quis



Ah spesis lelaki..dalam berapa perkara mereka terlalu sukar untuk dijangkakan dan amat sukar untuk difahami.Ketika menemui suatu hal sukar,mereka terlalu mudah dan baik untuk menanganinya,namun saat bertemu suatu hal yang mudah,mereka menjadi agak kebingungan.


Atau mungkin bagaimana saat mereka terdesak untuk menyatakan "aku mencintaimu'.Namun sebahagian besar dari masa,lelaki terlalu 'cukup sederhana' untuk mendapatkan cinta.


Lelaki itu perahsia yang menutup pintu keluar dan melihat dari jendela yang terbuka sedikit.Lelaki itu diam.Lelaki itu bersembunyi dalam ruang yang luas dan muncul dalam ruang yang sempit.Lelaki ketika benar tidak berkata-kata.Ketika salah langsung tidak berkata apa-apa.Lelaki itu bermegah untuk apa yang mereka tiada sedang mereka merendah diri pada apa yang mereka ada.


Soal lelaki seperti kamu (wanita) mengisi teka silang kata sedang akalnya memikir hadiah.



87 comments:

Bidadari Syurga said...

1stttt

juliam said...

ALA BARU NAK FIRST. HAHA

lelaki pendendam. seperti.

zulkoa said...

ayat yang best..aku tersentak sebagai lelaki..benar benar!

Bidadari Syurga said...

huurmmm... nak buat macamana... dah memasing tanak faham... ya ke? hik hik hik... skang tengah buat pilihan lg ke? semoga berjayalah ya... kalau gagalpun anggaplah tu sebahagian dari proses kehidupan...

asip محمد said...

okeh.. WIN!!

Sang Gabriel said...

lelaki memang sangat megah
dan itu yangmembentuk lelaki
lelaki juga punya impian yang banyak
gugur satu demi satu namun acapkali itu jugalah timbul yang baru, malah lebih gah

Seroja Jingga said...

lelaki adalah perahsia..ye mereka mungkin dijadikan sebagai perahsia..dan aku sebagai wanita sangat sukar untuk menjangka mereka

aku tetap hadir dsini ghost..aku menyepi seketika dari menulis..akal ku mungkin perlukan sedikit rehat
dan pohon moga kau sihat2 ye

Cik Anita said...

lumrah orang lelaki memang begitu. Terlalu banyak diam yang sering kali menyusahkan kami kaum hawa. Kerana terlalu diam itu membuatkan kami sukar untuk menjangka sesuatu perkara. Dan akhirnya berlaku sesuatu yang tidak dijangka.

Ah lelaki, bukan dengan diam itu cara yang terbaik. Diam juga perlu pada masanya.

kesimpulannya: geram dgn lelaki yg diam, tp sebenarnya @#@#$%^^&

. said...

"Lelaki itu bermegah untuk apa yang mereka tiada sedang mereka merendah diri pada apa yang mereka ada."

bisk~ lelaki memikir benda lain dan wanita pula rasa lelaki itu memikir benda yang lain. kerana lelaki suka berahsia. hehe

Anonymous said...

kau banyak berbicara tentang hati kebelakangan ini ghost, di antara lelaki dan wanita.

- koroe - said...

lelaki nampak kuat tapi sebenarnya lemah.


kehkeh

ubi masam said...

dari luaran lelaki mudah untuk difahami...tetapi bila dah bercakap hal cinta memang tidak dapat diramal...walaupun wanita dah nampak hati tetapi ia berkunci...

Encik Psychopath said...

lelaki misteri. sedang lelaki itu sendiri tidak tahu diri sendiri.








inikan bakal isteri.

wimpy kid said...

ayat power giler bro.....blh djdkan iktibar.....

Nveil said...

alter ego pada lelaki/wanita

.:padie_eyla:. said...

kadang kadang kediaman lelaki itu membuntukan wanita. entah apa yang harus dilakukan, seperti terkapai kapai sang wanita.

lelaki, mengertilah. kediaman mu membawa seribu persoalan. membuatkan wanita lebih kepada prasangka daripada berfikir positif. (;

ghost said...

@ Cik Bidadari jawap pon 1st!

@ juliam hey Julie,pendendam mereka tidak membunuh...(hati)

@ cik ubi kamu lelaki cik ubi?really???

@ Cik Bidadari saban hari kita membuat pilihan cik angel kekasih ijal..ketika mau bangun tidur kita juga membuat pilihan,mau terus bangun atau bermalas-malasan terlebih dahulu.tapi soal hati,sapa tahu kan...

@ asip محمد OKAY!

@ gabanMorka mereka cuma menyatakan sedikit impian dari impian mereka yang banyak sebab mereka masih risau kalau ia menjatuhkan imej mereka setelah gagal mencapainya...

@ Seroja Jingga aku sihat saja Lini dan harap rehat kamu mampu menyegarkan kamu semula...

@ Cik Anita tapi sebenarnya sayang..haha.kan elok kalau itu yang menjadikan ia lebih mencabar..

@ KHRLHSYM ya apa lagi yg lelaki ada kalau semuanya bukan rahsia lagi... :)

@ MATAHARI mungkin hatiku telah berbelah bagi Luc...haha

ghost said...

@ - koroe - hurmm..itu muslihat lelaki yang dia rahsiakan..

@ Nuar maka perempuan harus lebih bijak selain mau terus memahami hati lelaki.

@ Encik Psychopath lelaki ada sampai tahap jadi buntu untuk berfikir tentang diri dan hatinya sendiri..sebab itu lebih baik dia diam.

@ madzihi simpan utk ko ayat awek ko..haha

@ Nveil ego lelaki mungkin lebih menonjol.

@ .:padie_eyla:. tersilap percaturan dalam menjangka apa yang lelaki fikirkan akan mencetuskan perbalahan dan kemusnahan hubungan.maka bersabarlah sebagaimana lelaki itu bersabar dengan sikap perempuan.

Anonymous said...

sampai sekarang aku masih tak faham lelaki. hai ghost. sila ucapkan selamat datang pada aku. hee. :P

ghost said...

@ Sab Buenoo : selamat datang Sab Bueno.

sekarang tengah berbueno..hihi

I N S P I R A T I O N A L E F E K S said...

how about mind manipulation ?

Raihana Izzati said...

:)

Aku senyum je.

Lelaki. Perempuan. masing2 ada kelebihan n kekurangan sendiri.

Perempuan cakap lelaki salah. Lelaki cakap perempuan salah.

Funny :)

Faizal Sulaiman said...

resmi alam

lelaki dan wanita saling memerlukan..

Gaphe said...

antara lelaki dan wanita emang sama-sama sukar dipahami. Layaknya kuis yang menebak-nebak, dan kalau beruntung dapat hadiah.. kadang memang diperlukan banyak cara untuk mengenal apa maksud laki-laki atau wanita itu.

selamat pagi bisk!. enjoy your day.. ^_^

abang bro EL said...

ghost...

letakkan aku di tempat yang sepatutnya..

nescaya aku lebih berbangga menjadi penggembala dari seorang maharaja...

Anonymous said...

bercinte lak dh,.

sud@is said...
This comment has been removed by the author.
p[A]n[A]d[O]L said...

jangan takut untuk menyatakan rasa hati..
u never noe de result ^^

Valossa Vicious said...

Bagi aku sederhana untuk mendapatkan cinta itu benda yang baik.

Lebih selalu dari tidak, mereka yang terlebih mencari cinta itu menipu hatinya dan orang lain.

Tapi ini idealism atau fakta?

intan.maisarah said...

lelaki tamak
tak puas dengan apa yang anda

lelaki ego
rasakan diri mereka sentisa benar

lelaki terlalu bernafsu
mahu melepaskan nafsu serakah pada yang bukan halal.

lelaki kejam
mengalirkan air mata seorang gadis yang tulus mencintaai



(haha)

catherine- said...

jangan lupa hadiah untuk saya

sebatang kayu keras berukuran 2' panjang berdiameter 1 1/2" yang boleh di buat pensel

:)

comel kan`??


(ahh, lelaki. cukup aku menyayangi kamu sepenuh hati, selebihnya, terpulang kamu utk menghargai)

Sang Gabriel said...

impian yang hancur telah jadikan mereka matang, tidakkah begitu?
hurm, barangkali ego juga menghalang impian tercapai, ego akan imejnya

hentian said...

hermmm.... aku dalam teka teki....

Putri Indah Purnama Sari said...

Laki-laki maupun wanita merupakan dua makhluk yg berbeda dan susah untuk dimengerti

NAJ HEBAT said...

duhai lelaki, aku mencintaimu.

hanaahmad said...

sedang menanti ungkapan keramat dari seorang lelaki yang bisa buat jantungku berdegup kencang. :)

lavender harum wangi said...

lelaki perahsia? lelaki bukan ke lebih berterus terang. tak suka yg rumit. kalau berahsia, kan dah jadi kompleks. haha. perempuan lebih susah nak difahami.

faiz said...

mmg lelaki byk berahsia,mungkin sifat laki camtu..

ANISRAHIM said...

Sebenarnya, baik lelaki mahupun perempuan, same je. "cinta" yang buat hidup kadang-kadang jadi agak complicated, tp nak buat camne kan. lumrah kehidupan.

Seseorang selalu cakap. "one thing I'm afraid is "love". seseorang yang ckp camni, sepatutnya bila nak buat sesuatu, fikir 10x kedepan, yang melukakan adalah dia. yang memulakan semua jugak dia. kalau betul takotnya, kenape tak dijaga kan. dan tak semudahnya bleh bg alasan "am sorry, i was in big tense". semua orang pon ada masalah. Selesai baik2 la.

Kebanyakan punca keretakan dalam satu hubungan disebabkan "pihak ketiga", tp bg sesetengah yang lain, punca keretakan adalah disebabkan sesuatu yang "sangat kecil". Tapi disebabkan tak jujurnya seseorang itu, dan sebelah pihak lagi mempunyai ego yang tinggi, akhirnya, kesudahannya adalah bawak haluan masing-masing.

Don't make this silly mistake guys =)

Lagi satu, jangan terlalu mudah menerima dan memberi. Terluka "selepas menerima" dan "sebelum menerima" adalah sgt jauh beza.

waa. gua pulak yang emo tetibe. haha

*agak2 lari topik x ni? haha. sorry la ghost!

Rain said...

kamu bila berkata-kata,
aku boleh jtuh cinta..

aku yg xpndai berbicara hya terkedu saja, kelu..

BonekadalamChermin said...

hmmm

lelaki,
byk memendam dr berkongsi
itu lumrah

tetapi,

jika tiba tiba dia lelaki
boleh berkongsi cerita dgn kau perempuan

yakinlah

lelaki itu sedang selesa bersamamu

ha ha

...

lelaki egois adalah paling aku suka

.

Unknown said...

diam bukan kerana bisu,
diam bukan kerana bingung..

lelaki kurang bercakap kerana banyak berfikir.. lelaki akan fikir sedalamnya sebelum berkata-kata. bezanya dgn perempuan, kerana perempuan akan berkata-kata sebelum berfikir. segalanya diluahkan, semuanya dihamburkan..

.drakula. said...

lelaki diam bagi aku lelaki yang penakut,takut buat keputusan ,takut untuk beri keputusan dan takut berkata-kata dan akhir sekali takut dengan diri sendiri....aku betul kah?

hassudi morshidi said...

damm u!!!!!!!!!!!!

lelaki yang ko maksud kan tu sapa bro?????????????

entah2 ko sendiri kot.


hahahahahahaahahahahaha

Cikgu Jaja™ said...

(^_^)"

terima seadanya..berlapang dada..redho meredhoi.. no matter how look its like..how attitude its potray.. kebahagian sedia menanti

terkadang dirasa sukar benar mahu mencari ruang yg mmg sudah diciptakan utk meletakkan diri sbg tulang rusuknya yg hilang~

doa doa dan doa..

cukuplah skg pandai menjaga diri..mudah2an peroleh pasangan yg pandai mjaga diri juga

cik ciput said...

ya..lelaki yg sy kenali kebanyakannya sama seperti yg kamu sebutkn..

Wuucin said...

Adakah ia benar? lelaki?

wimpy kid said...

pembohongan semata2 lah tuuu........

Unknown said...

sukar dimengerti tentang lelaki
namun..
lelaki ke wanita ke
jujurlah pada hati masing2...
peace !!

Hantu Kak Limah said...

lelaki memang suke berahsia............sgt misteri...

Benjy said...

Ghost, lelaki memang cam tu ... sunguh multiporpos, flexible, cool man, berahsia, jujur (yer ke ?), namun ada kelemahan tersendiri ... contohnya kelemahan aku, aku ngeri nak makan buah petai, sedangkan rakan ku (lelaki) suka ... walau apa pun aku setuju dengan mu Ghost ... kerana aku bertuah dilahirkan sebagai lelaki bukan sebagai Gay atau mak nyah ... aku masih tetap ori ghost... (lelaki amat disegani oleh wanita ...)

Qaseh Dalia said...

lelaki jugak penuh dengan ego hehe.. ego terlalu agung dalam diri kerap kali membinasakan diri sendiri .. lelaki tak suka hal yg remeh temeh .. tapi wanita suka ~ jgn terlalu hidup dalam ego adakalanya ego tu tak perlu ~ kikiki .. bukan sukar nak pahami lelaki .. tapi lelaki sukar memahami perempuan

tehr said...

aku pun payah nak cakap 'aku mencintaimu'
tapi wanita suka nak dengar kata2 ini

bagi aku, cukup dengan tindakan je menjelaskan semua maksud di hati

Monster Anarki said...

lelaki mmg ego..haha

Unknown said...

hati lelaki sulit ditebak juga lho

aliza zeke said...

kdg2 lelaki mmg sukar difahami..ditambah pula dengan ego lelaki yg tinggi.

Asri Alam said...

kalau aku dah suka awek, konpem la aku tak tebal muka datang mengusik. cerita zaman solo. hehe

Nova Miladyarti said...

wah, apakah lelaki seperti itu adanya???:D

ghost said...

@ Inspirationalefeks secara kebetulan entry ini melibatkan penggunaan psikologi ke atas pembaca maka apa yang telah digambarkan di dalamnya adalah salah satu cara manipulasi minda..

@ Raihana Izzati Tapi zack,ini bukan soal salah atau betul...hihi

@ FaizalSulaiman absolutetly...

@ Gaphe aku tidak mampu gambarkan semua cara Phe,tapi aku muatkan dalam satu entry secara ringkas tapi menyeluruh deh..

@ EL MARIACHI aku tetap letak kau sebagai maharaja supaya kau tau kendali pengembala...

@ Novelgurl siapa yang bercinta?huh

@ p[A]n[A]d[O]L boleh aku luahkan sama kau...? :)

@ Valossa Vicious ini idealisme sebab ia tidak terdapat di mana-mana Valoosa..

@ intan.maisarah sebab lelaki tahu bagaimana bermain dalam permainan itu..maka perempuan harus lebih bijak..

@ catherine- Ryna,pastikan ia tetap penuh dan tidak terlalu tumpah dari bekas hati kamu... :)

ghost said...

@ gabanMorka untuk cita dan impian,ego itu perlu..ego itu digambarkan melalui keyakinan yang sangat tinggi..tapi tetap ada risikonya..

@ Insan Marhaen sila selesaikan teka teki itu Abg IM..

@ Putri Indah Purnama Sari tahu deh,tapi perlu berdiri di satu pihak sahaja.pokoknya,tetap akui.

@ NAJ HEBAT Cintailah Lelaki Naj... :)

@ hanaahmad belum pernah sekalipun..sabar..coming soon ok.hihi

@ lavender harum wangi apa yang dia berterus terang itu cuma sekelumit dari apa yg dia sembunyikan...hihi

@ faiz hanya lelaki mengenal lelaki...

@ PG haha..its ok.tapi mau dijelaskan ia bukan berhubung soal perhubungan dua jiwa...

@ Rain Sayangnya,aku sudah terlewat untuk menyatakannya..hihi

@ BonekadalamChermin Nah kan..ada juga yang suka menyahut cabaran lelaki...haha

ghost said...

@ shatooman sifat lelaki dalam menyatakan sesuatu itu seolah tersaring dari mindanya/akalnya.

@ Republic Aku boleh juga begitu kalau mau diselitkan soal ketakutan yang ada dalam sifat lelaki..

@ hassudi morshidi tiada sapa aku maksudkan..aku lebih suka general dari individu...understood.?

@ Faezah Hannah Al Baj InshaAllah..akan diusahakan ke arah itu,tidak semua,sedikit pon memadai..

@ cik ciput yang lebih banyak kelemahan dari kelebihan...?

@ Wuucin Kimora terpulang untuk mempercayainya sebab ini ideologi saya Wuucin..hihi

@ diana lepas ini mungkin Kak Diana faham kenapa lelaki diam..hihi

@ madzihi di mana letaknya pembohongan itu...?

@ Nia kadang itu yang paling sukar dilakukan..JUJUR.

@ Hantu Kak Limah untuk melindungi kelemahan...

ghost said...

@ Benjy haha...kekalkannya begitu Benjy...jangan tetiba berubah..

@ Qaseh dalia adelia wah nampaknya Qaseh dah banyak belajar tentang lelaki ek...gud gurl.. :)

@ tehr itu bahagian terpenting..persembahan lebih bagus dari dialog..

@ Monster Globalisasi aku juga percaya kalau itu..haha

@ Sang Cerpenis bercerita akhirnya Mba Fanny mengakuinya..

@ noraliza ego itu yang menambah kesukarannya...

@ Sasa Al-Sharif ouh jadi sekarang sasa dah kawen lar ek...hihi

@ Nova Miladyarti cuma sebahagian dari pendapat saya Nova.

Mutiara Bernilai said...

dear ghost writer..

hu,itu fakta tentang lelaki atau hanya mewakili apa yang kamu rasai?

hiks2, saya kurang fasih dalam menterjemah perasaan dan tindakan seorang lelaki. Mungkin kerana saya kurang mengenali lelaki..

PenjuruKosong said...

aku setuju..

mungkin sudah terkena..

ghost said...

CassiaSiamea| haha...selamat malam cassia..

Mutiara Bernilai| hanya melalui ideologi saya saje Mutiara...hihi.apa yg saya gubah dan fikirkan.

Qiez AR said...

jadi lelaki yang tiada criteria yang kau sebut diatas adalah lelaki yang wanita hatinya?

hah
dunia dan penduduknya sudah jadi terlalu tipikal

AkuMuzikFilem said...

biar saja aku jujur, kadang-kadang aku kalah membaca entri kau. tapi aku tetap mahu baca.

quis?

yang aku tahu lelaki itu ada sifat cenderung mengambil mudah. ya mengambil mudah, tapi tahu apa yang perlu dibuat. tidak kalut seperti wanita jika berhadapan sesuatu masalah

Hafriz Mohamad said...

hmm... Lelaki.. sungguh mysterious.. ^_^

ghost said...

Hafriz Mohamad | bagi mereka yg gagal memahaminya.

AkuMuzikFilem | dalam bahasa latino,quis itu maksudnya lelaki.

lelaki mengambil mudah tapi bukan perkara yg remeh temeh.

| Larasephia | No lar Qiez..bukan macam tuh.malah langsung tidak tipikal.Ia cuma sebahagian dari lelaki.

Unknown said...

nahhh..kamu membuat saya semakin bingung tentang lelaki.

dan biarlah begitu.
biar nanti saya jatuh cinta dalam kebingungan itu..

ghost said...

april | April,kan aku sendiri jelaskan kalau lelaki itu juga selalu kebingungan...apalagi kalau soal mau membingungkan perempuan..hihi

Unknown said...

diam. menjadi wanita, susah bukan?:P

Unknown said...

menjadi wanita perlu faham lelaki yang kebingungan tentang mereka sendiri, apatah lagi tentang wanita.

Susah jadi wanita. haha

± said...

entry ini saja dah cukup untuk menunjukkan lelaki 'cukup bersederhana' dalam menyatakan sesuatu hal dgn jelas. all the best, bisk. utk apa saja yg sedang bemain di fikiran (:

fiqas said...

hati lelaki yang tak pernah tau dimana jujurnya.... sukar untuk menebak...

Ismail N said...

Kawe spesis lelaki misteri atau cuba ingin jadi misteri tapi tak jugak misteri... Tapi yg sama pasal lelaki ialah egonya mmg tak leh nak di lawan wlpn ada yg tak ngaku :D

lavender harum wangi said...

oooooo.. oooooo.. ooooo,, mcm tu ke sebenarnya~ hahaha :D

miss nina said...

entri ini ada benarnya kerana yang menulisnya lelaki.
jadi terima kasih kerana memudahkan wanita mengenali lelaki-lelaki di luar sana

Cik Specky said...

ermm.. pengakuan ikhlas seorang lelaki? part of it i guess, while another part remain secret.. :)

ghost said...

dayya dayyanna |tapi takkan nak ubah kot untuk jadi seorang lelaki..hihi

Dark Half |mereka tidak mau terlalu kelihatan.

Fiqas | tersedikit kejujuran sebenarnya...

Ismail N | ego lelaki terlalu sukar ditembusi bro..

lavender harum wangi | ya macam tuh lar kiranya Lavender.. :)

ghost said...

miss nina |itupun masih sukar sebenarnya..hihi

nurHeart | benar.menjelaskan sebahagian dan sembunyikan yg lain..

broken_nigina said...

lelaki itu rumit.
:)
mereka duduk dalam cengkerang.

ghost said...

broken_nigina | utk melindungi apa yang sepatutnya.

raihanmaskuriy said...

lelaki. mereka menakutkan. serius aku x faham apa yang lelaki fikirkan. dan aku selalu menjauhkan diri dari lelaki. tapi, dalam mereka menakutkan, mereka juga menghangatkan.


hadiah apa yang kau fikir ghost?

Anonymous said...

Aku tidak kenal benar dengan lelaki tetapi adakalanya aku cukup setuju dengan cara dan tindakan sesetengah lelaki yang tepat pada waktunya.

Diam.
Melihat.
Bersetuju dan melenting juga bila perlu...haha

choirul said...

aku jadi teringat lagu sheila on 7 yang di Malaysia judulnya ganti....

Lelaki harus tangguh....

choirul said...

aku jadi teringat lagu sheila on 7 yang di Malaysia judulnya ganti....

Lelaki harus tangguh....