seni semakin jijik



Meredah dan berada dalam barisan/saf mereka,kita dikerling dengan ekor mata yang jengkel.Ada geram yang tersimpan.Ada hati yang terbakar.Dengan tubuh yang agak kotor dan jijik,kita bertambah jijik di mata mereka.Meski kita harus menyatakan bahwa jijik kita jijik berseni,ada seni,namun tetap jijik juga yang memenuhi segenap lingkaran pandangan mereka.Di situ saja kita sudah akur,percaya kalau mereka lebih tahu tentang seni.Sedang seni kita cuma hampas kelapa yang tersisa menjadi habuan patukan paruh ayam kampung.Bagaimana mau berdiri dengan seni kalau orang seni sendiri menindas orang seni.Sialan,seni sekarang diangkat dengan kuisan kaki,malah dipolitikkan dengan fahaman parti yang didakwa mazhab seni.Apa aku juga bongok mau mempercayai sama seperti yang didakwa dengan membuat sidang.Seni itu penampakkan yang tidak diajar pada aku di penjara atau ladang-ladang kopi.Seni itu persembahan yang aku tidak tonton melalui meja makan para vip yang berbayar...Seni itu ucapan yang tidak kita dengar melalui visi mimpi dan bisikan halus setan...Seni itu difikiran yang tidak menjadikan kita jutawan atau mendapat gelaran-gelaran.


Dalam soal ini,kalau ada orang yang mendakwa dirinya lebih hebat dari orang lain,orang itu sedang memperbaiki sebahagian dari jiwa dia.Selebihnya,mindanya masih koma.


*shot first,ask questions later.



85 comments:

Nveil said...

haha, memperbaiki dari sudut mana? keangkuhan?

Amalina said...

bukan seni yang jijik, manusia yang semakin keji.

Faizal Sulaiman said...

seni itu indah.didalamnya saja ada onar..

HEROICzero said...

dan mereka berlindung di bawah nama seni.

dan kebenaran.

HEH.

ghost said...

Nveil | apa saja yang telah,sedang dan akan rosak...

Amalina | siapa yang hidupkan seni,manusia bukan...

FaizalSulaiman | dan di luarnya manusia yg mencari onar di dalamnya.

HEROICzero | sedang seni mau berlindung di bawah mana...kebenaran kalich.. :)

I N S P I R A T I O N A L E F E K S said...

entahlah bro, tapi seni itu halus .. sehelai rambut mampu dikiaskan dan dipelbagaikan untuk memberi impak seni terhadap insan sekeliling. Begitu juga dengan seni manusia, impaknya terlalu banyak ... mari kita bergembira ...

ghost said...

Inspirationalefeks | ya sebab terlalu banyak lah manusia sampai keliru dan tidak tau.eh,sebab seni juga manusia tidak tau bergembira.beruntung kita sebab kita masih tahu bergembira.lets go bro!

Mutiara Bernilai said...

kamu terlalu hebat dalam menulis,
hinggakan saya sukar memahami maksud sebenar kamu ghost.

seni itu bukankah pelbagai ghost?lain mata lain tafsirannya.. bahkan pada pendapat dhoifku sendiri pula, seni itu adalah segalanya yg mengcakupi dimensi. yang berada di antara ruang dan masa. itu kesemuanya seni bagiku yg jahil ini.

kalau kamu cuba ketengahkan perihal seninya manusia. ah, ada pelbagai. seni yang kadang buat kita merasa pelbagai rencam perasaan. ada marah. ada sedih. ada bangga. ada jijik. ada rasa terhina bahkan ada seni yang membuatkan kita bahagia..

nway ghost, selamat berpagi-pagian!

Unknown said...

kesucian seni tercemar kerana jijik manusia.. seni itu bebas tapi manusia kini 'terlampau' bebas berseni.

hanaahmad said...

seni itu indah, tapi tercela dek rakusnya manusia. orang yang sering mendakwa dirinye lebih hebat dari orang lain pasti tidak pernah menyedari dia berdiri di muka bumi atas kuasa siapa. tiada yang lebih hebat melainkan Dia. kita hanya meminjam milik Dia.

Cikgu Jaja™ said...

pengacu seni itu yang menjadikan jenis seni itu jijik atau sebaliknya..

Pembunuh Tanpa Bayang said...

seni itu indah seni itu unik seni itu sesuatu yang ajaib seni itu anugerah.

seni itu tidak jijik
tapi mereka yang salah mempergunakan seni kepada pekara jijik.

seni itu tidak salah
tapi mereka yang tidak tahu menghargainya yang selalu salah mentafsirkannya.

seni itu sebenarnya satu keajaiban jika kita pandai menilainya dengan mata hati.tahu menikmatinya dengan minda yang luas.

ah,manusia jahilnya selalu menyalahgunakan alam.hinggakan sudah tersesat ke tengah jalan pun,masih lagi mahu berlagak angkuh!

feyza said...

seni itu awsome~

@amabanzai said...

heheheheh

cik ciput said...

seni itu indah...namun tak semua yang pandai menghargai seni..

**dapat C masa exam pendidikan seni dulu

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

art itu seni..ni mazhab lama ..yang baru dalam 60 tahun mazhab BN

Siti Nurhayati Dollah said...

Seni tak bersalah, cuma manusia yang semakin menghidupkan kejahilan, dan kekotoran pada seni.

* Kerana antara seni dan manusia, siapa yang punya akal? :)


* Orang yang merasa dirinya hebat dan sempurna masih belum cukup hebat

cik azeya said...

saye suke seni walaupun seni tu tak berape nak seni sangat.

catherine- said...

hidup ini juga adalah seni, bisk.

Anonymous said...

aku suka statement terakhir ko

Al Basirah said...

semuanya harus beragama. kalau seni itu berpaksikan agama maka hebat lah. kan?

Faidhyna Darwina said...

seni itu abstrak bagi dina..dn seni itu indah cume org yg memperalatkan seni

jhnrdzi said...

Seni itu jiwa manusia yang hidup.

Haha. Aku dengar kau budak askar?

Unknown said...

makna yang hampir sama dengan syair imam syafie..

ong ong kedek kedek said...

seni tak salah, tapi tangan2 seni itu yang mengotori seni itu dengan najis serta kotoran...

p/s: bisk, kadang2 angkuh itu perlu hahahha

Cik Anita said...

keji dan jijik itu seni..

. said...

sangat setuju ghost dengan ayat last tu. hehe. apapun ghost aku tetap kata kau hebat. kalau tiada kau, entah macamana dunia blog aku sekarang.

ctpayong said...

stiap orang punya seni tersendiri. masakan Tuhan itu tidak adil. Dia kurniakan sama rata cuba berbeda-beda kebolehan/keindahannya.

lihat dengan mata hati, penuh waras tanpa prasangka dan terus sombong diri.

menjadi sombong juga satu seni.

Prince Halilintar said...

seni itu memukau dan abstak..

cume cara penyampaian seni itu perlu dipersoalkan lbh dekat..adakah baik atau buruk?

skandaLdariLangit said...

seni membebel isi tiada kerak cuma.

Sang Gabriel said...

max cavalera dgn adiknya igor cavalera pernah cakap dalam album terbaru Cavalera Conspiracy yang berbunyi," fuck art lets kill"

Qiez AR said...

seni seharusnya membenarkan kita menjadi canggung dan tidak sempurna.

kalau segalanya harus termaktub cantik dan sempurna, itu bukan lagi seni.

Ini ciptaan.

Unknown said...

sebab subjek seni la akak
pernah kena cubit masa sekolah dulu..

tehr said...

tangan mereka kotor
sebab tu hasil seni mereka juga kotor dan jijik

Sca Ndx said...

ego sendiri susah nak jatuh.
kdgkala sendiri pun rasa betul mmjg

Amoi said...

seni tak jijik.

tapi manusia tak pandai menghargai benda seni ni sampai seni ni jijik di matanya.

btw, ai suka ayat ayat serious macam awak ni.

XD

HAN said...

orang yang rasa dirinyaa hebat tu sebenarnya taklah hebat mana.menutup kekurangan diri je lebih.

AkuMuzikFilem said...

aku cuba membandingkan dengan seni menulis dalam blogosphere ini.

ghost said...

1 Mutiara Bernilai |ia sangat pelbagai,tidak ditolak kenyataan tuh malah kalau ekspresi manusia melalui karakter juga satu seni penampakan.

2 shatooman |kerna sebilangan yang lain percaya kalau seni itu perlu kebebasan dan dibebaskan...

3 hanaahmad |nah justeru kalau soal seni itu kita tidak pisahkan dari kuasa Tuhan.begitu pada akhirnya.

4 Faezah Hannah Al Baj |salahkan pengacu tuh...ia layak terima kejian.

5 Pembunuh Tanpa Bayang |aku fikir kau lebih serius dan geram dengan seni,ops pada mereka yang mengotori seni itu sebenarnya..

6 Pijahh' de-Arr |dan hensem! :)

7 ama |tau lah A+...haha!

8 cik ciput |kalau gitu seni itu kita pandang saja ya cik ciput..haha

9 b.r.u.t.a.l.s.o.l.o |ehem...ko dapat tangkap sedikit ek..hihi

10 Siti Nurhayati Dollah |kita tak salahkan seni bukan...bagi yg berakal seni itu lebih bijak.

ghost said...

1 cik azeya |sedikit lebih baik dari tiada langsung.

2 catherine- |iya dear,tapi kita tidak hidup atas seni bukan..tapi seni hidup atas kita.

3 Rozami |yang mana,yang ada bintang atau yang lebih besar?mekasih sob.

4 sAyOobAeQ |tidak pernah dijarakkan antara seni dengan agama.

5 dina darwina |seni itu kan alat juga sebahagiannya..maka orang pasti peralatkannya.

6 Johan "Champ" Radzi |kau percaya pasal tuh?,mesti dari awek Bidadari Besi tuh kan...hihi

7 JIJI YU |wow...aku tidak menyedarinya.

8 republik n9 |sapa yang pernah kata kalau angkuh itu tidak perlu?,itukan keyakinan yang dilebih2kan..hihi

9 Cik Anita |ya tak ya jugak kan... :)

10 KHRLHSYM |iskh..jangan macam tuh Karl,sedang aku cuma picisan dari lebihan picisan yang lain deh..

jhnrdzi said...

Err, iya. Fiq Vertigo.

Benor ke tak ni? Hue hue.

ghost said...

1 ctpayong |Tuhan itu lebih seni.

2 Prince Halilintar |kita aplikasikan seni itu dengan berbagai cara.orang yg melihat juga banyak cara.

3 skandaLdariLangit |ambil saja yang tiada..mau membebel juga perlu seni.

4 gabanMorka |chakkkk!kill the art!

5 | Larasephia | aku mula berfikir dengan penyataan ko nih..let me think.

6 diana |kalau kesan cubitan itu masih ada pasti ia juga jadi bahan seni..hihi

7 tehr |mereka terlupa membasuhnya...

8 Sca Ndx |perlu ada yang ingatkannya...ingatkan aku juga kalau terlebih.

9 Amoi |ouch..aku agak serius kalich nih...mekasih amoi.

10 FAR |ketika dia cuba menutupnya,akan terserlah kekurangan yang lain.

ghost said...

AkuMuzikFilem |jangan dibandingkan kerna kau akan jumpa lebih banyak perbandingan.

Johan "Champ" Radzi | aku sebahagian darinya tapi tidak bermakna iya.

farwalis said...

tak apa, pedulikan mereka. teruskan menapak

Seroja Jingga said...

seni itu adalah part dari hidup. seni itu lah yang menjadikan kita tidak sempurna.dan kita tidak perlu jadi sempurna.ye benar. tiada manusia yg hebat..tapi berlagak hebat memang bersepah.padahal kekurangan tu bnyak sangt tapi tak sedar diri

hentian said...

arrghhh... tak sehebat mana kita ni, sebenarnya..

Qaseh Dalia said...

seni tu macam cinta jugak ... tidak jijik dan tidak buta ,, tapi yang menjijikkan seni membutakan cinta ..manusia ~ kita rasa kita berseni tapi pandangan orang tak sama ...


*kita semua cantik tapi berbeza dari pandangan mata ..hati ..akal dan emosi *


bro jgn lupe vote qaseh haha

ghost said...

1 frwls |masih menapak...

2 Seroja Jingga |tidak mengapa,nanti bila mereka sedar mereka tahu untuk rendahkan diri.

3 Insan Marhaen |itulah yang sebenarnya...

4 Qaseh dalia adelia |maka aku lebih suka mencintai seni..

inshaAllah..aku akan datang kendian.

uncle gedek said...

Seni tidak bersalah

Anonymous said...

seni itu 'soul' bg sy

silent said...

dan sains itu seni....

feyza said...

yah baru aku phm kenapa ghost kata seni itu jijik..

ni msti sbb gambar y keterlaluan..dlm seni kan..dn nmpk agak pelik tk senonoh..ye tak?

ZAMRE AB WAHAB said...

pening aku baca
- Zamre Ab. Wahab

intan.maisarah said...

tersenyum sinis Mai membaca entry ini


dalam diam ..
setuju
apa yang Ghost sampaikan

shameel Iskandar said...

setuju dgn komentar kedua.

Seni bkn jijik tapi pemain seni itu yg jijik.

BonekadalamChermin said...

seni perlu ada jiwa









titik.

Benjy said...

Seni ? ... b3njy amat minat mata pelajaran pendidikan seni masa sekolah dulu ... emmm , alamak keluar topik rupanya ... ehehehe sorry ghost...

jika b3njy nengok komen2 diatas semua orang mempunyai pandangan sendiri ... b3njy letakkan diri b3njy sebagai neutral lantas mengatakan semua pendapat, komen mereka adalah betul ... kerana setiap orang mempunyai pendapatnya sendiri dan b3njy menghormatinya ...

kalau orang tanya b3njy, adakah seni itu jijik ? ... b3njy akan berkata ya-50% dan tidak-50%. Kalau nak huraikan nanti tak cukup lembaran ini ... bak pepatah "tepuk dada tanya selera" ... kerana apa yang kita fikir dan apa yang kita buat ia yang akan menghasilkan output baik atau tidak...

p/s: b3njy suka maksud terakhir dalam entri ghost ...tq .

Frodo Baggins said...

hohohohohohoho
kene baca dua kali mcm selalu ...

slagi dia masih bertenaga batin
seni akan melimpah luah alirnya
tengok batinnyer stok mana
itulah hasilnya ...
kalau tidur juga dikata seni
inikan pula yg bukan "tidur"
woohaaaa!

± said...

mungkin aku salah tafsir, aku nampak seni yg dimaksudkan bukan hanya berkisar tentang istilah seni itu sahaja

biarkan mereka yg berasa hebat itu. itu lumrah hidup dalam apa juga bidang. biar Dia saja yg tau sejauh mana kita 'menghayati seni' itu

Unknown said...

kau benar. pertelagahan dalam seni tidak akan ada hujungnya. malah lapis pemisah itupun kau tidak akan jumpa untuk memulakanpertelagahan. dan sepatutnya, pertelagahan ini langsung tak perlu dimulakan.

Unknown said...

seni.
perlu spesifikasi-kah untuk sesuatu seni ?

perlu ada garis panduan kah untuk seni ?

perlu ada syarat dan terma untuk
seni ?

kalau ya,maka bukan seni lagi namanya..

dan seni itu terlalu bebas.subjektif.abstrak.tiada definisi,barangkali.
tiada tinggi rendah.
hanya untuk dihayati,dari hati ke hati.

Anonymous said...

adeh, aku baru mahu mengomen, tp komen aku sebijik macam april punya dalam maksud yang sama, yang bermain dengan seni dan menjijikkan nya, ialah lohong pemikiran dalam tengkorak ini.

Bidadari Syurga said...

ghost: *langit dan bumi yang KUciptakan tidak dapat memuatkan/meliputiKU, namun hati hambaKU yang beriman meliputiku*

*ada segumpal daging di dalam tubuh manusia, jika ia bersih dan baik, maka seluruh tubuh akan menjadi baik. jika segumpal daging itu rosak, maka seluruh tubuh akan rosak pula... segumpal daging itu adalah hati...

p/s: ghost... seni itu indah. bila seni itu mampu kamu miliki org yg selama ini kamu sanjung akan terserlah *jijik* menerusi katamacaNYA sahaja menerusi *seni* yang kamu maksudkan... ada yg mempamirkan *seni* hanya di luaran... di dalam seni itu insyallah hanya jisim yang punya *seni* mampu menapis segala-galanya. jangan pernah rasa *jijik* okey... sebab mereka tidak mengetahui *seni* itu seperti yang kamu rasai...

and guess what... *kita doa ajalah... semoga DIA bagi *seni* tu pada org yg *jijik* agar jirim dan jisim mereka kenal antara satu sama lain... seperti yang kamu sedang lalui... atau bakal lalui... *seni* kamu bagaimana...? masih diperingkat asas? atau masih mengenali alif atau ba atau ta...? jgn berhenti okey... kena habiskan... baru *seni* tu akan khatam...

HEROICzero said...

seni tak perlu lindung, seni itu jujur. pemain nya saja harus perhati.

=)

fiqvertigo said...

libido tu apa?

ghost said...

1 gedek! |tidak..aku tak kata salah.

2 .sweet-ants. |kamu mampu hayatinya.

3 Silent |apa saja boleh jadi seni.

4 Pijahh' de-Arr |sebenarnya tak Pijah..meski gambar yg dihasilkan sangat jijik ia bukan lah ke arah tuh.

5 ZAMRE AB WAHAB |saya pening menulisnya..hihi

6 intan.maisarah |saya pon tersenyum sama.. :)

7 shameel Iskandar |kebiasaannya begitu...

8 BonekadalamChermin |untuk menghidupkannya...

9 Benjy |terserah pada kita untuk mengasingkannya mengikut apa jua pandangan dan fikiran kita..

10 Frodo Baggins |kenapa aku pulak yang mesti membaca komen kau 2 kali..sambil aku bertanya,"apa,aku kah yg silap...?"haha...

btw Frodo,its nice.

ghost said...

1 Dark Half |ya,aku memang bukan menceritakan tentang istilah seni,tapi orang yg membicarakan seni.

2 dayya dayyanna |apakah kau telah mengetahui tentang pertelagahan yg aku maksudkan...?

3 april |aku setuju kalau ia dihayati dan dinikmati dari hati ke hati..dan aku tidak menjawab pertanyaan itu kerna kita sendiri tahu itu semua tidak berlaku dalam mendefinisikan sesuatu seni..

4 MATAHARI |kita yang tentukannya...

5 Cik Bidadari |sebenarnya aku melalui fasa di mana ada setengah orang yang membicarakan soal seni dan menggambarkannya sebagai satu seni yang jijik dan menjijikan orang yang berada dalam genre seni itu sendiri...dan aku sangat mengerti kalau Tuhan itu lebih seninya kerna Dia yang menciptakan-NYA.

ghost said...

HEROICzero |kita pemainnya...

fiqvertigo |ehem...apakah Fiq sudah mula bersedia melakukannya atau cuma baru di peringkat inginkannya...hihi

Verdict said...

nak tahu.


boleh tahan panas rush oxytoxin dalam tubuh 20 ya?


habislah..

ghost said...

Fiq Vertigo | haha..fiq-2x...
jangan risau,takde efek pada darah ko cuma degup jantung makin tidak normal rasanya...

hang on.

silent said...

seni itu seni kan.

Frodo Baggins said...

hahahaha baca balik tiba2 gua pun tak paham gua punya komen. cilake ini .. kah3x

Pembunuh Tanpa Bayang said...

ya,aku maksud kan dari sudut lainnya.tidak fokus pada mesej yang ingin kau sampaikan di sini.

kerana aku sendiri pecinta seni.

LadyBird said...

sebenarnye ni kes ape yer? :( sorry x paham :(

Unknown said...

ghost, kalau yang kamu maksudkan adalah pergolakan antara golongan arus perdana dan frinjan, maka sudah bertahun aku berhadapan dengan itu.

kita sendiri yang melonggokkan karya kita pada aras mana. Dan siapa dulu menetapkan bahawa sesuatu yang begitu haruslah arus perdana dan sesuatu yang begini pula adalah frinjan kalau bukan--

Kita juga.

raihanmaskuriy said...

ok. im going to shoot. i'll ask the details later. lulz



erm. seni itu kita yang memandang. kombinasi yang kita sendiri buat. setiap pergerakan kita itu adalah seni. tiap emosi kita itu juga seni. tiap pandangan kita itu juga adalah seni. tiada seni jijik atau hina dimana2 mata pengkritik tersohor. hanya ada sebab, jalan cerita dan 'product' yang kita pamerkan. ada yang memandang seni sebagai aset. ada yang memandang seni sebagai kemewahan. ada yang memandang seni sebagai sampah. kita juga adalah seni. hasil karya seni tuhan. siapa layak kata karya tuhan jijik? kita sendiri yang menjijikkan dengan mengatakan ia jijik.

ghost said...

1 Silent | iya iyalah... :)

2 Frodo Baggins |hahaha..harunsalimbachik...

3 Pembunuh Tanpa Bayang |ouh dan aku juga merasakan kau memang pecinta seni.

4 LadyBird |tentang seni dalam sidang.

5 dayya dayyanna |ouh rupanya betul tekaan aku kalau kau sebenarnya sudah mengetahui akan hal yang mereka jijikan tentang seni..

ghost said...

serenity | Aan...aku sudah mulai melihat bahwa ramai yang sudah mengetahui akan hal ini.kesimpulannya mudah,setiap orang itu berhak untuk meletakkan nilai seni pada tempatnya..tidak kira dalam genre aper atau direvolusikan dengan apa..

Unknown said...

ghost: masuk tahun ini, ini sudah masuk perdebatan tahun keempat aku berada di dalam konflik ini. Sampai aku sudah senyum dan tertawa mendengarkan segala semua. haha.

Unknown said...

@Frodo Baggins: hey komen pertama kamu ada unsur isu panas. baik2. haha. :P

ghost said...

dayya dayyanna |bagus lah kalau itu sudah ko lalui dan membuatkan ko tersenyum dan tertawa.

Cik Specky said...

shoot the right angle ya haha :D

*questions? normally people will forget bout it, yg penting hati puas.. sigh~

LadyBird said...

seni dalam sidang?

p/s : serisuly x paham :(.. abaikan ajer..

Nasz said...

Kerana itu aku tidak mahu jadi orang seni. Lagipula aku jahil pada seni. Untung juga ya..? :D

SYARIFF HAIKAL said...

seni,yg memahami mampu menilai..yg selebihnya mencerca..bukan ak yg rugi..