Seorang teman aku yang agak selekeh mengajukan pertanyaan kepada seorang teman aku yang memakai pakaian sentiasa kemas dengan baju dimasukkan ke dalam pentalun.Segak dan ada gaya seorang konglomerat...nampak bijak dengan bolpen yang sentiasa di kocek belakang.Sedang teman yang selekeh tidak pernah ada sikat rambut selepas ibunya menghentikan rutin menyikat rambutnya berbelas tahun yang dulu.Kalau dilihat dari sudut yang lain,dia masih tidak pandai mengemas katilnya sendiri.Teman-teman aku masih normal..
Pertanyaannya begini;
"kalau kau mau memilih seorang perempuan, apa yang kau mau lihat terlebih dahulu...?"
"Aku mau lihat hatinya dahulu...".
Dengan yakin temanku yang kemas itu menjawab sedang temanku yang selekeh mengangguk tanda faham.
Faham lah dia manusia semakin 'logik' dan realistis dengan pakaian yang kemas.
95 comments:
bagus: hati adalah bahagian perempuan yang paling susah diramal. mampukah para lelaki melihat hati perempuan yang sebenar?
"Faham lah dia manusia semakin 'logik' dan realistis dengan pakaian yang kemas."
hihi, dilihat dari sudut mana lihat hati atau "lihat hati"
maksud aku logik dari segi mana, lihat hati atau "lihat hati" hihi.
hati seorang perempuan..mampukah kamu lelaki mengawal nya? hati kamu saja masih susah terkawal.
macam mana nak tengok hati seorang perempuan.?
nak lihat hati orang tu kena lihat hati kita dulu...hehehehe...
kerana dalam hati letaknya keikhlasan:)
*tergelak*
ya, semakin 'LOGIK' barangkali..
sinis ye En Ghost nih,,
aish!~
Mendalam maksud entry nie bro..
bukan saja soal hati tapi soal diri kita sama ada kita seorang yang mempunyai realitis atau tidak dalam kehidupan..
Kemas dan selekeh kedua2nya normal bukan?..... pilihan ada pada kita..
Good Writer ghost..
buat aku berfikir... :))
aku mencari lelaki yang pandai mengemas rumah kerana aku gagal jadi begitu.
bukankah teman hidup perlu menjadi pelengkap? ;) tapi of course itu hanya SALAH SATU ciri yang aku cari.
banyak lagi.
dalam hati ada taman ;)
kamu lelaki, jgn terlalu menguji perempuan.
-im fragile-
Hati itu kunci pada setiap kebaikan atau keburukan.
dan bertanya lagi si seleked itu untuk faham yang lebih dalam dari sekadar satu agakan.
"ya, mahu hatinya dilihat bagaimana?"
ada sekuntum senyum halus terbit dari bibir si kemas tadi.
sambil menyisip jemari ke pokek belakangnya, dan mengambil sisir yang tersimpan, pelahan-lahan mengisir rambutnya yang sedia kemas tak terusik dari tadi.
"ah,itu jawapan buku. aku sendiri buntu huraianya" dan senyum.
sedang wajah si selekeh sedikit berubah, dan di dalam hatinya sendiri berkumat-kamit; "macam sial!"
****
Q:
"kalau kau mau memilih seorang perempuan, apa yang kau mau lihat terlebih dahulu...?"
A:
aku mau 'dalami' hatinya dulu. mana tau, kami ada kimia. kalau tidak, pasti ada pertentangan dan formula bisa gagal.
cumanya, 'mendalami' yang ini harus saja berlaku 'di luar' dan bukan 'di dalam'.
kalau ini yang di jawab, baru 'logik' dan realistik barangkali.
maksud aku.
barang dari kali.
ya lah, barang-kali.
*senyum*
funny.
Semua bermula dari hati...
bedahlah hatiku
lihatlah hatiku
haha
ya,kalau tak mampu mengaku kau kadangkala membenar logik mengatasi impresi, pergi bunuh diri.
kalau semua orang pon nak tengok pada hati, maka, aku lah orang yang paling jauh dari juduh. punya hati yang terlalu gelap sampai orang tak nampak.
selekeh atau kemas. kita sendiri yang pilih. aku tak selekeh, tak juga kemas. tapi, ini adalah aku. dan kau tahu apa habid aku kan? haha. erm, sama ada kau selekeh atau pun kau kemas, bila suka itu sudah terpahat, yang selekeh lebih nampak kemas dan yang kemas lagi nampak selekeh. betul?
owhh..lihat hati dulu ke...
atau poerlu lihat apa yg sebenarnya?
gempur cni:D
uso0ppp whilcha bgoss dr sam??
btol2... kena pilih hati yg sebetolnya
wahai si selekeh... rasanya awak tak mungkin akan dapat pasangan yang seumpama ibu awak... menjaga awak dari sekecil2 perkara hingga ke sebesar2 perkara... tak salah lagi 'logik' sebab dah berbelas tahun lamanya tak mungkin ada manusia bisa tembus hati manusia lain melainkan dengan kehendakNYA...
tak salah jadi logik... sebab kita manusiakan? akal seseorang tak dapat pandu jasad tuan punya badan untuk jelajah trus sampai ke hati... kerana batasan yang ditetapkan olehNYA bukan?
angguknya si selekeh memberi petanda... logik itu perlu kerana dia juga manusia dan mana bisa manusia mampu tembus terus sampai ke hati...
tampak sopan dan ayu bila berbicara belum tentu hatinya sopan bukan ghost? dan org yg kasar berbicara belum tentu hatinya juga kasar dan tandus bukan?
adakah hati perempuan mudah cair dgn kekemasan penampilan seseorg lelaki???
nak lihat hati org sgt susah bisk.manusia ramai yg hipokrit.hati2 ngan org yg suka pura2
@ dayya dayyanna tidak mampu!sekalipun kau punya ikatan selama berdekad lamanya..begitu juga dengan perempuan.
@ KHRLHSYM ke dua-duanya...lihat hati dari segi fizikal sedang 'lihat hati' dari segi batiniah.dari segi logiknya,kita tidak akan mendahului perkara itu dalam sistem pengenalan.
@ Nazsabrina Iman Zulfikar wer möchte diese Kontrolle?
Herzen müssen so erzogen werden, nicht in die Beurteilung Paare bleiben
@ .:padie_eyla:. siapa mau tengok kalau bukan pompuan itu sendiri yang memperlihatkannya...
@ EL MARIACHI pasti gagal dehh...(jangan tanya kenapa gagal..hi3)
@ FaizalSulaiman ya benar dalam hati ada keikhlasan tapi ia tidak ujud kalau tidak digambarkan melalui mata atau perbuatan.
@ Mutiara Bernilai dalam banyak perkara soal logik itu tidak boleh disisihkan dari mentaliti kita. :)
@ Ghostface Fella' kita semua mempunyai kerealitisan dalam hidup,soalnya bagaimana kita tunjukan realitis kita..
@ clarky cuma melengkapkan dari sudut menerima sahaja..saling mmeberi dan menerima pun dah cukup lengkap..
@ catherine- meski fragile kau patut berbangga sebab ia dibuat dari api...tetap pertahankan diri kala pecah bisa melukakan... :)
bagaimana mahu melihat hati, meramalkannya pun kita belom tentu mampu.
benar atau tipu!
betul yg penting hatinya baik
@ Siti Nurhayati Dollah sebab hati itu yang menilai grednya..maka semua diletak pada hati dan selebihnya ditapis oleh akal.
@ AJ Nismihan haha..aku percaya kalau aku menjawab dengan kependekan pasti kamu tidak akan berpuas hati kerna aku suka membaca cara kamu mnejawab setiap komen dari para sahabat..okay.
well,si selekeh itu pasti tau apa sebenarnya yg lelaki sering maukan dari seorang perempuan..maka di sini letak logik akalnya kalau dia melihat betapa hipokrasinya seorang lelaki.melihat hati bukan dasar dalam asas pengenalan tabiat lelaki..Terus terang kalau lelaki menyandarkan 'lihat hati' sebagai back-up kepada alasan yang utama kenapa pilih seorang perempuan itu..jelas,ada culasnya.
@ broken_nigina ya meh... :)
@ Gimi salah,dari mata. :)
@ Rina Rossoneri kalau kau mau mati,silakan bagi.ha3
@ | Larasephia | masih waras dan normal nih..dengan logik akal,itu 'hukuman' bego..hi3
@ LUNA berikan aku satu senyuman luna sekali lagi.. :)
dalam soal ini kita gunakan realitis.kedudukan hati itu sendiri dalam keadaan yang tidak punya ruang yg banyak,sesak dan bergelap.tiada siapa yang mampu melihat hati kita kecuali dikeluarkan dari tubuh kita.secara logiknya tiada yg mampu 'lihat hati' dengan jelas dan kebanyakannya hanya meneka.
hati kita sendiri yang membenarkan dan mengambarkan seseorang itu dengan mengambarkan hati kita sendiri bagaimana maunya.ya kan Aan.. :)
@ zaty luvlianncezzz perlu lihat apa yang ada padanya...simple basic kan Zaty... :)
@ NICK IRFAN haha..sebenarnya datang dari hati kita sendiri...
@ Cik Bidadari Iya cik angel...gambaran yang sangat jelas dan menjelaskan kenapa kita tidak mendahului soal hati dalam memilih kerna pada realitisnya kita melihat apa yang ada pada seseorang itu.namun dalam soal melihat hati kita masih bisa membuat penilaian sendiri dan diingatkan tak semstinya betul.
@ kakchik@ella nah kak chik,tanya perempuan donk...he3
@ Lydia Miza(Aidyl Azim) ya..memang sangat sukar dan kebanyakkannya hanya culas.
@ ctpayong benar dehh...kita bukan Tuhan.
@ Sang Cerpenis bercerita maka dia perlu gambarkannya..
kalau aku ,aku tengok orangnya dahulu...cantikjelita,sopansantun,baikbudi...lepas itu baru cari hati dia...kadang-kadang rupa dgn hati lain-lain tak sama...macam pilih kereta utk dibeli...
susah utk diramalkan. aku di tempat kerja kena pakai semat rupa korporat, di luar jeans lusuh rabak dipakai
namun masih ada segelintir lelaki yang melihat fizikal berbanding hati..sedih mengenangkannya kerana bukan semua perempuan berfizikal menarik.. =(
ghost...memang pelik...tapi aku penjaga hati..hehehe...
bagus lah masih ada insan yang ingin melihat hati .. tapi kenapa bila dah lihat hati ramai yg menyakitinya ? ceh ...kesian hati2 yg terluka
kadang kala, kau juga tak mengerti hati sendiri..
mata ke mata. hati ke hati ~
lagu fabulous cat tak silap aku. haha
headshot!!!
tapi kemas dan pakaian itu hanya sarung je sahaja
ruang aku tak sebesar ruang kamu; pasti saja aku ada detik yang lebih buat aku susun balasan pada setiap komentari.
lagipun, di ruang ini kita bisa berinteraksi, dan tahu lebih dari apa yang kita pernah tahu.
dan seperti ini, aku pulang balik, mahu melihat perbincangan yang pasti saja lebih lebat dari yang aku pernah tahu. Maka, tak salah aku menumpang teduh mencari ilmu lagi di sini kan.
dan balik pada asal pokoknya.
percayalah, kita yang kebanyakan pasti saja terpandang fikir pada sudut yang sama sesetika, cuma yang bisa bawa kita benar atau tidak adalah pada gaya dan sudut reaksi kita yang selapas, dan bukan semata-mata eraksi.
yang pertama pandang itu rejeki, kata orang, tapi rejeki bukan datang bersusun dan bukan pandang pertama itu sampai bila-bila!
*senyum*
bagaimana pula jika ditanya soalan sama pada si selekeh itu tadi?
dan bagaimana pula jika ditanya pada dia yg menulis saat ini?
different personality/appearance leads to different way of thinking? maybe they make sense for some people.. while others will say - dont judge a book from its cover
dalam maksud tu... kalo gua yg ditanye, gua mesti jawab:
"nak merasa hidup ngan die dulu, lepas tu baru tengok ape yg patot" kah3
cantik itu bukan dilihat dari fisik semata yah bisk.. karena wanita yang baik memang biasanya cantik hatinya.
@ Republic Aku yezza..lebih kurang macam tuh lar pandangan lelaki dalam memilih...mesti tgok rupa dulu..
@ Sasa Al-Sharif tuntutan perkhidmatan Sasa..so kena up to date..hi3
@ cik ciput nah,itu realiti nya cik ciput..kalau ada yg bagi alasan nak tgok hatinya dulu nampak sangat menipu.
@ diana teganya hati lelaki tuh kak diana..huhu.harap-harap tak kena pada kak diana ye..almaklum lar,macam2 leh jadi zaman nih.. :)
@ EL MARIACHI ko nak jaga hati orang atau hati kau sendiri EL?
@ Qaseh dalia adelia puncanya hati tak sama dengan apa yang dilakukan..
@ imah kadang kala bukan...jadi keseluruhannya masih mengerti.
@ juliam dimulakan dengan mata dulu kan,baru lar hati..
@ eszol raar betul,tapi kalau orang pakai kot memanjang tak semestinya dia keje opis..haha,mungkin dia ketua security..
@ AJ Nismihan ah AJ,sedangkan aku juga masih mencari tempat utk aku memahami dunia interaksi macam nih..rasanya ruang kita sama saja AJ.
dan satu lagi yang membezakan pada apa yang dipandang dari sudut yang sama adalah apa yang diucapkan...
@ nurHeart thats right...pandai memasak tak semestinya seorang chef..macam tuh lar gambarannya.
@ republik n9 kebiasaan macam tuh lelaki,dan aku sendiri tidak nafikan..tapi faham jer lar lelaki..
@ Gaphe tapi Phe..kita lelaki mesti pandang pada fisik terlebih dahulu ya kan..tidak mungkin kita terus mau lihat kecantikan hatinya dalam awal pengenalan..
nak lihat hatinya dulu? he..he.. macam kasyaf jer..
salam bro kali ni n3 lu nampak kemas
aku melihat rupa juga dalam memilih pasangan lalu hatinya . :P hehehe
slow aku hari ini. maaf tak dapat tangkap, sudah faham dari atas, samapi saja sini :
>Faham lah dia manusia semakin 'logik' dan realistis dengan pakaian yang kemas.<
ketua security pon ketua security la,jnji smart
kahkahkah
@ Insan Marhaen tuh lar masalahnya..nampak sangat nak cong.
@ b.r.u.t.a.l.s.o.l.o mentang2 ada words kemas ko pun ckp kemas lar ek..he3..mekasih bai.
@ putri ayuningtyas rupa itu utama ya kan putri... :)
@ AkuMuzikFilem takper lar noah..nak wat camana..hi2
@ eszol raar tau pun ko..ingat tak smart ker..bayangkan...haha
cuba membaca hati..
tapi aku harus belajar A B C terlebih dahulu.
Ghost nampaknya engkau masih tak serik dengan isu2 wanita walaupun beberapa hari lalu ramai wanita demonstrasi kat TV3 ... kekekekeke
namun isu kali ni agak sederhana berbanding sebelum ni ... hahahaha ...
saya suka kemas, kekadang suka simple, kekadang selekeh sikit2 ada juga ... walau apapun trend ku, ku cuba berfikiran realistik kerana sunguh mudah dengan realistik ...
kalau berfikiran lastik ... malanglah nasib burung2 yang lalu di dalam kawasan membunuh ku ...
kalau berfikiran plastik ...
hari2 ku pergi ke recycle centre jual plastik agar tidak mencemar alam sekitar.
kalau berfikiran lipstik ...
nampaknya aku dah jadi mak nyah lah nampaknya ... dengan buah dada yang montok nasi lemak seringgit ...
syukurlah aku masih memilih reallistik ... dan syukurlah Ghost kerana anda berjaya menagani isu2 wanita hari ini ... good luck and tq.
cukup aku melihat hati perempuan
kini aku sedang merasainya
dan aku sedang cuba mencamtumnya dengan hati aku sendiri
@ si para para mulakan dari mula lar dulu...
@ Benjy lantak dowang lar nak buat demo ker aper..takde unsur2 diskriminasi dalam entry aku nih Ben..haha(evilaugh)lagipun sahabat2 blogger lain tahu kalau aku juga realistik.
@ tehr kau sudah merasainya Tehr..baguslah.
Ghost aku rasa wanita2 disana inginkan wajahmu yang realistik ... walau apa pun wajah mu kini tetap cun walaupun bergigi taring ... kekadang aku berfikiran joystik ...dan suka main video games ...kekekekee
logiknya boleh ker lihat dr hati sbnrnye?sbb rata2 kawan pmpn cik tom lebih suka berpura2 dgn pakwe diorg iaitu bijak sembunyikan sifat sebenar diorg..heheheh
bagi aku, hati nombor dua.
keluarga mertua.
bagi ku bro aku pilih ati ayam..
bab sedap d makan...
jiwanglah lu..
baru mln tdi sembang bab kawen lu dah touch skrin....hahahahahahahahahahaha
tell me about it...
http://elmariachiblues.blogspot.com/2011/02/supernatural-aku-penjaga-hati.html
kalau memilih perempuan untuk jadi teman hidup. lihat hati.
kalau memilih perempuan untuk jadi penghibur. lihat rupa.
pencarian teman hidup ni buat aku teringat pada sorang gadis blogger berbadan voluptuous kulit sawo matang yg berkenalan hampir 7 tahun dgn jejaka mat saleh tanpa melihat rupa. paling tacing bila lelaki itu menerima dia seadanya setelah berjumpa pertama kali. kabarnya akan menikah dlm masa terdekat. kebaikan hati melebihi paras rupa
aku suke betul gan jawapan ko tu ghost..dari hati kite dpt kenal lbh dalam lagi..
biasa. semua akan kata mau lihat hatinya dulu.
hakikatnya, rupa paras dulu.
dari mata turun ke hati.
aku kira itu jawapan bohong dari si pemakai segak ...
dan aku kira itu respon sinis dari si selekeh...
tanya : "jika kau memilih sesorg perempuan, apakah yang kamu lihat encik penulis berhantu?"
...
come on. pasti saja kita lihat terus ke 'hati' nya, kan? =) =) =)
in fact, byk perlakuan dizahirkan oleh hati..hanya mata yg ikhlas memandang,telus menilai..yg manakah namanya intan..yg mana namanya kaca.. :)
logk dan realistis tak boleh diukur dengan kekemasan..
sebab aku selekeh..
walau sekemas mana kau.
tak mungkin boleh meramal hati aku.
:)
dalam maksudnye tu.. huu
Bisk, tolong pilih yang mcm aku. Boleh?
Yang comel.
Yang bijak.
Yang yang yang yang...
ok. tergambar kebodohan di situ.
haha.
sungguh itu tak mudah.
bagaimana pula jika di pisahkan jauh antara lautan dan benua?
tanpa khabar,tanpa suara tanpa wajah.yakin pada janji.
tapi seberapa kuat janji itu di simpul mati?
hati...jangan dibiarkan ia tandus.kelak nanti bila mati,tak bisa dihidupkan kembali.
hati aku hari ni jahat ghost. aku yang tentukan dia jadi jahat. sobsobsob. hati kau baek. cemburu.
pentalun tu apa ghost.. (bertanya nada jujur naif)
apa yang anda carikan pada diri seorang lelaki ?
(soalan pantulan untuk diri sendiri)
@ CIK TOM nah cik tom itu kebenarannya.tapi ramai yang masih dengan berkata begitu..
@ Benjy ko mau lawan sama aku main game..PES ok..lain2 taknak.haha!
Taknak lar,aku macam the beast ok.
@ Encik Psychopath hati adalah peringkat seterusnya selepas ada peringkat lain yg didahulukan..
@ marshall mathers amboi ngko..aku yang jiwang ker atau ko yang jiwang mamat..haha.takde pon unsur2 jiwang kat entry nih,ko jer terasa macam tuh..almaklum lar,tgh hangat pegang taik ayam,busuk2 pon cium jugak..hahaha.!
@ EL MARIACHI Ko lar yang kena bagitau aku... :)
@ lavender harum wangi iya lah..aku akan buat mcam tuh kat ko ek.. :))
@ Dark Half mungkin hari-hari dalam ketiadaan macam tuh terisi dengan kepadatan cinta yang melebih semua rasa..
@ Prince Halilintar jadi Prince maksudkan yang saya lelaki berpakaian kemas tuh ker..ouh no!haha.
@ cLinaku betul puan Lina..itu normal yang sangat normal..
@ e. indah aku akan lihat matanya dulu E...Lihat mata lebih jelas dan mampu gambarkan sedikit dari keseluruhan perasaan..
@ HEROICzero common..lihat dengan tahu 'hati' beda Hero..:))
@ Faezah Hannah Al Baj tapi soalnya hati manusia bukan intan dan bukan kaca..bukan intan yg bersinar dan bukan kaca yg memantulkan cahya..maka tidak kelihatan..
@ CassiaSiamea selekeh itu di luar,yg di dalam jangan... :))
@ NARDtheNERD aku tidak gunakan kekemasan,tapi aku gunakan kebijaksanaan... :)
@ kay_are indeed!
@ S The Great kalau aku pilih macam kamu..pasti aku serasa bercinta dengan kamu...maka aku cari yg bukan mcm kamu,supaya aku boleh bercinta dengan orang lain..hi3
@ Panah Beracun soal LDR itu terletak pada kesetiaan.tapi risikonya amat tinggi deh..malah janji tinggal janji..hubungan begitu jarang amat yg berjaya..
kamu sendiri yg kata kalau hati perlu basah..perlu terisi nanti melemahkan saraf ya kan..hihi
@ serene lorhh..napenya..jahatnya yang macammana Aan.ya hatiku sendiri belum tentu baik..
@ intan.maisarah pentalun itu seluar panjang(slack)
saya lelaki Mai..takkan itu soklan utk saya..he3
owh...
baru teringat
di kampung,
ada pernah dgr org guna ayat pentalun tu
dengar orang menyebutnya
dengan membaca tulisan..
jadi lain bunyi nya.
haha
pantulan soalan untuk Mai la
bukan untuk kamu
~.~
Ya,perhubungan yang jarang amat berjaya dan akan berlaku.dan bila sepi itu terisi dengan irama yang lain rentak tarinya juga bisa berubah.biar pun kekok untuk mengikuti langkahnya tapi jika di biasakan akan menjadi luarbiasa.
hati yang selalunya basah bila menjadi kering dan kotang akan menimbulkan retak.bila-bila masa saja akan hancur berkecai menjadi debu.dan debu bila di tiup angin maka akan hilanglah ia.mana bisa di cantumkan semula.
maaf,tadi aku terguna akaun Pisau Belati tanpa izin.nanti dia berkecil hati pula.
btol tu..hati tu plg penting..
Saya pentingkan keikhlasan. Kalau ikhlas, maka baik buruk semua dapat diterima...
Dan keikhlasan tidak dapat diukur dengan penampilan yang kemas atau selekeh...
oi apsal nak buat kat aku pulak.. hahahaha, sepak nak? aku jadi kawan dalam dunia maya je, xpayah tgk rupa, baca penulisan saja. hahahaha :D
manusia harini makin sukar dinilai hanya dr luaran...
sukar...
hatta ikhlas itu umpama semut hitam di atas batu hitam dalam malam yang gelap...!
Memang semua orang akan berkata sedemikian, mahu mencari seseorang yang punyai hati yang baik. Tetapi, sebenarnya memandang seseorang dengan pandangan pertama bukan dari hati, tapi atas paras rupa.Fikirkan. :)
*salam bertemu kembali..
pandang luaran ?
aku sedang cari hidden message dalam post ni. grr
@ intan.maisarah ouh untuk Mai rupanya,...hi3
@ Panah Beracun bukan kah itu sudah kelihatan seperti kebarangkalian,suatu jangkaan pada suatu yang sangat biasa..
@ faiz penting sesangat..bukan soalnya siapa tapi soalnya hati..hi3
@ Sumandak Kinabalu tapi malangnya,soal ikhlas pon terlalu sukar untuk dilihat Jane..
@ lavender harum wangi dah ko yang suruh kan pandang pompuan,abih tuh ko aper kalau aku tak pandang ko..huh. :))
@ Pistachio terlalu banyak yang berdrama..haha
@ Anitadahahs dah lama fikirkan pon Anita..sebab tuh entry nih kuar.. :)
@ Sca Ndx aku tak sembunyikan pun..semua ada kat luar.. :)
@
semakin sukar mentafsir seseorang dari luaran mereka sekarang.... hmmmmm
@ nadzirah aqilah : permudahkan dengan satu cara...jangan ditafsir,.
wah..
boleh pcaya ke dngn teman saudara tu..
bgaimana utk mlihat hati??
@ toyolkiut : mana bisa lihat hati dengan mata kasar TK..
"Aku mau lihat hatinya dahulu...".
Saya suka sekali dengan jawaban ini.
hmmm..aku mentafsir 2 maksud disini.. tp x pasti yg mana ko nk sampaikan. yang pastinya aku faham manusia semakin 'logik' dan realitis dgn pakaian kemas..hahaha
@ Putri Indah Purnama Sari tapi ramai yang akan ketawa sini putri..hi3
@shatooman yang ayat akhir tuh adalah sinis kepada jawaban si lelaki kemas tadi..
seronok baca semua komen2:)
@ alexa yussida : aku juga.. :)
hati y mcm mna..?
=)
ghost..saya suka baca ghost..huhu..best!
Post a Comment