hidup yang tidak pernah ditinggalkan



Joshua melangkah ke dalam kamar yang mulai terkepung dengan debu-debu sisa kulit mati sambil matanya melirik ke arah satu kantungan kain yang disimpul ikatannya.Kemas.Ia kelihatan seolah gumpalan kain-kain yang padat.Kamar itu sedikit terang dengan sedikit cahya yang memasuki melalui jendela kaca slide yang gelap.Sebuah capoi besi tanpa spring yang teralas oleh tilam di atas papan tipis yang kopak sebahagiannya..Berhabuk dan keras,ditenung dan mengumam sendiri.Dadanya berombak resah.Dia betul-betul resah.


Selama 16 tahun Josh simpan jiwanya berkelana di ruangan kamar itu.Pasti ada sesuatu yang membuatkan dia berfikir lama kalau-kalau dia tidak lagi mengingati akan nostalgianya.Berat dan masih terapung.Ini dunia pembaringannya yang meletakkan impian dan khayalannya di sini,yang mengerah ilham menemani pada malam-malam yang telat..Bisa saja dia bersedih seperti mengambus wajah seseorang yang pernah dia cintai.Dalam dan terdalam.Tapi dia tidak mau itu semua mengekori langkahnya selepas itu.Tidak mungkin.


Bagi dia meninggalkan apa saja yang pernah mendampinginya bukan suatu yang dia suka-suka.Malah kalau ada yang mendesak sekalipun dia lebih suka menyerah.Prinsip mudah yang berat dilakukan.Kerna itu Josh tidak pernah mengucapkan selamat tinggal pada hatta apa sekalipun,termasuk pada jiwa-jiwa yang hidup selagi dia juga punya jiwa.Biar dia yang mendukung momen bukan dia sebagai orang yang menyeksa.Peringatan itu untuk dirinya.


Saat sebuah lagu habis berputar,hidupnya terus berputar.



98 comments:

jhnrdzi said...

Lepaskan sesuatu yg digenggami memang tidak pernah mudah.

feyza said...

2nd

Nani Zuliana said...
This comment has been removed by the author.
Cik Bidadari said...

note: arghhhhhhh... mujur gua sempat tukar id balik... arghhhhhhh... gila

kekadangkan... gua rasa... walau sejauh manapun joshua tu cuba mengubah nasibnya... bertahun2 merantau mencari sesuatu yang kurang... akhir sekali setelah penat dan dia masih tidak dapat mencari kekurangan tu... dia sebenarnya telah meninggalkan titik asal di mana kekurangn itu bermula sebenarnya...

p/s: dan di situlah joshua perlu mencari diri... jauh perjalanan menjadikan kamu hebat dalam mengaut pengalaman... selalunya... tempat kedukaan adalah penawar yg paling mujarab. adakalanya okey...

at last joshua toleh belakang jua...

gua cuma boleh senyum beb...

Kang Sofyan said...

suka sama kalimat² terakhir "Saat sebuah lagu habis berputar,hidupnya terus berputar"

Titel said...

kenapa josh seakan menyeksa jiwa sendiri?

.drakula. said...

kenapa selalu aku terpaku tak bergerak selepas setiap bacaan yang kau lontarkan....aku faham ke ni?

SYARIFF HAIKAL said...

JOSH MEMPUNYAI KISAH SEDIH YG PANJANG..MASIH TERINGATKAN SILAM..APA YG ADA PADA DIA JOSH,SMAPAI SGGUP KO MENYIKSA DIRI?

Unknown said...

to forgive maybe..but to forget..urghh so hard..

blog-tips-kurus said...

live your life..

*nak kena rujuk bar gelintar Dewan Eja ni. banyak perkataan baru. :-)

ghost said...

Johan "Champ" Radzi |berat jer kan..ada masa jadi serba salah.

Miscellaneous Smiles |iye lar.. :)

Cik Bidadari |ah,lu buat gua jadi penasaran.gua hampir patah hati tadi.tapi gua tau joshua tak macam tuh,mungkin ada sedikit lar apa yg lu cakap betul kena pada dia..hihi

Sofyan |lagu-lagu pendamping...pendamai tika sayu.

Titel |sebab dia rasakan dia seolah menyeksa jiwa yg lain.

RepublicAku |haha...kau buat aku suka menulis suatu yang mudah.

ghost said...

SYARIFF HAIKAL |dia sudah berikan apa yang josh mau.sekarang dia mau amik balik dari josh.

JIJI YU |dia akan bawa sampai bila-bila sekalipun sudah tiba di cocos island.

diana |satu part yang tersemai di jiwanya.

blog-tips-kurus |iskh..tak perlu tips.sebab ini lebih mudah.hihi

James Alexander said...

josh who ???

sekali terpaut, mmg sukar dilepaskan...

akan tetapi, melepaskan mungkin cara yg paling baik untuk sembuh...

Raihana Izzati said...

Hmm. itu aku pelik. kenapa perlu diingat dan disimpan kalau sakit?

Aku lebih suka kalau lepaskan. But of course we need time.cant expect to forget in a split of second.

Kita lepas satu benda, satu benda yang baru atau mungkin lebih baik datang.

Tapi yelah kan. You're a matured man. Semestinya tahu apa perlu buat. The choice is in your hand.

Jadi kuat.

Faizal Sulaiman said...

meninggalkan sesuatu yang pernah kita adalah sukar:)

Unknown said...

masih adekah 'joshua' yang setia pada setia sekarang?

Kepala Mancis said...

kerana kehidupan lebih panjang dari hanya sebuah lagu.

~Sal Ismail~ said...

Melepaskan sesuatu yg kusayang..sgt perit~ tp bila cuba melepaskannya perlahan-lahan..& biarkan ia berlalu pergi..terasa sangat tenang..~

tieykah said...

Ucapan Selamat Tinggal itu pahit

Anonymous said...

sometimes kita kena kuad untuk melepaskan sesuatu untuk pergi.
then we'll find a new life.
:)

PenjuruKosong said...

life must go on..
yg lepas jadikan ingatan
juga iktibar...

jgn dilupakan terus..

Al said...

btape indah mase yg telah berlalu itu...

ieda Qema said...

dan saat itu.. waktu akan terus bergulir~ kita tidak akan pernah tahu apa yang akan menyonsong di hadapan...

ghost said...

James Alexander |josh merupakan watak pada blog ini...

Raihana Izzati |kerna lebih rela sakit dari menyakitkan maka ia sudah melepaskan sekalipun ia berat.kematangan seseorang bukan pada hal dia memutuskan keputusan tapi pada hal dia menganggapinya.

FaizalSulaiman |sedang telah dimulai dengan sukar.

ecah mashuri |masih ada kalau mau mencarinya.tapi jgn terlalu yakin.

Kepala Manchiss |yes its true..

~SaL IjOu~ |permulaan itu sukar.tapi sesudahnya sangat mudah.

tieykah |pernah rasa bukan...?

chemay |ya,itu saja dan josh menemui kekuatannya.

sahidzan said...

selagi punya jiwa, takkan pernah mengucap selamat tinggal.

duduk diam seketika. memandang jauh ke belakang.

abang bro EL said...

Josh dengan 'Fahmi' macam ada persamaaan je...heheheh...hidup dalam kenangan...

Bidadari Syurga said...

heeeeeee... El..... fahmi ya... Ghosst Joshua... Me...? adoi....

ghost said...

CassiaSiamea |baiklah cassia..akan diingat macam tuh. :)

Al |seolah mau dirampas kembali dari masa..

g0m0k9enDek |kalau kita tahu pasti ada yang kita skip dan tahan diri..

PK |hanya terlihat pemandangan yang semakin berbalam..

EL MARIACHI |ouh...El dengan 'fahmi'nya..hihi

Cik Bidadari |Cik bidadari?..ah,sengaja disembunyikan..tapi aku belum katakan kalau joshua itu aku..hihi

tieykah said...

Pernah la dulu.Dan kalau boleh tidak mahu lagi

emieysandra said...

knanglah slgi hayat dikandung badan..sb tu ade nyer kenangan, ehehe^^

BubuBobot said...

Bukan mudah melepaskan sesuatu yang kita miliki.

Ati Masrif said...

apakah GW juga punya
perasaan setia seperti
joshua....wink ..wink ^____~

alexayussida said...

kadang2 susah utk lepaskan sst tp mungkin bole simpan ie dan jdkan ie alat/motivasi utk lebih mara ke depan..

Nveil said...

soalan aku sama seperti ati masrif.

Liyana Zahim said...

Joshua tu felik cam kau jugak.. Sunggoh amat pelik.. Misterious pon ye gak.. Hahaha~

Mutiara Bernilai said...

hu,

meh joshua,
mutiara dendangkan lagu dream :)

Dreams - High and Mighty Color

utk joshua sahaja ye ghost,
untuk kamu mutiara dendangkan puisi a.samad said,,mahu? :)

grOundnUt said...

Roda-roda kehidupan...^^

pembaris said...

joshua sudah lama akil baligh

pemuzik jalanan said...

Lupakan,lepaskan je.
Takperlu nak kenang.
Sakit! Iskk..

raihanmaskuriy said...

berdampingan dengan masa lalu sambil menjalani masa sekarang. keadaan yang sakit tapi ramai yang masih mahu memilih jalan ini.

toyolkiut said...

entah la..
tp TK ttp mngatakn Joshua seorang yg lemah dan kalah..
prinsip idupnya rapuh.

. said...

bkn senang nak tnggal ape yg kite syg ;) kn ?

AkuMuzikFilem said...

pemendam..

koskakiungu said...

dan roda kehidupan terus berputar...

cik ciput said...

joshua perlu belajar melupakan...melepaskan..dan pandang ke depan..hargai apa yang ada sekarang...walau semua hanya sementara...

fiqas said...

Joshua, untuk apa disimpan dan dikenang andai jiwa merana? lepaskanlah, nescaya jiwamu lebih tenang...

Far8 budak baik said...

ghost wehhh..
ayattt pehhh
dari dulu sampay sekarng..
gigit hidup kau karang..
sakit hidung bace
ayat anda..suatu penyiksaan
betol..hahaha

Cikli said...

joshua bikin kepalaku berputar memahami putaran hidupnya.
lantas aku layan cd joshua tree u2

broken_nigina said...

melangkah ke depan,bukan dengan melupakan..:)

feyza said...

## far8 budak baik hahaa....sep sep sikit..

ewanthology said...

josh seorang yag kuat semangatnya.

Unknown said...

susah nak ucp selamt tinggal :(

vampire's lovex said...

aku benci ucap selamat tinggal...sebak sedih semua ada...

Niena Muhammad said...

Josh, sgt kental jiwanya..
tidak suka menyeksa jiwa org lain..
sgt setia dgn kenangan masa silamnya..

Anda akan di hack.. sila tgk sini
http://www.my-shopping2u.com/2011/06/tanda-password-yang-lemah.html

Unknown said...

josh. mungkin kita sama? haha

faiz said...

xdpt aku nak menafsir entry ni sebab letih mlm ni...lain kali baca blk

ghost said...

tieykah |kenapa mesti serik Tie?

emieysandra |tetap dikenang Sand...

nurAMALLINA |yup bukan mudah.

Ati Masrif |i not have idea..hihi

alexa yussida |mungkin begitu caranya kalau mau move on.

Nveil |sama jawapan macam kak ati..

Liyana Zahim |kami punya kesatuan jiwa..hihi

Mutiara Bernilai |joshua dengar,aku juga dengar...

grOundnUt |off course...

pembaris |haha!dia fikir juga macam tuh.

ghost said...

pemuzik jalanan |segera cari penawarnya..

serenity |kerna itu saja yang mereka mampu lakukan?

toyolkiut |rapuh kerna dia mau melihat ada yang lebih berhak untuk bahagia..

nawal addina |yes its true..

AkuMuzikFilem |sedikit dari yang lain...

KoskakiUngu |dan kita terus bertahan dan bukan menahan..

cik ciput |dia sudah pelajari itu Put.

Fiqas |sebab itu dia lepaskan...

Far8 budak baik |kau jangan sampai terseksa far8.susah aku.

Cikli |best tuh bro..nak layan jugak.haha

ghost said...

broken_nigina |ya i do sha..

Miscellaneous Smiles |haha... :)

delarocha |dia menerima apa jua keadaan.

EZAN IDMA |payah bukan...

vampire's lovex |jangan lakukan seperti itu di lain masa.

niena shopping2u |kau buat aku cuak niena..haha

dayya dayyanna |really?...hihi

faiz |its not big deal bro..silakan berehat.

Unknown said...

haha. mungkin. sama tapi tak serupa. wakakak.

Niena Muhammad said...

hehehehee.. meh nak kasi cuak lagi..

http://www.my-shopping2u.com/2011/06/mencari-ketenangan-jiwa-bagaimana.html

~Kenanga Suchi~ said...

aku lebih rela ditinggalkan dari meninggalkan...

tehr said...

aku hanya berminat dengan kantungan kain tu
apa yang ada di dalamnya?

ILA HonEyBuNNy said...

jangan sesekali ucap selamat tinggal...hehe..

lagu habis boleh berputar lagi....tapi hidup kita xdapat di putarkan kembali...uhuhu

asip محمد said...

ucapan selamat tinggal itu lebih baik jika diubah dengan jumpa lagi.. gua rasa itu lebih sesuai.. sebab bukan senang nak lupakan seseorang melainkan orang itu tidak terlalu penting atau rapat dengan kita..

ghost said...

dayya dayyanna |haha..dari segi gen sudah tentu..

niena shopping2u |yeah..i got it.

Kisah Hati |untuk kebaikan mereka.

tehr |itu cuma sebagai satu simbolik pada yang meninggalkan.

HonEyBuNNy |u are pessimistic person HB..hihi

ghost said...

asip محمد |Sip,lu lebih memahami kalau itu suatu yang pernah lu rasai..

SYARIFF HAIKAL said...

TP PERLU KE JOSH MENYIKSA DIRI SENDIRI??>JOSH SGGUP LEPASKAN ORG YG DIE SYG DAN CINTAI..(hee..mb ak kne bce cerita josh dr mula)

geeds said...

i like how you write. all those adjective and expression make it so vividly clear. like as if i was in there. what a good writer you are. :)

Ceiler Mun said...

bro ghost.. saya hanya mampu membaca komen sis bidadari je la.. heheh~

dan saya setuju dengan komen Far8.. arghhhhh.. ayat bro ghost memang mantap.. hahahah~

emm.. yang saya paham.. memaafkan lebih baik.. bukan? <--- kalau saya salah paham saya minta maaf.. cuba utk memahami.. hehehhe!!~


^^

Mehmed - said...

kenangan, biarkan dikocek belakang. dan hidup perlu terus.

Sca Ndx said...

hidup joshua penuh warna kan?

tieykah said...

Serik itu pasti dalam sesuatu perkara yang pahit.

Aku bukanla seteguh karang untuk tidak merasa perit.

sangat jiwang plak dah ayat:)

ghost said...

SYARIFF HAIKAL |kalau orang yang kau sayangi itu sudah hilang rasa cinta pada kau dan meminta untuk dilepaskan,apa kau masih mau tahan?
kita tidak akan jadi lelaki yg memaksa.

geeds |ouh mekasih untuk itu geeds.

Bella Bell |apa yang bella paham itular kisahnya.

Mehmed - |simpan dan kuarkan bila masanya.

Sca Ndx |sangat berwarna..

tieykah |karang akan jadi teguh bila ia berada di luar dari kehidupannya.

ghost said...
This comment has been removed by the author.
Niena Muhammad said...

mampir :/

Asrul "iLham" Sany said...

cerpen semiotik berbentuk luahan diri mungkin?

;D

Isti said...

Untung hidupnya gak ikutan mati bersama berhentinya lagu..hehe..!

ORLANDO AHMAD said...

meninggalkan sesuatu yg penah menjadi pendamping dalam hidup memang berat... gua dulu bertahun kepala jadi ting tong...

Pyka Rahmat said...

aku takpasti sama ada aku tengah faham ayat kau atau aku tengah dalam dunia aku sendiri.

budak kecik said...

sekali dh jln ke depan, jgn toleh ke blkg lg.

yesterday is a history, tomorrow is a mystery n today is a gift!

Fyqa said...

jgn t'lalu mnyiksa dri

"-.-

Qaseh Dalia said...

pasrah tapi seakan masih hidup dalam dunia ilusi .. baguslah jika josh tidak pernah mahu menyiksa tapi jgn terus tersiksa ..

Pembunuh Tanpa Bayang said...

entah kenapa aku seakan merasakan seperti ada diri kamu di situ...

satu kemungkinan atau lebih dari itu.


mungkin?

Gaphe said...

namanya prinsip, walaupun berat memang harus dilakukan..

ini fiksi ya Bisk?

aduhh maaf baru mampir, saya komen paling bawah aja nih. hehehe

koskakiungu said...

ada komen saya lagi setelah gaphe..hehe
ada tugas tag dari saya, ^^

http://koskakiungu.blogspot.com/2011/06/kenapa-takut-ditolak.html

farwalis said...

hidup, putarannya tak tentu, kejap ke sana, kejap di sini...

kejap tenggelam,

kejap lagi timbul..


:)

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

gua baru saja meniggalkn komen di blog ini

Unknown said...

selalu tak perasan lagu dah habis diputarkan kerana leka dengan lamunan sendiri.

rinz said...

Ehhh.. Ini tentang penyesalan yaa?
*baca-baca lagi, berusaha memahami*

Maybe Joshua should've juz done what he needed to do back then..? So that he wouldn't leave any regrets behind.

Huhmmm.. It's interesting to read articles written in malaysian. More challenging than I expected. Hehehe.

Anyway, I'm still waiting for your new short story in kontrol histeria!

cath said...

hai cowok!

cendol jom!

ghost said...

niena shopping2u |wah guna bahasa indonesia juga ek.. :)

Asrul "iLham" Sany |itu luahan hati joshua..hihi

Isti |ngga sampai gitu sih..

JARI YANG TERBARAI |mesti lu sudah semakin kuat..lama tuh bro.

Pyka Rahmat |kau ada dalam dunia kau sendiri..

buDAK keCIK |yeah i know that..hihi

Fyqa |tidak lar sangat..

Qaseh dalia adelia |apabila dia berusaha utk tidak menyeksa maka dia sebenarnya tdk terseksa..

Pembunuh Tanpa Bayang |ya barangkali 'aku' ada di situ..

Gaphe |bener Phe..ia fiksi untuk diri.

ghost said...

KoskakiUngu |mekasih untuk tag kamu KKU..

frwls |ketahanan yang diperlukan kalau begitu.

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o |gua baru saja membacanya..

Jerry Ghazali |nampaknya kau tidak mendengar lagu..

rinz |haha...harap begitu.aku juga suka membaca penulisan dari indonesia.ini bukan soal penyesalan tapi soal kelangsungan hidup.

utk tulisan di KH,maybe pada hari jumat.

cath |hye cewek...jom,no hal.hihi

Niena Muhammad said...

tepat.. sy nk tanya yg pakar ni.. kenapa sy nk ke dashboard xblh ye?dh 2minggu masalah ni, kekadang nk follow org xblh keluar mcm ni:
We're sorry...

We were unable to handle your request. Please try again or return a bit later.

ghost said...

niena shopping2u |fresh 5.

kay_are said...

bagi aku bende yang dah lepas jangan dikenang.. biarkan je ia berlalu pergi.. mane tau kenangan yang lebih baik akan menyusul pastu..

Seroja Jingga said...

rasanya aku tidak pernah sekali melepas kan ape yang aku miliki..walaupun zahirnya..ia telah tiada tapi..hati masih lagi memiliki..

baik pada orangnya..atau pada kenangan..atau pada ceritanye..

ah berat ghost

ghost said...

kay_are |memang kita lepaskan tapi ingatan kita kadang2 payah utk lakukannya.

Seroja Jingga |ya memang sangat berat kalau terusan difikir..dalam hal yg lain ia sentiasa diingatan.