travail âme



saat aku melengkapkan pembacaan pada ayat-ayat akhir novel madame bovary..fikiran aku mula menelusuri ke satu pentas penulisan di tanahair kita.Novel ini dihasilkan oleh sang penulis berbangsa perancis yang hebat dalam sekitar 1856,gustave flaubert's.Lelaki ini kalau masih punya jasad baru saja tiga hari yang lepas meraikan ulangtahun kelahirannya pada 12 disember( 1821).Gusfla dilahirkan di rouen-seine maritime ini punya jaluran hidup yang dihabiskan dengan penulisan dan salah satu karyanya yang hebat dan dialihbahasakan dalam berapa buah bahasa ialah madame bovary.

aku tidak menceritakan tentang novel ini atau tentang gusfla sendiri tapi aku melihat dari satu sudut yang lain dan menerbitkan satu persoalan yang cukup baik aku kira.Ia tentang penjiwaan seorang lelaki dalam menghasilkan karya yang ditunjangi oleh watak seorang wanita.Mungkin aku masih kurang pengalaman untuk membolosi semua penulis-penulis tanahair yang terkenal era ini kalau dibandingkan dengan era penulisan sebelum berakhir edisi 80an.Kemampuan seorang lelaki menghidupkan karakter wanita dalam satu-satu novel aku kira tidak dianggap gampang...kerna aku selalu terikat dengan konsep naluri lelaki.Nah ternyata ada besar jurang bedanya kalau dipersamai dengan bentuk penulisan wanita itu sendiri dengan menggunakan karakter sejenisnya.


melewati toko-toko buku yang menyajikan novel karangan wanita dengan mengetengahkan karakter lelaki seperti aku mencari sebutir kaca dalam longgokan kristal.Ternyata terlalu banyak peluh harus aku seka untuk menemui suatu yang aku fikir aku boleh menghayatinya.Kebanjiran penulis-penulis wanita di tanahair kita menengelamkan kewujudan penulis lelaki,nah kalau adapun amat dikitlah..Ini kebenaran(versimilitude)dalam arena penulisan tanahair kita.Yang veteran jugak sudah semakin rontok,menunggu masa hanya untuk dikenang.


Namun ternyata biar sebanyak mana pun lambakan karya-karya di rak-rak toko tidak akan mencapai status agung kalau orang kita sendiri masih berfikiran stereotype dan tidak mempunyai aliran kesedaran(stream of consciouness).Nilai suatu karya itu dinilai dari banyaknya kritikan yang diterima dan kita masih menghasilkan suatu yang picisan sahaja...Malah mahu menghasilkan karya novel romatika pun tidak mampu memberi jiwa pada pembaca kerna kisah cinta yang dipaparkan terlalu datar.

barangkali kita harus menanti lagi ada karya yang merentasi benua ketika kita semakin dimamah usia...ato sudah ada?

21 comments:

Gayahspears said...

ko ni peminat novel jugak ya sekut???

Encik MamaT said...

mas... ko tanak cuba menulis novel ke... sekarang banyak novel cinta picisan... tapi sekarang juga semakin banyak novel islami.. sejak berhasilnya novel ayat2 cinta... hehe.. isinya.. tak tau la... tak pernah baca...

ghost said...

#Gayahspears : sudah tentu aku jugak meminati novel.tapi harus memilih.hehe


#Encik MamaT : mungkin satu hari nanti bro..InshaAllah..

aretikz said...

Setuju.. betapa penulis lelaki makin tenggelam.. dan untuk menjiwai dalam menghidupkan watak seorang wanita dalam penulisan lelaki sememangnya sukar.. aku pun baca novel terpilih juga.. cuma kadang2 ada buyers sikit kalo penulis perempuan.. sebabnya xlepas isu ego terlalu tinggi seorang lelaki.. haha.. buyuk eh..

Unknown said...

wah, aku blm pernah baca karyanya

Miss PIJAOSIX said...

en biskut..

aku byk novel cinte..tapi cinte org melayu je laa..heee

Anonymous said...

bskut bce novel upenye ;D

Unknown said...

dah lama saya tak jumpa novel yang menarik..
yang boleh buat saya ingat novel tu untuk 2,3 hari.

Ceritaeka said...

Kalo gitu ayo ramaikan pasar novel dengan penulis pria :)

grOundnUt said...

Sukar untuk menjadi penulis novel yang hebat, kualiti adalah lebih penting dari kuantiti ..

Sumandak Kinabalu said...

Leigh Greenwood, penulis novel romantik. Jarang jumpa dengan penulis lelaki yang menulis genre sedemikian. But he did a good job with his story sehinggakan ada satu ketika, saya ingatkan beliau seorang wanita...hahaha

white rose said...

serius nih, aku tak suka baca novel...
kau tengok muke aku ni, memang SERIUS...

kalah angelina jolie punya mata...
miahahaha...

sejak dlu lagi aku tak membaca novel, tapi aku suka membaca cerpen...
dan aku suka menulis cerpen...

kau tengok muka aku, dah berubah...
cun habis mcm prity zinta...

kahkahkah...

btul tu bisk, semakin kita hilang dgn penulis2 yg hebat ni...
penulis novel cinta ramai dikalangan wanita...yg rata2nya corak penulisan masih perlu diperbaiki...

bisk, baik kau tulis novel kisah roman...aku tulis cerpen romantika...

miahahaha...

CIK TOM said...

biskut la plk try tulis novel bersiri kt blog ni..konpem gempak...

ghost said...

#aretikz : rata-rata dipenuhi oleh penulis wanita dengan watak wanita.so,menjadi satu kejanggalan utk menghidupkan watak tersebut melalui pembacaan kita.ego lelaki sememangnya tinggi,tak dpt dinafikan.hihi


#Sang Cerpenis bercerita : di indo ada yang ditranslate ke bhsa indonesia mba.


#~ PIJA ~ : mesti penulisnya juga wanita kan...


#maCy : iye maCy... :)


#diana : harus diselongkar semua toko.hehe

ghost said...

#Ceritaeka : cabaran nih sob..hihi


#grOundnUt : kualiti itu yang diangkat menjadi karya agung.


#Sumandak Kinabalu : LG banyak hasilkan buku bersiri romantik macam seven brides,novelnya yg pernah aku tgok love on the run(2000).tapi tidak pernah dihabiskan.


#white rose : kau membuatkan aku terfikir sejenak...hurmm..dicuba dulo deh..haha.


#Cik Tom : nampaknya kena ada satu ruangan lagi kan..inshaAllah cik tom.

Anonymous said...

Aku pernah membuat kajian mengenai penulis yang menulis dan menjiwai watak yang bertentangan dengannya. Itu bukan mudah kerana penulis lazimnya masih mengikat kerya dan mementaskannya bersama diri.

Ada kenangan manis menjelma disebalik catatanmu ini. Terima kasih. Senang mengingatinya

=)

StellaClaire-Richard said...

Mungkin suda ada..

Asri Alam said...

aku bab novel kurang sikit. cerpen layan jugak. terutama cerita teladan yg mengharukan

choirul said...

nilai suatukarya diliht dari banyak kritikan...

saya suka kalimat ini

Robot | Sakti said...

helo orang seni

:)

ghost said...

#Sephi Sephia : kamu seorang guru kan..sudah pasti kamu punya kajian sendiri.
seperti yg kamu bilang penulis lazimnya mementaskan dirinya sendiri itu dianggap forte..memasukan kehidupan penulis dalam menghidupkan watak.


#Sasa Al-Sharif : cerpen punya cerita yang cepat dihabiskan dan kronologi jugak kurang.novel panjang dan dan terlalu byk flashback kalau tidak melalui buku mesti melalui fikiran kita sendiri.


#StellaClaire-Richard : dan aku mau mengetahuinya stella.


#choirul : betul apa ga sob..kita mengetahui sebuah karya yang menerima kritikan yang bertubi-tubi biasanya akan diangkat sebagai karya besar dan malah menerima pencalonan untuk satu2 anugerah.

#Robot | Sakti : hello prenz..aku belum boleh dikatakan orang seni.belum cukup.hehe