sejuta wajah sejuta rasa





Berbicara lah pada mereka joshua dan katakan bahwa sumur-sumur yang mereka gali telah kering.Tidak ada satunya yang memberi manfaat pada pengembara.Angin juga telah mati pada mereka.Mereka cuma akan memasuki daerah yang penuh bahang dan kemarahan.Suruhlah mereka kembali pada tanah-tanah mereka.Tidak ada perebutan di situ..tidak ada pertumpahan darah.Tidak ada maki mencaci sesama mereka...Joshua,katakan..katakan kita masih punya tanah yang harus dipertahankan,yang masih tidak perlu dipersia-siakan.


Andai ada satu kebencian selepas itu,bertenanglah joshua.Bukan semua hal kau mesti perbaiki.Cukuplah dengan penjelasanmu,kerna rasamu itu juga kayak meniti pada serpihan kaca yang pecah dan melukakan.Kukuhkan saja di mana kau harus berdiri dan tundukkan kepalamu dengan kejapkan genggaman tangan.Pertahankan pendirian.


Bukan mudah untuk kamu menahan rasa amarah pada suatu yang kamu tidak akui.Seboleh-boleh kamu juga punya suara yang harus diperdengarkan.Tunjukkan rasa hormatmu untuk orang lain menghormati kamu.Itu juga sebahagian dari kehidupan dari apa yang kamu tidak mahu. 





76 comments:

dill said...

sukar direalitikan semua itu jika ada manusia durjana yang tidak mengerti erti hak.

dill.

Pembunuh Tanpa Bayang said...

bila kuasa menjadi rebutan,hak akan di abaikan.yang lemah akan terkapai-kapai.

Bidadari Syurga said...

artikel kamu ini buat kita teringat akan satu perkara...

ada satu lilin... menyala dengan sendirinya setelah padam dipertengahan jalan. semua orang kagum dengan cahaya yang melampau beza dari cahaya yang pernah mereka lihat dari lilin yang sama... sementara lilin itu punya tugas baru... memberikan bahang dan cahayanya yang baru kepada org yang memerlukan dan byk persoalan itu-ini... lama kelamaan sifat ingin tahu dan kagum mereka menjadi semakin beda... mereka cemburu dan lilin itu semakin sedikit...

p/s: kamu tahu ghost... lilin itu padam kembali dan mereka pergi... suatu hari... tatkala lilin itu menyala... yang setia hanyalah satu darah... dan darah itulah yang dijaga rapi... menghabiskan sisanya yang tinggal untuk satu darah yang sentiasa setia menanti tak kira apapun yg terjadi...

gua dah semakin suka perjalanan hidup Joshua... Heeeeeeeeeeeee

Bidadari Syurga said...

my friend... your link... http://bidadari7syurga.blogspot.com/2011/05/pra-review-ghost-writer-detik-detik.html

abang bro EL said...

Universal tu Ghost...meniti di hati setiap makhluk bernama manusia...

feyza said...

hormat menghormati=)

Gayahspears said...

Gambaran pada wajah kadang2 tidak memberi 100 tepat apa yang di alami..
Reaksi atau memek muka kadang2 boleh membuat orang yang memandang tertipu...
tapi.. jika ianya benar penderitan, hati ini pasti merasainya...

Kuasa mampu melemahkan sesiapa saje, namun jgn kita luapa pada akal yang cerdik.Ianya mampu meruntuhkan empangan...

eszol raar said...

kadang kadang bila hormat sudah diberi,kesombongan yg dilemparkan

far said...

sejuta wajah sejuta rasa sejuta rahsia:)

hanaahmad said...

selamat kembali :)

Ati Masrif said...

memang sukar menahan rasa amarah..

afrohead said...

"diam adalah pintar"

faiz said...

btol tu kalo nk hormat kita kena hormat org lain dulu..

ghost said...

dill |nampaknya mereka lebih suka pada hak orang lain.

Pembunuh Tanpa Bayang |mereka mendakwa bahwa mereka punya kuasa sehingga berada pada hak yang lain.

Cik Bidadari |aku cuba bayangkan citer lilin itu dan berkata:manusia lebih sukakan pencahyaan dan keajaiban.

joshua punya kisah yg lanjut.

EL MARIACHI |dan aku melihatnya juga secara universal.

Pijahh' de-Arr |terbaik!

Gayahspears |dan jangan lupa pada runtuhnya empangan akan membuatkan yang cerdik hilang akal...

eszol raar |maka senyumkan saja pada mereka.

far |yes!banyak yang terkandung di dalamnya.

hanaahmad |ya maybe untuk kamu.. :)

Ati Masrif |seperti menahan empangan dari pecah..

ghost said...

afrohead |pintar itu diam..

faiz |ada keseimbangan di situ...

blog-tips-kurus said...

orang yang paling gagah perkasa ialah orang yang boleh kawal amarahnya..

silent said...

bes jugak jadi tanah ni...

Gaphe said...

selayaknya kita juga belajar berempati.. merasakan apa yang orang lain rasakan.

baca ini jadi inget tanah pembebasan.

Cikli said...

biarkan dia tahu melukut di gantang sendiri lebih selesa daripada berbalah membida setimba air di telaga orang lain.

Anonymous said...

kuasa dan duit dah cukup utk hapuskan rasa kemanusiaan. dunia2...

pemerintah kuku besi said...

faham.

Kepala Mancis said...

ak jeles dgn buku kau ghost.

Anonymous said...

seryes... macam buku KOMSAS...

joshua tuh sape? huhuhu~

Unknown said...

biorpon amarah menguasai jiwa..pastikan akal bertunjangkan iman masih lagi bertakhta

koroe said...

aku takda pendirian tapi aku tetap berdiri.

heh heh heh

rafina mimi abdullah said...

siapakah gerangannya si joshua itu wahai encik biskut?

sud@is said...

..hanya kuat iman boleh menahan marah ..dan tidak payah untuk menghurmati orang lain

AkuBukanMalaikat said...

hormat kepada tanah-tanah yang lain. tanah-tanah yg subur, mahu pun yg tandus.

bila timbul rasa tidak masuk akal dan kebencian, tidak salah untuk diluahkan. Luahlah dengan rasa hormat dan bukan dalam bentuk yang mengeji, walaupun pada akal sendiri, ia sesuatu yg keji.

zacky786 said...

ini mmg teruk ~

PenjuruKosong said...

keangkuhan mereka tak membenarkan mereka kembali..

Titel said...

dan akhirnya semua akan kembali ke tanah.

=.='

Anonymous said...

trimas ghost~

Qaseh Dalia said...

hormat orang lain jika kita ingin dihormati ..

I N S P I R A T I O N A L E F E K S said...

mesti bertenang dalam segala hal:)

Daddylicious said...

cuma suka membacanya kerana begitu indah susunan bahasa...

Liyana Zahim said...

Tunjukkan rasa hormatmu untuk orang lain menghormati kamu.Itu juga sebahagian dari kehidupan dari apa yang kamu tidak mahu.

Ayt ni tak phmla.. Aku bkn org seni..

Anonymous said...

amarahku membuatkan aku hilang.. hilang dalam kesakitan.. hilang dalam benteng empangan .. menyebabkan bab seluruh jiwa..

pembaris said...

mak aku suruh aku marah jugak sekali sekala.sebab orang yang jarang marah ni bila dia dah start marah dah boleh jadi insiden amuk

ghost said...

blog-tips-kurus |terbukti dengan itu.

Silent |tanah yang berbudi...

Gaphe |give n take gitu Phe..

Cikli |pada akhirnya dia akan sedar...

RedVixen |kerna keduniaan lebih memenuhi keinginan dan nafsu.

pemerintah kuku besi |nais... :)

Kepala Manchiss |maka kau harus mendahului aku.

Pistachio |joshua tuh watak paling pantas utk aku.

JIJI YU |hanya itu yang mampu menahannya dari lebih jauh tersasar.

koroe |lalang pon berdiri beb...

ghost said...

Mrs.Yie |nampaknya mimi belum membaca kisah joshua sebelum nih bukan...

S..U..D..@..I..S |yooo...tidak kah kelihatan angkuh sebegitu..?

AkuBukanMalaikat |pentingnya tau batas...mana yg harus dilangkaui dan mana yang perlu disentuh..

zacky ~786~ |ada yg lebih teruk..

CassiaSiamea |cuma lihat dari jauh...

Titel |rumah yang tidak terjangka akan ruangnya..

maCy |sama - sama maCy.

Qaseh dalia adelia |mau amalkan?teruskan qaseh.

Inspirationalefeks |pejamkan mata dan kosongkan minda.

daddyzkool |tapi kalau dijiwai lagi enak...

ghost said...

Liyana Zahim |maksudnya ia suatu yang diabaikan dalam hidup kita.

diana |kira itu belum kukuh untuk bina satu pendirian.

Kaseh Chempaka |keringkan cepat-cepat sebelum betul2 tenggelam.

pembaris |mungkin mental dah pecah..haha

geeds said...

greed - one of the deadly sin.

Siti Nurhayati Dollah said...

Tanpa rasa hormat, manusia mudah bertelagah dan merasa hanya diri sendiri yang benar

intan.maisarah said...

diam. dan memerhati

Anonymous said...

hanya manusia bertamadun yang tahu apa itu hormat.
:)

Ichsan Afriadi said...

Siapakah si Jhosua itu mas ?

grOundnUt said...

Sikap hormat menghormati perlu ada pada zahir setiap manusia...^^

noraliza said...

sape joshua tuu bisk?

~Kenanga Suchi~ said...

kita ini berbeza wajah, berbeza rasa... namun... perjuangan itu harus tetap diteruskan... hak itu harus dipertahankan... semua itu harus dengan kelembutan kerna amarah akan membunuhmu... lantas hati itu akan mati...

cik ciput said...

jgn jadi seperti lalang, tak teguh dengan pendirian..

ya, utk buat org hormatkn kita, kita sendiri perlu belajar menghormati org lain terlebh dahulu..

Sca Ndx said...

lain orang lain perangai kan?

broken_nigina said...

hai.
dah makan ke belum?

Marhaenonymous said...

sabar itu senjata paling ampuh dan ilmu paling sukar di pelajari..

bilamana ada sabar maka tiadalah sifat tamak dan perebutan kuasa.

ghost said...

geeds |menambah pada dosa yang lain..

Siti Nurhayati Dollah |lebih angkuh dari yang terjangka..

intan.maisarah |apa yang diperhati mai?

chemay |ya kalau tidak sukar utk tamadun itu berdiri sendiri..

ichsan afriadi |'teman' yang terahsia bro.. :)

grOundnUt |seharusnya begitu bro..

noraliza |watak dari cermin sisi yang lain..

Cik Hati |bertahan lah dengan amarah yang kau akan telan.

cik ciput |lalang tuh dah mmg sifatnya macam tuh..

Sca Ndx |kalau sama dikit lah...

ghost said...

broken_nigina |nak ajak makan ker?

Pena Marhaen |sudah dibuktikan bahwa kesabaran mampu menangani kemelut yang runcing..

Cik Specky said...

‎"The smart one isn't the one who wins the argument, rather is the one that avoids getting into them in the first place."

salam dinihari, ghost..

Mehmed - said...

kita punya masa untuk pertahan dan bertahan..



*sudah penat mahu tidur Ahaks!

zirconia said...

amat sukar utk menepis amarah namun kadangkala harus berkorban dan lebih tabah demi sesuatu yang digelar kebahagiaan.

Hantu Kak Limah said...

sejuta misteri..........sukar di rungkaikan...setiap makhluk punya identiti.....:)

adan said...

kadang bila dalam keadaan marah perkara yang tak disangka akan terjadi..

Encik MamaT said...

diam saja melihat kerenah manusia...

Seroja Jingga said...

bukan mudah mengawal amrah..dan jgn lupa yg kita juga punya hak untuk bersuara..punya hak atas hak kita sendiri.dalam menegak kan hak kita jgn pulak kita melangkaui hak orng lain yg membuatkan mereka tiada hormat pada kita

SYARIFF HAIKAL said...

arhh joshua!..ak masih kurang arif dgn watak tu..x salah kiranya menunggu dgn penuh kesabaran..apkah guna kembali kpd tanah masing2 jika tiada setitik hasil atau ilmu yg pengembara dpt dari tanah org laen?

Asri Alam said...

cuma duduk dan memandang sikap manusia. aku tak faham

Anonymous said...

iya, faham, kawan.

Fyqa said...

.................................................loading

err

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

rasa rasa apa asa wajah gua

fiqas said...

kukuhkan langkah biarpun berdiri dibawah duri2,kerana sakit itu separuh dari kehidupan, usah peduli pada satu kebencian, kerana ia akan membunuh jiwa2 yang lemah...

Bidadari Syurga said...

heeeeeeee... esok 1hb kan? keh keh keh....

Bidadari Syurga said...

heeeeeeee... esok 1hb kan? keh keh keh....

vampire's lovex said...

tak semua manusia memahami kita...

tak semua orang,bila kita hormat dia,dia nak hormat kita balik...

ghost said...

nurHeart |salam dinihari nurheart.

Mehmed - |gunakan masa tuh dengan baik.

zirconia |haruslah begitu zirc..

Hantu Kak Limah |dan amat sukar untuk dibaca...

adan |kerna perasaan marah menutup rasa normal kita.

Encik MamaT |perlu diam untuk lebih tahu.

Seroja Jingga |saling tolak ansur...

SYARIFF HAIKAL |yes kembali dulu sebelum semuanya kembali pada asalnya.

Sasa Al-Sharif |pandangan kosong barangkali...

Lucifer |aku tau kawan.. :)

ghost said...

Fyqa |err....

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o |coklat...

Fiqas |di atas duri2 kak fiqas..hihi.

Cik Bidadari |haha..aku tahu cik angel..

vampire's lovex |terpulang padanya kalau dia tak membalasnya..yg penting kita.

Mutiara Bernilai said...

sumur yang kering, tiada lagi manfaat buat si pengembara.yang ada hanya kemarahan, kebencian,,.

kamu tahu ghost,
aku memandangnya dari sudut blog,,

dan aku terdiam lama mengulang baca ayat demi ayat dr mu ni,,

Unknown said...

"untuk seketika ku hilang kawalan diri." - Butterfingers- Cuai

saljihitam said...

susah nak puaskan hati semua orang.

aku boleh je dengarkan orang tapi nak jumpa orang yang boleh dengarkan aku punyalah payah.