sincere is the best poetry



"It is dangerous to be sincere unless you are also stupid.." 
Ouh George Bernard Shaw...bertuah kamu kerna sudah mati saat ini..


Kalau ada sesiapa yang mahu menggambarkan soal keikhlasan itu ternyata ia cuma satu teori,suatu hal yang melampaui kata-kata,melampaui sekian banyak logik manusia,ianya merupakan fakta jiwa yang terhalus,sangat rahsia dan kerna juga ia sangat tidak ternilai..Diyakini bahwa keikhlasan adalah satu-satu hal yang paling sulit meresap ke dalam jiwa nurani manusia yang terlahir dari lisan.


Pada setiap penjelasan tentang keikhlasan seringkali ia menjadi suatu permulaan,sementara itu pemaknaan sebenarnya terjadi saat paparan itu terkembali kepada manusia itu sendiri..Lihat deh,betapa banyak yang digambarkan melalui ungkapan,kisah buku bahkan filem-filem mengenai hal ini namun hanya sedikit yang mengetahuinya malah tidak sepenuhnya.


Keikhlasan adalah umpama penjelajahan hati dari seorang insani kepada insani yang lain.Hanya keteguhan hati manusia yang bisa menyelami keikhlasan sejauh batas kemanusiaanya sendiri.




*2 hari yang cukup perit dengan demam yang separuh kebah..Semoga Tuhan terus mengujiku..


61 comments:

zaty luvlianncez said...

get well s0on..

ikhlas itu penting bukan

Anonymous said...

ikhlas.

Anonymous said...

hanya hati bisa tahu, bro, tak dapat diukur, dan merasainya juga melalui hati.


demam itu mencuci dosa, baik2 bro, get well soon.

ctpayong said...

melihat keikhlasan dengan matahati. terlahir kerana niat hanya untuk Illahi. pun kadang-kadang tersalah dimengerti.

wallahua'alam

semoga kamu cepat sembuh.

catherine- said...

ghost, get well soon.

kau x mabuk kan??~

aku harap kau x mabuk lepas berpesta malam minggu tu..

huhu..

yer. senang nak cakap "aku ikhlas tolong kau" sambil tersenyum. tapi hati mencaci maki melepas geram bila keikhlasan x di hargai.

haih~

aku terkesan dengan entry ini.
aku pun x tahu sama ada aku betul2 ikhlas atau pun tidak.

Encik Psychopath said...

demam makan ubat bro.


"memberi tanpa harus menerima"

cinta sejati.

abang bro EL said...

Ikhlas...?

aku hanya mempelajarinya dan memahaminya saja bila orang meminta sesuatu dari aku yang aku punya...

lavender harum wangi said...

semoga tuhan terus menguji mu. makan la durian, gerenti cepat baik ~!! haha.


-pesanan ikhlas dari aku- :">

Rina Rossoneri said...

woo kata2 si bernard itu...
hanya org xpernah ikhlas saja berani kata begitu..

pembaris said...

kalau orang lain puji kita taktau sangat ikhlas ka dak.lebih baik kita puji diri sendiri.

I N S P I R A T I O N A L E F E K S said...

betul bro, tapi sekarang, keikhlasan membuatkan orang takut untuk mempercayainya dan sering saja keihklasan seseorang bergantung dengan komitmen yang diberikan. Ada yang ikhlas utk berkawan dan ada yang sebaliknya .. kita sudah tahu kan ? :)

get well soon bro!! jgn takut mkn ubat .. hehe

Cik Specky said...

get well soon, my fren..

ikhlas dari,

nurHeart :)

Bidadari Syurga said...

eerkk... entry nie terasa 'jiwa'nya... demam ke? isemen... cepat sembuh... mandi air sejuk lagi cepat tau... caya tak? heeeeeee

Unknown said...

ikhlas untuk sesetengah perkara saja..
ada yang ikhlas melakukan sesuatu bila mana ada keuntungan di pihak nya..'ikhlas ke tu??
hahahahe

Raihana Izzati said...

Olorh. lambat. Orang len suma dah wish. Baru abes kelas=_=

Datuk,, semoga cepat sembuh. jom shopping!!!



Rest :)<---iklas dari anahiar ittazi

Nazsabrina Iman Zulfikar said...

syukuri nikmat sihat sebelum sakit kan?

- koroe - said...

kau tahu apa itu ikhlas ?



ikhlas ni kalau cari memang takkan dapat. dia datang sendiri.



benda rare memang susah nak dapat.

aliza zeke said...

cepat sembuh yer :)

sud@is said...

kebersihan hati dan ketulusan jiwa
ikhlas menerima ujian

makan ubat utk cepat sembuh..

Wuucin said...

DIA juga sedang berbicara dgn kamu :)

niesz said...

niesz pun rasa nk demam je mlm ni, selsema x baik2 lg, get well soon ya.. :)

Encik MamaT said...

ikhlas umpama melihat seekor semut hitam di atas batu hitam di malam yang gelap... sukar sekali di lihat...

Anonymous said...

bisk. entry ni bernyawa. dan ia penuh dengan kata2 ikhlas.





harap kau cepat sembuh.

Benjy said...

Wah ...wah ...wah ... rupanya Ghost yang kukenali ini kekadang berjiwa 'alternatif-sentimental' (apa benda tu ? ... entah ? aku pun tak tahu)... Tahniah juga kepada mu kerana berjaya menahan asakan virus demam yang menyerangmu bertali arus selama '90 minit' masa perlawanan, harap tidak ada 'masa tambahan' lagi. .. seorang yang ikhlas akan berkata " ..saya ikhlas nak tolong ni ..." manakalan orang yang tidak ikhlas akan berkata "...saya ikhlas nak tolong ni ..." nampak macam serupa tetapi tak sama, kenapa ? ... (pasti ketahuan mana yang palsu jua ...)

ong ong kedek kedek said...

moga cepat sembuh...

ihklas=salah satu syarat ibadah diterima...

ikhlas kerna Tuhan, rahmat yang dibalasi,
ikhlas kerna manusia, tahi yang diberi...

sesetengah manusia memang tak tau menghargai keikhlasan...
faking...

Anonymous said...

baik cepat2, bhai!

faiz said...

kdg2 kite sendiri tak tahu keikhlasan dlm diri kite..semoga cepat sihat bro..

± said...

musim demam..get well soon
ikhlas itu rahsia hati, perbuatan selalu saja tak selari dgn kata2

abang bro EL said...

oh ye lupa nak doakan ghost...supaya kau cepat sembuh juga...kadang kadang aku pun layan demam juga...

tehr said...

hanya hati sendiri je yang tahu ikhlas atau tidak

yang pasti DIA memang tahu

SYARIFF HAIKAL said...

SEMOGA CPT SEMBUH BRO...!..

Seroja Jingga said...

entry ini berjaya mengulit senyuman dibibir aku ghost.aku tahu kenapa aku tersenyum..cuma aku tak mampu untuk jelaskan nye disini..keikhlasan bukan boleh dnilai melalui perkataan..tanya sama hati..dia saja yg boleh rasakan

dan aku masih lagi tersenyum.. ;)

PenjuruKosong said...

iklas..
satu perkataan yg cukup bermakna..
hanya 3 yg dapat menghakiminya
diri sendiri
penerima
tuhan

get well soon...

Khaisya said...

mkn ubat, minum air suam byk2..

Qaseh Dalia said...

ikhlas dtg komen ... menyuarakan rasa hati .. semoga bro cepat sembuh :) sakit itu kan pencuci dosa hehe...

keikhlasan seseorg hanya dapat di nilai oleh Allah ~ kdg2 kita menderma mmg niat kita ikhlas walaupun seposen .. tapi andainya kita membangkitkan kembali duit derma yg kita bagi tadi maka hilanglah keikhlasan yg kita cuba buat tadi :D

apa yg terniat itu lah terucap di hati .. dilakukan dgn perbuatan .. tapi jgn terlampau ikhlas kerana manusia tapi ikhlas lah kerana Allah .. sng ? tapi sebenarnya sgt susah ~

makan ubat tau bro ... hik2

noa said...

makan ubat, minum air suam banyak2
get well soon!

aku ikhlas ni
ko rasa tak
ko rasa takkkkk

apsal ko senyap
oooo ko nak rehat ek
ok ok aku g dulu senyap2
babai

ENTRY HOT : 2+1

KakD said...

mudahan cepat sembuh...

*ikhlas nih* :))

ghost said...

@ zaty luvlianncezzz : sangat penting ZL

@ MATAHARI : absolutely Luc....tanx.

@ ctpayong : sebab ramai yang masih belum mengerti...

@ catherine- : ko rasa2 aku buat apa malam hujung minggu...hi3

@ Encik Psychopath : sangat sesuai untuk sebuah cinta..ha3.

ghost said...

@ EL MARIACHI : pelajaran tentangnya itu lagi okay...

@ lavender harum wangi : serius ketika hari pertama aku makan durian,tak mampu tahan...ha3

@ Rina Rossoneri : dia perlekeh keikhlasan..

@ pembaris : senang kan..tak menyakitkan hati sendiri...hi3

@ Inspirationalefeks : kita biarkan saja keikhlasan tuh pada hati kita untuk mengakuinya...

ghost said...

@ nurHeart : mekasih Nurheart...

@ Cik Bidadari : percaya..sebab seperti ais ia mempunyai bentuk tenaga elektron yang mengecas saraf kita...

@ diana : itu sudah jelas bukan satu bentuk keikhlasan kak diana.

@ Raihana Izzati : nak kuar dari bilik pon aku malas...Ittazi...hi3

@ Nazsabrina Iman Zulfikar : aku masih bersyukur Sabrina adanya sakit nih...

ghost said...

@ - koroe - : sebab aku tahu lar aku tak cari...biar dia sendiri bertamu..

@ noraliza : InshaAllah Liza.

@ S..U..D..@..I..S : hanya hati yang bersih mampu terima keikhlasan dan melihat keikhlasan.

@ Wuucin Kimora : ya i know Wuucin..tanx mengingatkan..

@ niesz : cegah awal sebelum terkena..karang lambat jadi lemah mcm ghost..hi3

ghost said...

@ Encik MamaT : mungkin kena gunakan infra-merah untuk melihatnya...hi3

@ luna : Aan...mekasih.entry bernyawa dari seorang yg masih bernyawa...hi3

@ Benjy : indeed...tetap ada perbedaan yang masih boleh dilihat dari 2 ungkapan yang sama.sekarang bukan lagi 90mnt,tapi dah 72 jam...lama giler.

@ republik n9 : mungkin kerna seseorang tuh tak pernah ikhlas dalam apa pon...

@ MATAHARI : mekasih Luc...harap esok semakin baik..

ghost said...

@ faiz : mungkin ada sesuatu yang tidak kena dengan hati kita...

@ Dark Half : lisan tidak menunjukan keseluruhan kata hati..

@ EL MARIACHI : demam bukan untuk dilayan,demam untuk ditentang..hi3.btw,mekasih EL.

@ tehr : itu tidak dapat dinafikan Tehr..sangat menjelaskan.

@ SYARIFF HAIKAL : ya i hope so...

cLina BeLedZa said...

ikhlas dari aku, semoga sembuh.
aku pn rasa cam nak demam ni. da 2 minggu on off.

ghost said...

@ Seroja Jingga : semoga kau terus tersenyum Lini...mekasih.

@ CassiaSiamea : yang paling akrab...tidak boleh dipisahkan ke 3-3 nya..

@ Khairul Antasha : aku akan dengar saranan tuh..mekasih Khai.

@ Qaseh dalia adelia : yerp,nampak mudah tapi sangat sukar sebenarnya untuk gambarkan bentuk keikhlasan dan menunjukan keikhlasan...

@ nora : haha!ya aku rasa lar nora...

ghost said...

@ MAPPIAU : mekasih untuk nasehat ikhlas tuh sis...

@ cLinaku : baik secepat mungkin berubat sebelum teruk macam saya...peringatan ni pun ikhlas.

. said...

ikhlas itu hanya mainan kata, kata-kata pula hanya perkataan.

Penghuni 60 said...

lg sakit ya sob, semoga lekas sembuh ya

white rose said...

ghost, kau sakit?
patut la senyap...

moga kau cepat2 sembuh ya...


aku mahu keikhlasan lagi...
belum pernah cukup

ghost said...

@ KHRLHSYM : kalau ianya sekadar digambarkan pada kata-kata

@ Penghuni 60 : mekasih sob...InshaAllah.

@ white rose : ya WR...aku tengah sakit..InshaAllah..

dapatkan keikhlasan dengan suatu yang ikhlas..

uncle gedek said...

Ikhlas tapi jaoh...

ghost said...

@ gedek! : masih boleh merasainya bro...hi3

Anonymous said...

take a rest. semoga cpt sembuh, :)

toyolkiut said...

mmg tersangat benar..
slalunya keikhlasan hanya cebisan dari manis nya kata2..

AkuMuzikFilem said...

ikhlas datang dari hati. doa kau pulih segera. rasanya saat aku tulis ni, harap sudah kebah. amin. ikhlas kan. hehe

ghost said...

@ .sweet-ants. : mekasih banyak SA...

@ toyolkiut : sukar untuk kita menjangkanya...

@ AkuMuzikFilem : belum lagi bro..masih.btw mekasih atas doamu..

AkuMuzikFilem said...

sekarang ni musim hujan ophan. tak tahulah tempat kamu gimana, tapi di sini hujan memanjang. jadi hati-hati, jangan berhujan berpanas silih ganti

lavender harum wangi said...

apa yang kau tak mampu tahan? ni demam sebab makan durian ke apa? HAHA

intan.maisarah said...

mudahnya mengambarkan pada mulut
"aku ikhlas"

hati. tiada yang tahu

ghost,
bolehkah keikhlasan diukur?

persoalan yang aku tak dapat jawapannya


BTW.

"Ouh George Bernard Shaw...bertuah kamu kerna sudah mati saat ini.."

:)

semoga kamu sentiasa gagah ghost

fiqas said...

sukar untuk mentafsir sejauh mana keikhlasan itu , apatah lagi kalau sering diucap, " aku ikhlas " ...

ikhlas itu tak perlu dilafazkan, cukup sekadar dihati...


p/s, sudah sembuh ke? agak terlewat jenguk kamu kali ni,.. :)

ghost said...

@ AkuMuzikFilem sama lar di sini,bukan kah taiping kawasan tadahan hujan...he3

@ lavender harum wangi kalau takat tuh,aku lebih suka citer pasal kasut aku basah dalam hujan..

@ intan.maisarah bukan mai saja,ghost sendiri tak kan dapat bagitau kalau keikhlasan itu boleh diukur.

@ Fiqas jangan ditafsir kalau ia sukar,cuma terima.

masih belum baik..