man vs crocodiles




Kepala pemerintah mau mencarikan jodoh untuk puteri kesayanganya dan melanjutkan pertanyaan terus kepada puteri tunggalnya untuk mendapatkan persetujuan.
Ternyata puterinya menyambut baik niat itu tetapi sempat meninggalkan syarat,
dan syarat itu ialah puterinya sendiri yang membuat pemilihan bakal suaminya.

Puterinya seorang yang pintar tapi bukan seorang yang pentingkan materi maka dia akan mengadakan satu competisi yang memerlukan keberanian yang cukup cekal iaitu mestilah di kalangan siapa antara pemuda-pemuda yang mampu menyeberangi sungai deras malah dipenuhi oleh buaya-buaya yang ganas...


Di hari competisi berlangsung,berbondong-bondong audiens datang melihat pemuda-pemuda gagah berani mencuba nasib untuk memperisteri anak gadis kepala pemerintah.Namun sehingga hari menginjak sore belum ada pemenangnya malah ramai yang tertewas di sungai itu dibaham buaya-buaya kelaparan.Saat tiada lagi pemuda ingin mencuba nasib kedengaran audiens bersorak memandang seorang pemuda yang begitu pantas berenang.Dia akhirnya berjaya sampai ke seberang tanpa dapat ditangkap oleh buaya-buaya itu kerna kepantasannya yang hebat.


Saat Kepala pemerintah ingin mengumumkan pemuda itu sebagai pemenang,kepala pemerintah terlebih dahulu mengajukan pertanyaan...
"Kamu aku kira memang pantas menjadi menantuku,khabarkan apa permintaanmu sebelum kutitipkan anak ku kepadamu...?"
Pemuda itu dengan wajah yang masih pucat dan sedikit nafas yang tercungap dia bersuara...


"Aku tidak mahu apa-apa pemerintah.Tapi aku cuma mahu tahu siapa orang yang menolakku ke sungai sebentar tadi...".

22 comments:

Miss ... said...

lorh ada org tolak dia rupanya ekekeke :p

p[A]n[A]d[O]L said...

ahahha
aku da tau ceta nie..

lalalala~~

Cik Su said...

haha..lawak2...cian tuan puteri dapat suami yang tak berapa ideal

tehr said...

hahaha
dia nak bagi hadiah kepada orang yang tolak dia...
kalau tak ada orang tolak, mungkin dia tak akan jadi menantu raja
hahaha

biskut said...

Miss ...

besa lar owg kalau dah takut dah tak fikir apa dah..

biskut said...

p[A]n[A]d[O]L

hahaha..shhh..diam2

biskut said...

Cik Su

ya sebab lelaki tuh bukannya nak kawen dgn puteri tuh pon..hehe

biskut said...

tehr

sebenarnya dia nak belasah owg tuh Tehr..marah sgt beb.dapat owg tuh memang azab dia kerjakan...haha

beautiful_rose said...

owh...aku pernah dengar citer nieh.mmg hampeh betulkan.ingat betul2 la kot nak jadi menantu raja.rupanya jatuh secara tak sengaja =p

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

salam..
hehe..suka la baca cerita ni.tq ye

biskut said...

beautiful_rose

owg kata bila terlalu takut jadi macam tuh lar...hehe

biskut said...

Lydia Miza(Aidyl Azim)

nanti leh buat citer kat adik k..hehe

Robot | Sakti said...

keh keh keh.
mesti raja terkejut jawapan dia tu.
hehehe

:)


Post Terbaru Jangan Jadi Sempurna

S..U..D..@..I..S said...

Haha..dah jumpa Hang Tuah....

Encik MamaT said...

hahaha... keupayaan diri yang diluar jangkaan...

biskut said...

Robot | Sakti

maunya tak terkejut..hehe.Tercengang aper.

biskut said...

S..U..D..@..I..S

hang Tuah ade ker?hehe

biskut said...

Encik MamaT

Keupayaan luar biasa terbias dari ketakutan..hehe

Sasa Al-Sharif said...

ahaha.. cis! nakalnya cerita ni

biskut said...

Sasa Al-Sharif

owh yeah...

Sang Cerpenis bercerita said...

hehehe....

Sumandak Kinabalu said...

Kena lagi...hahahaha.
Btw, thanks for making me laugh :)