seabiscuit-my inspirations



Laura hillenbrand tidak menyangka sama sekali kalau suatu hari nanti menjadi terkenal dan mendapat pengiktirafan 'best selling novel' hanya dengan menghasilkan sebuah karya besar dari kisah benar yang berjudul 'seabiscuit-an american legend' yang mana akhirnya dijadikan sebuah filem hebat pada tahun 2003 dan diarahkan oleh gary ross.Filem hebat ini menerima 3 anugerah dan ditunjangi oleh tiga aktor yang juga tidak kurang hebatnya iaitu,tobey maguire,jeff bridges dan chris cooper yang mendapat sorotan lampu sepanjang filem ini.

Kisah ini terhasil hebat di atas kebangkitan dari masa-masa sulit ke 3-3 watak yang bergabung secara langsung dengan seekor kuda liar yang diberi nama seabiscuit.Mereka dipertemukan demi untuk melahirkan seabiscuit sebagai seekor kuda lumba yang menjadi sensasi media ketika era kemerosotan ekonomi yang melanda amerika syarikat.Red pollard(tobey)anak seorang hartawan tapi akhirnya dijual kepada pemilik ladang kuda diambil oleh charles howard(jeff)sebagai joki kepada seabiscuit.Charles howard merupakan seorang penjual mobil yang berjaya di bay area tapi akhirnya menukar haluan selepas kemalangan mobil yang mengorbankan anak lelaki tunggalnya dan kehilangan istri akibat perceraian.

Seabiscuit,kuda liar yang hampir dibunuh oleh pemilik asalnya dibeli oleh howard dan ia mencari seorang pelatih kuda dan akhirnya menemukannya dengan tom smith(cooper),seorang lelaki yang tunawisma(homeless)yang semakin hari mula berputus asa.Kehidupan mereka bertiga bermula dari tekanan hebat,kehancuran,porak poranda,semangat yang hilang,kemelaratan,kesedihan dan kekecewaan tapi kembali hidup dengan ras seabiscuit..Seabiscuit akhirnya muncul sebagai kuda lumba yang digeruni sekalipun pada pertengahan filem ia mengalami kecederaan parah dan pollard mengalami kaki patah..tapi atas kesungguhan tom dan keyakinan jeff,mereka bangkit dengan semangat juang yang tinggi ketika mereka seakan-akan tenggelam dalam dugaan hidup yang kejam

Kisah filem ini serasanya telah ramai yang pernah menontonnya.Pada akhir kisah,pollard memberi ucapan yang sangat berharga.."kamu tahu,setiap orang berfikir kami menemui kuda yang jatuh dan rosak ini dan membetulkannya tapi sebenarnya tidak,dia lah yang membetulkan kami,setiap dari kami dan aku rasa inilah cara untuk kami membetulkan antara kami juga..."

kamu tahu kalau nama kuda ini juga menjadi inspirasi bagiku ketika mula-mula mewujudkan blog pada febuari 2010 dan aku masih mengekalkan slogan 'aku bangkit setelah mereka fikir hidup aku mati'.Seabiscuit terlalu memberi makna yang sangat berharga dalam sepanjang kehidupan aku dan aku gunakan nama ini sejak 2003 lagi.Kendian aku telah mengubahnya kepada si biskut dan akhirnya kepada biskut sahaja dan aku tidak pernah lupakan nama asal blog aku.Semangat juang yang tinggi,kegigihan dan keberanian..hidup adalah perjuangan dan terus berjuang sekalipun semakin lemah...Jangan pernah berputus asa!.

32 comments:

Anonymous said...

wahhhh bisk dapat name biskut tuh mesti mlalui movie ni kan??? kan?? taw dah... heee...

sud@is said...

nama membawa tuah....
hidup biskut

ghost said...

@ deAnza-wAnda :

jelas bisk nyatakan kat situ wan... :)


@ S..U..D..@..I..S :

diambil dari semangatnya...
hidup sudais jugak.. :)

Robot | Sakti said...

ooooo

ni rupanya asal usul nama blog biskut ni.

hehehehe

Anonymous said...

owh. tu originaliti seabiscuit.wow.biskut. saya terasa nak tlg designkan header biskut.

LadyBird said...

biasanya kalau filem yg diadaptasikan daripada citer betul pasti menusuk kalbu.. feeling habis..

Asri Alam said...

mcm tu rupanya. memang aku pelik jgk mula2 ingat nama biskut ni sekadar main2 ja. rupanya di sebaliknya, kamu sangat serius bro

Suratman Adi said...

Wah nama biskut laris juga ya sob he...he..

Encik MamaT said...

wah.. sumber inspirasi tu... tak sangka lama berjuang... hehe.. cayalah bro..

Penulis Rindu said...

kau memang minat biskut ye...pai cita tu baguskan

Puteri Katek said...

itu ka alkisahnya

StellaClaire-Richard said...

sya dgr movie tu siok... mau try tingu lah nnti...

Miss PIJAOSIX said...

pesal aku tak pernah tahu pasal movie nih...adoi laa..

Anonymous said...

o0...begitu rupanya sejarah
nama blog ni...
ingatkan inspirasi dari biskut marie..

g@Ry DaNi@L said...

wow.. nice info.. :D

Sumandak Kinabalu said...

I love reading this. Sometimes, the story inside the film can bring a deep impact to us...

Means, jangan memandang filem dari sudut hiburan semata-mata. Ada mesej yang ingin disampaikan. Yang baik itu jadikan lah panduan, yang buruk jadikan tauladan...

ctpayong said...

salam bisk
kau seorang yg hebat. bnyk membuat kak ct berfikir. berfikir itu baik utk otak. "biskut" intriprasi asal kak ct adalah bertahan sementara mendapat bekalan asasi. malah dari entri di atas, ia lebih dari itu.

kenapa aku gunakan nama ctpayong???

white rose said...

waahhh, kau buat aku kagum sama kau bisk...

sehingga aku mau menunggang kuda lagi...aku rindu sama kuda yg aku tunggang di melaka aritu...

memang ironi sungguh semangat mu ya bisk...
sehingga arini terjawablah sudah "aku bangkit selepas mereka fikir hidup aku mati"...

mendalam ayat tu bisk, tiap kali aku kunjung kemari, itulah kata2 yg selalu aku baca terlebih dahulu...

Unknown said...

bangga akak dengan kamu ni..
tahniah...
kadang2 kita perlukan sesuatu untuk bangkit..bukan seseorang..!

Lydia Miza said...

ooo baru paham..semangat yang tinggi LM kagumi.

ghost said...

@ Robot | Sakti :

ya ini lah dia nama asal.haha


@ MATAHARI : sangat berbesar hati lau ko nak buatkan aku header.siyes nih..


@ LadyBird : memang fokus sangat2...hati berbaur hiba dan sebak


@ Sasa Al-Sharif : ada sebab dan alasan kenapa suatu nama tuh digunakan.mungkin juga sasa ada citer di sebaliknya..


@ WONG SIKAMPUH ngoceh : kalau biskut yg dimakan agak laris juga sob.hihi


@ Encik MamaT : hidup kan satu perjuangan bro..mekasih bro.


@ Abu Luqman : kaki biskut pon aku juga bang..hihi.citer nih memang bagus sangat.


@ putERi-kAtEk : begitulah adanya pu3.


@ StellaClaire-Richard : aah,stella kan peminat muvi mesti takkan lepas punyer citer macam nih.


@ ~ PIJA ~ : pija sibuk sangat layan keje n shopping.cepat cari dvd ori citer nih.


@ achmad : begitu lah sejarahnya mad...


@ g@Ry DaNi@L : thanx gary.


@ Sumandak Kinabalu : siyes,setiap filem yg sy tonton mesti sy cari titik di mana boleh dijadikan lesson..ia baik utk kita berfikir.


@ ctpayong : taklah hebat mana kak,sy nih amatlah biasa orangnya cuma mungkin dr segi berfikir..owh intripati tuh ok gak,sedikit bertahan smntara ada bekalan secukupnya..suka dengan tuh jugak.


@ white rose : ya,rasanya siapa pon pernah jatuh dan sengsara,disisihkan dan macam2 lagi lah.dihargai kekagumanmu itu WR.


@ diana : betul kak diana.sapa yang pernah mengecapi kehidupan yang sengsara pasti tau macamana utk bangkit.

ghost said...

@ Lydia Miza(Aidyl Azim) :

mekasih LM...survive itu penting,ia macam LM jugak masa sampai dubai kan..

Anonymous said...

Maka, terus jadikan ia inspirasi dan identitimu hingga bila pun...
Mahu bertahan dalam dunia blog juga bukan mudah sebenarnya...

fiqas said...

oh begitu rupanya sejarah "biskut"...maaf , mulanya sy fikir kamu suka biskut...:)
tapi apapun sy mmg tertarik dengan slogan nya..."aku bangkit selepas mereka fikir hidup aku mati"...

ghost said...

@ Sephi Sephia : ngeblog jugak satu perjuangan bukan..kita perjuangkan apa yg kita rasa.


@ Fiqas : sebenarnya tekaan fiqas betul deh,memang aku sukakan biskut..di kalangan teman2 yg tdk mengetahui aku punya blog memanggil aku biskut sebab aku sukakan biskut.

tehr said...

ajaibnya dunia
memberi pertolongan sebenarnya mendapat pertolongan

bantalijau said...

aq ske biskut merry..


peh...slogan tu best kot~

ghost said...

@ tehr : itulah sikap berterima kasih dan menghargai pertolongan.


@ bantalijau : sama ar aku pon suka..lagi suka.

Anonymous said...

beres
.aku nak buatkan. bertemakan macam mana or aku tentukan.

nama yg nak diletakkan kat header n quote apa nak letak?
hehe.

roger di sini.

Unknown said...

have a nice holiday

ghost said...

@ MATAHARI :tapi aku nak sangat simple...nama tetap biskut n "jangan curi biskutku,aku tak mau mati kelaparan..

amacam?boleh?

Nurfazilah Cipa said...

owh..daphm da..tp cm cipa ckpla..nme tu cipa dpt spontan je..:)