak suka membaca..atau mungkin nak cover diri sendiri..bagi yang tau,novel itu ada bermacam versi atau genre..dan setiap org ada alirannya.

diana |selalu terjadi macam tuh kan kak diana..mula2 kata tak biasa tapi bila dah lama buat jadi tak biasa plak pada yang mula jadi kebiasaan.

Syuxer |aku memang suka drive yg manual bro,bukan nak drift tapi sebab nak ada skill..haha

ghost said...

dill |allan edgar poe itu terlalu universal penulisannya..merangkumi semua part..tapi dia lebih dikenali sebagai poeter.

intan.maisarah |tadi gi jelajah popular..beli satu novel dia..'ranggau'.

Starcapricorn |kau nampaknya lebih suka sesuatu yang mudah dan sedang2..hihi

hey,napa entry ko tak leh komen?silap setting kot.

Nazsabrina Iman Zulfikar |stephen king lebih thriller kan..dia suka buat orang rasa teruja..

beautiful_rose |sudah tentu azie..ada bermacam versi dalam konsep novel..sama macam lagu gak..

aku masih dalam proses siapkannya..

maCy |sekali sekala tukar selera tak salah bukan..mungkin suatu yang tak biasa tuh akan jadi lebih suka.

cik pha |takde lar sampai takleh bawa..cuma kena bermula dari mengingati asas pemanduan.

a.samad jaafar |karya2 a.samad said,sekalipun berunsur kecintaan tapi agak samar bila dibaca dengan mengetengahkan rentak yang lebih berbeda..

juliam |haha..julie2.maknanya kena tunggu jer lar..sebab benda macam nih hanya perlu tunggu.

kay masingan |contoh biasa melukis dengan guna pensil,pasti lukisan dia cantik dan nampak hidup tapi bila lukis dgn pen ia jadi suatu yg terus.jadi sebab risau maka dipilih cara kebiasaan spya orang akan berkata baik.

ghost said...

fiezah91 |mesti lar sebab kita seolah merasuk watak dalam pembacaan kita..hihi

delarocha |dah biasa,nak dapat feeling tuh agak payah sikit..

Para Jamaludin |satu lagi macam ucap kata maaf..dah biasa ucap..sikit jer salah nak minta maaf jugak..

tolong ingatkan aku sapa..

JIJI YU |kenalkan dengan aku Ji..haha

Gimi |alasan perlu ada..itu untuk persediaan awal sebelum mencoba.

Asrul "iLham" Sany |haha..start enjin jer..macam dah diprogram lak..

nurHeart |lagi satu kalau berlaku kerosakan pada enjin pasti kos auto giler tinggi..

RAM?

Seroja Jingga |supaya yang luar biasa itu menjadi suatu yang tak mustahil bagi kita..yezza!

S..U..D..@..I..S |peribahasa telah bersuara lebih awal..hihi

geeds |tak ramai yang berusaha gigih utk keluar dr comfort zone.sedang bila mencuba yang baru pasti lebih mengiankan..

ghost said...

Cikli |ya cikli..kebiasaan adalah keselesaan..tapi kalau pakai satu baju jer untuk semua acara,pasti bosan.

pembaris |haha..mesti perempuan feveret ko jeling semacam jer..keta mahal tuh.

Cik Specky said...

ghost: RAM - ramlee awg murshid

jiwang itu normal :)

selamat malam..

iKhRam said...

jiwang.. haah..
aku pembaca novel.. dan byk amsa rang ckp aku jiwang.. ahaha

Kepala Mancis said...

no sori. its fine dude. setidaknya aku belajar yang baru. kalau kau tak mula, siapa pula?

"kebiasaan" dalam loghat mana tu ya. *jenis malas mencari. kehkeh. sepatutnya aku yang sori.

Amiey White said...

abang kita kuar date . itu je hihihihi

ghost said...

nurHeart |ouh aku guna singkatan macam tuh payah sikit nak tau..klu akronim mgkn leh cari..hihi

iKhRam |ko memang betul2 jiwang ikhram...haha

Kepala Manchiss |kalau tak silap itu digunakan dalam loghat 'tator'.aku yg mintak maaf sbb susahkan ko utk faham.hihi

Amiey White |aishh..mana lak kuar date..hang out lar,hihi

zirconia said...

memang..bila sudah terbiasa maka susah untuk mencuba yang baru..bimbang mungkin...

Santan Berlada said...

wah...
mcm novel la plak....^^

Cik Anita said...

ada juga keberangkaliannya, lelaki2 yang ganas kurang untuk membaca novel. yeke? ye kot...

ghost said...

zirconia |kurang keyakinan sebenarnya...

Shamsuddin Amin |part mana tuh Sham?

Cik Anita |aku lelaki ganas jugak nita..baca novel gak.hihi

Unknown said...

emang susah ya kalo biasa bawa manual tau2 harus pake mobil otomatis.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Misty Melor said...

ghost mau ketemu suami aku saja... merajuk ler aku :|... kami package ghost... datang serentak :)

SYARIFF HAIKAL said...

TIDAK YAKIN KADANG KALA BUATKAN KITA TAKUT MENCUBA..

Bitt (double IS) said...

i like to think out of box hehehe

Hansyirah Takezur said...

bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa..

aku dulu bawak kete manual, berapa kali mmpus kat jalan.. haha.. tapi bawak kete manual sebenarnya best sebab a bit of exercises.. :)

Miss PIJAOSIX said...

aku tak pernah sampai TAIPING.....rasenye lah!!! hee

Para Jamaludin said...

ok, out of topic jap.
td aku jumpa buku robert harris, aku teringat kau. well, nama kau. nama maya kau. =)

silent said...

ah, manual itu sudah lampau. auto kan moden sket....

Far8 budak baik said...

ayat kauuu tak ubah ubahhh..
makin tingi bahasa nye..
google translate pun tak
tertranslate..
ahahahaha....
akak aku pun gitu..
nk auto je..
hahaha

Melle Abadi said...

thats why lelaki selalu amazed dengan manual lady driver (kot)

tehr said...

tak salah tinggalkan kebiasaan lama untuk mencari kebiasaan baru

mungkin sekali akan lebih mudah

Unknown said...

tengok sajalah genre novel-novel tempatan dekat pasaran. hampir semua bertema jiwa, yang tajuknya tak lari dari perkataan; kasih, sayang, cinta, rindu dll.

tak hairanlah bila orang itu kelihatan suka baca novel akan dianggap jiwang kerana pasaran novel jiwang tempatan seolah ada satu genre saja, iaitu novel jiwa.

afrohead said...

aku setuju dengan Jerry Ghazali. dan oh lagi satu, kau orang Tepeng ke? dekat je la rupanya kita. :)

Anonymous said...

sedang membiasakan diri dengan kehidupan baru. :)

lebih indah rasanya daripada kehidupan lama.

budak kecik said...

yup! prkara yg trlalu mudah bakal mengurangkan cabaran yg ada. dan mungkin bakal jd seorang yg sgt kalut bila harus brdepan dgn cabaran... rasa janggal dgn cabaran mungkin

Ibu Ammar said...

tapi kalau tang makan boleh pulak makan gak even tak biasa makan. cheit!

Gayahspears said...

**Alya suka baca buku jeneral~


**pandai bawak manual tapi, lebih mudah gunakan auto,bila jalan jem tak sakit kaki :)

Cikgu Jaja™ said...

benar ophan. skg ni pun sy msih perlu membisakan diri utk seyiap keadaan.. it's always..berterusan. caranya cuma satu, berlapang dada.. :)

ghost said...

Sang Cerpenis bercerita |tapi lagi agak sukar deh kalo harus guna manual dari kebiasaan auto..

ukhti syikin |haha..keduanya sekali shikin.

SYARIFF HAIKAL |maka harus dipelajari terlebih dahulu.

Just Call Me Bitt |ia lebih membuatkan kita kuat berfikir..

Hansyirah Takezur |ada skill bila bawa manual kan...

Miss PIJAOSIX |ade mase datanglar..tak jauh mana pun..

Para Jamaludin |ya RH juga memilih sebagai penulis 'ghost writer' utk orang berprofil tinggi macam adam lang.

Silent |moden yang memalaskan kannn...tapi memudahkan.

Far8 budak baik |akak kau pasti pompuan kan...haha

melle amir |haha..biasanya begitu.

ghost said...

Jerry Ghazali |aku pernah tulis tentang ini pada entry ku tahun lepas..

afrohead |ouh ko duduk mana lak aprohead?

PrmpnDkwtMrh |segalanya kelihatan kemas pada permulaan hidup baru bukan..

buDAK keCIK |bagi yang begitu teruja dengan cabaran baru,kebiasaan merupakan sekatan bagi mereka.

Alexandriana Alia |aish..ada yang tak lalu makan kalau tak biasa.kalau dimakan juga dia memang suka merasa.hihi

Gayahspears |tak pernah baca..hihi.pinjam boleh?

Faezah Hannah Al Baj |kamu pasti boleh lakukannya faezah..

~Kenanga Suchi~ said...

aku kurang membaca novel... hihi

Azlan Strider said...

aku tak biasa membaca novel tapi kalo da start mmg comfirm baca sampai abis..hehehe

Regards,
-Strider-

Abu Bagi said...

aku jarang sngt baca novel..
tapi skung ni tenga layan novel harry potter..hahaha ada 3 lagi buku kena habiskan..cepat..

btw, bahasa anda dlm blog ni sungguh bagus sekali..

Noah Syakirin said...

suka. tepat sekali. asas kesempurnaan ialah menjadikan sesauatu itu tabiat. membiasakan sdiri dengan variasi kerja itu lebih baik. multitasking. bagi kereta manual, auto ke boleh bawa semua. hehe

Siti Nurhayati Dollah said...

Mungkin yang berpendapat membaca novel itu jiwang, belum cuba membaca karya drp tokoh sastera.

*Cuba amati karya Abdullah Husain, S.Othman Kelantan, Zaharah Nawawi, Faisal tehrani,dan tokoh2 lain.

Dan mereka akan sedar, novel itu bukan hanya garapan cerita. Tapi cerapan akal.

iem said...

dulu selalu la baca novel..
sampai nangis2 kalau cite 2 sedey..
haha....

betul2..
bile orang suruh buat bende baru mula la rasa xyakin tapi sebenarnya malas...