momen



Stephanie,gadis pertama yang membawa saputangan hijau untuk buat lapikan ketika duduk di rumput yang sedikit basah.Sedang dudukku tidak perlu ada apa-apa.Hampir dasawarsa yang lalu,dia merupakan gadis yang tidak pernah menghabiskan sepanjang malamnya dalam kelambu yang dibasahi embun.Dia tidak pernah kesali kalau simpatiku lebih baik dari nafsuku.Tapi dia masih kelihatan anggun dalam samar cahya dian yang menyembunyikan merah pipinya saat aku merapatkan bibirku pada hujung telinga kirinya..Nafasnya berbau lili yang sempat aku hidu saat dia berpaling menghadapku.


2 bulan yang pertama,ketika dia sudah punya cinta untuk sang roman yang tidak dia cintai,dia menitipkan kata dan doa dalam bungkusan saputangan hijaunya yang kusam dan basah dengan hujan-mata.
"Ophan('o-pen'),kamu jangan pernah mati untuk suatu yang kamu tidak mampu miliki.."


....dan dia mati untuk terus membiarkan aku hidup dengan rasa simpati.


Selamat hari ulangtahun kematianmu.Tiada apa-apa untuk kamu.











66 comments:

Amiey White said...

hari kesedihan ghost ?

Anonymous said...

ni kisah hidup ke....

messy_mess said...

tamo sedih sedih eh ghost ~

Encik Psychopath said...

i saw nipple.

Ghostface Fella' said...

Sedih..
xde ape yang bleh diharapkan lg...

Unknown said...

i'm sorry ghost.tapi entry ini agak sulit untuk difahami.mungkin terlalu deep atau terlalu apa..entah.
cumanya terfikir tentang kata-kata stephanie itu.
jangan pernah mati untuk sesuatu yang kamu tidak mampu miliki.
hurm.

ghost,mari bebaskan diri dari kesedihan.cuba sajalah.

± said...
This comment has been removed by the author.
± said...

entry ini sangat personal
semoga dia tenang di sana

I N S P I R A T I O N A L E F E K S said...

simpati lebih baik dari melukaikan kan ? :) ... btw, selamat hari ulangtahun kematiandia. tiada apa-apa juga untuk dia ..

Sca Ndx said...

kematian.. tapi masih igt di hati.

- koroe - said...

yang datang pasti pergi. kau jangan sedih sangat. hargai yang ada kat sekeliling kau skg. sebelum tiba masa kau hanya mampu melihat untuk kali terakhir.



aku harap kau buat persiapan untuk menghadapi hari kau nanti. kita kan kawan. aku taknak kau pergi dalam keadaan belum bersedia. nanti aku sedih amat.'

si para para said...

biarkan ia pergi..jangan di kesalkan.. Dia lebih mengerti..apa yg di suratkan..

abang bro EL said...

sedangkan sang semut pun ada tempatnyer di sana...inikan pula jiwa yang mati....

ghost said...

@ Amiey White : bukan lar,cuma hari memperingati kematian.hihi

@ i am S!L4H.. : sudah tentu lar kisah hidup dari masa lalu.

@ messy_mess : mana ada sedeh-sedeh mat...

@ Encik Psychopath : but i saw smile..

@ Ghostface Fella' : sudah dasawarsa bro...

ghost said...

@ april : its okay April,aku sudah lama bebas april,sejak kematian dia lagi sebab aku tak perlu menyintai roh.ya meh..hihi

@ Dark Half : aku tak mau membayangkan ketenangannya,sungguh aku akan rasa bersalah.

@ Inspirationalefeks : sekurang2nya simpati kita berbaloi dengan rasa hormat dia.itu pun hanya dapat dilakukan semasa hidup.

@ Sca Ndx : sebab hati belum mati..masih ada darah.

@ - koroe - : aku tak kata aku sedeh,aku tak kata aku hepi...hihi

kira kau simpati jugak lar...hihi.nanti aku cari kau kalau aku pegi dulu dari kau..haha!

ghost said...

@ si para para : aku tidak menyesal sama sekali...tapi aku terkilan beb..

@ EL MARIACHI : mesti dowang punya sarang yang cantik kan...

jiwa yang mati tiada pusara.cuma ada persinggahan.

Unknown said...

biarkan aku ulangi ayatnya itu... kamu jangan pernah mati untuk suatu yang kamu tidak mampu miliki.. jadikan itu sebagai satu janji~

tehr said...

kisah sedih ni, ghost

tapi kesediah juga tidak perlu dilayan begitu lama
ia perlu dibiarkan berlalu dengan aman
kan?

hentian said...

huh, sambut hari lahir kan hepi sikit...

Gaphe said...

ini prosa patah hati ya bisk?.. wah, selamat datang kematian donk kalo begitu?.

faiz said...

kisah benar bro ke..

cik ciput said...

kata orang, patah tumbuh hilang berganti.. =)

Anonymous said...

ophan,


may she rest in peace, ni gadis sumandak kinabalu kau kan?


yeah, aku harap jodoh kau mendekat, kebahagiaan nikmat hidup yang satu.

choirul said...

semoga amal ibadahnya diterima Allah SWT.. aamiin....

Cikgu Jaja™ said...

ulangtahun kematian sgt indah jika dibacakan yassin dan alfatihah berterusan.. :)

skandaLdariLangit said...

encik psychopath sangat laju tentang itu.



biarlah dia bersemadi dengan aman..

Encik MamaT said...

ophan bunjos... medalam sekali maksudnya... menusuk jantung aku ... haha

Adinda Amy Sensei said...

mati dan kaku..

emieysandra said...

selamat ulangtahun kematiannya.

eszol raar said...

selamat selamat

moga betol2 selamat dan teros mampu menyelamat daripada teros tersesat

Asri Alam said...

aku tidak konsentret. aku nampak tetek

akU GaDis said...

jangan bersedih ea..

Rain said...

terusik dan bergetar hati mbaca...

aliza zeke said...

jangan sedih2 :)

intan.maisarah said...

ayuh teruskan hidup dalam dunia yang penuh warna warni..

semoga dia bahagia di sana.

:)

Bidadari Syurga said...

huurrmmm... apa yang kau rasa masa tu. masih punya rasa yang sama seperti dulu...? 'mati' lagi ke? rasanya aku tak perlu tanyakan... huurmmm... kalau aku? hanya nota itu sahaja pembakar semangatku untuk terus hidup sehingga menunggu keajaiban Ilahi... itu maknanya aku bukan seseorang yang putus asakan...? kamu bagaimana?

Bidadari Syurga said...

pinjam nota tu boleh...? heeeeeeeeee

Meutia Halida Khairani said...

wah hari ulang tahun kematian? serem banget

Raihana Izzati said...

Encik Psychopath punya komen mmg psycho. Sila jumpa pakar sakit jiwa.lol.


And,,if its meant to be, its meant to be.

Nak pinjam bahukah? Jab nak lapik dulu.

Encik macho tak boleh sendu2 :)

Nazsabrina Iman Zulfikar said...

Ye ke tak sedih? :)
Kamu seolah sedang menangis dalam hati

fiezah91 said...

wokeyh! untuk entri kali ni..aku x dpt tangkap n memahami maksudnya.. =.="

fiezah91 said...

wokeyh! untuk entri kali ni..aku x dpt tangkap n memahami maksudnya.. =.="

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

apa cerita di alam kematian... biri tahu kami disini

Wuucin said...

moment + history ........

Cik Specky said...

either sadness or happiness, moments are forever.. be grateful for we still have them in our mind as well as in our heart :)

juliam said...

"kamu jangan pernah mati untuk suatu yang kamu tidak mampu miliki"

ayat ni. datangkan semangat. aku suka.

AkuMuzikFilem said...

"kamu jangan pernah mati untuk suatu yang kamu tidak mampu miliki"

aku tak tahu apa maksud mati tulisan kamu, mati secara fizikal sebenar atau simbolik saja.

AkuMuzikFilem said...

tapi aku memang suka quote itu

Bidadari Syurga said...

AkumuzikFilem: saya tahu-saya tahu maksud dia... (heeeeee)

Seroja Jingga said...

mungkin aku agak emosi..tapi ini cukup buat yang jernih seketul dua ini gugur ghost.."mati" dalam ertikata lain "pergi",,..dan aku masih mencintai "roh"nya walau dia telah lama mati.. :((

Bidadari said...

bisk! nantikan kehadiran gadis yang ke er er kedua? yang akan menghulurkan sapu tangan pink sweet sweet like candy ^.^

fiqas said...

ada rasa sedih dan kehilangan disini...
mati itu pasti, semoga dia tenang disana, dan kamu , carilah ketenangan dan kebahagianmu disini, sementara masih punye waktu untuk itu..

sud@is said...

sedih sayu cite ko bisk
yg pergi tetap pergi jgn terlalu fikirin....doakan saja
kehidupan perlu diteruskan

a.samad jaafar said...

permainan kata2 yg cukup mengesankan.. betapa pedihpun pemergian namun itu tetap suatu kemestian..redhalah..

ghost said...

@ shatooman : lebih dari janji Man..lebih dari itu.

@ tehr : jangan risau,kalau sekalipun sedih, ini tidak memakan separuh dari jiwa saya.

@ Insan Marhaen : adakala kita memperingati kematian orang lain. :)

@ Gaphe : iya,kalau udah kita cukup bersedia Phe..tapi jangan pinta dari urusan Tuhan itukan lebih bagus.hihi

@ faiz : yes Faiz...kisah diri sendiri. :)

ghost said...

@ cik ciput : aku akui kalau itu...hihi

@ MATAHARI : ye Luc..tekaan ko betul.RIP.soal jodoh,InshaAllah...

@ choirul : malangnya,doa kami tidak sama.pasti kamu faham itu Choi.

@ Faezah Hannah Al Baj : kalaular aku boleh lakukan begitu,pasti aku lakukan.

@ skandaLdariLangit : kita bayangkan saja bagaimana aman dia di sana..ye kan Ska..hihi

ghost said...

@ Encik MamaT : cabut balik tusukan tuh..nanti parah Mat..haha

@ Adinda Amy Sensei : bagaimana kalau mati itu boleh bergerak..?hihi

@ emieysandra : mekasih atas ucapan itu Sand.

@ eszol raar : aku bukan penyelamat.

@ Sasa Al-Sharif : hahaha...soriii.

ghost said...

@ akU GaDis : jangan risau...hihi.tidak apa-apa.

@ diana : bukan, sebab saya pon berharap begitu.tidak pernah serik kak Diana.

@ Rainbow : redakan nya dengan senyuman.. :)

@ aliza : tak sangat sedihnya...hihi

@ intan.maisarah : saya cuma ada 3 warna tapi cukup lar ia amsih berwarna warni...harap begitu lah.

ghost said...

@ Cik Bidadari : ya sudah tentu sama sebab konsep itu memang begitu.perlu ada kelangsungan hidup selepas ada yang meninggalkan hidup.

nota tuh kamu tak perlu pinjam,ambil saja. :)

@ Meutia Halida Khairani : lorhh..kok bisa serem...

@ Raihana Izzati : haha...kamu terlalu kecik Anahiar Ittazi..takut bahu kamu tak mampu..

@ Nazsabrina Iman Zulfikar : lelaki Sabrina,selalunya begitu..hihi

@ fiezah91 : tapi bukan kah entry sebelum ini pun ko belum dapat fahami..hihi.Its ok Za.

ghost said...

@ b.r.u.t.a.l.s.o.l.o : mana aku tahu apa citernya...whats biri?

@ Wuucin Kimora : HIDUP.

@ nurHeart : hanya itu yang ada bersama kita,sedang rasanya masih terbayang.

@ juliam : dan ia sangat membagi rasa.mekasih Juliam.

@ AkuMuzikFilem : sudah tentu yang sebenar.mati fizikal.sedang rohnya masih bergelandangan.

ghost said...

@ Cik Bidadari :

@ Seroja Jingga : Ouh..bagi yang merasanya sudah pasti dapat menghayatinya...Lini,'roh' itu pasti akan datang menemui kamu saat kamu sudah tidak ingat apa-apa.

@ anOOan : kamu ada sapu tangan pink sweet Ann? :)

@ Fiqas : waktu dan kesempatan itu sudah ada cuma masih belum mau mengambilnya.

@ S..U..D..@..I..S : sudah cukup baik dengan mengingatinya sekali sekala.hidup sudah pun berjalan.

@ a.samad jaafar : telah direlakan dia pergi sekalipun dia pergi dengan memaksanya..

Raihana Izzati said...

Manje mencik sama Chipsmore Comel.

tak wee~ :(

CIK TOM said...

sedih plk bc entry ni wlpn ciktom x 100% pham...

broken_nigina said...

mati hanya bermaksud mati.
apa yang tak wujud,hanyalah tak wujud.
noktah.

Bidadari said...

ada. mahu? kikiki

ghost said...

@ Raihana Izzati : ellooo...sapa comel2 nih..garang nih tau tak..grrrr

@ CIK TOM : its ok ciktom..ini pun sudah memadai.

@ broken_nigina : jelas aku gambarkan macam tuh.

@ anOOan : mau...hihi