lista



Sudah menjadi kebiasaan bagi setiap dari kita meletakkan material sebagai suatu hal keinginan dan impian untuk dicapai..Material mewujudkan harapan dan dijadikan sandaran dalam hidup..Jangan pernah berbohong kalau material itu tidak penting malah ia diletakkan dalam apa yang disebut 'wishlist' kita..Sesungguhnya kita semakin percaya kalau material itu akan lebih membahagiakan diri dan penyempurnaan sebahagiaan dalam hidup.


Kita sudah tiba di ambang yang mana setiap apa saja bisa diperlakukan dengan material.Malah kalau bisa,orang yang sudah mati juga dihidupkan dengan material.Dalam tidak sedar kita menghabiskan seluruh kehidupan kita dengan memikirkan material,segala kerisauan dan kecemburuan kita disandarkan pada material,dendam dan segala keburukan hati juga diilhamkan oleh material,apa saja termasuk perjuangan dan kejayaan.Kita sebenarnya bertuhankan materialisme..


Menyebarkan sesuatu pada pentingnya material adalah satu perkara yang sangat mudah dan licik.Ia menyerap bagai racun dalam sendi dan memenuhi setiap ronga,berlegar di minda dan menari di mata.Saat semuanya sudah berada dalam tangan,akhirnya apa yang tersisa adalah kehampaan pada jiwa tentang kewujudan dan spiritual.Bukan semua perkara yang kita inginkan memenuhi kebahagiaan kita.



88 comments:

. said...

aku mahu fender stratocaster 1974, dan juga 1960, dan kalau boleh 1954. haha. tak masuk lagi amp semua. aku sokong cakap kau. hehe

Anonymous said...

indeed, akan ada material yang kita dambakan, masakan kita akan mencari item untuk kepuasan kita sendiri.

tapi sekarang, aku cuma mahu habiskan larian kuda tunggangan, sekadar sebuah laptop ini cukup untuk aku skroll ebook.(bacaan online)

dulu,hanya buku2 hardcopy, sekarang cuma softcopy.

tapi dalam situasi aku, aku tidak begitu mendambakan material. cukup sekadar perlu, kerana melihat keadaan emak cukup buat aku buang jauh2 keinginan harta benda.

intan.maisarah said...

senarai hantaran (aku mahu ini)

set barangan habib jewel yang paling mahal
banglo dengan kolam renang dan pengawal keselamatan
kereta mini cooper baru
aku mahu pakej percutian ke hawaai sebulan
aku mahu itu
aku mahu ini
aku mahu sana
aku mahu sini





ghost,
itu semua bukan aku
cukuplah jika
aku mahukan perhatian,
dan kasih sayang
:)

I N S P I R A T I O N A L E F E K S said...

@KHRLHSYM wahhh.. fender, salah satu daripada material aku juga tapi aku nak fender telecaster :) ..

aku hidup bersandarkan material.. tanpa material khayalan imaginasi aku mati begitu saja , tak terkeluar rasa jiwa

faiz said...

betul tu...bila terlalu berfikir pasal material wujudla golongan yang materialistik..

Ermizi Muhamad said...

kau ini hantu, tapi tulisan kau tak mcam hantu . siapa sebenarnya kau wahai penulis yang punya bakat ini yaa?

Misty Melor said...

apa ku mahu.. pasti kau tahu :)

Raihana Izzati said...

what more to say bagi budak2. Hmm..

Even pergi ke universiti, bukan didahulukan pencapaian. tapi duit.

xde duit, xde tawaran. Serius.

Tak adil. Tunggu balasan akhirat=_=


Oh.yang mengomen ni pun selalu minta material jugak daripada benda lain=_=

Sama je.

ctpayong said...

dan apabila engkau telah mampu memiliki engkau rasa sebenarnya ' materials' yag kau idamkan bukan lagi sesuatu yang mententeramkan.

kesejahteraan jiwa itu lebih utama buat aku.

Unknown said...

kalau kena pilih satu bilion dengan si arjuna, aku pilih dia sebab nilai cinta dia lebih berjuta-juta dari berbilion itu.

hahah. jangan kata aku kemaruk, aku ikhlas. :P haha

Qaseh Dalia said...

kdg2 bahasa bro sangat pelik.. qaseh tak berapa paham hehehe kena belajar bahasa lebih hik2

Gaphe said...

hidup jangan terlalu mengejar materi. walaupun materi itu penting, jangan jadikan itu sebagai satu-satunya tujuan.

aliza zeke said...

suka baca penulisan si hantu nie..mmg btol,dalam tak sedar kita nie telah menjadi hamba material..kalau leh semua nak.kui3

Wuucin said...

dunia... terikat or terpengaruh dgn sistem itu sendiri?

pembaris said...

sasaran dan keingingan seiring dnengan tamak kadang2.masa susah ingikan inspira.tapi bila dah mampu inspira,inginkan audi pulak

Kay- said...

jika saja segala material itu di usahakan dengan titik peluh sendiri.

itu mungkin lebih bererti bagiku.

bukan bersandar pada orang tua, atau menipu orang atau apa saja perbuatan khianat untuk mendapatkan segala yang di impikan. kemudian kau berlagak sombong.

dats loser!

(aku ada buat draf ttg hal lebih kurang entry ko ni ;) hehehe)

Kay- said...

jap jap. lista?? apa tu?

akmal said...

kita jadikan material sbg angan-angan sbab kita dapat nampak dan rasa benda tu. kita dah dapat tahu apa langkah dan cara untuk mendapatkan benda tu. Dah memang terlatih sejak kecil lagi apabila mak bapak kita janji akan hadiahkan sumtin bila kita dpat result gempak dlm exam. tak gitu??

abang bro EL said...

wishlist?

mengangan angankannya lebih best dari memilikinya..heh?

Unknown said...

hurm
ghost.
saya sudah mula merasakan 'penangan kecintaan terhadap material'.
mahu punya wang banyak,baju mahal,pingin itu,pingin ini..makan di restoran mewah..semuanya terwujud di dalam minda sendiri.
konon-kononnya itu lah bahagia.
tapi setelah mendapat sebahagian darinya,tidak juga saya merasa bahagia yang sebenar-benar.apa kita ni manusia yang tidak bersyukur ?
atau kita cuma tertipu dengan ilusi khayalan sendiri ?

well,
sebagai seorang pemimpi material,
mempunyai harta dunia itu bisa menyenangkan,namun ia tidak membahagiakan hati yang sunyi.

BonekadalamChermin said...

antara 2

keperluan dan kehendak


kadang kadang
kita sering mahu yang tak perlu

ah..manusia dan khilaf

sukar disekat

:)

juliam said...

ghost, manusia begitu sekarang bukan.

salah satu yang mengubah manusia material.

material luas. kalau dari yang aku fikir sekarang. duit. oh tak ada duit tak ada segalanya. tapi bukan segala memerlukan duit. duit perlu kan segalanya.

#huh !

penat bila pk asyik duit je.

Prince Halilintar said...

bila dah jadi seorg materialistik mulalah pula wujud sifat angkuh dan bongkak dalam diri...

Cik Specky said...

betulkan niat kita dlm mcari rezeki, bersederhana dlm segala hal, insyaallah kita akan bahagia dgn apa yg kita ada :)

Adinda Amy Sensei said...

bahagia terus dlm hati walau sementara cuma....

Unknown said...

maksudnya material bahan bangunan?

toyolkiut said...

TK suka duit..
emm..

TK sayang keluarga..
wah..

TK kasihkan agama..
yes!

broken_nigina said...

duit memang tak boleh beli kegembiraan.

tapi boleh beli banyak benda yang menggembirakan.
yang benar,
gua yang materialistik

ghost said...

@ KHRLHSYM : owh aku memang tak tahu pasal benda tuh sumer..he3.

@ MATAHARI : aku faham pada ayat akhir ko Luc..ada suatu yang kita utamakan dari kepentingan diri kita sendiri..mungkin belum masa untuk kau.

@ intan.maisarah : semoga kau memperolehi apa yang kau inginkan tuh n semoga keberuntungan sentiasa bersama kamu Maisarah.

@ Inspirationalefeks : makanya ianya tidak lebih dari dukungan dan bukan impian semata-mata terarah pada materi.

@ faiz : semakin bersepah faiz...sehingga meyukarkan pilihan.

ghost said...

@ Muhd Aizie : jangan silap,ghost writer itu merujuk pada seorang yang menulis tanpa nama.im nobody.

@ ukhti syikin : kebetulan saja tuh syikin.

@ Raihana Izzati : hey Rayhan..

itu sudah jadi sistem...

@ ctpayong : kerna saja kak CT sudah memperolehi apa yang kak CT nak dalam material..now,kak CT ingin suatu yang berbeda.

@ dayya dayyanna : are u serious?berbillion itu akan mengubah keputusan kamu Dayya..believe it!

ghost said...

@ Qaseh dalia adelia : lepas nih baca ensiklopedia lak ye Qaseh..hihi.its ok.

@ Gaphe : yang bener Phe..jangan terlalu fokus dgn materi sehingga abaikan yg lebih utama.

@ aliza : kalau boleh mati pun disertakan material...

@ Wuucin Kimora : dua-dua sekali Wuucin.

@ pembaris : sebab dia fikir kemampuannya mampu untuk membeli apa saja...aku setuju kalau ada tamak turut serta.

ghost said...

@ Catherine- : memang kalau materi yang diperolehi dgn usaha sendiri lebih bermakna tapi seperti yang dikatakan jangan terlalu tumpukan ka satu arah materi saja kerna ia akan melalaikan kita pada suatu yang lain...

lista itu senarai keinginan.

@ akmalzamel : yerp,indeed!

@ EL MARIACHI : tapi kalau boleh,ko memang mahukannya..hi3

@ april : ya kita boleh saja impikan apa yang kita mahukan,malah memperolehinya adalah satu kemegahan buat kita...benarlah saat kita sudah memperolehinya maka kita akan kehilangan yang lebih berharga.

@ BonekadalamChermin : kita lebih suka memuaskan hati kita dengan suatu kehendak yang tidak bertahan lama...

ghost said...

@ juliam : ya,duit itu yang paling banyak menghantui kita...

@ Prince Halilintar : itu sudah pasti Prince..aku percaya tentang tuh.

@ nurHeart : InshaAllah,kalau itu yg kita doakan.

@ Adinda Amy Sensei : apalah gunanya kebahagiaan yang singkat untuk penderitaan yang berpanjangan.

@ Sang Cerpenis bercerita : material itu kebendaan Mba Fanny.atau kalau di indonesia,materi.

@ toyolkiut : hanya satu materi...DUIT.yang lain infinity..

sud@is said...

ya bisk
jika mampu milik semua idaman mungkinkah ada ketenteraman..blum tentu kan....

biar jiwa merdeka....

clarky said...

aku cuma mahu femes.

tehr said...

aku setuju
semuanya dikelilingi material

tapi
semakin kita berusia, keperluan kepada material semakin berkurangan
kita akhirnya lebih memerlukan kedamaian dan ketenangan

muny lily said...

manusia x perlu hipokrit dgn mngatakan " aku bukan materialistik " sdgkan materialistik 2 pntg untk mnjmin msa depan...yg beza sama ada dijalan yg positif atau sblik nya :)

Bidadari Syurga said...

cara hidup orang beza2 okey... kalau agak2 kau tertengok life stlye seseorang mcm entry kau nie... pandang ajalah... mungkin hari nie hari dia... esok lusa hari kau siapa tahu... bila sampai hari tu... make sure kau ingat balik entry nie... sebagai panduan... heeeeeeeeeeeeee...
supaya tak jadi racun kata kau...

si para para said...

bertuhankan kepada benda yang nampak dan boleh di nilai dengan mata kepala adalah jalan yang melencong. kita di ajar untuk mencintai meterial. mahu sahaja yang cantik yang indah. tapi hakikatnya kita tidak sedar. bahawa kita sepatutnya mencintai DIA..sepatutnya mendambakan DIA..sepatutnya mengejar DIA..
bagi aku sendiri..masih lemah dalam meniti titian hidup.
jika di tnya..apa yang kau mahukan dalam hidup?
jawabku.itu..ini..
apa pula jawabmu wahai bisk?






ya rabb..aku dambakan kasih sayangmu..........

AkuMuzikFilem said...

material itu persepsi hanya. dunia aku hilang nikmat kerana terlalu dambakan material

teringat filem ghost writer mengenai penulis hantu yang hasilnya dinisbahkan kepada penulis lain.

sokokong antara komen2 di atas, semakin berusia, keperluan kepada materi berkurang

pemuzik jalanan said...

Hah asal aku ada chingoo yg selalu ada dgn aku,family yg sentiasa ada belakang aku. Cukup. Lain semua aku tak perlu. Itu pun aku dah cukup bahagia. Kan kan :)


Woaa bangga nyaaa aku comment nih ghost.
Susah payah aku menelaah bahasa kau nih *lap peluh

SYARIFF HAIKAL said...

seyus bro...tau la ini zaman wang..tula pyh ble harta dan kekayaan diletakkan ditahap tertinggi..anyway nice bro..)

SYARIFF HAIKAL said...

seyus bro...tau la ini zaman wang..tula pyh ble harta dan kekayaan diletakkan ditahap tertinggi..anyway nice bro..)

Anonymous said...

bisk! rindu kau! hehe



aku baru berkira2 tadi. gaji masuk hanya sekadar singgah di dalam poket. kemudian ia terus dibuang ketempat material duniawi. habis begitu saja. hidup menjadi hamba kepada material. sampai mati pon itu saja yang bermain dalam jiwa. haila dunia. nature yang kita wujudkan sendiri demi menyusahkan diri sendiri.

Anonymous said...

owh. apa lista kau bisk? mind sharing? heee

Siti Nurhayati Dollah said...

Materialistik adalah pohon yang akan membuahkan kejahatan-kejahatan yang lain.


* Kaya boleh beri gembira, tapi kaya tak memberi ketenangan *

ong ong kedek kedek said...

senarai yg aku nak:

bini tua

bini muda

bini no 3

bini no 4

:)

PenjuruKosong said...

wang bukan segala-galanya
tapi segala-galanya memerlukan wang

welcome to metarialistic world
dunia mempertuhankan harta benda

my new entry: HIPOKRIT

hentian said...

sorilah.. dah jam 2 pagi. tak leh nak fikir. kirim salam jer...

ghost said...

@ S..U..D..@..I..S : jiwa merdeka untuk mereka yang lebih gila..

orang gila nampak seolah kacau tapi sebenarnya lebih aman.


@ clarky : pastikan ko bina empayar peminatmu...aku dukung.

@ tehr : yes!selepas kita sadar kalau ini cuma sementara...

@ cik lola : bukan soal hipokrit Lola,tapi soal memilih suatu yang lebih bermakna..pilihan di tangan kamu Lola..

@ Cik Bidadari : aku tak melihat dengan mata kasar ku tapi aku meihat dengan mata halusku..kalau apa yang aku lihat suatu yang lebih menjurus kepada material,maka usahakannya dan ketika sampai masaku aku akan berkata,ini bukan masaku..

± said...

list=lista
"lista itu senarai keinginan" >_<

aku ada lista dlm sebuah buku kecik,
tak mewah tapi material kadang bisa membahagiakan jiwa yg kacau

ghost said...

@ si para para : maka aku akan menjawab dengan tenang,sesungguhnya apa yang aku mahu adalah apa yang diberikan kepada aku setelah aku usahakan.dan aku tidak meinta apa-apa yang diluar kemampuan aku...dalam erti kata lain,suatu yang sangat lebih halus untuk aku cernakan pada pemikiran aku...

@ AkuMuzikFilem : ouh kau sudah lihat filem ghost writer?tapi sebenarnya ghost writer itu adalah seorang penulis untuk menulis tanpa nama dan mudah untuk dihapuskan....

@ amira syuhada : kau akan lebih bahagia kalau ada yang mencintai kau dan mencukupkan apa yang kau kurang...

@ SYARIFF HAIKAL : aku risau kita takkan mampu untuk menjawab apa yang kita ada sekarang...

@ luna : itulah pentingnya kerja untuk mendapatkan sesuatu untuk kita membayar sesuatu.supaya pada akhir hidup kita,kita tak perlu berhutang apa-apa.hatta budi sekali pun...

ghost said...

@ luna : aku cuma mahu kecintaan dan hidupku sebagai penulis..lebih dari seorang penulis blog sekalipun tiada kemewahan untuk aku kerna aku sudah terdidik dalam kesusahan.

@ Siti Nurhayati Dollah : betul dan menghasilkan kejahatan2 yang tidak terlihat...

@ republik n9 : fuyooh!lu hebat bro...aku sorang pon tak mampu..huh!

@ CassiaSiamea : kita sebahagian dunia...

@ Insan Marhaen : its okay bro IM..memahami.saya sentiasa memahami.

ghost said...

@ Dark Half : rasanya ada yang lebih diinginkan oleh kau darkHalf...tapi takper,simpan untuk keinginan yang hanya kau sorang jer yang tahu...mungkin sedikit itu boleh membahagiakan kau...

Benjy said...

Wahhh...wahhh...wahhh... penulisan kau GANASSSS lah ... sebenarnya aku juga ada terfikir macam kau Ghost. Semasa melihat Drama bersama member satu ketika dulu, ceritanya berkisar tentang ibu mertua yang METARIALISTIK nak kan menantu yang kaya tetapi dia ada seorang menantu yang miskin dan sering dicacinya ... Ramai member2 aku berkata "Jahatnya mak mertua dia kan ..." selang beberapa bulan dia pula cerita yang dia tak setuju kakaknay berkahwin dengan seorang yang sederhana kerana tak ada harta ... secara logiknya meterial tu penting dan saya ketegorikannya 2 bahagian iaitu KEPERLUAN dan KEHENDAK (TEORI KEPERLUAN MASLOW) ... pinggan tempat makan nasi tu metarial juga, takkan nak makan nasi dengan daun pisang atau tempurung kelapa hari-hari kot ... seluar dalam tu pun metarial ... atau nak pakai seluar cawat kulit kayu buatan manusia zaman palelotik pula ... apa-apa pun BERINGAT SEWAKTU BANYAK MATERIAL dan BERJIMAT BUKAN KEDEKUT... tq.

ghost said...

@ Benjy : mekasih kerana lawatan mengejut pada lewat2 embun mula menitis atas rumput dan jalan2 beraspal.sekurang-kurang debu tidak lah terlalu berterbangan..

diperjelaskan di sini kalau digambarkan material itu pada suatu yang sangat kecil skopnya maka kecillah apa yang kita lihat...seolah ketidakpuasan melihat pada skrin teks handphone dan skrin teks laptop...Kita dibesarkan dengan material,kalau botol susu itu material maka kita sudah gilakan material semenjak kecil lagi,tapi kalau kita diberikan susu ibu,material itu suatu yang memberi penyakit dan banyak kesan yang buruk kerana kandungan di dalamnya...begitu lar aku gambarkan tentang kebendaan dan keinginan kita kepada kebendaan,suatu yang kecil bukan menjadi masalah pada pemikiran kita kerna kita tau suatu itu dibezakan dengan keperluan,iaitu apa yang mencukupkan kita dan bukan apa yang kita lebih-lebihkan..

soalnya di sini,kita meletakkan suatu asas keinginan itu pada suatu yang sangat berlebihan sehingga menutup pintu hati kita untuk menerima suatu hakiki dan hakiki itu adalah keperluan..iaitu keperluan yang mencukupkan asas.tidak lebih dari itu sahabat...

dan aku tak nafikan kalau material itu sudah menjadi satu standard dalam penyempurnaan suatu hubungan...kerana keinginan yang berlebihan itu adalah nafsu...

Benjy said...

Ghost ... harap engkau tak marah yerr ... sebenarnya aku tersesat dalam rumahku sendiri dan terjumpa metarialmu (alamat URL mu) yang kurasakan berharga ... jadi aku telah 'mencuri' metarialmu (alamat URL mu) dan ku tampalkan dalam sidebar metarialku (blog ku)... jika kau marah ... i'm sorry 'pren' ... aku akan koyakkan metarialmu itu (alamat URL mu) daripada sidebar metarialku (blog ku) dan aku akan pulangkan semula metarialmu itu (alamat URL mu) kepada mu semula melalui metarialmu yang satu lagi (alamat email mu)... so marah ke ?

ghost said...

@ Benjy : ouh its doesnt matter..its ok pren.

Benjy said...

Ghost ... tq kerana membenarkan aku 'MENCURI' metarialmu (alamat URL mu)... emmm lagi satu nak tanya ni ... engkau marahkan jika metarialmu (alamat URL mu) yang ku curi ini, ku ciplakkan banyak2 dan ku jual dipasar malam kawasan taman rumah ku setiap hari sabtu ? ... hahaha (tak der lah gurau je ... hak ciptamu terpelihara brooo ... jangan risau. PERANGI CETAK ROMPAK)

ghost said...

@ Benjy : haha!ko jangan buat kerja pelik benjy...

Faizal Sulaiman said...

yang terakhir itu membuatkan aku memikirkannya

Asri Alam said...

bukan semua perkara yg kita ingini juga akan kita peroleh

intan.maisarah said...

aku tak pasti tentang itu,
aku biarkan saja
ape yang terlintas disetiap detik waktu
aku masih mahu menghalang apa saja yang datang. :)

Aleen Aiden said...

aku sukakan sesuatu yg xsemestinye "material".aku lebih sukakan material yg x"material" sbb aku bukanlah org yg materialistik. ^_^

- koroe - said...

kau nak apa ni ?


meh bagitau aku. jum kita pergi beli skg. haha

Encik MamaT said...

metarial itu perlu.. tapi jangan sampai jadi metarialistik.. hahaha...

KUREKURE COMEL said...

keperluan kot....tp jgn la berlebih lebihan....sekadar termampu...

kalau berlebih lebih tu yg jd materialisme....

Unknown said...

tinggi jgk bahasa ko ni aku mmg xthu apa itu material

Qaseh Dalia said...

nape bro tak hupdate hari ni huhu

Raden said...

tipula kalo idop tak meterialistik. zaman skrg kalo takde harte make takdela maruah

Bidadari Syurga said...

huurmmm...

*kain dah basuh... bak sini RM30.00 + RM20.00 charge penghantaran speed terus sampai ke umah...

uncle gedek said...

"Perkaral yang paling menyedihkan saya adalah apabila kita mula selesa dengan kemewahan." ~ Charlie Chaplin

.drakula. said...

terpaksa kalau tidak tak hidup...senang...

alexayussida said...

atleast jdkan wishlist itu sumtin untuk kita lebih berusaha bukan kecewa bila tak dapat:)

Benjy said...

Katakan seorang itu selalu je tak dapat apa yang dia inginkan ... tetiba je dia dapat ... happy gila dia ... kerana kejayaan yang setitik tu telah 'membosterkan' dirinya sehinggalah dia berjaya berulang-ulang kali mendapatkan apa yang diingininya ... 'blueprint' kejayaan pertama merintis kepada semua kejayaannya ... (mereka yang saya maksudkan golongan-golongan pencipta solo seperti graham bell, thomas edison dan banyak lagi)

Qaseh Dalia said...

berulang kali baca baru paham ..haha ape ke bengapnya qaseh dalia ni ... tapi tak semua material tu menjanji kan kbhagiaan .. materialistik tu perlu tapi biarlah berpada.. :)

NARDtheNERD said...

kalau hidup tanpa material macam mana pulakk?
:))

eRza farEeha said...

perghh..btol2 xsume perkara...

HEROICzero said...

mudah. anggap saja material itu sebagai motivasi. heh.

dan letak akal dalam setiap perbuatan.

ghost said...

@ FaizalSulaiman : harap menemui kesimpulan dari apa yg difikirkan..

@ Sasa Al-Sharif : bergantung pada apa yang terjadi..

@ intan.maisarah : menerima apa yang telah ditakdirkan dan menolak apa yang bukan diinginkan..

@ aleen aiden : kesimpulannya senang,bukan materialistik.hihi

@ - koroe - : aku nak teh o limau panas...cepat!

ghost said...

@ Encik MamaT : maka ia cuma akan jadi suatu keperluan..

@ KUREKURE COMEL : yes,itulah materialisme..

@ NICK IRFAN : takper kalau tak tau.. :)

@ diana : saya taknak keta kancil dan saya taknak keta mewah,cukup suatu yg sederhana,myvi @ savvy pon takper..haha

@ Qaseh dalia adelia : maaf,saya demam.hihi

ghost said...

@ Naddia : elloo...takkan maruah kita semurah benda..?hihi

@ Cik Bidadari : mak eii..kalah laundry shop macam nih..haha

@ gedek! : quote yang menarik dr seorang yg cukup sederhana..

@ Republic Aku : suatu material yg sangat perlu hanya menyukarkan kehidupan kalau tiada..tapi tidak mematikan kehidupan..

@ alexa yussida : tak kata sampai tak boleh ada wishlist tapi jangan lar terlalu turut hati sgt nak dapatkannya..

ghost said...

@ Benjy : makanya mereka sudah menemui suatu yang memotivate dan meninspiratif akan diri mereka..kejayaan yg pertama akan mengembangkan kejayaan seterusnya..

@ Qaseh dalia adelia : bila sampai materialistik,itu bukan perlu lagi...malah langsung takde berpada,hi3

@ NARDtheNERD : mungkin kena duduk kat gua...hidupkan api dengan goreskan batu pada serbuk kayu..hi3

@ eRza farEeha : he3..betul!

@ HEROICzero : terpulang pada kita nak sandarkan ia sebagai apa...hi3

Raden said...

ello...kalo mkn eskrem btg doploh sen dgn baskin robin mane nmpak lg style?

mst la baskin robin

haha

weh..tukar la gambo antu tuh..takot

Jubaida said...

hay hay...
bisaa aja...
mantaf

Jubaida said...

hay hay...
bisaa aja...
mantaf

NARDtheNERD said...

"hidupkan api dengan goreskan batu pada serbuk kayu"

bunyi macam material. hihi.

AkuMuzikFilem said...

haha, aku tak tengok lagi, aku hanya teringat yang ada dalam simpanan aku filem ini, tapi masih tak tonton lagi. cuma dalam mencari sinopsis dia, aku terjumpa definisi di internet kata ghost writer ialah penulis yang karyanya dikredit kepada orang lain, supaya dia terus menjadi 'hantu', remain unrevealed.