monolog liar




Aku rasa agak tertekan sedikit kebelakangan ini...aku seolah hilang punca dan tidak menemui check-point aku sendiri,malah aku terlalu banyak 'sesat' dengan suatu yang aku sendiri tidak punya alasan untuk menjelaskannya...Entah lah,apa fikiran yang cuba memperkosa semangat harmonis ku selama ini...seolah aku sudah hilang pedang untuk turun  bergasak di tengah-tengah pertempuran yang semakin gila dan buas...Cuma sedikit untung,aku tidak mengalami kemurungan yang berlebihan.

 Orphan Boys lewat 'Letter For Annie' seolah membuatkan aku turut sama mencaci industri musik,terlempar dengan bengis dari hati-hati mereka malah semakin membikin aku derita dengan petikan gitar solo Ricky Wilson yang penuh dengan kengerian...Sialan lho..
Aku bukan orang-orang yang bernuansa inggris mahu berjalan dalam kesederhanaan menyusuri jalan-jalan jangly nostalgia,berpura-pura menjadi penyair rakyat yang tersungkur di pertengahan tahun 90an..

Aku sang roman yang hidup dengan keghairahan aku,kesakitan aku dan kesetiaan aku...
Apabila akhirnya aku menemui alasan tentang apa yang bergolak dalam jiwaku saat ini dan hari kebelakangan,aku sedar aku sudah tidak punya apa-apa...NOL!Cuma sekarang aku belum sedar.Belum....

Kehidupan kita terhasil dari berbagai elemen yang mengelilingi diri kita,berusaha untuk memasuki pemikiran dan jiwa kita sehingga mengawal sejumlah repleksi dengan pengaruh yang menemui 2 simpang..'baik dan jahat'.Kegagalan untuk memutuskan pilihan semakin membuatkan kita terdesak dan mendesak. 

72 comments:

Bidadari said...

sedar dalam belum sedar. semoga kau jumpa jalan antara dua simpang. bagus nya kau tidak dilanda murung yang melampau. aku sedang melaluinya. dan sedang berusaha bangkit dari terus dilanda murung

Anonymous said...

aku pun begitu, kawan. fuuu. fuuu. fuuu. meniup segala badai yang membelit minda.

Miss PIJAOSIX said...

aku juga merasakan tempiasnya..merasakan aku telah tewas dalam perjuangan dunia..tewas dlm erti kate gagal..sedih..:(

mcm ko, aku juga tidak mengikut kata hati emosi supaya aku tidak mengalami kemurungan yang terlampau...

ko masih ada DIA...ko masih ada rakan-rakan, keluarga.....berusaha la bangkit..!! berdoa lah...insyaAllah, ko akan jumpa jalan keluar...

Prince Halilintar said...

selalunya kite mule atau akan tersedar bile kite sendiri menghadapi pengalaman itu..namun belum terlewat untuk bangkit dan kekuatan semangat menjadi penentunya..

Anonymous said...

kadang-kadang kita perlu berikan diri sedikit waktu dan ruang untuk bertenang. dunia ini terlalu amat meletihkan. pulanglah sebentar ke halaman asalmu. halaman di mana rajanya abadi dan tidak pernah mati. Dia pasti ada ubatnya untuk segala keresahan kamu. :)

Clarky Afif said...

perempuan. dan segala masalah yang kami timbulkan.

*sigh*

Anonymous said...

bisk.. ni monolog dalaman ke monolog luaran?

. said...

aeeee...kenakkah smua owg moody?
=__="

senyum yuk!!!!!!
bersemangat yuk!!!!
huhu

Al said...

sentiasalah ingatkan Dia yg satu..huhu

bersemangatlah kembali wahai penulis bayangan!jgn biarkan dirimu trus kecundang

Bidadari Syurga said...

Berusahalah untuk memperolehi mata hati... kelak mata cintaMU akan bersinar dengan satu arah... tanpa perlu kamu membuat pilihan kiri mahupun kanan. Hanya terus sampai ke DIA.

Monolog persis kayaknya kucuwa...

Meh duk tepi kita meh... lalalalala

Bidadari Syurga said...

jalan-jalan sambil lempar kelopak bunga... biar dalaman tu sejuk sikit. Jumaat2 nie... elok hadiahkan orang wangi-wangi. rumah sapa yang sedih tu...? meh sini meh... amik bunga

Putri Indah Purnama Sari said...

harus dimaknai dengan benar...
Fighting!

. said...

eh alamak! kenapa pula mode bhsa srwk ni?
huhuhu

sori2...

aeeee...kenakkah smua owg moody?

= ee...kenapakah semua org moody?


sori! =__="

ni semua slh papa! LOL

Robot | Sakti said...

pilih lah jalan yang betul.

:)

A.s.t.i.n.a said...

Anda terlalu serius memikirkan elemen2 kehidupan sehingga melepasi kapasiti... Jangan sampai murung.. Kemurungan yang serius itu amat siyes..

Anonymous said...

salam..aishh3. kembali ke jln y terang.Bebaskn diri drpd belenggu..huuhu

Gaphe said...

sabaar.. mungkin untuk sekarang itu yang kamu rasakan bisk, tapi mungkin nanti seiring berjalannya waktu kamu tidak merasakannya lagi.. sudah biasaa

messy_mess said...

wooo0000ooooo ~

messy_mess said...

wooo0000ooooo ~

- koroe - said...

pedang kau hilang ?

kau nak aku tampo kau tak ?
pedang bukan sebatang. dan ada banyak lagi benda lain yang kau buleh pakai untuk gantikan pedang.

kau sebenarnya takut untuk turun bertempur kan. kau jadikan pedang yang hilang sebagai alasan untuk menutup kelemahan kau.

kau sebenarnya takutkan bayang2 sendiri.






.aku merepek je kat atas tu. haha

Cik Specky said...

ermm.. again, deep thinker, r u? :)

jalani kehidupan dgn tenang k, bgembira lah dgn apa yg ada d sekeliling kamu, ramai yg menyayangi kamu tmasuk lah Dia, klu tidak masakan Dia menitipkan lintasan hati kpd kamu utk bfikir sejenak ttg hidup kan?

Kay- said...

jadi diri sendiri. kan mudah!
hantu pun tahu diri. baik dan jahat, kedua-dua element itu memang sudah sedia ada dalam diri setiap manusia.

eszol raar said...

gua dpt rasakan lu tgh ade masalah yg melibatkan lebig daripada satu hatu, satu jiwa

soulmate lettew

haha

ghost said...

@ anOOan : aku sudah selangkah..tunggu masa untuk terus halusinasi dan diterkam lembaga hitam.

@ MATAHARI : kita pakai kasut yang sama mungkin...fuh!

@ ~ PIJA ~ : aku tak nafikan kalau aku masih ada Dia dan kawan-kawan yang bertegur sapa..tapi bukan mudah nak motivasikan diri sendiri bukan...

@ Prince Halilintar : aku tengah berusaha untuk itu..tengah berusaha!

@ TheRebelKid/PrmpnDkwtMrh : maafkan aku kalau aku terlupa tentang itu....

ghost said...

@ rizwan's sweetheart : takde monolog luaran Fda..semua datang dari dalam.. :)

@ Niz : ko tak nampak kah aku tengah senyum nih...huh :)

@ Robot | Sakti : aku akan pilih...

@ A.s.t.i.n.a : ya..singkirkan dengan berimagin suatu yang enak.ya kan dayang astina...

@ Novelgurl : sedang menuju ke sana,tempat yang ada terangnya.

ghost said...

@ Clarky Afif : ah,ko macam tau jer kan...huh.(tapi aku tau ko tau)

@ Al : tidak pernah lupa akan Dia.mekasih AL..

@ Cik Bidadari : sayangnya,hatiku tiada mata..dia buta..sebab itu dia belum nampak..jangan siram,tapi bakar aku...

@ Putri Indah Purnama Sari : yang bener nih putri...

@ Niz : aku tau pa d pdh ko ya..boh ko binggong k...haha

ghost said...

@ Gaphe : sudah berkali nih Phe..tapi masih gagal untuk lali..aku mau suatu yang bener2 kuat..rockers jugak manusia Phe(seureius band)

@ messy_mess : ko nak jadik tarzan ker messy..haha

@ - koroe - : haha..aku suka komen ko yang membakar aku nih...tapi ko giler aper,apa ko fikir time tuh ko nak cari batu main baling2 dalam pertempuran..kalau sekalipun bersemangat ko mesti tau untuk tidak mati sia-sia..memang bukan satu pedang tuh tapi kau mungkin tak tau kalau pedang yang lain di tangan orang lain...apa ko nak mengharap orang lain mati di depanmu baru ko nak amik pedang dia..

yes aku takut..aku takut mati sia-sia...

@ nurHeart : aha..aku memang sedang terfikir tentang itu...mekasih

@ Catherine- : siapa lagi nak jaga diri aku nih,cuma jiwa aku nih yang liar...

@ eszol raar : mai sini weed ko sikit..aku kurangkan apa yang lebih.huh

Iskandar Dzulkarnain said...

mulai saat ni, tetapkan pilihanmu :D

Seroja Jingga said...

itulah kita..kadang2 sesat dengan hal hati dan hal hal hidup yg sering minta diterjemah dgn penuh pengertian..
hilang dalam kawalan diri sendir..begitu juga aku.seolah olah tidak tahu dimana pintu keluar..

sujud lah pada DIA..mohon petunjuk keluar dari lemas dakapan minda sendiri..
moga kamu jumpa jalan itu..ah! aku juga

Akzimar Az-zahi said...

Manusia terlalu sombong untuk mengakui dirinya sudah sedar. walhal sudah berkali2 dahi dihantuk kedinding.

Lee Zha said...

xsemestinya kalau kita masuk simpang jahat, kita benar2 jahat.

mungkin Dia telah mengatur kita masuk ke simpang jahat untuk mengajar kita supaya jadi manusia yang berpijak di bumi nyata.

grOundnUt said...

LOL...aku hengat pasa MONOLOQUE dah jadik LIAR...hahahaha....otak dah tepu sangat² ni...

Entry baru : SIAPA ZAINAB??

- koroe - said...

aku dah cakap dah aku merepek je. haha. aku dah agak kau mesti jawab macam tu. aku suka pemikiran kau ni. hehe

. said...

pilih tengah-tengah jadi liar? pilih jahat kerana bila pilih jahat kita nampak kebaikan. haha

. said...

pilih tengah-tengah jadi liar? pilih jahat kerana bila pilih jahat kita nampak kebaikan. haha

. said...

menar kah?
wahhhhhhhhhhhh....ai like!
haha

KUREKURE COMEL said...

sabar....bagi ruang pada diri....
check diri...maybe berpunca daripada diri sndiri...tanpa disedari....

Cikgu Jaja™ said...

moleknya bahasa.. :)



benci!

aliza zeke said...

jangan terlalu murung..

ghost said...

@ John Terro : InshaAllah...

@ seroja jingga : ya itulah kita Lini..

@ Akzimar Az-zahi : Diakui sob kalau itu memang kebenarannya..

@ L : takut-takut kalau risiko yg dihadapi selepas itu tidak mampu ditanggung..

@ grOundnUt : jauh bebenor sahabat..

ghost said...

@ - koroe - : haha..ko pertamax!

@ khairul hisyam : aduh...perlu lebih teliti nih..haha

@ Niz : menar!sik caya?hihi

@ KUREKURE COMEL : belum terlupa tentang itu.

@ Faezah Hannah Al Baj : mekasih Faez.

@ aliza : tidak lah sangat...

Unknown said...

semangat aja...maju terus

cik ciput said...

untuk selamat di 'sana' nanti, pilihlah jalan baik..hehe

hentian said...

huu.. banyak kore!

Adinda Amy Sensei said...

monolog tentang hati dan perasaan..huh

ANISRAHIM said...

aAaaa..sudoh! ile aroh tuju doh laa..huhu

moga simpang yang dipilih tu nanti dapat bawak ang ke jalan yang lurus dan akhirnya temui jalan keluar drp sesatnya ang didunia sendiri..

biase la bro..kadang2 rapuh, kadang kuat, kadang2 buntu, kadang2 nekad..dan banyak lagi la yang kadang-kadangnya...

Unknown said...

huh..
badai tensi sedang melanda teluk hati-hati kita semua..
saya harap kamu baik-baik saja,kawan.
hidup adakalanya tidak meninggalkan pilihan pada kita.lantas membuat kita berubah rupa menjadi sesuatu yang tidak dikenali.
hati-hati.

Anonymous said...

Membaca tetapi buntu untuk berkata apa-apa. Belum menemui jalanku lagi...

Siti Nurhayati Dollah said...

Ada waktunya kita merasa keliru, tapi nanti kita akan jumpa jalan yang dituju.

@Fr!^n@ said...

Kehidupan kita terhasil dari berbagai elemen yang mengelilingi diri kita,berusaha untuk memasuki pemikiran dan jiwa kita sehingga mengawal sejumlah repleksi dengan pengaruh yang menemui 2 simpang..'baik dan jahat'.Kegagalan untuk memutuskan pilihan semakin membuatkan kita terdesak dan mendesak. < aku suke part yang ni.. bagi aku.. kau ada pilihan hidup sendiri.. elemen sekadar elemen.. dan baik buruknya diri kita sendiri yang tentukan.. huhuhuhu superb!

ghost said...

@ Sang Cerpenis bercerita : mau gitu Mba...

@ cik ciput : semoga selamat di sini dulu..

@ Insan Marhaen : kore tuh ape abang IM?

@ Adinda Amy Sensei : sebab takleh nak monolog orang punya....hihi

@ PG : sebab ang dah cakap biasa,aku kena biasakan jugak lah...

ghost said...

@ april : apakah aku juga menuju kesatu hidup yg tidak punya pilihan..owh,tentu aku akan alert.

@ Sephi Sephia : ok..aku biarkan kau mencari jalanmu dulu.

@ MrsAyie : mesti itu pada permulaannya...keliru.

@ @Fr!^n@ : leh tahan gak bagi komen ek...hihi

Encik Psychopath said...

aku terdesak.

Faizal Sulaiman said...

true!

Kehidupan kita terhasil dari berbagai elemen yang mengelilingi diri kita

aku setuju sangat-sangat

Asri Alam said...

steady bro. aku skg punya satu masalah yg aku diam2kan. tp aku masih cuba senangkan hati

Amiey White said...

cuba menjadi seorang yang kuat , tapi entah . tapi saya tetap senyum untuk yang tersayang my mum , my family :)

Khaisya said...

iboh tensi2.. ilex2 jak ktk aaaaa...

hehehehe

ong ong kedek kedek said...

'Kegagalan untuk memutuskan pilihan semakin membuatkan kita terdesak dan mendesak'

masa itu makin cepat berlalu bisk, semua memerlukan kita berpantas berfikir dan bertindak :)

Elie Lily said...

keserabutan kadangnya mengajar kita mengenai erti kehidupan.. :)

Nazsabrina Iman Zulfikar said...

well...that's wht life is

hoedz said...

persimpangan tercipta karena manusia punya pemikiran akan bisa memilih ..
tentukan tujuan supaya tak tersesat dalam memilih persimpangan tersebut

Ain Zulaikha said...

kacak luar kacak dalam kacak dengar sini, kalau saya senyu awak mesti senyum sekali.. hahhaha

tehr said...

aku pulak dalam situasi sibuk yang tak berkesudahan
syukur juga aku belum dikunjungi murung

sud@is said...

ko punya ramai peminat disini bisk..
harus bangga dan ceria

selamat berblogging

dia mana reti simpang.....

Anonymous said...

biskut........
tenangkan diri anda.....

ghost said...

@ Encik Psychopath : mendesak lagi..haha

@ FaizalSulaiman : setuju jugak gan...hihi

@ Sasa Al-Sharif : lepaskan Sasa..lepaskan.kemudian kamu akan tenang.

@ Amiey White : mereka perlukan senyuman kamu...

@ Khairul Antasha : ya..ilek2 aja ktk.

ghost said...

@ REPUBLIK N9 : sebab itu kita kena cepat bertindak tapi perlu teliti..ya benar sahabat.

@ little cart00n : masih sukar kalau begitu kan..

@ hoedz : dan harus punya tujuan juga ya sob..

@ Ain Zulaikha : tapi kamu serius nih...hihi

@ tehr : beruntung kamu Tehr.

ghost said...

@ S..U..D..@..I..S : sapa dia?tell me sudais..

@ i am S!L4H.. : semakin tenang..mgkn selepas ini.

. said...

hehe maaf salah tafsir, kenapa banyak kaitan dengan dewi entri kau ni. hehe

white rose said...

urm...
urm...
urm...

urm...ntah la...

si para para said...

kata oarang...jika kita jumpa dua persimpangan..pilihlah jalan yang kita benci...kerana apa yang kita suka itu terdorong oleh nafsu.. dan nafsu sentiasa membawa kepada kejahatan..

Ermayum said...

oh i love the last para- elemen2 yg mengelilingi diri kita

simpang baik dan jahat

life is a constant struggle