harga sebuah tugas



Di Anaconda Post,yang kini dikenali sebagai Sahara,berhampiran dengan daerah Sadao dan bersempadan dengan Kuala Nerang,suatu masa ketika belum tumbuhnya bangunan kawalan sempadan adalah zona mini pesta bagi kami yang terlempar dari kesibukan kota-kota besar.Berada di sini kami tidak pernah membenci kesunyian kerna hiburan tempatan sentiasa menjadi tetamu kami.Orang-orang siam menghargai kewujudan kami dengan menghidangkan minuman teh yang pekat manisnya dan bual bicara dengan anak-anak gadis yang manis senyumannya tanpa perlu kami mulakan dengan permintaan.


Ketika bersua dengan orang tempatan,senyuman dan sapaan kami tidak disambut dengan gembira seolah kami maling kepada hasil hutan tempatan dan merupakan pelarian.Selama berapa lama ia berterusan,ia membuatkan kami lebih sunyi berada di tempat sendiri.


Adakala penghargaan tidak berada di tempat yang sepatutnya kita perolehi.



73 comments:

delarocha said...

perkara biasa, kita kadangkala lebih mesra dengan 'orang luar'.

vampire's lovex said...

betol,aku skrg dah malas nak senyum dengan org malaysia... bukan nak senyum balik,dijeling nya lagi ada la..hmmmm...mybe org kita hnya mnghargai org luar ... tolong aaa

VienzAngeL said...

"Adakala penghargaan tidak berada di tempat yang sepatutnya kita perolehi."
setuju dengan anda..

pembaris said...

teh orang siam sedapnya tidak terperi

Rafidah Farhana said...

Mentaliti masyarakat kita tidak seperti mereka yang lain.

Baik disalah erti, jahat dihina tanpa henti.

Johan 'Champ' Radzi said...

Anak gadis, fuhh. Yelah abam abam askar kan hotstuff :)

Hihi~

JIJI YU said...

hujan emas dinegeri orang..hujan batu dinegeri senirik..kalo tertimpa aas kepala hujan2 tersebut sama sakitnya

AkuMuzikFilem said...

terasa benar. bertugas di perbatasan ya

Amalina said...

aku tak suka senyum sebab bila aku senyum, aku akan nampak seperti seorang yang peramah.
bila aku nampak seperti seorang yang peramah, orang akan berbual dengan aku.
bila orang berbual dengan aku, aku perlu memberikan reaksi.

aku malas untuk berbual, jadi aku tak mahu senyum.

nurHeart said...

kdg2 mmg begitu agaknya atau lebih kpd feeling being insecure/protective?

kdg2 manusia bersangka baik/buruk pd keadaan yg salah..

Syuxer said...

dunia sekarang, senyum benda paling mahal..ntah kenapa padahal senyuman itu satu sedekah versatile..selain dapat pahala,dapat timbulkan rasa nak berkawan..

tapi xpela ragam manusia yang semakin pelik bercampur baur sudah menyerlahkan hubungan sosial antara manusia semakin runcing

soal penghargaan sudah menjadi perkara tidak boleh dipuji kerna hasad dengki menjadi penghalang untuk melahirkan zon selesa penghargaan tersebut

Sofyan said...

siam hari selasa atau siam bulan sya'ban nih hehe

s.u.h.a said...

aku pon pelik. mak aku cakap jangan bercakap atau senyum dengan orang yang tak kenal. bf aku cakap jangan senyum sangat dengan orang yang senyum sama aku. aku double pelik di situ.

~SaL IjOu~ said...

Kini aku berada di sekolah utk praktikal..dipesan agar senyum dengan semua guru & kakitangan, jika tidak nnt dikata sombong..tp aku hairan dengan seorang ini..kulemparkan senyuman, berbalas jelingan..aku terfikir,"apa mahal sangat senyuman kau itu"..pesan seorang kwn, biarkan aja org mcm tu..bukan kita yg rugi~

iKhRam said...

biasalah.. lumrah ! kalau kita g tempat orang mcm tu la.. seronok dibelai..

tp orang tempatan pun perlu diajar agar belai membeali..

barulah hujan emas kat tempat orang.. tetap gak seronok di tempat sendiri..

cintai tanah air k?

faiz said...

org2 kite ade segelintirnya begitu sombong dan berlagak..bkn saje xsenyum tapi berkasar lagi...konon dia la hebat..

Bidadari Syurga said...

mungkinlah org tempatan tu terfikir kamu buat apa tak di sana...? merekakan org2 yg jauh dari kesibukan kota.

p/s: heeeee... ok tak tahu nak komen apa. masih kisah anak dara gajah putih ya...? ;p

ORLANDO AHMAD AL BUAYAK said...

kadang2 penghargaan tu datang lambat hehhehe

EL MARIACHI said...

anak gadis ohhh anak gadis...selamatklanlah anak gadis kita...

.sweet-ants. said...

malaysia kita wajah kita. mcm tu lah kot.. so kalau dok luar org tgk org asing kt tempat dia mesti tunjuk wajah baik punya supaya dikenang dan disanjung

Niena Pengembara Ilahi said...

igt balik.. msa sy pernah operate kaki...sorg pn xbantu masa nk angkat kerusi di surau, nk buat solat.. tgk jer... usahkn nk lempar senyuman, tlg pn tidak.. jeling? lagi tak..

ghost writer said...

delarocha |sebab kita teruja untuk kenal orang luar.

vampire's lovex |bila dia buat macam tuh,kau tunduk jer lar..hihi

VienzAngeL |mekasih kerna setuju.

pembaris |manisnya macam kau kena renjatan listrik.haha

Rafidah Farhana |senang kalau kita tak perlu berkata apa-apa..

Johan 'Champ' Radzi |hotstuff??peh!dalam dada terbakar wooo...haha!

JIJI YU |hujan emas kat negeri orang,hujan batu di negeri sendiri,giler nak main hujan kat negeri sendiri..

AkuMuzikFilem |haha..satu masa yang sudah.

Amalina |aku harap bf ko memahami ko amalina..haha

nurHeart |harus selepas itu diperbetulkan...

ghost writer said...

Syuxer |orang nak sedekah pun malas inikan pulak nak bagi senyuman...

Sofyan |siam itu ialah orang dari negara Thailand,kang sofyan.

s.u.h.a |mak ko takut dgn strangers,bf ko risau dan jeles nanti..hihi

~SaL IjOu~ |sebab dia pandang ko cuma seorang budak praktikal yg tak perlu dibagi muka..hihi

iKhRam |orang kita mungkin dah jemu...

faiz |tara mana hebatnya manusia nih...

Bidadari Syurga |dia tak perlu berfikir..sebab dgn cuma melihat,dia sudah tahu dengan jelas.

ORLANDO AHMAD AL BUAYAK |dan ucapan terima kasih itu juga pasti lebih lambat dari penghargaan...hihi

EL MARIACHI |berat tanggungjawab tuh..

.sweet-ants.|diri kita adalah produk promosi pada orang luar tentang sikap..

Niena Pengembara Ilahi |itu lebih teruk...selfish sangat tuh niena.

dayya said...

biasanya manusia ni sesekali dia buat juga perangai, 'anak dagang direbut orang, anak sendiri disorok peri...'

sesekali bertembung dengan orang luar, lembut lidah dari gigi. duduk sekampung hari-hari kelong gosip kanan kiri. huhuhu.

adan said...

aku ingin sekali berada di luar dari sini.. bagaimana agaknya keadaan di luar sana.. aman..damai.. sengsara?

aku bersyukur di sini,aku juga sedih di sini..

ghost writer said...

dayya |cantik sangat peribahasa tuh dayya.aku suka sebab ia pertama kali aku baca..

adan |pernah pegi filipina?bukan semua tempat mesti ada morro kan..

asip محمد said...

jadi seperti air.. batu yang keras pun boleh terbentuk lagikan budi bahasa orang..

orang hunus parang.. kita balas dengan senyuman.. orang lempar kata2 kesat.. kita balas dengan budi bahasa..

James Alexander said...

bagai dilayan di istana pabila berada di tempat orang...

nikmat seorang perantau... memang seronok...

syahira ariff said...

alaaa
tak bulihla wak
orang orang malaysia bahaya tau
kalau kita senyum2 kt diorang,nnti diorang ingat kita syok kt diorang pulak kan

gedik btol.grrrrr

H.J said...

seringkali orang mengaggap kita adalah bapa kepada maling.bukan maling kundang yer..hehe

Prince Halilintar said...

kemesraan mengikut tmpt dan suasana..

monologtinism said...

aku suka senyum. sehingga lecture pun memuji ketika perbentangan, 'senyuman kamu lebih jelas dari suara kamu'.

jadi ada markah lebih disitu.
hahaha

Cik Anita said...

salam.

Rasa kepercayaan manusia sesama manusia yang semakin pudar barangkali... :)

Encik MamaT said...

yup.. bro.. biasa la.. di negara sendiri kita di anaktirikan...

Khairul Antasha said...

betul..sgt setuju dgn ayat last tu..

sy pun seorng perantau..berada di tmpt org rasanya lebih dihargai..

ctpayong said...

memberi 'senyum' lantas senyum itu dapat mententeram serta menenangkan jiwa juga dikira ibadah.

Far8 budak baik said...

hahahaha pehhh aku terpikat ngan
gadis gadis yg manis yg
lyn tuuu..
pehhh first time aku paham2
kau nye entry..
tak pyh google translate dah..
hahahahahaha =p
tapi kita boleh mengubah nya..
mcmiklan tb pulak..agaga

Para Jamaludin said...

ayat last. ayat last. *pengsan*

Pyka Rahmat said...

rasa tersisih kalau diperlakukan macamtu di tempat sendiri. begok.

hanaahmad said...

manusia ni orang yang sering lupa dan tak hargai apa yang di depan mata, bila hilang baru kita gelabah mencari.

Qaseh dalia adelia said...

betul bro ..kdg2 org luar lebih hargai kita dari org kita sendiri .. bodoh sombong maybe .. hurmmm .. pelik kan , padahal budi bahasa budaya kita tapi semakin pudar

Kepala Manchiss said...

begitulah awan nano nano nano nano nano...hahah

cik ciput said...

aku sedih..bila apa yg aku buat tak dihargai oleh org yg sepatutnya.. =(

mungkin dah tiba masa aku berhijrah dri cni..

aleen aiden said...

sekarang nak buat ape2 sume dgn rase serba salah.sampai berjalan kaki nak ke kelas pon dah xrase 'bebas' mcm dulu lagi.

diana said...

tau tak itu lah satu penyakit orang malaysia..
belagak!tak nampak diri sendiri
berpijak di mana..
mereka pikir mereka berdiri tak jejak tanah..
mujur akak orang mexico..
..
hehhehe

Rain said...

budaya masyarakat 1 tempat tu mempengaruhi hubungan sosialiti antara 1 sama lain..


kalau dalam suasana kg, hubungan komunikasi lebih baik berbanding kawasan bandar..

apa yg aku perasan, penduduk kg mmg suka akan org luar. seronok agaknya mendapat lawatan org luar...

Pembunuh Tanpa Bayang said...

adakalanya yang asing bagi kita itu mungkin lebih baik daripada yang kita punya.

ïêmå å¢klê§ said...

biasa la...
kadang2 orang sendiri bajet best...
sebab 2 berlagak..
saya x erk..
huhu

toyolkiut said...

TK senyum bila bc komen amalina..

emm..
klau jd YB keadaan ini tntu x sama kn? smua nk layan kita dngn baik..
tu la, jd ghost lg, smua orang takut..
ghost ngn toyol, br geng kn? kn?

Asrul "iLham" Sany said...

aku sentiasa je senyum...

;D

Cikli said...

sunyi itu kadang-kadang membingitkan

NAJ HEBAT said...

memberi perkara terbaik dalam hidup pada seseorang.

itu satu penghargaan.

kan bisk.

:)

Liyana Zahim said...

Jadi marilah kte berpindah ke argentina~

belog|amiyo said...

orang kita lebih hargai orang luar.

frwls said...

macam bola malaysia... kan? merudum kan?

kenapa agaknya orang macam aku lebih suka tengok bola luar?

tieykah said...

Tak semua tahu menghargai

Aku ok ghost.:)

Sedikit sibuk bersama rakan-rakan

maCy said...

pegi mana la tu bisk? :)



Kuala Nerang. ok tu je name tmpat macy tahu dari bog ni sepanjang macy baca lama dah. keh2

Miscellaneous Smiles said...

betul tu~

Nveil said...

menyelusuri padang sanai?

S..U..D..@..I..S said...

hujan emas dinegeri orang hujan batu dinegeri sendiri
mana ko pilih bisk?

StellaClaire-Richard said...

Memang lumrah..jarang dihargai masa kini..hmmm... kebnykan take things for granted

A.s.t.i.n.a said...

di mana bumi dipijak....
di sana jgn menjunjung langit~~

ghost writer said...

asip محمد |nampaknya kita kena guna lebih banyak kompromi dalam hal begini.

James Alexander |haha..kita juga berupaya membentuk identiti baru..

syahira ariff |tuh yang kadang risau gak tuh..tapi kadang tersenyum masa sendiri jer..

H.J |bapa kepada maling?bapa pencuri gitu..

Prince Halilintar |sesuaikan pada kondisi.

monologtinism |haha..mudah betul ko dapat point ek..

Cik Anita |barangkali lar...harap cik nita tak macam tuh.

Encik MamaT |mungkin dah jemu nak layan kehendak orang sendiri.

Khairul Antasha |wah..kita boleh bergabung nampaknya..

ctpayong |macam mana dengan senyum sinis kak CT..hihi

ghost writer said...

Far8 budak baik |ya kita memang boleh mengubahnya.biar ia bermula dari diri kita.

Para Jamaludin |nak buat cpr utk para..haha

Pyka Rahmat |terasa jauh hati...muka pun macam kesian jer tgok.

hanaahmad |Hana,mmg ia selalu macam tuh.

Qaseh dalia adelia |orang kita dah jemu Qaseh...nak wat camner.

Kepala Manchiss |ko tengah menyanyi ker atau menjerit...

cik ciput |uish..jangan sampai macam tuh Put..cool ok.

aleen aiden |banyak sangat foreigner kat tempat ko study tuh aleen..hihi

diana |yaribba..yaribba...seniorita!jgn marah dowang kak Diana.kita kena simpati.

Rain |di kampung,harmoninya sangat bagus.malah layanan masih adil beb.tetamu luar dalam dilayan macam biasa.itu kat kg aku lar.hihi

ghost writer said...

Pembunuh Tanpa Bayang |itu dalam erti kata lain bukan..

ïêmå å¢klê§ |aku tau iema tak macam tuh..hihi

toyolkiut |'hantu toyol'!yeah!ia sangat sesuai.jom bergabung TK.

Asrul "iLham" Sany |aku tahu bro...

Cikli |macam duduk dalam gua...suara sendiri dah penuh satu tempat.

NAJ HEBAT |ya Naj...aku harap ko dapat lakukan perkara macam tuh.

Liyana Zahim |ko minat messi jer ek...hihi

belog|amiyo |berkenal-kenalan mungkin bro..

frwls |eh..aku pun sama lar kalau soal bola tuh..haha.

tieykah |aku pun selalu berharap agar kesibukan nih cepat berambus.

ghost writer said...

maCy |gi melawat kawan-kawan yg tak reti nak balik....haha

Miscellaneous Smiles |betul nih...?

Nveil |dan melewati market free duty.

S..U..D..@..I..S |hujan emas sudais..

StellaClaire-Richard |ia akan terus berlaku...

A.s.t.i.n.a |langit dah pun sejengkal dari kepala.

alif haris said...

betul fed up klu buat baik ngn orag tp dibalas yg tidak baik .. huhu

tehr said...

hairan juga
kenapa mereka perlu merasa curiga?
kerana pakaian?

ghost writer said...

alif haris |sebal dan terasa jauh hati..

tehr |mungkin jugak..terasa terancam dengan kehadiran kitaowang.

SYARIFF HAIKAL said...

PENGHARGAAN PASTI DITULIS PD LAMPIRAN TERAKHIR BUKU..GHOST X CAYE KO P TENGOK.HEHEH..LEPAK2 CNI BRO..

Dark Half said...

banyak tempat kau dah sampai ya ophan. seronok melihat warna-warni hidup manusia wpun x semuanya indah

blog-tips-kurus said...

sabarlah nak..

ghost writer said...

SYARIFF HAIKAL |aku selalu baca sebaris kata pada permulaan buku..

Dark Half |profesi aku yang menghantar aku ke banyak tempat.

blog-tips-kurus |haha..ye mak.