mambang di hujung malam



Aku tidak mengenali Rendra melalui pertemuan empat mata atau terlihat dalam mana-mana pesta lagu-lagu puisi bertebaran memenuhi sketsa.Aku kenal dia.Aku kenal suaranya yang memanggil perempuan sebagai rumah di lembah dan mengatakan kalau tuhan itu seniman yang tidak terduga.Dia terus memanggilnya bagaikan serigala di malam yang dihiasi oleh purnama,seolah melihat perempuan bertelanjang di subuh yang bening.


Rendra seorang tua.Dan aku mencintai siapa pun yang tua dalam kelompok yang berimajinasi pada puisi dan terhunjam batinnya demi sorga atau neraka.Yang lebih jelas kalau dia gambarkan kalau kita bukan debu tapi insani yang punya kehormatan dan lambang keperibadian pada kehidupan yang kita junjung.


Cuba lihat kita siapa pada diri kita sendiri sebelum melihat siapa diri kita pada orang lain..Seandainya kita masih punya perasaan yang sama dan tidak terlihat akan perbedaannya,kita tidak lebih cuma debu dalam apa jua kondisi yang cuba dinyahkan dari mata-mata yang berkedip dan disapu dari punggung.



77 comments:

Anonymous said...

Ghost!

Anonymous said...

Keduax

Anonymous said...

Ketigax

Anonymous said...

Sentiasa melihat diri aku sendiri lebih rendah dari mereka yang lain, cuma debu2 jalan yang menumpang arca-arca gemilang.

PenjuruKosong said...

kehormatan dr kehidupan sendiri
yup!! aku setuju

"jika kamu jdkn diri cacing, jgn salahkan org pijak kamu"

kita akn dihormati selagi kita jaga kehormatan diri
dan selagi kita hormat yg lain..

catherine- said...

dan debu-debu pun bertaburan....


:)

bisk,

ORLANDO AHMAD said...

muhasabah diri

~Kenanga Suchi~ said...

diri sendiri yang biarkan orang menilai buruk atau baiknya kita...

Anisa Hang Tuah said...

rendra pasti kacax

Cikli said...

tahu dan cam rendra, tapi belum mengenali karyanya

BubuBobot said...

:)

hanaahmad said...

aku sentiasa berasa kerdil di sisiNya dan orang-orang lain.

hanaahmad said...

oh. dah tak susah hati? :)

ctpayong said...

seni itu suatu yg halus. tapi andai kata diperhalusi seni menjadi luas dan besar.

genggam jatidiri kerana ia punya nilai seni diri sendiri.

cik ciput said...

ukur baju di badan sendiri..

intan.maisarah said...

melihat diri sendiri sebelum kita membenarkan orang lain menilai kita.

owh..
saya angin, yang hanya terasa desirannya
tapi tak kelihatan jasadnya

Para Jamaludin said...

perenggan terakhir.

blog-tips-kurus said...

kena la selalu muhasabah diri. bukan sekadar mekap depan cermin.. (*.*)

Fyqa said...

hrus crmin dri sndri "-.-

sahidzan said...

tetap ada juga manusia yg tak mampu mengenali diri sendiri..keliru barangkali.

James Alexander said...

andaian insan lain sama ada aku debu atau batu tidak penting.


hanya seniman yg tak terduga itu saja yg layak menilai diri aku...

ghost said...

MATAHARI |wah rasa rendah diri yang mengerti.

CassiaSiamea |perumpamaan itu sudah cukup menjelaskan aku.

catherine- |pasti ada yang singgah..bukan.hye rien.

JARI YANG TERBARAI |yerp..lebih dalam.

~Kisah Hati~ |lakukan mengikut landasan hidup kita.yang lain serahkan pada penilaian.

Anisa Hang Tuah |ya maybe..hihi

Cikli |kenal sudah cukup bro..

nurAMALLINA |hye amallina..

hanaahmad |semakin dewasa semakin kerdil kita..

ya aku usaha utk hindarkan rasa itu.

ctpayong |senia memang luas kak CT,kadang ia suatu yg tidak terjangka.

Nazsabrina Iman Zulfikar said...

lama tak singgah sini hehehehe...

aku kadangkala keliru mengenal diriku sendiri.

Marhaenonymous said...

Chairil Anwar,W.S.Rendra dan Pramoedya Ananta Toer antara sasterawan ulung yang amat aku kagumi..

ingin sekali rasanya aku agar di kurniakan anugerah bakat seperti mereka.

ghost said...

cik ciput |harap tidak tersilap ukur ye..

intan.maisarah |yg bisa menembusi apa yang tidak dapat ditembusi oleh jasad...angin itu lebih baik.

Para Jamaludin |di situ baru ada pemaknaan.

blog-tips-kurus |cik BTK tak lebihkan cermin hari ini kan...hihi

Fyqa |ya semestinya..

PK |masih banyak persoalan yang bermain di benaknya..

James Alexander |kau dah serahkan kepada-NYA.

Kepala Mancis said...

w.s. rendra. yang masih bernyawa walau hanya dengan kata.

oh nudra said...

tp manusia sentiasa memerhati org lain dgn pnuh hasad dengki

Unknown said...

cermin didi itu perlu untuk melihat diri..

ghost said...

Nazsabrina Iman Zulfikar |teruskan dapatkan jawapan dari persoalan kau.

Pena Marhaen |ya seperti kau,aku juga ingin menjadi seperti mereka.

Kepala Manchiss |itu lah yang terkesan dalam ingatan aku.

oh nudra |biarkan...biarkan selagi ia masih belum memudaratkan kita.

JIJI YU |sudah pasti bro...kalau tidak kita tidak akan sedar.

abang bro EL said...

nak jadi WS Rendra?huh? ada baca puisi RAJAWALI?best bro'...

Liyana Zahim said...

Sesetengah debu buleh wat masker juger...

Franz. said...

Ah, Siapa Rendra sebenarnya? =,='

tehr said...

kalau hanya debu yang disapu pada punggung
memang tiada nilainya

aku mahu jadi debu yang melekat pada mata
mereka nak sapu pun, penuh hati-hati
hehe

Amiey White said...

mereka yang berkuasa menyapu kita .ya,kita rendah , mereka di atas . huh~

faiz said...

xpyh sgt kita nak sibuk pikir apa yg org cakap tentang kita..btol tak?

tieykah said...

Lama xbaca coretan kamu

Aleen Aiden said...

Cuba lihat kita siapa pada diri kita sendiri sebelum melihat siapa diri kita pada orang lain..


yg dilakukan sebaliknya.atau mungkin juga ada yg xpernah sedar diri,sebab tu suka menghakimi lain2nya.

ewanthology said...

terlupa cermin diri, kerana cermin itu sendiri sudah berdebu.

Asrul "iLham" Sany said...

terlalu melihat 'diri sendiri' bahaya

;-)p

Kang Sofyan said...

Siapa rendra itu...

Anonymous said...

Pertama kali aku baca entry ini, aku faham. Tapi tidak untuk kedua kali. Bodoh sangat kah aku?

Fntahlah..

Anonymous said...

makan dalam.

kadang-kadang akupun terlanjur juga menghakimi orang lain hanya daripada kulit bukunya.

ah. semoga Tuhan ampunkan aku bila aku salah menduga.

:s

~Sal Ismail~ said...

Ada simpan kata2 ini buat renungan: "..The most difficult phase of life is not when no one understands you; it is when you don't understand yourself.."

Amalina said...

debu juga digunakan untuk bertanyamum.ada kesucian dalam debu.aku bukan berkata tentang debu kotor yang bercampur rambut di bucu2 dinding.

saljihitam said...

kita ada mata tapi kita masih perlukan cermin untuk memperlihatkan kekotoran yang mencacatkan penampilan kita.

itu apa yang aku rasa. entahlah.

Mawar Berduri said...

aku cuba mengenal siapa diri aku.

cik pha said...

siapakah rendra itu? aku tertya2 siapa hish

Siti Nurhayati Dollah said...

Kadang-kadang aku sendiri tak kenal siapa aku.

PARAH

geeds said...

who am i really?

now, that was really a question to ponder.

ghost said...

diana |mungkin kak diana perlu bantu untuk sapukan debu tuh..hihi

EL MARIACHI |ya sudah tentu aku sudah membacanya..

Liyana Zahim |buat kajian dulu...

Patung XIII. |seorang poeter nusantara terkenal..

tehr |takut mata lebih pedih...gunakan eye mo.

Amiey White |mereka sebolehnya terus menyingkirkan kita..

faiz |betul..sebab kita sendiri tak habis nak fikirkan diri kita.

tieykah |its okay..sebab saya sudah jarang ngeblog Tie..

aleen aiden |perlu bukan kita sedarkan mereka sebelum mereka terlupa kalau mereka bukan hakim pada sesiapa.

delarocha |sila bersihkannya sahabat...

ghost said...

Asrul "iLham" Sany |maka sedangkan pemerhatian kamu bro..

Sofyan |kalau di tanah kamu,pasti kang sofyan lebih mengenali dia.

memoriusang |tidak bodoh gan..cuma masih belum temui maksudnya.

PrmpnDkwtMrh |semua kita pernah melakukan perkara sama...

~SaL IjOu~ |aku akan simpan kalau aku belum ada..hihi

Amalina |itu debu keperluan pada masa darurat...

saljihitam |memang itu juga apa yang aku rasa gan...

Mawar Berduri |teruskan sehingga berkurangnya persoalan yanga da sekarang..

cik pha |W.S Rendra merupakan seorang pemuisi dan penulis nusantara yang terkenal.

Siti Nurhayati Dollah |persoalan semakin parah kan yat..

ghost said...

geeds | siapa kamu pada diri kamu..

koskakiungu said...

Rendra sudah wafat :(

vampire's lovex said...

orang takkan hormat diri kita kalau kita pon x hormat diri sendiri..jgn harap yg muda nk hormat kita yg tua ni kalau kita yg tua ni x hormat diri sndiri,buat bnda2 x elok...

kbai

ghost said...

KoskakiUngu |udah tau..dan momentnya ketika ia menyampaikan puisinya yang terakhir.

vampire's lovex |contoh melalui teladan ya kan ecah..

Ceiler Mun said...

baik la.. saya akan lihat diri saya sendiri.. muhasabah diri.. insyaALLAH :)




^^

SYARIFF HAIKAL said...

MENGENALI KEHIDUPAN SENDIRI..MUHASABAH DIRI SEBELUM MENGHAKIMI..HORMATI DIRI SBLUM MNTA DIHORMATI, GUA SUKA ENTRI NI...SLMT MLM PENULS HANTU.

pembaris said...

akau gagal melihat diri sendiri secara menyeluruh.rumah tak ada cermin yang cukup besar

Anonymous said...

bisk, AJ tinggal pesanan di blog skandal di entri penghargaan. ringkas. beliau sudah open kmbali blog lama..

Encik MamaT said...

banyak melihat kekurangan dan kecelaan diri sebelum melihat kecelaan orang lain.. banyak melihat kelebihan orang lain agar kita sedar betapa kurangnya kita..


semoga minggu depan menjadi huru hara... heehehe

Gaphe said...

Bagus prosanya,
mengingatkan kita untuk selalu berempati kepada orang lain juga ya Bisk..

bahwa jika merasakan apa yang orang lain rasakan, kita jadi lebih peduli

silent said...

siapa diri aku eah???

beautiful_rose said...

ingin dihormati?






hormati diri dan orang lain dulu.

Niena Muhammad said...

kita xpunyai apa2..kta xlayak memandang rndah pda org ..kta sma disisiNya..yg membezakan cuma amal yg ikhlas sje

toyolkiut said...

mungkin debu yg terhimpun boleh mnjadi lumpur d musim hujan..

emm..

rendra.. rendra..

aliza zeke said...

muhasabah diri jap.. :)

ghost said...

Bella Bell |aku nampak kesungguhan tuh..hihi

SYARIFF HAIKAL |mekasih dan selamat siang bro..

pembaris |pandanglah air...

maCy |owh ok maCy...thanks.

Encik MamaT |haha..aku juga berharap begitu.aku mau sangat melihatnya.

Gaphe |ya Phe..sebahagiannya terkandung rasa empati itu sendiri.

Silent |shhhhhh....biar misteri.haha

beautiful_rose |ada pulangannya untuk kita zie,samada kita sadar atau tidak.

niena shopping2u |kamu cukup tau tentang itu puan...

toyolkiut |dan kembali menjadi tanah keras dan seterusnya menjadi debu semula.

Aliza Zeke |aku sedang melihatnya Liza.. :)

ENCIK TIKUS said...

kau gugirl ke ?

Bidadari Syurga said...

p/s: maaf... hilang upaya untuk memahami... kita baca komen dorang ajalah....

budak kecik said...

knal diri sndiri dulu sblm nk knal diri org lain.

Nasz said...

Untuk samakan diri aku pada manusia lain, tidak akan pernah aku jumpa selayaknya taraf aku pada mereka. Kerana selalunya yang aku jumpa, aku ini insan biasa yang terlalu rendah mahu banding pada mereka. Apatah lagi mahu ditunjukkan pada Pencipta kita, sungguh aku rasa terlalu hina.

kay masingan said...

perlu hati dan minda yang tenang dan kosong dengan anasir jahat untuk bisa memahami tulisan ini. cukup alam...

Cik Specky said...

human is simply complicated creature created by the Creator, dont u think? we struggle to understand others & yet we seldom try to understand our self, to understand the Creator.. we tend to make a simple thing, complicated..

Unknown said...

entah lah ghost..
mungkin sebetulnya memang saya ini cuma debu semata-mata..

debu yang tidak terpedulikan oleh siapa-siapa pun..

ghost said...

ENCIK TIKUS |kenapa kau fikir aku gurl ?

Bidadari Syurga |silakan cik angel..

buDAK keCIK |itu yang sepantasnya..

Nasz |kita sememangnya hamba yang hina tapi kita adalah ciptaannya paling indah di dunia..

kay masingan |maap kay kerna menyusahkan kamu..

nurHeart |aku memahami kesukaran tentang itu..

april |jangan fikir begitu april..

feyza said...

aku dpt mengenali rengra dari bayangan kau =D

feyza said...

rendra*