pengarang telah mati



Sesuatu yang sangat menarik aku fikir saat merasa serba salah dalam memahami aspek kritikan atau komentar dalam mana-mana penulisan, tidak kira ia diambil dari platform mana sekalipun.Namun untuk ini aku kecilkan skopnya lebih kepada penulisan blog.Seperti kata Mana  Sikana dalam memperkatakan sesuatu tentang kritikan yang ditujukannya kepada IsaKamari,seorang penulis kelahiran Kota Singa,"Saudara harus mengembalikan hak kritikan kepada pengkritik,jika saudara terus mengkritik penulisan saudara,adalah lebih baik saudara berhenti menulis..".


Nah,aku terdorong untuk mengatakan soal ini dengan lebih bersikap terbuka selepas aku menghabiskan kata-kata balasan Isakamari.."untukmu caramu,untukku caraku".Itu terus mematikan lentingan yang dipamerkan melalui kata-kata Mana Sikana.Aku masih bersetuju pada keduanya dan terus membuat kesimpulan melalui aksiom "pengarang telah mati",yang aku fikir aku memahami kalau ia dititikkan hanya menerima kritikan sahaja.


Keberanian bersikap terbuka dalam menerima mana-mana kritikan TIDAK ADA pada penulis blog.Malah rata-rata memegang alasan kalau kritikan itu akan mematikan semangat atau cara menjatuhkan blogger.Disebabkan itu, wujud ruang tapisan keijinan pada setiap komentar dan hanya perlu dikeluarkan bila ia tidak mengundang persepsi buruk pada blogger tersebut..Ini suatu kongkongan yang aku rasa terlalu menyekat nilai komentar kita sedang kita tahu kalau nilai penulisan itu sendiri diangkat melalui kritikan atau komentar..Jadi perlu percaya kalau kritikan harus diberi penjelasan dan bukannya dikeluarkan entri dengan cara 'melenting'.


Tau,kalau kita masih berpegang teguh dengan pendirian sendiri tapi bagi aku penulisan itu kebebasan dan kritikan itu juga kebebasan.Namun,di antara keduanya terdapat perbedaan.



105 comments:

- koroe - said...

oi first!!

- koroe - said...

sapa takleh terima kritikan,


dia sangat loserrrr


sila pergi mati sekarang

intan.maisarah said...

:)
kritik la penulisan saya
saya tahu
saya bukan penulis hebat
saya penulis picisan
yang masih merangkak untuk mempelajari ilmu seni penulisan ini


:)

eszol raar said...

naissss


good point of view


mmg ramai yg boleh terima kritikan, tp seramai mana yg mampu menghadamnya?

jhnrdzi said...

Mungkin kerana dia takut kritikan itu membunuh semangatnya? Siapa tahu.

Tapi yalah, kne open. Idealists mesti open dalam menerima cemuhan.

bujal X said...

saya akan burukkan org yg kondem saya.serius.ingat lu bagus sangat?

*tapi saya luah dalam ht je la..

hihi~

Unknown said...

dikritik itu yang sepatutnya penulis2 cari daripada lambungan berapi penulis2 lain...

Isti said...

kritik boleh saja, asal jangan ada unsur iri. Daripada mengkritik lebih baik meningkatkan kualitas tulisan kita, daripada sibuk mencari kesalahan org lain....

emieysandra said...

kritikan mgkin memacu k dpn atau mgkin membuatkn seseorg jatuh tersungkur~

- elina - said...

cara kritik kena jaga .

heh

sahidzan said...

lumrah orang kebanyakan. mahu yang baik saja.

kritikan negatif mungkin lahir dari rasa cemburu, prasangka atau mungkin sekadar menguji seorang penulis itu sendiri.

Gaphe said...

tiap orang hebat pasti dikritik, dan yang terpenting adalah jangan sampai jatuh hanya karena sebuah kritikan.

jadikan itu sebagai penyemangat, dan keinginan untuk maju.

Mutiara Bernilai said...

salam encek ghost.

suka saya dgn statement isa kamari,
self critics kadang memberi ruang untuk penulis sendiri menilai karyanya, bukan semberono rasa syok sendiri menulis.

tapi, tetap, bagi saya, menulis itu satu kebebsan bg setiap orang, kerna menulis itu ibaratnya memuntahkan emosi dan rasa dengan cara tulisan. dan, kritikan itu juga bebas.




nota: sejak blog tukar baju putih minggu lepas, saya dah tak guna comments' approval tu. lebih senang juga.

Anonymous said...

belajar menerime pandangan org lain...
bole x bole x komen cmnih. x tau la keluar skop ke x.. =.=

syuxer said...

hidup kena terima kritikan kalau nak baiki keburukan/kecelaan dalam kehidupan kita..ni dok men syok sampai ke mati..memang meluatlah dan sampai bila2 tak akan tahu kelemahan diri..memamng sesuai dipanggil loserman..huhu..

Mutiara Bernilai said...

oh ya encek ghost.

kritik la penulisan saya.
kritik la juga idea saya.

benar2 maksud ni.

Faizal Sulaiman said...

aku suka ditegur ketika menulis sebab untuk jadi lebih baik:)

Kak Mahh said...

Wow...memang kena teliti sungguh akak baca untuk memahami..tahniah

pembaris said...

cikgu-cikgu yang memeriksa karangan anak muridnya

feyza said...

tajuk pengarang telah matii...

wuwuwuwuu..jgn ghost mati sudah laaa..~~nnti tak boleh dah baca dan mengkritik penulisan ghostt..~~~

dill said...
This comment has been removed by the author.
dill said...

penulisan punya jiwa tersendiri.
bukan semua sempurna.
cuba terima seadanya.
kritik membina, bukan niat mencela.

selamat pagi, ghost :)

dill.

Far8 budak baik said...

kadang kadang kritikan tu
mmg mematikn semagt..
kdg2 membina..cewahhh..
pandai aku kn..
hahahaha
=)

Al Basirah said...

agreed.

Tak ramai yangsudi kritik kita, jika ada, bersyukurla :D

Sang Gabriel said...

kritikan tu membina sama ada positif atau negatif..tolong kriktik tulisanku

Fyqa said...

ktikan yg + mmbri kbaikan. *biasala tu kan

uncle gedek said...

komen kira kritik juga, kan?

Bidadari Syurga said...

gua hanya mampu tersenyum... tapi hari nie gua dah belajar satu perkara... nanti gua story der kat lu...

faiz said...

kritikan tula membantu kita berubah..

kindergartenlibrary said...

pelu terima kritikan ^^

SYARIFF HAIKAL said...

kritikan even membina or tidak bukan masalah..dinamakan penkritik..ak setuju..terimalah secara positif dan ini dikatakan penulis hebat..pandai mengawas emosi lansung penulisannya semakin mantap

toyolkiut said...

TK suka pada kritikan, tapi usah menjerit dan melenting.. sakit telinga d buatnya.. cakap sebaiknya, baru senang faham dan boleh d fikir semula apa yg perlu d perbaiki..

oh, sila la kritik TK..

feyza said...

ghost..tadi kami search la..sapa lahh mana sikana nii..~~

tiba tiba trjumpa nii..~
http://www.isakamari.com/index.cfm?GPID=-7&FrAct=Msg&FrTID=082T700001

ohh rupanya depa nihh sasterawan

mrka bergaduh ke.?


.

abang bro EL said...

ghost - sebelum mereka kritik aku...aku dah kritik mereka dulu dengan tulisan aku..hehehe...ADIL lah kan...

mizzapple said...

kritikan kdng2 mmbina kdng2 jga blh mematikan smngat ssorng.



tp apa slhnya trima kritikan dng hti yg trbuka.

HEROICzero said...

penulisan itu kebebasan dan kritikan itu juga kebebasan.

=)

pada aku, menulis itu perlu dengan tanggungjawab, dan akal.

dan yang membaca itu juga perlu membaca dengan akal.

fre da said...

kritik ada dua menjatuhkan atau membina..

kalau ia bermaksud menjatuhkan ia adalah cabaran
kalau membina.bermakna perlu tingkatkan lagi usaha.

ghost.sy mau jadi pontianak untuk bersama kamu...meranjau penulisan maya.sudi?

Ceiler Mun said...

ermm..kita mmg perlu menerima kritikan..sebab dari sana la kita dapat membaiki diri kita..

yg baik dijadikan teladan dan yg buruk dijadikan sempadan..hehe!!~

tu dr pemahaman saya la..saya ni kan lampi sikit..kalau salah maaf ea bro ghost..hehe ^__^v

Ceiler Mun said...

ermm..kita mmg perlu menerima kritikan..sebab dari sana la kita dapat membaiki diri kita..

yg baik dijadikan teladan dan yg buruk dijadikan sempadan..hehe!!~

tu dr pemahaman saya la..saya ni kan lampi sikit..kalau salah maaf ea bro ghost..hehe ^__^v

Unknown said...

ada orang yang menerima kritikan dengan mencanangkan pada orang lain..
"saya terima kritikan kamu semua dengan hati yang terbuka.."
ada orang yang menerima kritikan dengan diam dan senyap..

Unknown said...

kritikan jugak kekadang bererti berpesan pesan.dan berpesan pesan itu perlu dalam agama..

Marhaenonymous said...

aku tak pernah merasa jatuh atau mati hanya dengan kritikan..

malah kritikanlah yang memberi aku nafas penyambung nyawa dalam menulis.

aku cukup berterima kasih atas semua kritikan yang tak pernah putus memberi aku semangat dalam meneruskan menulis.

Anonymous said...

good point

Anonymous said...

good point

Sca Ndx said...

terima kritikan. dan ambil sedikit untuk berubah.

tapi kalau dah yakin dengan diri sendiri.

takyah berubah pun takpe

~Nabilah~ said...

plik la klau org yg jnis x bleh trima kritikn..klau kritikn 2 x btol,x pe la..hehehe

ANISRAHIM said...

huhu, seriusnyeee. hehe.

gua suke enjoy2 je, blog gua pon sempoi, komen pedas2 belum penah rase lagi. yang pedas2 tu agakny bagi penulis yang byk sentuh isu semasa atau dunia kot, sensitiviti blogger, so ramai ler pengkritiknye.

"untukmu caramu,untukku caraku" =)

NAJ HEBAT said...

untukmu caramu, untukku caraku.

kan?

masing2 harus sedar tempat masing2.
mengkritik dipersilakan, mahu menerima, ya. sila.

. said...

mengeluarkan entri melenting untuk membetulkan orang lain adalah salah. bagi aku, blog tiada undang-undang penulisan, penulisan bebas mengikut kesukaan penulis. sesetengah orang membuat undang-undang sendiri lebih-lebih lagi yang extremis tentang dirinya sahaja yang betul sedangkan dia sendiri tidak dapat menghadam kritikan orang lain.

kritikan juga adalah perlu jika penulisan lebih bersikap umum contohnya seperti politik atau menyentuh sesuatu hal yang bukan peribadi.

messy_mess said...

terima aje seadanya ~

aliza zeke said...

kalau nak kritik pun kena ada caranya..

.drakula. said...

aku dengan cara aku jika aku di kritik aku terima dengan tangan sedepa tiada rasa berkecil hati....hak masing2 pendapat masing2 harus dihormati...

Prince Halilintar said...

kritikan membangkit xpe jgn kritikan yg menjatuhkan kite..

care kite menulis adelah hak kite dan ikut citarase sendiri..

ghost said...

1 - koroe - |dalam erti kata lain,penulis harus berhenti hanya selepas saja karyanya dihasilkan..

2 intan.maisarah |kita semua picisan..kerna ruang blog ini terlalu kecil namun pengaruhnya besar.

3 eszol raar |malah mereka membalas kritikan itu dengan kritikan yg lain sedang kita cuma perlukan penjelasan.

4 Johan "Champ" Radzi |seseorang itu mesti ada persediaan tentang itu,kerna kritikan yg datang ada pro ada kontra.

5 bujal X |haha...membentak dalam hati itu perlu,tapi melunaskannya melalui perkataan itu cuma penjelasan.

6 nub |hasil dari kritikan suatu yg sangat bersifat fleksibel dan bkn bersifat comfortable.

7 Isti |menkritik bukan mencari kesalahan tapi membetulkan kesalahan...

8 emieysandra |Uthaya Shankar telah berkali-kali dikritik mengenai penulisannya oleh seorang tokoh sasterawan sehinggakan dia hampir-hampir mengalah,malah dikatakan dia terlalu mentah namun dia tetap teruskan dan memperbaiki setiap penulisannya...kini dia sebaris dengan sasterawan yang lain.dia cuma seorang india.

9 - elina - |konsep kritik itu terbahagi kepada berapa kategori dan setiap kategori diletakkan pada satu bentuk kecil yang lain.

10 PK |bagi aku menguji itu suatu yang sangat sinonim berbanding iri hati,dengki dan cemburu.dalam penulisan akan ada wujud golongan ini tapi bagi yang dikritik itu suatu yang sangat bagus.semakin teruk kritikan itu semakin tinggi nilainya..

ghost said...

1 Gaphe |hasil buku yang kebanyakkannya terlaris atau menerima award biasanya teruk dikritik.dari satu kritikan akan timbul kritikan yang lain.

2 Mutiara Bernilai |yang dikatakan isa kamari itu sebenarnya lebih kepada membentangkan tentang sesuatu dasdar dari penulisan dan bukannya lebih kepada menilai penulisan atau mengangkat penulisannya sendiri.

3 i am S!L4H.. |tak keluar dari skop kerna sudah dikecilkan skopnya pada penulisan blog yang lebih kepada memberi pandangan atau menerangkan sesuatu dari penulisan kita.

4 Syuxer |ianya lebih kepada kerisauan,ketakutan atau bimbang mendapat pandangan negatif dari pembaca yang lain,padahal kalau dilihat itu boleh dijadikan sebagai element kenaikan entri atau penulisan.tidak kah kita melihatnya sebagai satu bentuk 'kepentingan' kita sendiri?

5 Mutiara Bernilai |saya bukan seorang pengkritik yang bagus tapi sedikit kritikan masih bisa diberikan..

6 FaizalSulaiman |aku tahu kau seorang penulis cerita dan menghasilkan dialog2 yang telus dan aku percaya kalau kau mmg sudah bersedia tentang itu.seorang penulis tahu nilai seorang pengkritik.

7 zmah |saya cuma mendapat ilham dari penulis hebat dan saya simpulkan dalam penulisan blog..mekasih.

8 pembaris |lebih kecil lagi,nah ke situ skopnya.kita sudah diajar bukan sejak dari bangku sekolah...jadi tidak timbul ia suatu yg menjatuhkan..

9 Pijahh' de-Arr |jangan silap bila kedua-dua sasterawan saling membalas kritikan kerna ia dilihat sebagai satu perdebatan atau perbincangan.jelas ada di situ kata-kata sayidina Ali R.a 'jangan dilihat pada siapa yang bercakap tapi lihat pada apa yang dicakap'.

10 dill |benar penulisan punya jiwa,tanpa jiwa penulisan itu kosong dan tidak bermaya.dalam penulisan kita tidak kesempurnaan dill,tapi kita membetulkan sesuatu yang difikir boleh membantu ia berkembang lebih baik...contoh,kalau suatu ayat itu tidak betul maka kita memberi satu ayat yang lain..mencela itu diharuskan dalam penulisan pengkritik.

ghost said...

1 Pijahh' de-Arr |pengarang telah mati itu bermaksud bahwa ia mengakhiri terus penulisannya selepas saja mengeluarkan karyanya...haha

2 Far8 budak baik |yang lemah semangat itu seorang yang tidak mampu berada dalam ruang penulisan itu sendiri.

3 SayaBaik |jangan bimbang,ia pasti akan mendatangi kita...cuma ramai yg takut utk mengkritik kerna dimomokkan dengan 'apa,kau sudah cukup bagus...".

4 gabanMorka |yang percaya soal itu sangat-sangat punya persediaan dalam memberi penjelasan pada setiap kritikan tapi bukan dengan membalas kritikan itu dengan marah seolah-olah itu adalah caranya menulis.

5 Fyqa |semakin pedas dan berdesing telinga dan semakin hangat hati dan perasaan kita semakin kritikan itu dianggap suatu yang bagus juga,cuma dineutralkan dengan penjelasan.

6 Cik Bidadari |wokay,gua tunggu apa yang mau diberitau sama gua..

7 faiz |betul!ia membantu kita melihat sendiri penulisan kita melalui penilaian secara telus dari hati dan memperlihatkan pada penulisan kita akan datang.penyanyi tidak akan semakin bagus suaranya tanpa kritikan yg menyakitkan.

8 nelly |bukan setakat perlu tapi perlu bersedia memberi penjelasan dan bukan alasan.

9 SYARIFF HAIKAL |nah,ternyata sudah semakin ramai yang mengakui kalau bukan soal membangun atau menjatuhkan diri dalam soal kritikan tapi bagaimana hasilnya selepas itu selepas kritikan dengan hati yang sangat terbuka.

10 toyolkiut |itu kemarahan namanya dan bukan nilai kritik itu diletakkan pada soal kemarahan tapi bagaimana ia memberi pandangan.

Cik Specky said...

truly true.. yg merendah diri (kunun la..) secara ekstrem pun ada, apa lg yg asik puji diri sdiri.. pendek kata - macam2 ada, itu pendek yg kata, panjang x kata apa2 hehehh.. (merepek sudaaa..)

selamat ptg~ =)

ghost said...

1 EL MARIACHI |apabila kita mengkritik maka kita sudah bersedia untuk dikritik.dalam persediaan itu kita akan berusaha untuk memperbaiki penulisan kita..ya,sangat adil.tapi biarkan hak pengkritik itu diletakkan pada pengkritik.

2 mizzapple |hanya hati kita yang menentukan nilai kritikan itu.kalau kita lemah maka ia menjadi suatu yang sangat bebal,kalau kita kuat ia suatu yang sangat membantu..

3 HEROICzero |nah,ini salah satu bentuk kritikan atau komentar yang tepat saat mencari suatu kata yang meletakkan kata yang lain di atas kata yang sedia ada...

4 fre da |kritikan dengan pembahagian kategori lebih besar memang cuma terdapat dua shaja.selebihnya terserah pada hati atau emosi yg menanganinya.

permintaan itu agak angker..haha

5 Bella Bell |ia langsung takde salah dan kalau ditanya maka ia diakui.mengambil yang bgus sebagai lebih kekuatan dan menolak yang buruk sebagai satu ingatan.

6 diana |itu sebenarnya ia menunjukkan keyakinan tinggi bahwa dia tidak kisah terima kritikan tapi dibimbangi kalau ia membalas dengan kritikan jugak.yang berdiam itu,neutral.mengambil kritikan sebagai satu ingatan yang tersimpan dalam memperbaiki penulisannya.

7 JIJI YU |sebahagiannya adalah pesanan dan sememangnya ia dituntut dalam agama,namun harus diingat bahawa kritikan itu juga lontaran kurang rasa tidak berpuas hati pada apa saja bentuk tulisan itu..

8 Pena Marhaen |yang meihat dengan cara yang berbeda maka ini lah apa yang dilihatnya...sebagai satu pencetus semangat dan sesekali tidak mematikan langkahnya..

9 Aimi dan Pakcik Hashim |mekasih kerna melihat poin-poinnya..

10 Sca Ndx |itulah yang mengagalkan kembali seorang penulis itu apabila keyakinannya membunuh kesan terbaik dalam apa yang akan dia perolehi.terlalu selesa dengan apa yang ada membuatkan dia terlupa untuk melihat part-part yang semakin teruk.

ghost said...

1 gedek! |kritikan dan komen itu sama cuma dibedakan dengan besar atau kecil saja..lebih luas dan lebih sempit.

2 ~Nabilah~ |biasanya yang tak betul itu kritikan pada soal peribadi atau orang seni pentas kata lebih kepada gosip..hihi

3 PG |tidak juga..kadang-kadang penulisan kita yang kecil atau biasa-biasa saja ini pun menjadi kritikan dalam bentuk cara kita menulis...

4 NAJ HEBAT |kedua-duanya cuba mengasingkan pada tempatnya dan kedua-duanya juga suatu yang diterima sebagai satu kebaikan.

5 KHRLHSYM |itulah bentuk penulisan blog yang mengkritik atau bentuk penulisan kritikan kepada satu-satu sistem dan idealogi.percaya kalau itulah yang paling banyak teriam kritikan tapi pengkritik seperti itu cuma perlu memberi penjelasan dan bukan menentang kritikan dengan melenting..seorang pengkritik harus bernai terima kritikan..

6 messy_mess |bagus kalau semuanya mampu terima seadanya...hihi

7 noraliza |apa saja cara dibenarkan tapi yang diharuskan itu sedikit disediakan..jadi makin ramai yang kurang berani memberi komentar kerna risau kalau dikatakan menjatuhkan seseorang...sedang kritikan itu bebas.

8 Republic Aku |seperti awal ayat yang dicondongkan begitu lah intinya bahwa kita punya HAK untuk memberikan HAK pada mereka.dan soal HAK itu perlu dihormati keduanya...

9 Prince Halilintar |diakui kalau penulisan itu cara kita dan kita boleh meneruskan cara kita itu sampai bila-bila namun kita diingatkan kalau tidak semua kritikan mendukung penulisan kita.

10 nurHeart |maknanya dah sedia maklum kalau ada terdapat banyak bentuk kritikan...

Encik MamaT said...

kalau kritikan membina insyaAllah mungkin kebanyakan kita boleh menerimanya... tetapi jika diserang dengan kata2 kesat.. makian... tak semua bleh terima.. apatah lagi jika hal2 pribadi juga disentuhhh...

Benjy said...

Ghost ... kalau satu penulisan tiada komen tak bestlah ... rasa cam siok sendiri je menulis...

Benjy said...

Kalau sesuatu komen itu berupa kritikan pada diri penulis ... usahlah marah, ... mungkin ada kebenarannya di sudut pengomen ... maka kita tahulah penulisan kita tak sesuai bagi golongan ini.

Benjy said...

B3njy setuju dengan pendapat ghost penulis mestilah mempunyai pendirian sendiri ... agar kita lebih dikenali dengan style kita.

Benjy said...

Terbuka dalam mengkritik baik juga tetapi kalau kritikan yang berunsur menghasut dan ia boleh mempengaruhi pembaca lantas boleh mencetuskan perbalaan hanya merugikan semua pihak ...

Benjy said...

sebagai pembaca kita kenalah matang membezakan mana yang baik dan mana yang jahat ... dengan kata lain yang baik jadikan teladan yang jahat jadikkan sempadan.

Anonymous said...

blue suka ini
menarik
salam hangat dari blue

Cikli said...

sila bayar rm100 untuk satu kritik. tidak lebih daripada 30 perkataan.
ini baru untung dan menutup mulut.

Unknown said...

kritik itu perlu asal jgn keterlaluan kalimatnya.

Gayahspears said...

Kita sebagai penulis hanya coretkan ape yang telintas di kotak pemikiran.. terpulanglah pada komentar yang memahami sesuatu hasil penulisan tersebut...
kita yang menulis, kita harus menerima baik buruk setiap komen.. hihi

Dol said...

Kritikan satu proses kehidupan, sesiapa yang lari daripada dikritik dia diibarat mati kerna sendirian dia tidak mampu menganalisa diri, dan ibarat mayat yang kaku

e. indah said...

selalu nampak pertelingkahan antara bloggerz kerna sesuatu isu entri dan komen2 sinis...

dan aku di antara keduanya, berdiam ...kamu2lah , gaduh gaduh lah ...

Dale said...

writer + reader = brainer.
tak boleh fikir, apa pun kosong.

Amalina said...

aku sedang berfikir tentang benda ni,tiba-tiba aku buka post kau, kau tulis pasal benda yang aku sedang fikirkan. sebab aku nampak respon dari seseorang yang tidak boleh menerima kritikan dari aku.

silent said...

aku berharap aku dikritik
cuba mengatasi rasa takut mungkin.

I N S P I R A T I O N A L E F E K S said...

jawab kritikan dengan soalan yang sedang berlegar-legar?

ghost said...

1 Encik MamaT |itu bukan kritikan kerna makian dan cacian tetap makian dan cacian.ia tidak berubah.

2 Benjy |kita kena bedakan antara kritikan dan hasutan.hasutan itu berada pada tempatnya sendiri sedang kritikan merupakan soal yang tertumpu pada penulisan.soal peribadi itu mungkin boleh disentuh tapi tengok pada apa yg dipaparkan..

3 bluethunderheart |salam hangat juga dari Ghost.

4 Cikli |kalau pengkritik yg perlu bayar aku rasa takde sapa yang akan bagi kritikan...

5 Sang Cerpenis bercerita |dalam mengkritik itu sudah tersedia batas=batasnya meski ia lebih berbentuk bebas.

6 Gayahspears |yup,memang semua terpulang pada penilaian penulis itu sendiri dalam menghadapi komen atau kritikan tetapi sekali lagi dijelaskan biar ia diberi penjelasan.

7 r-5 |kritikan sebahagian dari kehidupan..tanpa kritikan kita tetap berada pada takuk yang lama.

8 e. indah |itu lah masalah dengan kita yang sukar menerima kritikan lebih sinikal...malah terus menyerang si pengkritik konon tidak memberi sokongan..

9 Dale |kalau kita boleh berfikir dalam menghasilkan penulisan sudah tentu kita boleh berfikir dalam menghadapi kritikan.

10 Amalina |sudah jelas sekiranya dia tidak boleh terima kritikan maka tinggalkan dia...

ghost said...

Silent |baguslah kalau sudah bersedia...dan berharap ketakutan itu akan hilang dengan sendirinya.

Inspirationalefeks |itu lebih kepada soalan kepada soalan..

Gayahspears said...

ape2 pon aku suke menulis dan dikritik.. thnk ya ghost... aku ade semangat baru...

Gayahspears said...

ape2 pon aku suke menulis dan dikritik.. thnk ya ghost... aku ade semangat baru...

choirunnangim said...

assalamu'alaikum...
sebagai pembaca tentu kita berhak untuk mengkritik setiap tulisan yang dirasa perlu adanya kritikan bukan..?

raihanmaskuriy said...

aku datang ke ruang komen untuk mengkritik! haha



aku rindukan kau jugak ghost! lama x dengar perkabaran. sihat? selamat hari selasa ^.^

Kepala Mancis said...

jangan mati penulisan sebelum matinya penulis..

Aleen Aiden said...

heh!owner approval itu alin guna untuk tapis komen dr sorg bloger je sbnrnye.makwe die bising klo pakwe die komen kat blog alin.keh3

ctpayong said...

adoiii..selalu aje kakCT yg corot. ah tak apa2 asalkan comment kakCT mahu dibaca.

ulas itu juga kritik adanya tetapi dalam naungan bahasa yang lebih berhati-hati dan berjaga-jaga supaya jangan ada hati yg terluka.

catherine- said...

wow! rin bukan pengkritik yg bagus.tapi suka conteng2 kotak komen asal kamu tahu yg

"i care 4 u"

:)

hai bisk!

Anonymous said...

kritikan meningkatkan penulisan. kritikan merapu menghentikan terus mood penulisan.

W i e d e s i g n a r c h said...

memang kudu tahan banting dalam berkarya.... agar tidak mudah menyebutnya mematikan semangat ...

Anonymous said...

kritikan tu ruang mperbaiki diri.. kalau aku kene kritik sentap sikit lah tp xpe.. terima je.. terima kasih lg

grOundnUt said...

Kritikan yang membina...teruskan usaha!^^

Ayie said...

wow.. style.. hahaha

Seroja Jingga said...

penulis yang tegar adalah penulis yang bisa menerima kritikan. kritiklah asal saja ia boleh membantu kita..kalau tidak mahu menerima kritikan..buat blog sendiri..dan private kan..dan baca sendiri!

blog-tips-kurus said...

kalau x mo dikritik, jgn bagi public bace kan?
*ni bukan kritik tapi tanye je; knp abg/adik Benjy bagi 5x komen? komen beliau semuanya bernas. :-)

ghost said...

1 Gayahspears |harus ucapkan trimas pada hatimu sendiri kerna mewujudkan semangat baru untuk kamu... :)

2 choirunnangim |salam choi..iya itu hak yang patut mereka berikan pada setiap pembaca selagi kita mau pembaca melontarkan komentar maupun kritikan.

3 serenity |ouh nampaknya rindu kau lebih ke depan dari aku Aan..hihi.rindu sama kau juga.

4 Kepala Manchiss |biar penulis mati jangan karya penulisannya mati...

5 aleen aiden |booo sama makwe dia yang tak faham apa itu blogging..

6 ctpayong |kalau hatinya mudah terluka itu tandanya dia kurang rasa kental..

7 catherine- |but u not know how i care bout u rin.. :)

8 maCy |maknanya,dia bukan seorang pengkritik yang bagus kan maCy..

9 W i e d e s i g n a r c h |kalau mau karya kita diangkat yg terbaik kita harus mendapatkan apa bentuk pun kritikan..

10 .sweet-ants. |nah,kita terima saja kan,kalau sakit hati simpan aja sebab kita tau itu hak yg kita sudah sedia berikan..

ghost said...

1 grOundnUt |usaha tetap diteruskan....mekasih

2 Ayie |wow...stylenya kat mana yach..he3

3 Seroja Jingga |atau mungkin jangan sediakan ruang komentar...itu paling bagus bagi yg takut dikritik.

4 blog-tips-kurus |paling tepat,tulis journal peribadi.

ouh itu mungkin dia cuma mau asingkan setiap komen dia dengan membawa maksud yg berlainan.

Siti Nurhayati Dollah said...

Kata pensyarahku: bila kamu memilih untuk menjadi orang yang menulis, kamu juga harus menjadi orang yang bersedia menerima kritikan.

Anonymous said...

kritikan itu pemangkin semangat yang baru bagiku.. aku rela di kritik.. haha...

alexayussida said...

kritikan berasas tak mengapa,mmg dialu alukan ttp kalau kritikan berdasarkan kaca mata sndiri bukan hati atau kerek semacam mmg mnyakitkan jiwa mangsa yg dikritik..:)hihi

Asri Alam said...

terima kritikan dengan senyuman itu lebih baik. kemudian kata, tolong ulaskan lagi tentang saya. sebarang kekurangan akan saya perbaiki

tehr said...

mungkin kerana pedas sangat sampai penulis tak dapat terima

sedang dia hanya suka masak lemak je

Raihana Izzati said...

:)

Ok! dalam proses belajar.

Kalau nak kritik orang perlu sedia dikritik ye tak?

Sukanya dah habes exam.

Ok next entry pulak! haha

ndesain.web.id said...

masih proses belajar, jatuh bangun :)

Hansyirah Takezur said...

blogging adalah medium untuk mengutarakan pendapat..

so, xsalah la.. semua org ada POV masing2.. antara orang boleh terima atau tak..

janganlah menyekat seseorang menulis.. betul tak? hihi..

Mashe said...

owg sentiasa mengkritik... sentiasa merasa dirinya bagus dr owg lain... abaikan manusia2 cam tuh...

ghost said...

1Siti Nurhayati Dollah |betul lah kata-kata pensyarah yat tuh..setuju sangat.

2 deAnza-wAnda |rela dikritik tapi jangan sampai masam muka lak ye...hihi

3 alexa yussida |kita masih boleh bezakan mana kritikan atau sesuatu ayat yang menyentuh soal peribadi.ini lebih kepada bentuk penulisan.

4 Sasa Al-Sharif |wah..memang cukup tahan hati kalau mampu tersenyum saja.bukan mudah bagi setengah orang.

5 tehr |makin pedas makin bagus dan terangkat penulisan tuh nanti..

6 Raihana Izzati |biasanya pengkritik terdiri dari mereka yang menajdikan penulisan sebagai bidang utama.

7 Galih |saya juga masih proses belajar..hadapi dengan tenang tanpa prejudis.

8 Hansyirah Takezur |kita bukan menyekat sebaliknya kita cuma mau lihat keteguhan hati penulis itu macam mana..

9 Siti Mashitah Saidin |pengkritik bukanlah kerna dia rasa dirinya bagus dari orang lain tapi pengkritik yg bagus yang tidak terusan memuji dan punya pro dan kontra terhadap satu2 penulisan.

Anonymous said...

I thinκ thіs is among thе mοst νital infоrmatіon
for me. And і am glad rеаding уour artіcle.
But should гemark on few general things, The site style
is ωonderful, the articles is reаllу nice : D.

Good job, cheers

Feel free tо surf to my weblog ... Dien thoai