badi



Aku punya seorang kawan yang sangat baik,malah berapa kebaikan yang ada pada diri dia jarang terdapat pada kawan-kawan aku yang lain termasuk aku sendiri.Dia menjaga penampilan dirinya sangat telus,luar dan dalam dan selalu percaya kalau perkahwinan merupakan jalan terbaik keluar dari kemelut yang bersarang dalam minda dan kehidupan bersendirian.Ya secara jelas dia sudah mengambarkan kalau perkahwinan itu terlalu bagus.


Selepas berapa bulan perkahwinannya,dia duduk semeja dengan aku dan berbicara tentang moraliti.Dia nampak matang,lebih matang dari fikiran dia ketika cuba mencetuskan minat aku pada soal perkahwinan satu masa dulu.


Satu pertanyaan aku telah berjaya dia jawab dengan menimbulkan persoalan lain dalam kepala aku..Apa yang dia perolehi selama perkahwinan dia?


"Ophan,aku memiliki seorang lelaki dalam hidupku,tidak lebih dari seorang lelaki".



92 comments:

Unknown said...

suweett. erkk. hehe

ORLANDO AHMAD said...

kalo lebih dari seorang lelaki macam mana?

Fatimah Ali said...

gay kah? tak faham :(

Fatimah Ali said...

gay kah? tak faham :(

Kang Sofyan said...

boleh kenalan sama kawannya nih..

Marhaenonymous said...

pasti sebelumnya dia menaruh harapan terlalu tinggi dan dia tertipu dengan angannya sendiri..

Pembunuh Tanpa Bayang said...

"Ophan,aku memiliki seorang lelaki dalam hidupku,tidak lebih dari seorang lelaki".


seorang lelaki yang baik akan di cintai sepenuh hati oleh isterinya.

Pembunuh Tanpa Bayang said...

"Ophan,aku memiliki seorang lelaki dalam hidupku,tidak lebih dari seorang lelaki".


seorang lelaki yang baik akan di cintai sepenuh hati oleh isterinya.mungkinkah ada kesilapan jika kesempurnaan yang di harapkan bukan seperti yang di fikirkan.

Nazryn Mishar said...

badi . :p

Raihana Izzati said...

Im with s.u.h.a
kurang jelas.

tapi bisk,kau tak percaya perkahwinan ke? *just asking*














hi.

fISZ said...

dia jwb dgn reaksi yg mcmmane? Ntah2, dia maksudkan seorang lelaki yg terlalu cukup utk yg diharapkan. Tp lelaki2 di atas ni mcm pesimis je kebahagian yg seorg lelaki boleh berikan kepada isterinya??? Kalau fikir mcmtu, mgkn akan jd mcmtu gak kan?

Rain said...

apakah dia mahu lebih?

cintai dia yg mencintai

vampire's lovex said...

kawen itu indah walaupon aku x kawen lagi...huawawawa

Alif Haris said...

errr apekah ? haha .. kurag jelas .. huhu

ghost said...

nub |tak perlu tambah gula lagi..haha

ORLANDO AHMAD AL BUAYAK |bukan soal bilangan yg dimaksudkan bro..hihi

s.u.h.a |haha..aku tak nampak di mana GAY nya entry nih..kawan itu seorang perempuan.

Sofyan |tapi dia sudah berpunya kang..

Pena Marhaen |yes!u right.dia gagal perolehi apa yg dia impikan.

Pembunuh Tanpa Bayang |dia bukan mencari kesempurnaan tapi dia mahukan suatu yg berbeda dengan hidupnya dulu.

Nazryn Mishar |:P

Raihana Izzati |satu masa dulu,iya.tapi bukan sekarang.aku juga belajar mengenal dulu.

fISZ |yes dia memberi reaksi seolah melepaskan satu keluhan..tentu faham bukan.dan ia mmg berkait soal kebahagiaan.

Rain |bukan soal kuantiti cik rain..hihi

fiezah91 said...

lelaki dalam hidupku tak lebih dari lelaki?errr

ghost said...

diana |mekasih kak diana,kerna memahami entry nih.seorg perempuan pasti tau apa kehendak dia dlm perkahwinan.

vampire's lovex |kau kena kawen cepat,esah.hihi

alif haris |baca seperti kau menghayati puisi sinis.

adan said...

maybe sebelum ni lelaki2 yg dia jumpa termasuk kau tidak seperti lelaki yang dia inginkan.. ahaha

Qaseh Dalia said...

memiliki lelaki tapi tak lebih dr lelaki ..
memilikimu tak lebih dari mu ..
=.=
haha ..
tak paham ..huh

Unknown said...

aku juga ingin mengikut rentak rakan mu itu

Amalina said...

aku melihat dia sebagai seorang yang tahu faham akan karektor jantina yang berbeza dan nampak bagaimana perbezaan itu membentuk satu lukisan bila dicantumkan..

monologtinism said...

lelaki.

lelaki.

bermakna dan sangat dalam maksudya.

Anonymous said...

perkahwinan dpt mengubaah diri ssorang kpd lebih baik.


sy nk kawen...

Prince Halilintar said...

itukah kesetiaan yang dicari2 nya??heehee

My Little Diary said...

cukup lah tu seorg lelaki, ada tanggungjawab, mempercayai satu sama lain..., penuh kasih & sayang...

ghost said...

fiezah91 |kira macam takde aper lar..cuma penambahan orang dlm hidup.

adan |ya sapa yang tau..kalau aku bukan lelaki yg dia inginkan,dia sudah pun buktikannya.

Qaseh dalia adelia |cuma atas nama gender seorang lelaki yg berada dlm hidupnya..

EZAN IDMA |dengan sinis atau lebih berkias..?

Amalina |dan kau melihatnya sebagai satu arca dalam satu pameran yang berada dlm tempoh tertentu..pada esoknya arca itu mula dipindahkan.

monologtinism |dan aku sendiri pun mula menyelam.hihi

.sweet-ants. |silakan dan teruskan nawaitu yg baik itu sweet..

Prince Halilintar |bukan soal kesetiaan prince,ia soal keinginan.

Kepala Mancis said...

ada satu perkataan. ada dua maksud dari beda bahasa. feel dan fe'el perlu jadi satu kembali untuk di fillkan dalam kehidupan.

Unknown said...

tak lebih dari seorang lelaki..

Aleen Aiden said...

aku nak tanye pekara yg same dgn jony albuayak tu.tp die da tanye dulu.mencik!keh3

yg joni ni pon satu.kejap orlando albuayak.kejap jony.die nak jadi ape sebenarnye nih?

uncle gedek said...

pastika lelaki tu pon memiliki seorang saua perempuan...

tieykah said...

seorang lelaki yang sangat bagus mungkin

Hafizin Jamil said...

ophan..aku memeiliki seorang isteri..insya allah akan tambah kalo ada rezeki lg..haha

iem said...

mungkin ape yang die gambarkan terlalu bagus untuk dunia sebenar...

aliza zeke said...

x berape nak paham lah..hehe

Amiey White said...

terbaik

aku berharap ada insan begitu untuk aku . :)

BubuBobot said...

Lelaki. :)

Anisa Hang Tuah said...

badi kucing

pembaris said...

seorang lelaki yang boleh diharap

sugar2 kapas strawberry said...

mak aiii..sweet kot.

Cik Anita said...

salam..

erm.
sedang berfikir***

sebenarnya, mungkin kepercayaan yang diberikan oleh seorang isteri 150% sebelum perkahwinan. Namun itu menjerat dirinya sendiri.

Barangkali?

Kurangkanlah kepercayaan anda pada sesiapa pun walaupun itu SUAMI anda. :)

jhnrdzi said...

Woha, nampaknya dia ada kebahagiaan disitu.

dill said...

pelbagai spekulasi hasil dari panahan ayat terakhir kawanmu. dill tidak mahu ulas panjang cuma dill doakan dia senantiasa bahagia hingga akhir hayatnya. ameen

dill.

Far8 budak baik said...

wehhh ghost..tak aci ar
kawan kau tu kawin awl
dari kau kn..
hahahahaha..
sbnrnye aku paham ayat kat atas tu je..
yg last tu tak paham..
ahahahaha okey aku noob..haha

Asrul "iLham" Sany said...

lelaki n wanita sama2 misteri dengan cara yg tersendiri

white rose said...

badi?
lain yang dimahukan lain yang dapat...

bukankah itu rezeki namanya...

cabaran untuk menerimanya dari awal...

REDHA dgn ketentuanNYA...

feyza said...

apakah badi nya lelaki.. erk~

A.s.t.i.n.a said...

kawanmu yg baru berkahwin ini pompuan?

adakah ghost ini pompuan...
oh ghost!,, pelukkkkkkk ghost...

feyza said...

maksud dye...b4 kwin gurl 2 bbs bkwn ngan ane2 laki tnpa sbrng hlngan drpda sesiapa...tp pas dye kwin dye dh xle nk bkwan ng laki sprti b4 dye kawin coz dye dh mmpnyai HUSBAND :)


mbe taip heheee~

Cikli said...

lelaki banyak tanggungjawab dalam agamanya.

Unknown said...

met malam..salam utk temannya deh

~Sal Ismail~ said...

masih belum kutemui~

ghost said...

My Little Diary |itu kalau dilihat dari sisi yang lain..

Kepala Manchiss |keduanya punya kaitan yang tepat.

JIJI YU |hurmmm.... :)

aleen aiden |dia mengalami kekeliruan identiti tu aleen..haha

gedek! |kuota 4 utk lelaki..huh

tieykah |i dont think so tie..

H.J |haha..silakan kalau kau masih mampu...

ïêmÃ¥ Ã¥¢klê§ |jawapan aku sama macam jawapan aku kepada tieykah.

Aliza Zeke |memula memang tak faham...hihi

Amiey White |aku risau kau akan selalu makan hati..hihi

ghost said...

Silent |heh..

nurAMALLINA |ya lelaki.. :)

pembaris |camner kalau sebaliknya...

sugar2 kapas strawberry |sweet kat mana tuh..

Cik Anita |dia mungkin tidak mendapat seperti apa yg dia harapkan..

Johan 'Champ' Radzi |haha..aku rasa takde beb..

dill |diaminkan sama...amiiinnn!

Far8 budak baik |aku suka kalau ada kawan aku kawen awal..haha

Asrul "iLham" Sany |itu yg best sgt nak cari apa yg misterinya tuh..

white rose |mungkin meskipun dia mengeluh dia dah redha..

ghost said...

Miscellaneous Smiles |bukan lah macam tuh...hihi

A.s.t.i.n.a |ouh no..cuma kawan seorg perempuan,saya tetap seorang lelaki..hihi

Miscellaneous Smiles |member kau silap pijah..bukan begitu digambarkan.dia mengambarkan bahwa apa yg sepatutnya dia dpt dr perkahwinan itu tidak ada melainkan hanya tambahan seorang lelaki dlm hidupnya..

Cikli |kalau gagal,gagallar semuanya.

Sang Cerpenis bercerita |akan disampaikan mba fanny..met malem.

~SaL IjOu~ |soon..satu masa nanti.. :)

Cik Specky said...

mjadi seorg pendengar setia bg seorang sahabat, that was really2 nice :)

ctpayong said...

kesian dia. mohonlah kepada Allah...

kekurangan itulah kelebihan, mengajarkan terusan pengharapan kepada Illahi.

Niena Muhammad said...

memperolehi seorang lelaki yakni .. bersifat lelaki 100% ? jdi seorang suami,mcm tu?



eh... **sy xnangis.. housemate sy je nangis hehe

ghost said...

nurHeart |mau menjadi penasihat yg baik kena menjadi seorang pendengar yg baik jugak.

ctpayong |aku juga berharap dia temui apa yg dia inginkan..

Niena Pengembara Ilahi |bukan bersifat lelaki 100% tapi apa yg lelaki itu sepatutnya laksanakan sebagai seorang suami..

feyza said...

salahh..

yess tadi bet ngn dy..

=3

hanaahmad said...

tidak seperti yang diharapkan bukan? yakinlah perkahwinan itu bukan suatu perkara yang mudah.

* aku mcm org yang terakhir komen di sini. sorry lambat!

Bidadari Syurga said...
This comment has been removed by the author.
Bidadari Syurga said...

heeeeeeeeee... ke bf lain? arghhhh confius....

Bidadari Syurga said...

tak tahulah nak komen... dah 3 kali baca...

ghost said...

Miscellaneous Smiles |berapa bet ngan dia...?

hanaahmad |no its okay..

perkawenan bukan hanya sekadar pengabungan dua ideologi..

ghost said...

Bidadari Syurga |takde bf lain dalam kisah nih cik bidadari..ia lebih difahami dengan keluhan.

Rafidah Farhana said...

Ni pengakuan, aku kadang-kadang pening baca kisah kau sbb bahasa kau tinggi, skill aku rendah untuk memahami. Tapi aku masih belajar sikit-sikit untuk memahami :)

Oh, satu lagi, terima kasih untuk pendapat kau dekat blog aku. Aku boleh improve dari hari ke hari dengan idea kau.

SYARIFF HAIKAL said...

SELAKU BUDAK YG X MATANG DAN BERUSIA 18 THUN..AK AKAN MENJAWAB..PERKAHWINAN ITU BES & BILA IANYA DIPANDANG DR SUDUT LAIN..IANYA SUATU KEBAHAGIAN YG SANGAT,PADA YG PANDAI MENGHARGAI

belog|amiyo said...

memang la tak lebih dari seorang lelaki. kalau lebih jadi apa la plak? hehe

blog-tips-kurus said...

saya ada bapak, abang kandung, abang ipar & adik ipar lelaki..

faiz said...

aku pon xbeberapa phm ghost..tapi apa yg aku baca komen2 ni mmg kita jgn expect terlalu tinggi dlm sesuatu perkara..

ghost said...

Rafidah Farhana |aku nak jawab serba salah..jadi aku senyum jer tanda terima kasih aku. :)

SYARIFF HAIKAL |aku tau kau dah tak sabar dah kan...hihi

belog|amiyo |tak jadi hal..janji dia ceraikan dulu laki dia.

blog-tips-kurus |haha..jangan lupa sebut sekali dengan paman-paman dan mas tukang kebun k..

faiz |jadi apa yang kau faham tuh,itulah yang sebenarnya.

I N S P I R A T I O N A L E F E K S said...

akan ku pikirkan nanti, bila tiba masa nya .. perkahwinan*

iKhRam said...

naseb bek kawan itu seorang perempuan ghost writer..

apapun perkahwinan itu banyak kwbaikannya. aku juga melihat, perkahwinan itu satu cara utk menstabilkan kehidupan. dari cara berfikir juga dari tingkah laku.

lagi pun bila sudah berkawhin, kita hidup bukan lagi utk diri sendiri. tetapi lebih berfikir utk orang lain. isteri, mungkin suami dan anak2, kuarga mertua.., keluarga sndiri, masyarakt.. dan lain2..

catherine- said...

err... perkahwinan itu kan salah satu ibadah. jangan lah mengeluh.

:)

bisk,kamu selayaknya menjadi seorang bapa skg ni tahuu!

tehr said...

yups
tak lebih dan tak kurang
terima dan syukur seadanya
pasti bahagia

Encik MamaT said...

<3 insyaAllah.. bertemu jodoh yang baik... dapat membimbing ke jaln yang baik

Hansyirah Takezur said...

kalau kamu pon keliru dengan jawapannya, apatah lagi aku... aku tak dapat memahami kata2nya... @_@

Adzrien Shoppe said...

nasib baik lelaki.. normallah tu... he..he..

cik ciput said...

kawen susah, x kawen pun susah.. =p

*berharap aku mendapat seorang lelaki yang selayaknya dijadikan suami..untuk aku hormati, patuhi, sayangi dan yang pasti, cintai..

intan.maisarah said...

kenapa dia berkata begitu..


aduiiihh

cik pha said...

kawen satu ibadah heee

.drakula. said...

baru dia tersedar apa itu lelaki...

toyolkiut said...

ghost dh kawen lum?
jom kita kawen..
hehe..

emm..
dlm mksudnya tu..

suami mmg la llaki, tp sbg suami ia patut mnjadi lbh dr seorang llaki kan? kan? kan?
sangat besar peranan seorang suami, bkn sbg seorang lelaki..

koskakiungu said...

assalamu'alaikum, maap baru berkunjung...

itu maksud kalimatnya, dia bahagia ya?
maaf saya kurang faham.. ^^

ghost said...

Inspirationalefeks |semua orang akan berfikir sama..hihi

iKhRam |itu kalau pada asasnya,tapi pada perjalan sebenarnya ia lebih rumit dari itu..

catherine- |tau.memang tau.tapi ya kan harus punya pasangan terlebih dulu.hihi

tehr |kita selalu harapkan begitu..

Encik MamaT |inshaAllah..diaminkan sama-sama.amiiinnn..

Hansyirah Takezur |kamu seorang perempuan bukan...? :)

Adzrien Shoppe |kamu jangkakan apa ya?

cik ciput |kamu pasti akan mendapatnya Put...pasti.

intan.maisarah |sebab dia perlu berkata begitu...

cik pha |ada sesiapa yg tidak tau...?hihi

ghost said...

RepublicAku |haha..dia cuma kenal perkawenan bro..

toyolkiut |betul apa yg kamu cakap TK..n suka ada lamaran utk aku..haha!

KoskakiUngu |ngga.maksudnya dia konpius dengan kebahagiaan yang dia impikan selama ini.

Liyana Zahim said...

Syarif dun b over ok.. Hahaha.. Lau lebih dri seorang laki hapekah? Ade dua jantina ke? Hahahah~

~Kenanga Suchi~ said...

kdg bila pengharapan terlalu tinggi... dia lupa lelaki itu hanya lelaki biasa...

Gayahspears said...

saya mahukan seorang lelaki dalam hidup saya :)

ghost said...

Liyana Zahim |haha..lyana2.mananya datang citer 2 jantina nih..

~Kisah Hati~ |ya sudah tentu atau lelaki itu tidak pernah mau sedar.

Gayahspears |kamu pasti mendapatkannya... :)

Amiey White said...

makan hati bila tak di balas msg , tak call . rasa nak makan2 hp dia . errr kena kahwin ni

Cikya said...

apa yang dia expect dari seorang lelaki?
lagi baik dia cakap awal-awal what she expects from him at first..
dan, marriage is about tolerance kan?
acceptance kind of a lie.. :D
*macam dah berkahwin je*